• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Wednesday, July 20, 2022

Wordless Wednesday - Jodoh


Jodoh, rezeki dan ajal ialah rahsia Tuhan.

Sejujurnya aku terkejut bila BFF aku tiba-tiba bagitau dia akan menikah. Jumpa bakal suami tahun lepas, know-know nikah tahun ni. Tahun 2022 ni memang tahun kejutan. Raya terkejut, BFF kawen pun terkejut. Itulah dinamakan jodoh.

Ada jugak orang yang cari jodoh bertahun-tahun tapi masih belum bertemu. Aku doakan agar dipertemukan mereka di dunia ni. Again, ni semua rahsia Tuhan. Kita cuma boleh berdoa sebab Allah knows what's best for them.

Read more »
on Wednesday, July 20, 2022 6
Share this!
Tags
Friends Ooh La La, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, July 19, 2022

Ada komen yang kena filter spam?

Pagi tadi tergerak hati nak check dekat bahagian komen kat portal blogger.com ni. Pastu aku perasan ada beberapa komen yang muncul kat situ tapi tak muncul kat blog. Eh, pelik betul. Aku try refresh blog URL beberapa kali pun tetap sama...

Pastu aku pergi lagi kat homepage blogger.com ni dan letak cursor dekat komen yang tak muncul tu. Rupa-rupanya komen tu kena filter spam, sebab tu tak muncul. Terpaksalah aku tick 'Not spam' satu persatu. 

Kepada kawan-kawan blogger yang meninggalkan komen tapi tak dapat respond tu, minta maaf ye. Baru sedar yang komen korang blogger filter as spam pulak huhu... Korang ada tak experience benda ni?


Nanti kita reply komen Kakmim ni ye

 

Read more »
on Tuesday, July 19, 2022 8
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, July 19, 2022

Jalan-Jalan ke 5 Tempat Menarik Sekitar Bukit Bintang KL

‘Siapa nak ikut Wa Liza jalan-jalan esok?’ (Wa = gelaran pangkat ‘Along’ untuk pakcik/makcik sulung di Sarawak)

‘Nak! Nak!’

Amboi, bersemangatnya anak-anak aku nak keluar jalan-jalan dengan kakak aku. OK la tu, daripada terperap je kat rumah main gajet, melukis dan layan Netflix. Sesekali kena jugak keluar menghirup udara segar.

Disebabkan dah sedia maklum jem kat Bukit Bintang tu ditambah pulak dengan masalah nak cari parking, maka kiteorang pun naik pengangkutan awam je ke sana. Mula-mula kena ambik LRT ke Stesen Titiwangsa dan lepas tu bertukar pulak ke monorel ke Bukit Bintang:


Dalam monorel menuju ke Bukit Bintang

Bukit Bintang ni dulunya terkenal dengan Plaza Low Yat tempat mencari gajet, telefon dan laptop murah. Tapi sekarang Bukit Bintang lebih terkenal sebagai syurga makanan antarabangsa di KL. So itulah tujuan kiteorang ke sini, nak mencuba kunafa dan aiskrim dari Korea yang tengah viral sekarang.


1. Papa Kanafa

Destinasi pertama kami ialah Papa Kanafa. Papa Kanafa ni brand franchise berasal dari Kuwait. Papa Kanafa terkenal di negara Timur Tengah dengan manisan tradisi masyarakat sana iaitu kunafa (juga dikenali sebagai knafeh, kunefe, kanafeh, kenafeh, knafeh, kunafah, kunafeh, konafa, knafa dan sewaktu dengannya).

Tapi malangnya masa kiteorang sampai tu belum lagi dibuka - yang dah bukak cuma kedai shawarma di sebelahnya. Tu pun orang dah start beratur panjang.


Tukar plan, naik MRT ke destinasi seterusnya

2. Restoren Chef Faez

Jadi plan pun bertukar. Kiteorang naik MRT pulak ke Stesen Tun Razak Exchange. Destinasi seterusnya ialah Restoran Chef Faez yang terletak di Menara Technip Energies 38 di Imbi.



Since dah sampai kat sini, kiteorang terus order lunch nasi arab sekali. Suami Terchenta order lamb shank sebab dia memang peminat lamb shank, dan kakak pulak order ayam mandi.

Tengah tunggu makanan sampai, Chef Faez tiba-tiba muncul. Apa lagi, pelanggan-pelanggan teruja nak bergambar, jumpa celebrity chef katakan. Bukan setakat makcik-makcik dan gadis-gadis yang excited, bapak2 yang tengah dukung anak pun semangat mengajak Chef Faez posing.

Chef Faez pegi tiap-tiap meja tanya pelanggan OK tak makanan. Memang peramah orangnya. Dah alang-alang dia pergi ke meja kiteorang, kiteorang pun ambik peluang bergambar sekali.


Chef Faez

OK, jom kita review makanan kat sini:

Lamb Shank
Lamb shank dan nasi Arab

chicken mandy
Ayam mandi dan Nasi Arab

kunafa
Kunafa

Bagi aku makanan kat sini OK lah, cuma nasi Arab dia tak cukup sifat. Maksud aku, selalunya nasi Arab ni dihidangkan dengan sos salsa / sambal Arab dan salatoh (salad). Tapi kat sini cuma ada nasi dan lauk ayam / kambing. Tapi walaupun tak cukup sifat, nasi dan ayam / lamb shank sedap. Still, perasaan tu macam makan nasi ayam tapi takde tomato / salad dan sambal nasi ayam. Missing.

Kunafa dia pulak - sedap! Tak berderai bila dipotong. Lapisan atas disiram dengan air gula manakala kat bawah pulak ialah lapisan keju. Rasa manis air gula tu masuk pulak dengan rasa masin keju. Bila kita tarik, cheese dia panjang je macam kita tarik pizza. Haa, itulah kesukaan anak-anak aku. Sepinggan kunafa tu dieorang berdua je yang makan. Kiteorang yang dewasa ni sempat la rasa sesuap sebelum dihabiskan anak-anak.

Lamb shank tu besar sangat, sesuai la dengan harganya RM50. Sampaikan Suami Terchenta tak boleh habiskan, dia mintak tapau untuk makan malam / tengahari besoknya. Overall OK je kat sini, cuma kat dalam panas sikit sebab centralized aircond dia macam tak berfungsi je.

Dah setel lunch, kiteorang balik semula ke Bukit Bintang. Kali ni anak-anak request nak aiskrim pulak.


3. 32 Parfait

Tak silap aku, kiteorang pernah makan aiskrim 32 Parfait ni masa jalan-jalan kat Myeongdong. Tapi ni first time kiteorang mencuba aiskrim setinggi 32cm ni di KL. Kiosk aiskrim ni bertentangan dengan Don Don Donki di Lot 10. Kedudukannya memang strategik - keluar je dari stesen MRT, terus nampak Lot 10 dan kiosk aiskrim. Nasib baik masa kiteorang pergi tu tak perlu beratur pun. 

Ada macam-macam perisa aiskrim dijual di sini - vanila, coklat, strawberi, mangga, green tea, blueberry dan yogurt. Bagi aku, aiskrim ni rasanya berlemak dan sedang-sedang manis. Kalau dibandingkan dengan sundae McD, aku lebih prefer sundae McD (still tak boleh lawan aiskrim Chicken Delight di Bintulu). Keunikan aiskrim ni yang lebih tinggi dari aiskrim biasa dan jugak sebab aiskrim ni berasal dari Korea membuatkan aiskrim ni viral kat Malaysia. 


Bukit Bintang
Kiosk aiskrim ni kecik je dan bersebelahan pintu masuk ke Lot 10

Bukit Bintang
Pilihan perisa aiskrim yang ada. Satu tu RM15

Bukit Bintang
Bahagia sebab dapat aiskrim satu sorang

4. Starbucks Reserve Bukit Bintang

Tempat ni viral as salah satu Starbucks yang tercantik di Malaysia. Bukan itu je, Starbucks ni ialah cawangan ke-300 Starbucks di Malaysia sejak cawangan pertama dibuka. Kafe ni terletak dalam bangunan Hotel Wolo. Kalau sejenis yang suka OOTD mesti suka Starbucks ni sebab lawa sangat dalamnya.


Starbucks Reserve

Starbucks Reserve
Dari luar dah cantik

Starbucks Reserve
Dinding batu-bata, siling yang tinggi dengan tingkap tinggi melengkung menjadikan kafe ni nampak klasik dan elegan

Starbucks Reserve
Beli green tea Frappuccino kongsi 4 orang semata-mata nak duduk menikmati suasana dalam kafe Starbucks Reserve ni

5. Kunafa Crisp

Sebelum balik, kiteorang cuba nasib sekali lagi nak beli kunafa untuk dibawak balik ke rumah. Tapi masa ni masing-masing dah penat nak menapak ke seberang jalan ke Papa Kanafa. Sudahnya kiteorang beratur di Kunafa Crisp.


,Bukit Bintang

Lepas 10 minit beratur dalam cuaca panas, baru kiteorang perasan ada kod QR untuk buat pesanan online. Maka kiteorang tak berlengah-lengah lagi terus order je online (walaupun tak tau sangat mana yang paling sedap, janji tak payah beratur). Kiteorang order 2 jenis kunafa (crisp cheese kunafa & cheese kunafa slice with Biscoff topping) dan kakak aku nak baklava sebab dia tak pernah cuba lagi baklava.

Sebenarnya lagi cepat bila order online sebab dah tak perlu nak beratur panjang. Tunggu je dieorang panggil nombor giliran dan terus ke kaunter. Jimat masa kiteorang. Bila sampai rumah baru kiteorang perasan dieorang terlupa letak Biscoff topping huhu.. Dah la RM6 nak tambah Biscoff topping. Kakak aku rilek je cakap bukan rezeki. Tapi lepas ni sebelum meninggalkan kaunter kena check dulu betul tak order yang dapat tu.


Baklava
Pelbagai pilihan baklava

Baklava

Crisp Cheese Kunafa
Crisp Cheese Kunafa (harga: RM18.90) - kalau tapau balik recommended panaskan dalam microwave sekejap barulah cheese dia meleleh

Kunafa Cheese Slice
Cheese Kunafa Slice (harga: RM12.90) - pun sedap tapi tak setanding kunafa di Restoren Chef Faez

Sebenarnya banyak lagi tempat makan menarik dan viral di Bukit Bintang. Mungkin lain kali aku nak cuba shawarma dengan sate wagyu Don Don Donki (kalau barisan tak panjang sangat la). Kalau ke Bukit Bintang, korang suka cuba makanan apa? Cer komen sikit.
Read more »
on Tuesday, July 19, 2022 12
Share this!
Tags
Dining, Malaysia, Restaurant and Outlet, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, July 18, 2022

Alat Mainan & Penangan Mat Kilau

Semalam aku dan Suami Terchenta singgah ke Flat Sri Perak di Sentul sebab niat nak dermakan sekotak permainan yang masih elok lagi di ruang komuniti kat situ. Ikutkan hati, sayangnya nak bagi permainan tu sebab terbayang-bayang kenangan bermain dengan anak-anak masa dieorang kecik dulu. Sekarang dieorang dah besar, minat dah beralih ke gajet dan aktiviti melukis. Semua permainan kesukaan dieorang akhirnya terbiar dalam kotak mainan, sekadar mengumpul habuk dan debu. Cuma sesekali ada la Khadeeja bermain dengan koleksi patung Sylvanians. Last-last bulan lepas aku mintak anak-anak kemaskan mainan yang dah tak digunakan lagi dan lap bersih-bersih untuk didermakan.

Malangnya ruang komuniti yang jugak dikenali sebagai Ruang Kita tu tutup pulak, walaupun ada jadual bertugas yang ditampal kat situ mengatakan sepatutnya ada sukarelawan yang bertugas jam tu. Nak tinggalkan di kaki lima takut disalah ertikan membuang sampah merata-rata pulak. Sudahnya terpaksalah kami masukkan ke kotak kitar semula di tepi jalan.

Tengah keluarkan beberapa mainan yang besar dari kotak untuk masukkan ke dalam kotak kitar semula (sebab tak muat nak masukkan), lalu 3 orang budak-budak lelaki baya anak-anak kiteorang. Apa lagi, tersengih-sengih riang la dieorang dapat pilih permainan yang dieorang nak. 

Bila ternampak mainan busur dan anak panah, terus salah sorang jerit, ‘ Yeay! Aku nak jadi Mat Kilau!’ Lalu disambarnya busur dengan anak panah tu dan berlari, sambil dikejar oleh kawannya yang nak berebutkan mainan tu. ‘Aku nak jugak! Aku nak!’ Jerit kawannya. Alahai, sorry la anak-anak, acik takde mainan budak-budak lelaki sangat sebab anak-anak acik perempuan!


Mat Kilau
Kredit imej: m.imdb.com

Macam tu la penangan filem Mat Kilau sampaikan boleh menimbulkan minat anak-anak kecik untuk meniru kehebatan pendekar-pendekar Melayu zaman tu. Walaupun sekadar mainan anak panah, gembiranya lahaii.. macam dah nak jadi pendekar!

Tak hairanlah bila anak-anak Melayu yang berminat nak belajar silat tu tumbuh macam cendawan lepas hujan. Cuma harapnya minat tu berkekalan dan tak pudar walaupun lepas filem Mat Kilau ni dah tak lagi jadi sebutan di bibir orang ramai. Jangan pulak macam melepas batuk di tangga je.

Read more »
on Monday, July 18, 2022 6
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, July 18, 2022

Duty Roster Kerja-kerja Rumah

Awal-awal masuk ke sekolah bulan Januari lepas, cikgu di sekolah anak-anak aku ajar buat duty roster di sekolah dengan cara yang kreatif. 

Balik dari sekolah, dieorang dengan bersemangat nak buat duty roster jugak kat rumah. Alhamdulillah, bagusnya ajaran cikgu senang kerja mak dieorang di rumah hehe.

Haa.. ni la hasilnya. Memang berwarna-warni, siap tampal sticker hari dan ada lukisan lagi. Cuma jangan ditanya kenapa ada hari semua kerja rumah sorang je yang buat pasal jadual ni dieorang buat lepas perbincangan sesama adik-beradik dua orang tu. Mak bapak memang serahkan je pada dieorang!


Duty Roster

Lima kelebihan mendidik anak-anak buat kerja-kerja rumah (house chores):

1. Meningkatkan kemahiran hidup anak-anak supaya boleh menguruskan diri-sendiri pada masa depan.

2. Mendisiplinkan anak-anak untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

3. Melahirkan generasi yang menghormati orang tua dan orang lain i.e. tak anggap mak bapak sebagai pelayan atau orang gaji di rumah.

4. Memupuk penghargaan anak-anak terhadap pekerja pembersihan seperti pengutip sampah, tukang sapu dan tukang cuci supaya mereka tak memandang rendah golongan pekerja pembersihan.

5. Mendidik anak-anak menjadi pembersih dan mementingkan tahap kebersihan di dalam dan luar rumah. Aku yakin sangat, golongan yang suka membuang sampah merata-rata tu juga pengotor di rumah akibat kurangnya didikan tentang kepentingan menjaga kebersihan.

Awal-awal masa ajar dieorang ni memang aku kena buat semula kerja yang dieorang dah buat contohnya bila dieorang basuh pinggan tak bersih aku akan basuh sekali lagi. Lama-lama dieorang pun pandai basuh pinggan dengan betul. 

Selain dari buat kerja-kerja rumah, aku ajar dieorang kerja-kerja dapur contohnya masa umur 6-7 tahun aku akan serahkan tugas kopek bawang dan kupas kulit kentang kat dieorang sementara aku potong ayam / ikan / sayur. Sekarang dieorang dah besar 10 & 12 tahun dan dah tak kekok pegang pisau dan sudip. Aku cuma perlu bagi instructions je untuk benda-benda simple contohnya tanak nasi, tumis sayur, goreng ikan dan ayam dan dieorang akan buat semuanya. 

Cuma bab-bab macam potong ayam dan masak lauk yang complicated sikit je la dieorang belum mahir lagi. Yang ni latihan masih lagi berjalan hehe. Kalau bab kerja rumah pulak, melipat baju pun kena selalu ajar sebab masih lagi tak memenuhi standard mak dieorang ni. Biasalah mak-mak memang pantang tengok lipat senget-senget dan tak sama saiz ni. Sapa golongan mak macam aku?

Read more »
on Monday, July 18, 2022 6
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Miles of smiles
    34 minutes ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    2 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    9 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    10 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    10 hours ago
  • KasihkuAmani
    11 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    13 hours ago
  • SURIA AMANDA
    15 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    15 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    16 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    16 hours ago
  • a m m i
    17 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    17 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    18 hours ago
  • Anies♥You
    19 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    20 hours ago
  • orangbukit
    20 hours ago
  • Travel My Way
    20 hours ago
  • My Small World
    21 hours ago
  • Aku Sis Lin
    22 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    22 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    23 hours ago
  • KakmimDotCom
    23 hours ago
  • Drawing the Words
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • anajingga
    1 day ago
  • Blog Anamizu™
    1 day ago
  • Mreneyoo
    3 days ago
  • Warisan Petani
    3 days ago
  • Krabat Kramat
    4 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    6 days ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 weeks ago
  • Ainihalim
    4 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.