Wordless Wednesday - Virtual Fitting Room

Virtual Fitting Room

Bagus jugak ada teknologi AR (augmented reality) macam virtual display ni untuk pilih baju... Part paling malas nak beli baju ialah nak cuba baju tu. Kadang-kadang nampak helokkk je dekat patung, tapi bila cuba kat badan sendiri aduhh... dah macam bungkus nangka pun ada hihi.

Ternampak skrin besar ni dekat AEON minggu lepas. Cuma perlu berdiri depan tu, swipe2 je nak tukar-tukar baju. Pusing la kiri kanan, baju tu letak elok je kat badan sendiri haha! Kalau berkenan, boleh terus tengok harganya. Jakun kejap kami anak-beranak di depan skrin ni. Maklumlah dah lama tak jejak kaki ke AEON. Kalau tak sebab nak carikan seluar baru untuk si anak dara tu, memang payah la sikit nak ke area sini.

By the way, sekarang susah bebenor nak carikkan seluar untuk Khayla. Pergi ke kids' section, semua senteng2 walaupun cutting nya dah ok. Pergi ke ladies' section pulak, labuh dah ok tapi nampak longgar yang amat, walaupun dah ambik saiz baju yang paling kecik. Khayla ni tinggi macam bapak dia, tapi fizikal masih belum dewasa. Tu yang jadi pening bila nak carikan baju yang sesuai untuk dia. Kalau korang ada cadangan, komen la ye. Terima kasih!


Virtual Fitting Room
Inilah anak dara kesayangan yang susah betul nak carikan baju sesuai dgn fizikalnya yang tinggi tapi kurus

Macamana Nak Fix Isu Google Adsense: 'Your Earnings At Risk'

Semalam lepas dapat email dari Google Adsense, aku klik pautan ke akaun Google Adsense dan terperasan mesej ni:


Google Adsense

Aku tekan button 'Fix now' dan keluar pulak mesej ni:


Google Adsense

Blur sekejap. Mana pulak nak cari root level domain blog ni? 

Cari punya cari penyelesaiannya, akhirnya aku pun tahu camane nak fix error ni:

Langkah 1: Muat turun fail ads.txt melalui button 'Download' tu.
Langkah 2: Login ke 'Blogger' dan pergi ke 'Settings'.
Langkah 3: Skrol ke 'Monetization', klik 'Enable customs ads.txt'.

Google Adsense

Langkah 4: Klik 'Custom ads.txt'. Pop up window akan keluar.
Langkah 5: Buka fail ads.txt yang dimuat turun di Langkah 1. 
Langkah 6: Copy & paste teks dalam fail tu ke dalam pop up window di Langkah 4.
Langkah 7: Klik 'Save'.

Google Adsense

Harap tips ni membantu blogger2 noob macam aku!

Berita Baik Dari Google Adsense

Sedang khusyuk membaca e-book bertajuk 'Lorong' karya Othman Hj. Zainudin terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan apps e-PNM reader (gara-gara terpengaruh dengan blogger Sha Mohamed), tiba-tiba ada notifikasi dari Gmail - Your site is now ready to serve AdSense ads.

Alhamdulillah! Terasa nak melompat-lompat kegembiraan sebab lepas berbulan-bulan kene reject Adsense, akhirnya blog aku diterima oleh Adsense sebagai blog affiliate!


Google Adsense

Hampir-hampir aku berputus asa sebab setiap kali aku hantar request untuk review blog, selalu je kena reject atas alasan 'low value content'. Tapi aku pegang kata-kata Sislin, teruskan menulis dan tambah blog content supaya trafik blog bertambah. Walaupun ada masanya aku takde idea pun nak menulis sebab yelah, dah hari-hari dok rumah je kan hehe.

Tak lama lepas tu, masuk satu lagi email dari Google Analytics pulak - Congrats on reaching 500 clicks in 28 days!


Google Search Impact


Ya Allah, syukur sangat-sangat semakin hari semakin banyak carian yang akhirnya sampai ke blog coffeebreakwithme.com ni 💖

Terima kasih buat rakan-rakan blogger dan pengunjung blog yang sudi singgah membaca coretan di blog aku yang tak seberapa ni. Semoga blogger2 lain pun terus maju jaya jugak. Majulah blogger2 Malaysia!

Review Filem: Day Shift (Netflix)

Salam Isnin semua!

Minggu baru, semangat pun kenalah baru jugak kan? Walaupun sebenarnya rasa malas hehe. Anak bongsu pulak bangun pagi tadi ada simptom selsema dan sakit tekak. Maka terpaksalah cutikan dia hari ni supaya tak berjangkit dengan anak-anak di sekolah.

Pagi ni plan nya nak basuh beranda di luar rumah tapi sebelum tu marilah meng-update blog dulu.

 Weekend semalam aku menonton cerita di Netflix:



Sinopsis cerita:

Bud Jablonski (Jamie Foxx) seorang pemburu pontianak LA mengambil upah menghapuskan pontianak dengan cara mengambil gigi pontianak sebagai bukti. Akibat daripada pekerjaannya yang tidak menentu, dia selalu lewat mengambil anak di sekolah serta membayar yuran sekolah anaknya. Ini membuatkan isterinya Jocelyn (Meagan Good) membuat keputusan berpindah ke negeri asalnya dan membawa anaknya sekali. Bud mempunyai seminggu untuk mendapatkan wang USD10,000 bagi membayar yuran tuisyen dan pendakap gigi anaknya untuk mengelakkan isterinya berpindah ke negeri lain. Bud yang terdesak telah meminta pertolongan Big John (Snoop Dogg) untuk mendapatkan semula keahlian kesatuan pemburu pontianak yang telah ditarik balik sebelum itu disebabkan tindakan Bud yang sering melanggar peraturan kesatuan tersebut. Sepanjang tempoh percubaan, dia telah diletakkan di bawah penyeliaan seorang pegawai kesatuan yang masih mentah, Seth (Dave Franco). 

Suatu hari Bud telah membunuh pontianak berupa seorang perempuan tua. Tanpa pengetahuan Bud, pontianak tersebut ialah anak kepada seorang pontianak yang berkuasa, Audrey San Fernando (Karla Souza) yang menyamar sebagai hartanah dan sedang giat membina penempatan baru untuk kediaman pontianak-pontianak di LA. Audrey memutuskan untuk membalas dendam ke atas Bud dengan cara menculik anak dan isterinya. 


Bagi aku cerita ni lebih kepada feel good moment dan bukanlah cerita seram yang terlalu mencengkam. Cerita ni jugak banyak memaparkan aksi berlawan dengan pontianak dan kadang-kadang terlalu panjang menyebabkan aku terpaksa skip babak-babak berlawan sebab membosankan. Tidak sesuai ditonton dengan anak-anak kecik sebab ada memaparkan aksi ngeri macam anggota badan terputus dsb. Bagi aku, OK la tapi not in the same league with other vampire action flicks contohnya Underworld dan Blade.

Sedapnya Hokkaido Triple Cheese Cake Secret Recipe...

Malam semalam kakak ajak kami keluar makan sama2 di Secret Recipe.

Awalnya aku berniat nak ke pasar malam, tapi aku batalkan hasrat sebab cuaca malam tadi tak berapa elok, siap pakej guruh & kilat di langit.

Sebenarnya dah lama tak jejak kaki ke Secret Recipe. Baru tau Hokkaido Cheese Tart tu kepunyaan Secret Recipe huhuu.... Cheese Tart ni memang favourite anak-anak sejak dulu lagi. Bila tengok ada kiosk Hokkaido Cheese Tart ni di Secret Recipe, terus la dieorang request nak beli perisa original.


Secret Recipe Malaysia
Sekarang dah ada bermacam-macam perisa

Hokkaido Baked Cheese Tart
Salted caramel ni rasanya yang terbaru

Mungkin betul la kot kata2 Kak Amie, semalam ialah pesta pasta. Sebabnya kakak aku dan anak-anak masing-masing order pasta untuk makan malam:


Secret Recipe Malaysia
Khayla seperti biasa order Mac 'n' Cheese

Secret Recipe Malaysia
Spaghetti Meatballs pilihan kakak aku

Khadeeja pulak order spaghetti bolognese ayam (gambar tak sempat nak ambik sebab dia dah makan dulu). Untuk aku pulak, aku pilih nasi goreng Shanghai sebab tengahari dah makan pasta:

Secret Recipe Malaysia

Bagi aku nasi gorengnya biasa-biasa je dan sedikit pedas, tambah pulak dengan chilli oil. Sedikit menyesal sebab tak order nasi goreng kesukaan aku iaitu Nasi Goreng Thai.

Untuk pencuci mulut pulak, memandangkan anak-anak dah pilih cheese tart, aku pulak teringin nak cuba kek premium yang baru di Secret Recipe.


Secret Recipe Malaysia
Pilihan kek yang ada

Bila nampak kek ni, aku teringin pulak nak cuba:

Secret Recipe Malaysia
Hokkaido Triple Cheese Cake dibuat daripada 3 jenis keju - parmesan, mascarpone dan cream cheese

Ternyata kek ni sangat sedap, Masha Allah! Gabungan tiga jenis keju ni memang mantap - makan pun tak rasa muak. Suka bahagian parmesan dan mascarpone yang manis tapi diseimbangkan oleh rasa sedikit masam dari lapisan cream cheese.

Secret Recipe Malaysia
Officially my favourite cake so far at Secret Recipe

Secret Recipe sekarang dah menawarkan SR Rewards untuk sesiapa yang mendaftar jadi ahli, iaitu sambil makan atau membeli kek Secret Recipe, ahli boleh kumpul mata ganjaran. 

Kategori ganjaran yang boleh dinikmati sebagai ahli SR Rewards:


Secret Recipe Malaysia

Kesemua ganjaran dalam bentuk baucer tunai yang boleh digunakan untuk dapat diskaun atau makanan percuma bila makan di Secret Recipe.

Yang bagusnya, tak perlu nak muat turun aplikasi sebab boleh login terus dari laman web Secret Recipe untuk dapatkan QR code keahlian dan tebus baucer.

Kalau ada kawan2 yang berminat dan belum lagi mendaftar keahlian, boleh daftar menggunakan kod referral ni sebab boleh dapat 300 mata ganjaran bila korang daftar ye:


Secret Recipe Malaysia

Use my referral code and get 300 points for both of us! https://member.secretrecipe.com.my/r/84VBQS
(750 pts = RM5 cash voucher) 

More Benefits:
Welcome Gift
Birthday Gift
Exclusive Members Only Promotion

Join Now!