Hujung minggu menonton filem The Assistant di Netflix. Salah satu sebab aku tertarik nak tengok filem ni ialah pengarahnya ialah Adrian Teh yang jugak pengarah filem 'Paskal'. Barisan pelakon utamanya pun ialah Hairul Azreen dan Henley Hii yang membintangi filem 'Paskal'. Pendek kata, expectation aku terhadap filem ni agak tinggi la.


Sumber imej: Netflix.com

Sinopsis cerita:
Zafik (Iedil Dzuhrie Alaudin)  telah dipenjarakan atas kesalahan yang tak dilakukannya iaitu memiliki dan mengedar dadah. Semasa dia dipenjarakan, isteri dan anak lelakinya telah dibunuh oleh seseorang. Zafik kemudiannya dibebaskan dan berusaha mencari pembunuh keluarganya dengan bantuan seorang lelaki misteri iaitu Feroz (Hairul Azreen). Namun begitu, usahanya cuba dihalang oleh kawan baiknya, Dato Sam Lee (Henley Hii).

Cerita ni bermula agak perlahan dan sedikit membosankan dengan memaparkan flashback keluarga Zafik sebelum dia dipenjarakan. Ceritanya cuma mulai hidup apabila muncul watak Feroz yang mengaku dirinya sebagai sepupu Lisa, isteri Zafik. Bersama-sama, mereka cuba menjejak semua yang terlibat dengan pembunuhan keluarga Zafik. 

Pada mulanya Zafik kelihatan bersemangat memburu pembunuh Lisa dan anak mereka tapi lama-kelamaan Zafik ragu-ragu dengan tindakan Feroz yang bertindak kejam dalam usaha penjejakan mereka. Kat sini nampak watak Zafik ni sebenarnya lemah dan dia banyak mengikut je arahan Feroz. Aku jadi menyampah sikit dengan watak Zafik.

Hairul Azreen memang terer bab-bab aksi berlawan ni. Rasa sedikit jarring bila tengok Hairul memikul watak jahat yang berperwatakan gila-gila sebab aku masih lagi mengaitkan dia dengan watak Lt. Commander Arman Rahmat dalam Paskal. Mungkin kalau ambik Ammar Alfian dalam cerita ni sebagai Feroz lebih boleh diterima oleh aku hehe.

Kemuncak aksi lawan-berlawan ni ialah pertemuan antara Sam dan Feroz. Masa ni aku annoyed sebab kemain lagi kata nak 'ajar' dulu Sam ni tapi alih-alih aku tengok Sam pulak yang 'ajar' Feroz. Tengah berlawan-lawan tu tiba-tiba jatuh dari langit depan KLCC. Bagi aku babak tu agak exaggerated, tambah lagi sebab nampak sangat superimposed je. Sudahnya aku banyak skip part aksi berlawan ni sebab bagi aku terlalu lama.

Akhir sekali, babak ending memang sangat tak disangka-sangka. Tiba-tiba muncul Hanis Zalikha hahaha! Part ni aku pun tergelak sebab tak sangka dia akan muncul.

Overall aku rasa filem ni boleh diolah dengan lebih baik supaya jalan ceritanya lancar dan fluid je sebab ada masanya aku rasa jalan ceritanya agak melompat-lompat. Mungkin nak menaikkan lagi suspense penonton. Satu lagi (mungkin ni spoiler sikit la), sepatutnya jalan ceritanya menyelit kesedaran tentang penyakit bipolar atau split identity untuk meningkatkan tahap kesedaran tentang kesihatan mental. Kalau penonton jenis yang tak peka pasal penyakit ni, mesti dieorang akan tertanya-tanya sampai ke akhir cerita hehe. Cerita ni sesuai untuk peminat filem aksi dan saspen.

10 Comments

  1. Plotnya macam melompat-lompat ya.
    Kadang-kadang nak timbulkan suspen penonton, jadi macam tak logik pula jalan ceritanya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertengahan cerita tu, ada masanya tak faham langsung plot yg cuba disampaikan. Kena tunggu sampai hujung baru boleh cantum semuanya tapi masa tu dah rasa agak hambar.

      Delete
  2. Kat netflix je ke? Ok uncle cari masa...

    ReplyDelete
  3. oo...ada di netflix, boleh layan...

    ReplyDelete
  4. Boleh layan tengok nanti nih..Macam best sebab terbayang Paskal jugak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rata2 yang nak tengok citer ni sebab barisan pelakon Paskal dalam filem ni which is Hairul Azreen dan Henley Hii. Tapi nasihat saya, turunkan sikit expectation takut kecewa hehe.

      Delete
  5. biasalah cerita melayu mmg perlu byk belajar utk lagi menarik huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi pengarah dia Adrian Teh hehe. Mungkin tak cukup bajet kot.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .