Salam Isnin semua!

Minggu baru, semangat pun kenalah baru jugak kan? Walaupun sebenarnya rasa malas hehe. Anak bongsu pulak bangun pagi tadi ada simptom selsema dan sakit tekak. Maka terpaksalah cutikan dia hari ni supaya tak berjangkit dengan anak-anak di sekolah.

Pagi ni plan nya nak basuh beranda di luar rumah tapi sebelum tu marilah meng-update blog dulu.

 Weekend semalam aku menonton cerita di Netflix:



Sinopsis cerita:

Bud Jablonski (Jamie Foxx) seorang pemburu pontianak LA mengambil upah menghapuskan pontianak dengan cara mengambil gigi pontianak sebagai bukti. Akibat daripada pekerjaannya yang tidak menentu, dia selalu lewat mengambil anak di sekolah serta membayar yuran sekolah anaknya. Ini membuatkan isterinya Jocelyn (Meagan Good) membuat keputusan berpindah ke negeri asalnya dan membawa anaknya sekali. Bud mempunyai seminggu untuk mendapatkan wang USD10,000 bagi membayar yuran tuisyen dan pendakap gigi anaknya untuk mengelakkan isterinya berpindah ke negeri lain. Bud yang terdesak telah meminta pertolongan Big John (Snoop Dogg) untuk mendapatkan semula keahlian kesatuan pemburu pontianak yang telah ditarik balik sebelum itu disebabkan tindakan Bud yang sering melanggar peraturan kesatuan tersebut. Sepanjang tempoh percubaan, dia telah diletakkan di bawah penyeliaan seorang pegawai kesatuan yang masih mentah, Seth (Dave Franco). 

Suatu hari Bud telah membunuh pontianak berupa seorang perempuan tua. Tanpa pengetahuan Bud, pontianak tersebut ialah anak kepada seorang pontianak yang berkuasa, Audrey San Fernando (Karla Souza) yang menyamar sebagai hartanah dan sedang giat membina penempatan baru untuk kediaman pontianak-pontianak di LA. Audrey memutuskan untuk membalas dendam ke atas Bud dengan cara menculik anak dan isterinya. 


Bagi aku cerita ni lebih kepada feel good moment dan bukanlah cerita seram yang terlalu mencengkam. Cerita ni jugak banyak memaparkan aksi berlawan dengan pontianak dan kadang-kadang terlalu panjang menyebabkan aku terpaksa skip babak-babak berlawan sebab membosankan. Tidak sesuai ditonton dengan anak-anak kecik sebab ada memaparkan aksi ngeri macam anggota badan terputus dsb. Bagi aku, OK la tapi not in the same league with other vampire action flicks contohnya Underworld dan Blade.

10 Comments

  1. Ramai anak-anak sekolah sakit. Baca dalam whatsaap group anak sekolah agama pagi tadi, ada beberapa ibu bapa maklumkan anak sakit tak dapat hadir. Untuk petang nanti sekolah rendah pun, sudah ada ibu bapa beriahu guru kelas anak-anak sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur la anak2 dah vaksin influenza bulan lepas. Mungkin adik ni kena selsema biasa sbb takde demam, cuma hingus dan sakit tekak sikit katanya.

      Delete
  2. hahhaha kita wiken dok layan purple heart

    ReplyDelete
    Replies
    1. Purple heart tu cerita Korea kan? Ada gak ternampak tapi skrg belum ada mood nak tgk citer Korea.

      Delete
  3. Uncle suka jamie foxx... nak2 dalam cerita Ray...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lakonan dia dlm Django Unchained pun bagus jugak.

      Delete
  4. Menarik jugak senarai pelakon tapi kalau babak gaduh lama saya pun bosan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kureng sikit tgk action movies tapi saya suka vampire movies hehe

      Delete
  5. Dah tengok gak ni semalam.. ni tengah layan Filem thai hantu sekolah tu, adoii seram gilerrr

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .