Hai, macam-macam la...

 Semalam aku terbaca satu kes menggemparkan di Harian Metro :



Cuma mampu beristighfar dan menggeleng-geleng kepala je dengan perangai budak-budak zaman sekarang. Bila disoal siasat, dia bagitau polis yang bayi tu anaknya hasil hubungan dengan teman lelaki berusia 18 tahun. Sanggup dia menipu polis, memang berani mati budak tu!

Satu benda yang aku kagum, polis berjaya tangkap suspek dan kawan-kawannya pada malam tu jugak walaupun suspek enggan jawab panggilan telefon ibu bayi tu. Pantas tindakan PDRM di sini, syabas!

Ada kemungkinan bayi tu diculik untuk dijual. Alhamdulillah, bayi tu sempat diselamatkan dan diserahkan balik kepada keluarganya. Disebabkan peristiwa ni, ibu bayi tu terus berhenti kerja sebab dah tak percaya nak hantar anak ke pengasuh (suspek ni sebenarnya cucu kepada pengasuh tu, dia ambik kesempatan culik bayi tu masa nenek dia tengah solat).


Sumber imej: Ohbulan

Aduh, kot ye pun suka kat baby comel, tak perlu la sampai nak culik anak orang. Sakit beranak tu tak hilang lagi dik oi, ko pulak senang-senang nak culik huhu...

Aku faham sangat kenapa ibu baby tu terus buat keputusan berhenti kerja sebab aku dulu pun seriau jugak nak hantar anak kat taska / pengasuh. Semua gara-gara anak kawan ofis aku meninggal tersedak susu di rumah pengasuh. Risaunya time beranak kecik dulu, takut anak kena dera la, takut tersedak susu la, sekarang dengan kes macam ni lagi la trauma mak-mak di luar sana nak hantar anak kat taska / pengasuh.

Masa dengan Khayla dulu, memang berat hati hantar dia ke taska. Sebelum hantar tu, macam-macam kriteria aku letak nak pilih taska. Paling penting berdaftar dengan JKM. Wajib! Lepas tu aku mintak boleh video call bila-bila masa sebab nak check Khayla ok ke tak dengan pengasuh dia. Alhamdulillah, semuanya ok. Tapi tu la, masih jugak risau sepanjang aku hantar dia ke taska especially bila ada kes baby maut atau didera di taska...


Khayla masa baby dihantar kat taska

Bila Khadeeja pulak lahir, aku decide ambik cuti tanpa gaji dan jaga sendiri. Salah satu puncanya ialah taska Khayla tu ditutup sebab owner nak fokus jaga anak istimewanya dan aku susah nak cari taska yang memenuhi kriteria. Aku memang susah sangat nak percaya orang lain untuk jaga anak aku masa dieorang baby dulu, jadi lebih baik aku sendiri yang jaga. Puas hati kali ni bila dapat tengok anak depan mata 24 jam. 


Khadeeja ni beruntung sebab mak sendiri yang jaga!

Tapi tu la, tak semua ibubapa ada pilihan selain hantar anak ke taska / pengasuh. Harapnya cepat-cepat la JKM keluarkan garis panduan untuk pengasuh-pengasuh yang ambik upah menjaga anak-anak di rumah. Salah satunya perlu menyediakan premis yang selamat dan kanak-kanak dan bayi dijaganya tak boleh ditinggalkan dengan ahli keluarga lain tanpa pengawasan pengasuh. Pernah ada kes bayi dir*g*l oleh bapa mertua pengasuh sebab pengasuh keluar sekejap. Yang paling sedih, bila bayi yang dihantar pagi tu sihat-walafiat tapi lepas tu meninggal dunia atas kecuaian pengasuh. Nauzubillah... minta2 dijauhkan la kita dari kejadian seumpama ni.

Buat yang pilih hantar ke taska, pastikan hantar ke taska berdaftar dengan JKM sebab salah satu syarat pendaftaran dengan JKM ialah pengendali dan pekerja taska wajib menghadiri kursus asuhan Permata. JKM pun selalu datang check premis memenuhi kriteria dan selamat. Contohnya, pusat asuhan sebenarnya tak dibenarkan ada buaian di premis, anak-anak sama ada tidur atas tilam di lantai atau dalam baby cot. Pernah terbaca kes baby umur setahun ni maut terjerut buaian di taska tak berdaftar. Akhirnya ibubapa dan anak yang dijaga menjadi mangsa pengusaha taska yang tak bertanggungjawab dan cuma nak kaut keuntungan je. 

Kena ingat, JKM takkan tau kewujudan pusat taska tak berdaftar ni melainkan dieorang terima aduan dari orang ramai / ibubapa. Janganlah sampai anak jadi mangsa baru tau taska tak pernah berdaftar. Ibubapa pun kena proaktif tanya dengan taska dan check sendiri di laman web JKM.

OK la, dah jadi membebel pulak aku kat sini. Apa-apa yang melibatkan anak-anak ni memang aku emo sikit huhu...

Seminggu Sepotong Hadis: Jauhi Prasangka Buruk

 

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا
 

Dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (HR Bukhari No: 5604)


- Minggu lepas aku ada beli barang online. Pendek cerita, barang tu ialah krim muka yang selalu aku pakai sebab yang ada dah habis. Krim muka tu aku beli dari Sephora, kalau siapa yang pernah beli online dari Sephora tau la yang kotak parcel dia belang hitam dan putih.


Alamak, takde pulak gambar sisi yang boleh nampak kotak ni belang hitam putih

Bila parcel sampai, delivery guy Whatsapp gambar kotak ni dekat rak parcel kat bawah. Kebetulan masa tu aku keluar ambik budak-budak di sekolah jadi aku pun cuma jawab ‘noted, thanks’. Bila aku balik, aku pun cari la kotak tu.

Masa tu ada kereta Proton Saga berhenti jugak dan pemandu perempuan tu pun tengah ambik parcel dia di rak masa aku sampai. Tapi dia macam laju-laju je ambik terus blah. Aku cari-cari kotak parcel aku di rak tapi takde kat tempat yang dalam gambar Whatsapp tu. Puas aku selongkar kot-kot terjatuh tapiiiiii takde jugak.

Automatik, aku terus jatuh prasangka buruk kepada:

  1. Penghantar parcel - entah2 dia pura2 ambik gambar lepas tu rembat kasi girlfriend sebab kat luar kotak tu dah tulis parcel tu dari Sephora.
  2. Perempuan dalam kereta Proton Saga - masa aku sampai dari jauh tengok dia tengah belek2 parcel lepas tu aku sampai dia laju2 je ambik barang terus blah. Ke dia yang curi?
  3. Penghuni blok lain - ni mesti kes ambik je tak tengok alamat atas parcel, lepas tu tak reti nak pulangkan balik!

Gitu sekali prasangka buruk aku, astaghfirullahal’adzim!

Malam tu aku turun carik lagi tapi memang tak jumpa. Masa ni dah pasrah parcel aku kena rembat. Kecewa tak usah cakap, tapi aku terpaksa redha je la.

Esok paginya, tiba-tiba aku dapat panggilan dari nombor tak dikenali. Rupa-rupanya pak guard yang call. Dia ternampak parcel aku dan dia ambik untuk simpan di guardhouse. Katanya sebelum ni pernah dapat aduan parcel macam kotak aku tu pernah hilang. Jadi dia ambik inisiatif letak dekat guardhouse tapi dia lupa call nombor aku kat atas atas kotak tu sebelum dia balik. Pagi besoknya baru dia teringat.

Masa tu lega dan malu bercampur-baur. Lega parcel aku tak hilang, tapi malu dengan perangai sendiri yang cepat berprasangka buruk dengan orang lain. Peringatan buat diri-sendiri, jangan cepat berprasangka buruk sebab boleh mendorong kepada ucapan dusta. Bayangkan kalau aku jenis terburu-buru terus Whatsapp delivery guy tuduh dia yang curi, atau aku mengadu dekat management yang penghuni kereta Proton Saga putih tu ambik parcel aku? Padahal sebenarnya dua-dua benda tu tak berlaku? Tak ke ia akan jatuh kepada dosa dusta dan fitnah yang cuma boleh diampunkan bila orang yang aku fitnah tu memaafkan kesalahan aku?

Fakta Kemerdekaan - Kisah The Golden Bangle

Tak lama lagi Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-65. Seusia dengan bapak aku. Dalam 65 tahun tu, Malaysia mengalami pembangunan yang pesat dan antara negara yang termaju di rantau Asia Tenggara ni. Walaupun pada masa sekarang Malaysia berdepan dengan kemelut politik dan ekonomi serta cabaran pandemik, tapi kita masih teguh berdiri dan belum tersungkur macam negara Sri Lanka. 

Tapi tau tak kalau tak kerana pengorbanan seorang wanita, mungkin Tanah Melayu tak mencapai kemerdekaan sebab Tunku Abdul Rahman kekurangan dana terbang ke London untuk berunding dengan pihak Inggeris?

Bila dapat tau yang Tunku Abdul Rahman tak cukup dana untuk ke London, tanpa teragak-agak seorang wanita bernama Siti Rahmah Kassim terus tampil dan menawarkan gelang emasnya yang jugak hadiah perkahwinan beliau kepada Tunku Abdul Rahman di hadapan khalayak ramai. Bukan tu je, dia turut menyeru semua yang hadir dalam perhimpunan tu untuk sama-sama menyerahkan emas dan barangan berharga supaya Tunku Abdul Rahman dapat menghadiri sesi perundingan dengan British di London. 

Aksi spontan Siti Rahmah menaikkan semangat mereka yang hadir dan ramai yang terus menanggalkan perhiasan, jam tangan dan ada juga yang menawarkan gigi emas palsu untuk diberikan kepada Tunku Abdul Rahman. Hebatnya kuasa seorang wanita!

Bila emaknya dapat tau yang anaknya senang-senang je serahkan gelang emas kepada Tunku, apa lagi mengamuk la si emak sampai Siti Rahmah dibelasah oleh emaknya sendiri! Gelang emas masa tu mahal kot! Tapi pengorbanannya tak sia-sia, Tunku Abdul Rahman berjaya ke London dan pada 31 Ogos tahun yang sama, Tanah Melayu bebas dari jajahan Inggeris.

Menurut Siti Rahmah, beliau terdorong untuk menyerahkan gelang emasnya kerana perasaan cinta kepada tanah air yang sangat mendalam. Pada Mac 2017, beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada umur 90 tahun.

Semoga segala jasa dan pengorbanan Datuk Siti Rahmah Kassim diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.


Sumber Imej: Berita Harian


Nota kaki: Mulia dan tulusnya hati pejuang-pejuang tanah air satu ketika dulu, sanggup berkorban wang ringgit sendiri untuk negara

Wordless Wednesday - Food Art (Marshmallow)

marshmallow
The art of marshmallow


Sekilas pandang nampak macam karya seni kan? Tapi sebenarnya ni ialah marshmallow. 

Marshmallow ni kesukaan anak-anak apa lagi bila dibakar atau letak dalam minuman coklat panas. Tapi kadang-kadang aku ragu-ragu nak beli marshmallow di pasaraya apa lagi kalau diimport dari negara luar. Sebabnya salah satu bahan marshmallow ialah gelatin. Walaupun guna gelatin dari lembu pun kita tak pasti sama ada lembu yang disembelih secara halal atau tak.

Kebetulan ada kawan yang pandai memasak dan baking tau buat marshmallow, jadi aku mintak dia ajarkan cara-cara buat marshmallow. Bahan-bahan ni memang boleh dapat di kedai bahan-bahan kek.


Resipi Marshmallow

Bahan-bahan:
1 cawan gula aising
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan sirap jagung (light corn syrup)
1/4 sudu teh garam
2 sudu teh esen vanila
34 gram serbuk gelatin (boleh pilih gelatin ikan atau gelatin lembu halal)
1 cawan air (setengah cawan untuk merendam gelatin sampai kembang, setengah lagi untuk dipukul dengan gula)
Minyak masak (untuk sapu permukaan dalam acuan supaya mudah keluarkan marshmallow)

Cara-cara:
1. Rendam serbuk gelatin dengan setengah cawan air sehingga kembang.
2. Masak sirap jagung, garam, gula pasir dan setengah cawan air di atas api sederhana. Biarkan sehingga mendidih dan gula telah larut. Bila gula dah larut, ambil sedikit larutan dan titiskan dalam air ais. Sekiranya bebola yang terbentuk rasa kenyal bila dipicit, tutup api.
3. Tuang serbuk gelatin dalam mangkuk pengadun dan hidupkan pengadun dengan kelajuan perlahan. Tuang larutan gula yang dah dimasak ke dalam gelatin. Tambah kelajuan mixer secara beransur-ansur.
4. Apabila marshmallow menjadi pekat dan berkilat, masukkan esen vanila dan putar lagi.
5. Sekiranya nak tambah perisa atau pewarna, boleh tambah masa ni.
6. Tuang marshmallow ke dalam acuan yang telah disapu dengan minyak masak. Menggunakan spatula yang dicelup ke dalam air bersuhu bilik, ratakan marshmallow dalam acuan.
7. Sejukkan dalam suhu bilik selama sekurang-kurangnya 4 jam.
8. Untuk mengeluarkan marshmallow dari acuan, tabur gula aising di atas permukaan marshmallow supaya tak melekat di tangan. Tabur gula aising di atas papan pemotong jugak.
9. Potong marshmallow mengikut citarasa masing-masing. 

Senang rupa-rupanya buat marshmallow ni tapi resipinya banyak pakai gula. Kalau ada diabetes atau anak-anak yang hiperaktif, baiklah jangan bagi makan marshmallow ni sebab kandungan gulanya sangat tinggi. Tapi kalau buat sendiri sekurang-kurangnya boleh kurangkan gula tu kan? Kalau beli di kedai tak tau la berapa sukatan gula dieorang pakai.

Review filem: The Assistant (2022)

Hujung minggu menonton filem The Assistant di Netflix. Salah satu sebab aku tertarik nak tengok filem ni ialah pengarahnya ialah Adrian Teh yang jugak pengarah filem 'Paskal'. Barisan pelakon utamanya pun ialah Hairul Azreen dan Henley Hii yang membintangi filem 'Paskal'. Pendek kata, expectation aku terhadap filem ni agak tinggi la.


Sumber imej: Netflix.com

Sinopsis cerita:
Zafik (Iedil Dzuhrie Alaudin)  telah dipenjarakan atas kesalahan yang tak dilakukannya iaitu memiliki dan mengedar dadah. Semasa dia dipenjarakan, isteri dan anak lelakinya telah dibunuh oleh seseorang. Zafik kemudiannya dibebaskan dan berusaha mencari pembunuh keluarganya dengan bantuan seorang lelaki misteri iaitu Feroz (Hairul Azreen). Namun begitu, usahanya cuba dihalang oleh kawan baiknya, Dato Sam Lee (Henley Hii).

Cerita ni bermula agak perlahan dan sedikit membosankan dengan memaparkan flashback keluarga Zafik sebelum dia dipenjarakan. Ceritanya cuma mulai hidup apabila muncul watak Feroz yang mengaku dirinya sebagai sepupu Lisa, isteri Zafik. Bersama-sama, mereka cuba menjejak semua yang terlibat dengan pembunuhan keluarga Zafik. 

Pada mulanya Zafik kelihatan bersemangat memburu pembunuh Lisa dan anak mereka tapi lama-kelamaan Zafik ragu-ragu dengan tindakan Feroz yang bertindak kejam dalam usaha penjejakan mereka. Kat sini nampak watak Zafik ni sebenarnya lemah dan dia banyak mengikut je arahan Feroz. Aku jadi menyampah sikit dengan watak Zafik.

Hairul Azreen memang terer bab-bab aksi berlawan ni. Rasa sedikit jarring bila tengok Hairul memikul watak jahat yang berperwatakan gila-gila sebab aku masih lagi mengaitkan dia dengan watak Lt. Commander Arman Rahmat dalam Paskal. Mungkin kalau ambik Ammar Alfian dalam cerita ni sebagai Feroz lebih boleh diterima oleh aku hehe.

Kemuncak aksi lawan-berlawan ni ialah pertemuan antara Sam dan Feroz. Masa ni aku annoyed sebab kemain lagi kata nak 'ajar' dulu Sam ni tapi alih-alih aku tengok Sam pulak yang 'ajar' Feroz. Tengah berlawan-lawan tu tiba-tiba jatuh dari langit depan KLCC. Bagi aku babak tu agak exaggerated, tambah lagi sebab nampak sangat superimposed je. Sudahnya aku banyak skip part aksi berlawan ni sebab bagi aku terlalu lama.

Akhir sekali, babak ending memang sangat tak disangka-sangka. Tiba-tiba muncul Hanis Zalikha hahaha! Part ni aku pun tergelak sebab tak sangka dia akan muncul.

Overall aku rasa filem ni boleh diolah dengan lebih baik supaya jalan ceritanya lancar dan fluid je sebab ada masanya aku rasa jalan ceritanya agak melompat-lompat. Mungkin nak menaikkan lagi suspense penonton. Satu lagi (mungkin ni spoiler sikit la), sepatutnya jalan ceritanya menyelit kesedaran tentang penyakit bipolar atau split identity untuk meningkatkan tahap kesedaran tentang kesihatan mental. Kalau penonton jenis yang tak peka pasal penyakit ni, mesti dieorang akan tertanya-tanya sampai ke akhir cerita hehe. Cerita ni sesuai untuk peminat filem aksi dan saspen.