Tak lama lagi Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-65. Seusia dengan bapak aku. Dalam 65 tahun tu, Malaysia mengalami pembangunan yang pesat dan antara negara yang termaju di rantau Asia Tenggara ni. Walaupun pada masa sekarang Malaysia berdepan dengan kemelut politik dan ekonomi serta cabaran pandemik, tapi kita masih teguh berdiri dan belum tersungkur macam negara Sri Lanka. 

Tapi tau tak kalau tak kerana pengorbanan seorang wanita, mungkin Tanah Melayu tak mencapai kemerdekaan sebab Tunku Abdul Rahman kekurangan dana terbang ke London untuk berunding dengan pihak Inggeris?

Bila dapat tau yang Tunku Abdul Rahman tak cukup dana untuk ke London, tanpa teragak-agak seorang wanita bernama Siti Rahmah Kassim terus tampil dan menawarkan gelang emasnya yang jugak hadiah perkahwinan beliau kepada Tunku Abdul Rahman di hadapan khalayak ramai. Bukan tu je, dia turut menyeru semua yang hadir dalam perhimpunan tu untuk sama-sama menyerahkan emas dan barangan berharga supaya Tunku Abdul Rahman dapat menghadiri sesi perundingan dengan British di London. 

Aksi spontan Siti Rahmah menaikkan semangat mereka yang hadir dan ramai yang terus menanggalkan perhiasan, jam tangan dan ada juga yang menawarkan gigi emas palsu untuk diberikan kepada Tunku Abdul Rahman. Hebatnya kuasa seorang wanita!

Bila emaknya dapat tau yang anaknya senang-senang je serahkan gelang emas kepada Tunku, apa lagi mengamuk la si emak sampai Siti Rahmah dibelasah oleh emaknya sendiri! Gelang emas masa tu mahal kot! Tapi pengorbanannya tak sia-sia, Tunku Abdul Rahman berjaya ke London dan pada 31 Ogos tahun yang sama, Tanah Melayu bebas dari jajahan Inggeris.

Menurut Siti Rahmah, beliau terdorong untuk menyerahkan gelang emasnya kerana perasaan cinta kepada tanah air yang sangat mendalam. Pada Mac 2017, beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada umur 90 tahun.

Semoga segala jasa dan pengorbanan Datuk Siti Rahmah Kassim diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.


Sumber Imej: Berita Harian


Nota kaki: Mulia dan tulusnya hati pejuang-pejuang tanah air satu ketika dulu, sanggup berkorban wang ringgit sendiri untuk negara

14 comments:

  1. ada terbaca dlm buku kiosah ni.. terbaik semangat patriotik makcik Siti Rahmah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dieorg dah penah rasa zaman penjajah kan. Tau jerih & perit jadi hamba di tanah sendiri. Tu yg tak teragak2 berkorban utk kebebasan tanah air.

      Delete
  2. Orang-orang yang kuat rasa cinta negara, sanggup beri apa saja yang termampu.

    Oh..baru tau pasal emaknya mengamuk tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sumbangan Siti bangle emasnya pada awalnya dirahsiakan dari ibunya, tetapi ibunya mendapat tahu selepas diberitahu oleh orang lain. Ibunya telah memukulnya sehingga darah keluar untuknya. Dia menyimpan pakaian berdarah dari hari itu sebagai ingatan, memanggil mereka "darah kemerdekaan" - Wikipedia. Sampai berdarah dipukul emaknya.

      Delete
  3. Kalau tanya anak-anak sekarang, kenal ke dengan Datuk ni kannn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya buku teks sejarah mana ada citer pasal pejuang kemerdekaan kaum perempuan. Yg kita belajar kat sekolah dulu semua tokoh lelaki mcm Tunku Abdul Rahman, Stephen Kalong Ningkan, Jaafar Onn, dsb. Tak boleh nak salahkan budak2 sbb tokoh wanita jarang2 disebut.

      Delete
  4. wah baru tau kisah yang satu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru tau gak, tu pun dari newsletter sekolah anak2

      Delete
  5. Replies
    1. Ramai tokoh srikandi yang kita tak kenal sbb nama dieorang takde dlm buku teks sejarah di sekolah

      Delete
  6. Wahhh, tak pernah tahu cerita ni! Terima kasih kongsi

    ReplyDelete
  7. Teringat scene dalam filem Tanda Putera. Alfatihah untuk wanita hebat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam filem Tanda Putera ada watak Datuk Siti Rahmah tu ke? Tak pernah lagi tengok filem tu

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .