Sibuk Sikit Akhir-akhir Ni...

Akhir-akhir ni kurang berkesempatan nak update blog sebab aku tengah sibuk cari quotation untuk kerja-kerja pengubahsuaian rumah.

2 tahun ni kiteorang menyewa sebab rumah yang Suami Terchenta beli sebelum pandemik agak delay sikit tapi syukur Alhamdulillah dah siap jugak akhirnya. Jadi sekarang ni tengah fasa nak mencari kontraktor untuk kerja-kerja pemasangan lampu, kipas, aircond dan kabinet sebelum kiteorang berpindah awal bulan September ni Insha Allah. Doakan la ye semoga semuanya berjalan lancar.

Sebenarnya untuk renovation ni pakai duit yang aku simpan sebelum berhenti kerja, sejak Suami Terchenta bagitau dia beli rumah baru kat KL (masa tu aku masih lagi duduk di Bintulu). Memandangkan aku pun dah tak bekerja jadi ada la kekangan sikit kat bajet ubahsuai rumah ni. Nak bagitau dekat kontraktor pun segan hahaha! Tapi kebanyakan kontraktor tak judge pun, dieorang cuma pesan mungkin kena defer mana yang kurang penting dulu. Contohnya aku ni berangan-angan nak ada bilik air cantik, tiles dapur cantik, yard cantik. Tapi bila tengok peruntukan, mampu telan air liur je la. Nak buat rak kasut built-in pun tak cukup. Maka aku fokus kat areas yang penting dulu je la. Insha Allah ada rezeki lagi, kita buat la yang yang lain-lain tu.

Bagi aku area yang penting kena buat dulu sebelum masuk rumah baru ialah dapur (sebab penah hadap dah pindah masuk baru nak buat dapur. Sebulan kena masak atas lantai, cuci pinggan periuk belanga dalam bilik air. Leceh mak oi!), bilik tidur, ruang tamu dan ruang makan. Suami Terchenta pulak request tambah home office sebab dia masih lagi bekerja dari rumah 3 hari seminggu. 

Aku ambik masa sebulan jugak la nak cari kontraktor dan ID. Kalau boleh nak ID sebab pakej sekali masuk dengan perabot tapi kebanyakannya memang mahal la. Ada satu ID ni dekat Kajang, belum pergi site visit lagi dia dah mintak RM2K. Design dia memang lawa dan aku faham kenapa dia buat macam tu (sebab segmen pelanggan dia ialah golongan T20). Jadi aku pun terus batalkan hasrat nak teruskan. 

Lepas tu aku pergi kat Instagram, selalunya influencer ni memang letak link kontraktor yang buat rumah dieorang. Kebanyakannya kontraktor Melayu. Sayangnya jadual dieorang mostly dah penuh. Ada gak yang datang buat site visit tapi aku batalkan jugak sebab awal-awal lagi dah macam-macam alasan diberi bila tiba nak meeting. So aku tak berapa selesa takut nanti sakit hati pulak bila projek renovate rumah delay.

Lepas 2 minggu aku list down 3-4 kontraktor yang aku agak yakin baru la aku mintak quotation. Lepas tu aku ambik masa 2 minggu lagi nak evaluate quotations, buat pros & cons setiap kontraktor ni (sebenarnya seminggu je sebab seminggu lagi tu aku busy dengan BFF yang nak kawen).


Kena buat dalam spreadsheet supaya boleh bandingkan sebut harga dari kontraktor berlainan

So last week baru la aku finalize kontraktor mana yang aku nak ambik. Time nak bayar deposit tu berpeluh2 la jugak hehe. Insha Allah niatkan demi keselesaan keluarga semoga ada ganjaran yang lebih baik kelak.

Jadi sekarang ni aku kena pantau supaya final cost home renovation ni nanti tak lari jauh dari bajet asal. Harap-harapnya tak sebab aku dah mintak kontraktor bagi detailed quotation *berdoa dalam hati supaya duit simpanan cukup*

Doa Ketika Mencapai Umur 40 Tahun

Umur 40 adalah umur kematangan fikiran seseorang manusia. Pada saat umur 40 tahun, seseorang manusia sewajarnya sudah mempunyai kefahaman dan kesabaran yang sempurna. Ya, sepatutnya begitulah.

Dikatakan bahawa para Nabi AS dilantik menjadi utusan ALLAH pada umur masing-masing 40 tahun. Di dalam kitab ar-Rahiq al-Makhtum karangan Sheikh Safiyyu ar-Rahman al-Mubarakfuri, disebutkan bahawa umur Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi ialah pada umur Baginda 40 tahun, 6 bulan dan 12 hari mengikut kalendar Qamariah (perkiraan bulan).

Di dalam Al-Quran ada dinyatakan suatu ayat yang di dalamnya mengandungi suruhan supaya manusia berbuat baik kepada ibu bapa mereka yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan mereka. Lalu disarankan supaya manusia yang sudah mencapai umur 40 agar berdoa kepada ALLAH dengan suatu doa tertentu seperti berikut:

Doa Umur 40 tahun

Sumber artikel: https://muzir.wordpress.com/

Sesungguhnya usia 40 tahun ni ialah usia di mana kita mencorak halatuju kita dalam perjalanan menuju ke akhirat. Aku pernah terbaca bahawa seseorang yang masih lagi lalai ketika di usia 40 tahun, maka selama-lamanya dia akan lalai, melainkan Allah memberikan hidayah kepadanya untuk bertaubat. Wallahualam.

Apapun, aku baru je terbaca tentang doa ni, InshaAllah akan aku cuba hafal dan amalkan. Semoga hati ni sentiasa mengingati Allah dan dan berubah ke arah kebaikan.

Jakun Sekejap Tengok Robot Pelayan di Restoran Nasi Kukus Sotong Besar

Isnin lepas Suami Terchenta ambik cuti nak temankan aku pergi ke showroom tilam Aerofoam yang terletak di Klang.

Selesai je urusan di situ, terus terasa perut berkeroncong sebab dah pukul 2 petang dan tak makan lagi. Maka kiteorang pun Google la tempat makan best yang ada dekat-dekat situ. Carian Google lalu membawa kiteorang ke Restoran Nasi Kukus Sotong Besar. Maaf la, sebab lapar sangat tak sempat nak ambik gambar luar kedai, tapi dari jauh lagi dah nampak signboard restoran yang besar dan bangunan kedai warna merah. Memang takkan sesat la kalau ikut Waze.

Lepas order dan bayar makanan kat kaunter, kiteorang pun terus duduk kat meja. Tak sampai 10 minit, makanan sampai. 

Ok, yang buat aku jakun sebenarnya ialah kedai ni pelayannya ialah sebuah robot. Ni first time aku makan kat kedai yang menggunakan robot pelayan. Bukan calang-calang robot ni, dari jauh lagi dia main lagu dangdut. Hantar makanan betul-betul depan muka, memang servis terbaik punyalah!

Restoran Nasi Kukus Sotong Besar
Lepas ambik makanan, kena tekan butang 'Done' kat skrin tu baru dia beredar


Restoran Nasi Kukus Sotong Besar
Robot tengah bertugas hantar makanan kat meja pelanggan

Restoran Nasi Kukus Sotong Besar
Suami Terchenta order nasi kukus sotong besar. Sotong memang segar, manis dan rangup, tak rugi cuba walaupun harganya RM20+. Menyesal pulak order satu je.



Restoran Nasi Kukus Sotong Besar
Yang ni pulak nasi kukus ayam berempah. Pun sedap jugak. Harga dalam RM12+ kalau tak silap.

 Puas hati makan kat Restoran Nasi Kukus Sotong Besar ni. Tapi kalau nak pergi lagi, tunggu bila tekak memang teringin sangat-sangat nak makan sotong sebab jauh dari tempat kiteorang. Hehe.

3 Idea Bachelorette Party versi Halal!

Kawan baik aku baru je melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya Sabtu lepas. Buat BFF Nurul, Selamat Pengantin Baru! Semoga perkahwinan kekal bahagia ke Jannah, dikurniakan zuriat yang soleh & solehah ameen....


Forest Valley Hall
Cantik sangat background dewan kahwin ni, sempat lagi aku berangan-angan nak menabung buat wedding my girls kat sini hihi...

Kali ni aku nak kongsi idea kalau ada sesiapa yang tengah cari inspirasi nak buat bachelorette party atau nama lainnya parti bujang yang fun tapi masih lagi patuh Syariah gituhhh...

1. Pakai pakaian sedondon untuk bergambar kenang-kenangan

Kalau nak senang, beli je baju t-shirt yang ada tulisan 'Team Bride' atau 'Bride Squad'. Bakal pengantin pulak pakai t-shirt yang tertulis perkataan 'Bride'. Aku beli t-shirt murah je tak sampai RM12, tapi kain dia lembut dan tak terlalu nipis. 


Kalau tak nak pakai baju sedondon, boleh jugak beli 'sash' kat Kaison atau mana-mana kedai menjual barang-barang party. Kat Kaison harga dalam RM5.60 kalau tak silap.


2. Permainan 'clean' dan 'fun'


Sesetengah permainan bachelorette party kat Barat kurang sesuai untuk orang Timur dan orang Islam lebih-lebih lagi kalau melibatkan minuman beralkohol, atau ada orang bukan muhrim sekali. 

Tapi ada jugak permainan yang bertemakan pengantin yang tak melanggar syariat contohnya:

Permainan 'Put A Ring On It'

Menggunakan belon bentuk cincin, pengantin cuba untuk menyarungkan 'cincin' ke botol. Kalau pengantin berjaya masukkan cincin 3 kali, kita bagi la hadiah untuk pengantin hehe.

Belon RM2 beli kat Mr DIY

Permainan sedikit mencabar sebab belon tu ringan dan pengantin kena berdiri jauh sikit!

Teka Tajuk Movie Melalui Emoji

Permainan ni sesuai untuk kaki movie. Tajuk movie disampaikan menggunakan ikon emoji dan pemain-pemain kena teka tajuk dengan tepat.

Lukis Baju Pengantin

Permainan ni memerlukan idea yang kreatif dan pelekat manik untuk menghias lukisan baju pengantin. Lepas tu korang boleh bagi kat pengantin dalam frame gambar, mesti pengantin suka!


3. Layan Movie Bertemakan Wedding

Sebenarnya bachelorette party ni untuk kita spend time dengan bakal pengantin selain nak kasi can pengantin rehat dan lupakan sekejap wedding stress. Aktiviti tengok movie ni paling rilek, cuma nak bagi feel lagi sediakan popcorn. Sambil layan movie, sambil tu jugak mengunyah popcorn macam kat dalam wayang. Hari tu kiteorang layan cerita 'Bride Wars' lakonan Anne Hathaway dan Kate Hudson. Siyes kelakar!

Sebenarnya ada banyak lagi idea menarik bachelorette party tapi kebanyakannya memerlukan kos yang agak tinggi. Ni kira idea yang wallet-friendly tapi fun.

Staycation kat hotel pun boleh jadi aktiviti bachelorette party kalau ada bajet

Nota kaki: Terima kasih Suami Terchenta sebab tolong jaga anak-anak sementara si isteri join aktiviti all-girls ni. Bukan selalu pun kan? 😘

Renew Lesen Memandu Sebelum 30 Jun 2022

2 hari lepas, Kak Retna share pasal tempoh akhir untuk renew lesen memandu. Since birthday aku baru je lepas, terus la aku teringat nak check lesen memandu sendiri. Lepas tu tepuk dahi sebab rupa-rupanya lesen memandu aku dah mati!

Hmm... sebelum kena repeat ujian memandu, baiklah aku pergi renew lesen secepat mungkin. Maka semalam lepas hantar budak-budak ke sekolah terus aku singgah kat UTC Sentul sebab niat nak avoid beratur panjang dekat JPJ. Sebelum tu aku dah siap-siap withdraw duit cash untuk bayar lesen baru ni. Tapi... jeng3x... tak payah pun!

Buat korang yang belum renew lesen lagi, boleh refer pengalaman aku pagi tadi kat sini. Kesian gak aku tengok beberapa orang terutama golongan warga emas yang terpaksa balik ke rumah sebab dieorang tak tau proses baru ni.


1. Download apps JPJeQ sebelum keluar rumah

Aku baru tau, rupa-rupanya nak beratur kat JPJ ni kena ambik nombor giliran guna apps ni. 


apps JPJeQ
Lepas tu scan je dekat QR code yang terpampang kat pintu masuk ofis JPJ. Kalau kat UTC Sentul tu, QR code tu dieorang tampal atas meja sebelum pintu masuk.

apps JPJeQ
Bila dah imbas kod, terus keluar nombor giliran, nombor terkini di kaunter dan anggaran masa menunggu giliran

Pagi semalam since aku sampai awal jadi takde la kena tunggu lama (sebab ramai yang masih terkial-kial download apps jugak sebenarnya). Baru nak duduk kat bangku kat luar, terus apps tu alert dah sampai giliran aku:

apps JPJeQ

2. Pembayaran Melalui Kad Debit / Kredit SAHAJA

Buat penat je la aku withdraw duit pagi semalam sebelum hantar budak-budak ke sekolah. Terpaksa tawaf pulak tu nak ke bank, pastu ke sekolah. Alkisahnya sekarang semua cashless je tau! Masa aku sampai tu, ada sorang pakcik ni dia keluar dengan muka hampa sebab dia bawak cash je, tak bawak kad bank. Terpaksa la dia balik ke rumah ambik kad bank.

Dari segi pembayaran cashless pulak, mungkin kat sini JPJ kena fleksibel sikit kot sebab ada jugak golongan warga emas yang tak de kad debit / kredit. Jenis yang withdraw duit pun pakai buku bank lagi agaknya. Tapi dari segi positif pulak, mungkin bila semua proses dah ke arah digital, takde alasan lagi untuk tak bergerak ke arah digitalisasi. 

3. Tunggu kad lesen baru di kaunter serahan lesen

Actually part ni aku confuse sikit. Sebabnya aku nak ambik gambar baru untuk lesen baru ni (gambar kat lesen lama buruk nau tak sabar nak tukar hahaha!). Lepas bayar dan dapat resit, aku pun duduk dekat bangku siap bukak face mask lagi kengkonon nak ambik gambar kan. Tiba-tiba adik kat kaunter tu hulur kad lesen baru - ni lesen baru, kak. Eh, bila masa dia tangkap gambar? Bila aku tengok lesen baru tu, terus syahdu sebab masih pakai gambar lama uwaaa! Mungkin aku patut cakap masa nak bayar tu yang aku nak ambik gambar baru? Hmmm... terpaksa la tunggu 5 tahun lagi nak tukar gambar (masa tu mungkin dah tak nak tukar sebab muka pun dah berkedut kot! 😂)

All in all, tak sampai 10 minit dah setel urusan renew lesen memandu ni.

4. Renew lesen online

Sekarang nak renew lesen tak payah bazir cuti. Boleh je renew online melalui portal Myeg atau lesen2u.com .  Korang yang ada parents yang dah berusia pun boleh tolong parents renew lesen dieorang online supaya dieorang tak payah bazir masa dan tenaga pergi ke JPJ. Sekarang semua dah di hujung jari, senang sangat.


5. Kesimpulannya, proses baru lebih efisyen dan mudah

Ye, memang benda baru ni nampak menyusahkan terutama untuk golongan yang tak biasa dengan dunia digital. Tapi percayalah, sebenarnya benda tu memudahkan bila kita dah biasa nanti. Bayangkan kalau ramai yang datang hari tu kat ofis JPJ, siap boleh pegi breakfast lagi sambil check nombor giliran terkini kat apps. Tak payah dah tercongok je kat depan ofis JPJ jenguk-jenguk tengok nombor giliran korang sebab boleh tengok kat handphone je. Bila nombor giliran dah sampai apps akan bagi alert. Mudah ke tak mudah camtu?