Hari ni bangun dengan tekak yang perit. Bila sakit tekak, mulalah batuk-batuk. Bila batuk, terasa ada kahak pekat di kerongkong jadi bila batuk terus rasa sakit dada. Lepas beberapa jam batuk, mulalah sakit kepala pulak.

Tak pelah, anggap je sakit ni kifarah untuk dosa-dosa kecil selain peringatan buat diri-sendiri jugak untuk jaga kesihatan dan terus menjaga SOP.

Takut gak bila baca kat surat khabar, kes Covid dah naik balik. Tapi Insya Allah aku bukan kena Covid, sebab dah buat test dan test negatif. Lagipun aku takde simptom-simptom lain tak macam masa aku kena Covid bulan Februari tempoh hari.



Sekarang ni musim ILI (Influenza-like Ilness), ramai budak-budak kat sekolah anak-anak yang tak sihat. Khadeeja pun kerap bersin dan berhingus (tapi takde demam). Mungkin aku terjangkit dari situ. Bila rasa tak sihat macam nak selsema tapi tak selsema ni, kena la banyakkan berehat dan minum air (ye, aku admit aku culas bab minum air sekarang ni).



Since senang kena virus influenza ni, kena ambil langkah berjaga-jaga mencegah dari dijangkiti virus selsema. Sekarang aku menyesal sebab dah banyak kali aku pasang niat nak ambik vaksin influenza tapi tak pergi-pergi. Bagi aku vaksin influenza tu memang berkesan sebab sejak aku ambik vaksin tu 3 tahun lepas memang aku jarang-jarang (atau tak pernah?) dijangkiti selsema, alhamdulillah.



Nota kaki: Time ni ubat hisap sakit tekak dan peppermint oil memang sangat-sangat membantu.

12 Comments

  1. Syafakillah Carneyz...
    Sekarang ramai org sakit tekak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PH. Kira bersyukur sebab bukan Covid. Harap PH sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

      Delete
  2. Baca ni uncle pun rasa sakit tekak! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap Uncle dalam keadaan sihat. Memang tak best sakit tekak ni.

      Delete
  3. Xpe. Masih smpt cucuk vaksin influenza.. Kita br cucuk sabtu lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor kata tunggu sihat baru boleh cucuk.

      Delete
  4. satu family kena....isteri n anak2. sy yg terakhir kena batuk2 ni...

    ReplyDelete
  5. Syafakillah untuk family Abam Kie. Semoga Abam Kie sihat2 hendaknya.

    ReplyDelete
  6. Semoga diberikan kesihatan yang baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sha. Dah beransur baik Alhamdulillah.

      Delete
  7. sekrg ni musim..adik sekeluarga pun kena, demam silih berganti..take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya & anak2 baru je ambik vaksin influenza kat Klinik Kita, skrg kes influenza pun tahap membimbangkan macam Covid. Semoga nohas pun sihat2 aje.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .