White & Black Lakeside Titiwangsa. Kalau korang selalu jalan-jalan kat Taman Tasik Titiwangsa, mesti korang perasan kafe ni yang bersebelahan dengan tasik.





Kafe ni berkonsepkan 'open' dan 'airy', memang cantik sangat. Kalau nak duduk di luar pun boleh tapi aku teringat kawan cakap kat luar banyak nyamuk, jadi aku pilih kat dalam. Mula-mula kami duduk di sofa tepi tingkap tapi memandangkan hari panas terik terus tukar tempat duduk. Lagipun aircond kat kafe ni tak sejuk sangat.


Makanan kat sini pulak lebih kepada Western tapi ada jugak menu lain. Anak-anak aku seperti biasa lebih tertumpu kepada kek dan pastri memandangkan baru pukul 5 petang.


Pilihan kek yang ada

Tart dan pastri

Peach strudel - ok je, tak setanding di Kenny Hill Bakers

Meringue kesukaan Khadeeja

Selain tu, kiteorang order nachos jugak, portion memang besar sesuai untuk dikongsi kami tiga beranak. Nachos memang sedap, tapi lagi sedap kalau keju cheddar tu masih cair lagi. Yang kami dapat ni cheese dia dah sejuk jadi terus melekat.


Nachos

Pekena kopi iced macchiano hari panas ni memang sedap

Alang-alang dah sampai sini, aku try jugak chicken chop with blackpepper sauce, dihidang dengan onion rings, salad dan kentang goreng. Bagi aku, sedap sebab ayam dia crispy dan tak berapa berminyak.



Service cepat dan mesra, makanan pun boleh tahan. Harga makanan kat sini pulak setanding dengan kafe-kafe setaraf di KL. Sekali-sekala boleh ke sini sambil menikmati pemandangan Tasik Titiwangsa. Berkali-kali boleh bangkrap dibuatnya.

16 Comments

  1. Ishhh menariknyaaa... nanati datang KL nak lepak sini laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni tempat yg kita nak bawak Sislin buka puasa dulu tapi tak sempat. Klu OOTD lawa la kat sini

      Delete
  2. hahaha betul2... klu kerap datang mmg bole bankrup dibuatnya kan :D

    ReplyDelete
  3. Aah sekali makan kat sini sama dgn seminggu makan kat mamak hihi

    ReplyDelete
  4. Menarik ni . Dah lama tak pergi Tasik Titiwangsa. Dah lain benor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kali terakhir pergi tu? Sekarang Tasik Titiwangsa memang berbeza dari 10 tahun lepas.

      Delete
  5. aritu ada plan nk pegi tp tutup plak..mayb next time bole try nanti....chicken chop ngan kopi tu menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya sedap.. boleh try klu datang sini.

      Delete
  6. nyaman cafe dgn yg menarik ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan la Wak. Kalau tak sedap mmg tak berbaloi sbb harganya mmg hipster sikit hehe

      Delete
  7. kata org biar pape asal bergaye 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali-sekala tak apa Wak. Jangan selalu :)

      Delete
  8. Cantik dan menarik konsep kafe dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak sambut birthday atau anniversary sesuai tempat ni, sambil makan sambil menikmati pemandangan tepi tasik.

      Delete
  9. layanzz...tempat cantik, makanan sedap...nyaman sbb tepi tasik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak celebrate birthday kat sini pun ok, berlatarbelakangkan pemandangan tasik titiwangsa.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .