Akhir-akhir ni kurang berkesempatan nak update blog sebab aku tengah sibuk cari quotation untuk kerja-kerja pengubahsuaian rumah.

2 tahun ni kiteorang menyewa sebab rumah yang Suami Terchenta beli sebelum pandemik agak delay sikit tapi syukur Alhamdulillah dah siap jugak akhirnya. Jadi sekarang ni tengah fasa nak mencari kontraktor untuk kerja-kerja pemasangan lampu, kipas, aircond dan kabinet sebelum kiteorang berpindah awal bulan September ni Insha Allah. Doakan la ye semoga semuanya berjalan lancar.

Sebenarnya untuk renovation ni pakai duit yang aku simpan sebelum berhenti kerja, sejak Suami Terchenta bagitau dia beli rumah baru kat KL (masa tu aku masih lagi duduk di Bintulu). Memandangkan aku pun dah tak bekerja jadi ada la kekangan sikit kat bajet ubahsuai rumah ni. Nak bagitau dekat kontraktor pun segan hahaha! Tapi kebanyakan kontraktor tak judge pun, dieorang cuma pesan mungkin kena defer mana yang kurang penting dulu. Contohnya aku ni berangan-angan nak ada bilik air cantik, tiles dapur cantik, yard cantik. Tapi bila tengok peruntukan, mampu telan air liur je la. Nak buat rak kasut built-in pun tak cukup. Maka aku fokus kat areas yang penting dulu je la. Insha Allah ada rezeki lagi, kita buat la yang yang lain-lain tu.

Bagi aku area yang penting kena buat dulu sebelum masuk rumah baru ialah dapur (sebab penah hadap dah pindah masuk baru nak buat dapur. Sebulan kena masak atas lantai, cuci pinggan periuk belanga dalam bilik air. Leceh mak oi!), bilik tidur, ruang tamu dan ruang makan. Suami Terchenta pulak request tambah home office sebab dia masih lagi bekerja dari rumah 3 hari seminggu. 

Aku ambik masa sebulan jugak la nak cari kontraktor dan ID. Kalau boleh nak ID sebab pakej sekali masuk dengan perabot tapi kebanyakannya memang mahal la. Ada satu ID ni dekat Kajang, belum pergi site visit lagi dia dah mintak RM2K. Design dia memang lawa dan aku faham kenapa dia buat macam tu (sebab segmen pelanggan dia ialah golongan T20). Jadi aku pun terus batalkan hasrat nak teruskan. 

Lepas tu aku pergi kat Instagram, selalunya influencer ni memang letak link kontraktor yang buat rumah dieorang. Kebanyakannya kontraktor Melayu. Sayangnya jadual dieorang mostly dah penuh. Ada gak yang datang buat site visit tapi aku batalkan jugak sebab awal-awal lagi dah macam-macam alasan diberi bila tiba nak meeting. So aku tak berapa selesa takut nanti sakit hati pulak bila projek renovate rumah delay.

Lepas 2 minggu aku list down 3-4 kontraktor yang aku agak yakin baru la aku mintak quotation. Lepas tu aku ambik masa 2 minggu lagi nak evaluate quotations, buat pros & cons setiap kontraktor ni (sebenarnya seminggu je sebab seminggu lagi tu aku busy dengan BFF yang nak kawen).


Kena buat dalam spreadsheet supaya boleh bandingkan sebut harga dari kontraktor berlainan

So last week baru la aku finalize kontraktor mana yang aku nak ambik. Time nak bayar deposit tu berpeluh2 la jugak hehe. Insha Allah niatkan demi keselesaan keluarga semoga ada ganjaran yang lebih baik kelak.

Jadi sekarang ni aku kena pantau supaya final cost home renovation ni nanti tak lari jauh dari bajet asal. Harap-harapnya tak sebab aku dah mintak kontraktor bagi detailed quotation *berdoa dalam hati supaya duit simpanan cukup*

13 Comments

  1. Semoga segala urusan Carneyz dipermudahkan. Betul cakap Carneyz, kena utamakan yang mana penting dulu. Pasang grill je pun dah berapa.
    Dulu masa saya baru masuk rumah baru siap, suami yang pasang sendiri kipas dan lampu. Lagipun bila rumah baru, mesti ada benda lain akan timbul. Contoh kalau hujan, ada bahagian yang bocor ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen3x... risau jugak harga makin naik sekarang tapi nak buat sekaligus mmg tak mampu. Kena buat sikit2 dulu

      Delete
  2. bila nk buat renovation mmg bz..byk aspek kena pk..kos kan...smoga smua berjalan lancar

    ReplyDelete
  3. Semoga istiqomah..jangan ada penambahan. Sebab kebarangkalian bila renovation dah 50% siap akan ada jer nak tambah itu ini...Salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. InshaAllah, tu la yang kene pantau, tapi mmg awal2 lagi cakap dgn kontraktor duit cukup2 je ni. Sebab tu ambik masa gak study quotations dorang supaya takde yang tertinggal huhu...

      Delete
  4. semoga dipermudahkan urusan home renovation...

    ReplyDelete
  5. bagus juga dengan cara ini...dapat pilih yang terbaik sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kos renovation ni tinggi jadi kena pilih betul2 sebelum menyesal..

      Delete
  6. Semoga Allah permudahkan semua urusan sis.. InsyaAllah..
    Pelan-pelan tambah nanti.. Kena utamakan yang penting dulu..
    Semoga dimurahkan lagi rezeki buat sis dan keluarga.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminnn… terima kasih mendoakan rezeki luas utk kami, semoga Sha sekeluarga pun diluaskan rezeki jugak. Betul mmg kena buat pelan2.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .