Cuti Datang Bulan?

Sengugut
Photo credit: Pinterest

Aku terbaca artikel menarik tentang satu syarikat perabot di Sabah yang memperkenalkan cuti datang bulan (menstrual leave) untuk kakitangan wanita. Kakitangan wanita boleh memohon 1 hari cuti setiap bulan tanpa perlu mengemukakan slip doktor / sijil sakit dari klinik. Boleh baca artikel kat sini.

Wah, bagus la makin banyak faedah untuk kakitangan wanita sekarang. Sebagai seorang perempuan, aku mestilah sokong pemberian cuti datang bulan ni sebab aku sendiri mengalami sakit datang bulan (cramp, lenguh pinggang, etc.) hampir setiap bulan. Bila datang sakit, aku akan telan panadol dan hanya mampu berbaring je sepanjang hari. 

Negara lain yang dah memperkenalkan cuti datang bulan ni ialah Sepanyol, Jepun, Korea Selatan dan negara jiran kita, Indonesia. Kementerian Sumber Manusia pun dah mula mengkaji pelaksanaan cuti ni dan menggalakkan syarikat-syarikat GLC untuk mempraktikkan cuti ni di syarikat masing-masing. Nampaknya tak lama lagi bertambah la faedah cuti untuk kakitangan wanita di Malaysia. Aku tumpang gembira sebab so far belum lagi bercadang nak masuk kerja semula (niatnya nak bersara je terus InshaAllah).

Tapi aku harap cuti ni tak disalahgunakan dan dianggap sebagai cuti tambahan padahal sebenarnya sihat je atau tak mengalami sebarang sakit masa datang bulan. Para ibu yang ambik suntikan mencegah period pun jangan la mengaku sakit period ye. Makcik-makcik yang dah menopause pun kena jujur jugak. Jangan sebab nak ambik cuti sehari, rezeki jadi tak berkat. Kena faham intent atau tujuan cuti ni diperkenalkan.

Salam Aidiladha dari Kami Sekeluarga

Seperti biasa, Aidiladha kami disambut dengan sederhana tapi penuh bermakna. Kali ni kami berkumpul di kediaman adik aku di Putrajaya. Malam raya, aku masak lauk yang simple je - rendang dan kari daging dengan dibantu oleh anak-anak. Selesai masak, aku terus masukkan lauk ke dalam mangkuk tingkat dan kami berangkat ke rumah adik untuk bermalam di sana. Dalam perjalanan, kami mendengar takbir raya di Apple Music alunan sahabat baik merangkap jiran kami di Bintulu, Saudara Awang Shamsul. 

Esok paginya, kami menunaikan solat raya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Sebenarnya aku nak menunaikan solat di Masjid Putra tapi entah kenapa aku tersilap jadi sudahnya kami solat di Masjid Tuanku Mizan pulak. Tak pelah, yang penting dapat menunaikan solat dan mendengar khutbah di pagi raya. 



Dengan adik-beradik dan anak-anak

Kubah besi dengan ukiran ‘Allah’

Balik dari masjid, barulah kami menjamu selera dengan makanan yang dah disediakan. Sambil tu, ber video call dengan keluarga di Sarawak. Terubat la rindu dengan keluarga di sana.

Semoga kawan-kawan yang lain pun bergembira di hari raya. Kepada yang balik kampung, berhati-hati di jalan raya dan sentiasalah jaga SOP. Selamat Hari Raya Aidiladha semua!

Seminggu Sepotong Hadis - Ujian Penghapus Dosa

Daripada Abi Sa’id al-Khudri dan Abi Hurayrah RA berkata, baginda Nabi SAW bersabda:

 

مَا يُصِيْبُ الْمُؤْمِنُ مِنْ وَصَبٍ وَلاَ نَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حَزَنٍ وَلا غَمٍّ وَلاَ أَذَى حَتَّى الشَّوْكَةُ يُشَاكُهَا إٍلاَّ كَفَّرَ اللهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

 

Maksudnya: Tidaklah ditimpa orang mukmin itu berasa sakit (secara berterusan), berasa penat dan khuatir (dalam fikiran), berasa sedih dan hiba (kerana sesuatu yang menimpa), rasa kegelisahan hati atau sesuatu yang memedihkan sehingga merasakan duri yang menusuk melainkan dihapuskan dosa-dosanya.

Al-Bukhari : 5641

Sumber: www.kuipsas.edu.my

Perbezaan Influenza dan Covid19

Hari ni bangun dengan tekak yang perit. Bila sakit tekak, mulalah batuk-batuk. Bila batuk, terasa ada kahak pekat di kerongkong jadi bila batuk terus rasa sakit dada. Lepas beberapa jam batuk, mulalah sakit kepala pulak.

Tak pelah, anggap je sakit ni kifarah untuk dosa-dosa kecil selain peringatan buat diri-sendiri jugak untuk jaga kesihatan dan terus menjaga SOP.

Takut gak bila baca kat surat khabar, kes Covid dah naik balik. Tapi Insya Allah aku bukan kena Covid, sebab dah buat test dan test negatif. Lagipun aku takde simptom-simptom lain tak macam masa aku kena Covid bulan Februari tempoh hari.


Influenza

Sekarang ni musim ILI (Influenza-like Ilness), ramai budak-budak kat sekolah anak-anak yang tak sihat. Khadeeja pun kerap bersin dan berhingus (tapi takde demam). Mungkin aku terjangkit dari situ. Bila rasa tak sihat macam nak selsema tapi tak selsema ni, kena la banyakkan berehat dan minum air (ye, aku admit aku culas bab minum air sekarang ni).


Influenza

Since senang kena virus influenza ni, kena ambil langkah berjaga-jaga mencegah dari dijangkiti virus selsema. Sekarang aku menyesal sebab dah banyak kali aku pasang niat nak ambik vaksin influenza tapi tak pergi-pergi. Bagi aku vaksin influenza tu memang berkesan sebab sejak aku ambik vaksin tu 3 tahun lepas memang aku jarang-jarang (atau tak pernah?) dijangkiti selsema, alhamdulillah.


Influenza

Nota kaki: Time ni ubat hisap sakit tekak dan peppermint oil memang sangat-sangat membantu.

White & Black Lakeside Titiwangsa

White & Black Lakeside Titiwangsa. Kalau korang selalu jalan-jalan kat Taman Tasik Titiwangsa, mesti korang perasan kafe ni yang bersebelahan dengan tasik.


White & Black Lakeside Titiwangsa
White & Black Lakeside Titiwangsa


White & Black Lakeside Titiwangsa
Dalam kafe

Kafe ni berkonsepkan 'open' dan 'airy', memang cantik sangat. Kalau nak duduk di luar pun boleh tapi aku teringat kawan cakap kat luar banyak nyamuk, jadi aku pilih kat dalam. Mula-mula kami duduk di sofa tepi tingkap tapi memandangkan hari panas terik terus tukar tempat duduk. Lagipun aircond kat kafe ni tak sejuk sangat.

White & Black Lakeside Titiwangsa
Suka tengok lampu ni dibuat dari anyaman rotan


Makanan kat sini pulak lebih kepada Western tapi ada jugak menu lain. Anak-anak aku seperti biasa lebih tertumpu kepada kek dan pastri memandangkan baru pukul 5 petang.


White & Black Lakeside Titiwangsa
Pilihan kek yang ada

White & Black Lakeside Titiwangsa
Tart dan pastri

White & Black Lakeside Titiwangsa
Peach strudel - ok je, tak setanding di Kenny Hill Bakers

White & Black Lakeside Titiwangsa
Meringue kesukaan Khadeeja

Selain tu, kiteorang order nachos jugak, portion memang besar sesuai untuk dikongsi kami tiga beranak. Nachos memang sedap, tapi lagi sedap kalau keju cheddar tu masih cair lagi. Yang kami dapat ni cheese dia dah sejuk jadi terus melekat.


White & Black Lakeside Titiwangsa
Nachos

White & Black Lakeside Titiwangsa
Pekena kopi iced macchiano hari panas ni memang sedap

Alang-alang dah sampai sini, aku try jugak chicken chop with blackpepper sauce, dihidang dengan onion rings, salad dan kentang goreng. Bagi aku, sedap sebab ayam dia crispy dan tak berapa berminyak.


White & Black Lakeside Titiwangsa

Service cepat dan mesra, makanan pun boleh tahan. Harga makanan kat sini pulak setanding dengan kafe-kafe setaraf di KL. Sekali-sekala boleh ke sini sambil menikmati pemandangan Tasik Titiwangsa. Berkali-kali boleh bangkrap dibuatnya.