Awal-awal masuk ke sekolah bulan Januari lepas, cikgu di sekolah anak-anak aku ajar buat duty roster di sekolah dengan cara yang kreatif. 

Balik dari sekolah, dieorang dengan bersemangat nak buat duty roster jugak kat rumah. Alhamdulillah, bagusnya ajaran cikgu senang kerja mak dieorang di rumah hehe.

Haa.. ni la hasilnya. Memang berwarna-warni, siap tampal sticker hari dan ada lukisan lagi. Cuma jangan ditanya kenapa ada hari semua kerja rumah sorang je yang buat pasal jadual ni dieorang buat lepas perbincangan sesama adik-beradik dua orang tu. Mak bapak memang serahkan je pada dieorang!


Duty Roster

Lima kelebihan mendidik anak-anak buat kerja-kerja rumah (house chores):

1. Meningkatkan kemahiran hidup anak-anak supaya boleh menguruskan diri-sendiri pada masa depan.

2. Mendisiplinkan anak-anak untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

3. Melahirkan generasi yang menghormati orang tua dan orang lain i.e. tak anggap mak bapak sebagai pelayan atau orang gaji di rumah.

4. Memupuk penghargaan anak-anak terhadap pekerja pembersihan seperti pengutip sampah, tukang sapu dan tukang cuci supaya mereka tak memandang rendah golongan pekerja pembersihan.

5. Mendidik anak-anak menjadi pembersih dan mementingkan tahap kebersihan di dalam dan luar rumah. Aku yakin sangat, golongan yang suka membuang sampah merata-rata tu juga pengotor di rumah akibat kurangnya didikan tentang kepentingan menjaga kebersihan.

Awal-awal masa ajar dieorang ni memang aku kena buat semula kerja yang dieorang dah buat contohnya bila dieorang basuh pinggan tak bersih aku akan basuh sekali lagi. Lama-lama dieorang pun pandai basuh pinggan dengan betul. 

Selain dari buat kerja-kerja rumah, aku ajar dieorang kerja-kerja dapur contohnya masa umur 6-7 tahun aku akan serahkan tugas kopek bawang dan kupas kulit kentang kat dieorang sementara aku potong ayam / ikan / sayur. Sekarang dieorang dah besar 10 & 12 tahun dan dah tak kekok pegang pisau dan sudip. Aku cuma perlu bagi instructions je untuk benda-benda simple contohnya tanak nasi, tumis sayur, goreng ikan dan ayam dan dieorang akan buat semuanya. 

Cuma bab-bab macam potong ayam dan masak lauk yang complicated sikit je la dieorang belum mahir lagi. Yang ni latihan masih lagi berjalan hehe. Kalau bab kerja rumah pulak, melipat baju pun kena selalu ajar sebab masih lagi tak memenuhi standard mak dieorang ni. Biasalah mak-mak memang pantang tengok lipat senget-senget dan tak sama saiz ni. Sapa golongan mak macam aku?

6 Comments

  1. Bagus anak2 Carneyz ...
    Anak2 PH rajin, tapi kena suruh. Belum ada kesedaran lagi nak buat sendiri padahal rutin yg sama je; bawa keluar sampah lepas dinner, kunci pintu dsbnya, Boleh buat, tapi kena peringatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih kena ingatkan jugak Puan Hazel, cuma tak perlu disuruh buat apa sbb dieorang akan refer dekat duty roster tu. Takpe, pelan2 kita ajar anak2 :)

      Delete
  2. Bagus memang ada duty memasing gini, so ada sikap rasa tanggungjawab pada mereka kan.. kalau tak, tu yang jadi anak cepat bosan dan leka main gadjet...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, takde la drama tolak menolak tak nak buat kerja rumah tertentu sbb dah tulis dalam duty roster giliran sapa kene buat hahaha

      Delete
  3. best juak cmtok... mcm kmk mmg sidak dh tauk tugas masing²... tp ada duty roster tok best juak... senang nk berik bonus point nk oo ada punca kuasa... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah tek, sejak ada duty roster tok sik da gik kelayi sapa polah apa.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .