Sedang khusyuk membaca e-book bertajuk 'Lorong' karya Othman Hj. Zainudin terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan apps e-PNM reader (gara-gara terpengaruh dengan blogger Sha Mohamed), tiba-tiba ada notifikasi dari Gmail - Your site is now ready to serve AdSense ads.

Alhamdulillah! Terasa nak melompat-lompat kegembiraan sebab lepas berbulan-bulan kene reject Adsense, akhirnya blog aku diterima oleh Adsense sebagai blog affiliate!


Google Adsense

Hampir-hampir aku berputus asa sebab setiap kali aku hantar request untuk review blog, selalu je kena reject atas alasan 'low value content'. Tapi aku pegang kata-kata Sislin, teruskan menulis dan tambah blog content supaya trafik blog bertambah. Walaupun ada masanya aku takde idea pun nak menulis sebab yelah, dah hari-hari dok rumah je kan hehe.

Tak lama lepas tu, masuk satu lagi email dari Google Analytics pulak - Congrats on reaching 500 clicks in 28 days!


Google Search Impact


Ya Allah, syukur sangat-sangat semakin hari semakin banyak carian yang akhirnya sampai ke blog coffeebreakwithme.com ni 💖

Terima kasih buat rakan-rakan blogger dan pengunjung blog yang sudi singgah membaca coretan di blog aku yang tak seberapa ni. Semoga blogger2 lain pun terus maju jaya jugak. Majulah blogger2 Malaysia!

22 comments:

  1. Tahniah! Teruskan menulis, kongsi pelbagai cerita. Moga blog tambah meriah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Amie :) Kak Amie pun sumber inspirasi saya.

      Delete
  2. Tahniah. Kenalah rajin tulis lepas ini.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah! Usaha yang sangat bermanfaat... Slow slow menabung ye... Nak cepat, usaha lebih lagi .. ye dak... Betull kata sis Lin tu.. huhu..

    ReplyDelete
  4. Congrats carney!!!! Semoga bertmbh lg pengunjung ke sini.. Keep writing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Kak Ret! Bestnya kalau kita boleh buat blogger meet up mcm dulu2 kan?

      Delete
  5. tahniahnyer., masyuk tuuuh.,
    tp ada je org x suke dtg blog kita dan selak2 iklan menyemak je katanyer., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa, kalau content blog kita bagi manfaat, mesti dia akan repeat visit. Macam saya pegi blog Wak la ;)

      Delete
  6. Tak lama lagi boleh open table ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya aminkan aje ni Uncle. Open table dlm Excel je mampu skrg hehe

      Delete
  7. Yay.. akhirnya... tahniah Karni, teruskan berkongsi menulis yaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhirnya sislin. terima kasih bagi tunjuk ajar selama ni tau!

      Delete
  8. Tahniah. faham sangat perasaan kena reject dengan adsense tu. tahun lepas berapa kali kena ubah content lama-lama mcm post wordless wednesday dan isi pendek tu. dia redflag sbb katanya takde isi berfaedah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu... tu la terpaksa godek2 youtube carik tips camane nak bagi lepaskan jugak adsense ni. Alhamdulillah berjaya jugak :)

      Delete
  9. Alhamdulillah, congrats!! semoga terus sukses..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Moga terus sukses

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .