• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Monday, January 16, 2023

Flu lagi!

Aku rasa macam baru je baik dari selsema, ni kena lagi lepas jangkit dari Suami Terchenta minggu lepas. Alhamdulillah ala kulli haal... moga-moga penyakit ni menghapus dosa-dosa kecilku selama ni.

Bila flu ni kepala rasa berat je. Lepas makan ubat confirm pengsan. Plan minggu ni nak keluar ke Perpustakaan KL sebab sepanjang minggu lepas aku cuma duduk di rumah je tak keluar ke mana-mana kecuali pergi ambik budak-budak balik dari sekolah. Weekend pun tak ke mana-mana sebab kami berdua sama-sama kena flu. 

Semoga kawan-kawan yang lain baik-baik aje, sihat walafiat. Maaf la mood blogging / blogwalking tu masih lagi hilang entah ke mana, tambah-tambah lagi tengah tak sihat ni huhu.

Read more »
on Monday, January 16, 2023 32
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, January 11, 2023

Wordless Wednesday: Louis

funny cat
Louis tak suka la Bapak kacau Louis nak tidur ni!


Louis dah makin gebu-gebas sekarang ni berbanding dengan masa mula-mula kami adopt dia di SPCA.

Aku baru tau sebenarnya ada carta yang mengukur kategori berat kucing dipanggil 'Chonk Chart':


funny cat
Sumber imej: www.sunnyskyz.com

Louis dalam kategori mana? Masa mula-mula di adopt, Louis dalam kategori 'He Chomnk': 

spca
Louis masa di SPCA lagi memang dah gebu...

Awal-awal dulu dia suka meneroka setiap inci rumah - belakang katil, bawah kabinet, dalam kabinet dan semua ceruk yang sempit tu la.

Sekarang ni ceruk-ceruk tu dah tak muat untuk dimasuki oleh Louis. kami semua sependapat sekarang Louis dalam kategori 'A Heckin' Chonker':


funny cat
Bila kakak pergi sekolah, dia lepak dalam bilik kakak

funny cat
Dah bosan dalam bilik lepak pulak atas kerusi meja makan

Budak ni pantang dengar makanan dia keluar dari auto-feeder, gebu-gebas tu pun laju jugak dia berlari bila time makan. Itulah keistimewaan si Louis ni. Telinga dia extra peka bab-bab makanan keluar. Lepas makan dia cari port lepak dan tidur.


funny cat
Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati...


Dah petang-petang sikit dia macam tau-tau je kakak-kakak dia nak balik sekolah. Masa tu dia akan lepak depan pintu tunggu kakak balik.

 
funny cat
Sat gi kaki terkepit dekat penyendal pintu baru tau erti penyesalan Louis!

Apapun, dialah penyeri rumah ni. Tukang sibuk (aku bersenam depan TV time tu jugak dia sibuk nak baring-baring dekat kaki, ada gak terpijak perut tu karang Louis oi!), tukang buat bising iya jugak (sejenis kucing yang suka melayan berborak. Setiap kali aku tanya soalan, dia akan mengiau balik). Tapi dia pantang kena ambik dan suruh duduk atas pangku. Dia tak suka. Silap hari bulan dia cakar kalau cuba letak dia atas pangku.

Korang yang ada bela kucing, apa tabiat kucing korang yang paling menghiburkan?

Read more »
on Wednesday, January 11, 2023 41
Share this!
Tags
Journal, Pets
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, January 10, 2023

Kemanakah menghilangnya mood blogging ni?

cute cat
Apa mommy tengok2 Louis ni? Louis nak baring-baring bermalas-malasan je hari ni...

Iya... macam nilah perasaan aku semenjak dua menjak ni. M-A-L-A-S. Semangat nak berblogging tu masih tertinggal di tahun 2022. Fuhhh... fuhhhh... fuhhhhh! Hai la semangat, mana la awak menghilang? Tolong la balik semula. Lemau pulak bila tak de idea nak blogging ni.

Update azam tahun baru: 

Dah turun 1.5kg seminggu ni. Aku dan kawan-kawan peminat gajet Apple buat cabaran fitness awal tahun baru. Masing-masing berlumba-lumba nak close rings sepanjang minggu lepas. Bila nampak points ketinggalan je, masing-masing makin gigih buat workout nak atasi points orang lain. Sampai malam-malam sebelum tidur pun sempat lagi buat workout! Semangat taknak kalah punya pasal.

By the way, kawan-kawan yang tengah berazam nak lebih aktif tahun ni, Nike Training Club ada melancarkan program fitness di Netflix sejak 30 Disember 2022. Aku dah try, memang sesuai untuk semua tahap dari yang baru nak berjinak-jinak dengan kelas fitness sampai la ke tahap yang dah biasa mengikuti kelas workout.


Sumber imej: netflix.com

Aku suka ikut kelas-kelas di Apple Fitness+ dan Netflix sebab sejak pindah ni, aku malas nak turun ke gym. Yang ni senang, lepas setel kerja rumah pagi-pagi, bukak je Netflix boleh terus bersenam kat depan TV. Nak bersenam pakai baju kelawar pun boleh, takde sapa judge. 

Program fitness ni terbahagi kepada beberapa kategori:

  1. Kickstart Fitness with the Basics (13 episod) 
  2. Two Weeks to a Stronger Core (7 episod)
  3. Fall in Love with Vinyasa Yoga (6 episod)
  4. HIT & Strength with Tara (14 episod)
  5. Feel-Good Fitness (6 episod)

Tempoh workout dari 10 minit ke 30 minit, bergantung pada tahap intensity workout. Yang best nya tak perlu apa-apa equipment pun, setakat ruang untuk bersenam atau kalau nak selesa, guna yoga mat. Aku pilih untuk bersenam atas carpet je hehe.

Mula-mula ikut program ni, terasa la otot-otot kat peha, perut, lengan dan pinggang pun lenguh-lenguh. Maklumlah, dah lama tak bersenam. Lepas seminggu, dah tak terasa semua tu. Jadi buat beginner, tahan je dalam seminggu ok la. Jangan give up awal-awal ok.

Pemakanan - aku buat suku-suku separuh. Sekali-sekala buat IF tapi belum konsisten lagi. Masih lagi berusaha untuk minum 3L sehari (dah masih gagal dapatkan 2L setakat ni). 

Macam mood blogging jugak la, masih lagi kelaut diet setakat ni. Huhu. Semoga dipermudahkan. Macamana ni, baru minggu kedua tahun 2023, mood dah hilang? Doakan aku ye korang.

Read more »
on Tuesday, January 10, 2023 40
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, January 09, 2023

Melawat Perpustakaan Kuala Lumpur

Haii... lately ni mood nak blogging ke laut pulak. Dah duduk depan laptop pun tapi otak macam kering idea nak menulis. OK la, bila datang mood malas ni, tak boleh nak dipaksa-paksa. Sudahnya minggu lepas aku lebih banyak meluangkan masa membaca buku, bersenam atau menonton Netflix.

Bercakap tentang membaca buku, teringat beberapa minggu lepas aku dan BFF Zura bawak anak-anak kiteorang ke Perpustakaan Kuala Lumpur di Dataran Merdeka. 



Dari luar bangunan perpustakaan ni nampak cantik dan gah dengan rekabentuk melengkung.


Kemain Khayla dan kawannya berposing


Selamat datang ke Perpustakaan KL

Masuk-masuk je, sebelah kiri dah nampak bahagian bacaan kanak-kanak yang berwarna-warni ni. 


Ruang masuk ke bahagian bacaan kanak-kanak

Bangku tempat lepak-lepak sambil baca buku


Budak ni paling gembira masuk perpustakaan dan jumpa buku kesukaan dia iaitu buku-buku Enid Blyton

Di sebelah kanan, ada satu ruang dipanggil terowong masa KL. Dalamnya merupakan galeri sejarah pembangunan KL dari awal sampai sekarang dan pelan pembangunan KL akan datang. 


Banyak fakta sejarah yang menarik yang aku baru belajar / teringat semula bila masuk ke terowong ni. Contohnya, aku baru tau Universiti Malaya dahulu ialah gabungan King Edward College of Medicine dan Raffles College di Singapura, sebelum ia berpecah kepada Universiti Malaya dan National University of Singapore.

Budak yang minat sejarah

Lepas berjalan-jalan di Terowong Masa, kami tinggalkan beg di loker yang disediakan sebelum naik ke tingkat atas iaitu bahagian bacaan dewasa.


Bahagian bacaan dewasa ada 2 aras. Aras pertama menempatkan lebih banyak buku-buku tentang sejarah, lifestyle, ekonomi dan pelbagai lagi genre. Aras kedua lebih kepada tempat bekerja / belajar sebab ada banyak meja dan tempat duduk. Aku tengok ramai jugak pelajar yang datang ke situ belajar sambil menggunakan internet. Hish, terus rindu zaman belajar di library dulu-dulu.


Kena paksa posing sambil membaca di tengah-tengah rak melengkung ni hehe

Pemandangan cantik di bahagian tangga

Banyak sudut bacaan yang selesa untuk duduk-duduk sambil membaca buku di sini



Kalau penat membaca, boleh rehatkan mata dan minda sambil menikmati pemandangan cantik bandaraya KL.


Agak menyesal sebab tak terus daftar sebagai ahli perpustakaan masa trip ke Perpustakaan KL ni. Syarat menjadi ahli ialah menetap di KL dan membayar yuran pendaftaran (RM6) dan yuran tahunan (RM10). Untuk kanak-kanak berusia 4-12 tahun boleh mendaftar dengan yuran pendaftaran (RM6) tanpa yuran tahunan. Ada juga yuran ahli seumur hidup sebanyak RM150 dibuka kepada dewasa berumur 21 tahun ke atas, jadi tak perlu bayar yuran tahunan. Menariknya, ahli perpustakaan boleh jugak meminjam buku elektronik dalam talian.

Perpustakaan Kuala Lumpur (Dataran Merdeka)
Alamat: 1, Jln Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi: Selasa - Jumaat: 10 pagi - 6.45 petang; Sabtu & Ahad ditutup 5 petang; Isnin ditutup
Read more »
on Monday, January 09, 2023 28
Share this!
Tags
Family Activities, Lifestyle, Malaysia, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, January 07, 2023

Tips Kurus 1: Dapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti

Sebenarnya aku nak park tips-tips kurus kat sini supaya jadi rujukan dan motivasi buat diri-sendiri.

Benda basic bila nak kurus ialah jaga makan (calorie intake < calorie deficit). Tapi benda basic pun akan jadi susah bila hormon tak stabil.

Antara salah satu sebab hormon tak stabil ialah badan kurang rehat atau lebih tepat, kurang tidur. Tidur yang berkualiti ialah cara untuk badan mengembalikan keseimbangan hormon dalam badan. Tahap hormon yang mengawal selera makan berkait rapat dengan jumlah masa tidur. Ada kajian yang dibuat mendapati orang yang kurang tidur merasa cepat lapar dan lambat kenyang dan ini menyebabkan dia makan dengan kalori berlebihan. Percaya atau tidak, salah satu punca diabetes dan penyakit berkaitan kardiovaskular ialah kurang tidur. Perempuan lebih-lebih lagi perlukan masa tidur yang lebih panjang sebab tahap hormon perempuan lebih tinggi dari lelaki. 

Tapi selalunya perempuan yang paling lewat tidur untuk memastikan rumah dalam keadaan bersih dan kemas, baju sekolah anak-anak dah diseterika dan bahan-bahan bekal sekolah disediakan malam sebelumnya, betul tak? Jadi kita kena ubah rutin harian kita supaya kita boleh dapatkan tidur yang berkualiti, contohnya memastikan baju-baju untuk seminggu diseterika pada hujung minggu dan membuat meal prep untuk seminggu yang disejukbekukan dan sedia dipanaskan untuk bekal sekolah / bekal pejabat.


Kebanyakan kaum ibu ada masalah kurang tidur dan kurang rehat (sumber imej: pexels.com)

Apa kata kita ubah tabiat tidur kita dengan tips ni:

Amalan Rutin Untuk Tidur Yang Berkualiti

  • Pastikan persekitaran tidur yang selesa - cadar yang bersih, bilik yang wangi, suhu yang sesuai (tak terlampau panas dan tak terlampau sejuk), bilik mempunyai pengudaraan yang baik dsb.
  • Tetapkan waktu tidur yang konsisten dan pasang alarm di telefon untuk alert waktu tidur. Tidur sebelum jam 12 tengah malam. Kalau hendak bangun tahajud, tetapkan waktu tidur sekitar jam 9-10 malam, atau selepas Isya'.
  • Tutup lampu atau dim lampu katil 30 minit sebelum waktu tidur untuk menghantar isyarat kepada otak itu ialah waktu tidur.
  • Buat aktiviti merehatkan minda seperti membaca buku atau berbual dengan pasangan sebelum tidur. Berhenti melihat gajet atau telefon pintar sejam sebelum waktu tidur.
  • Elakkan scroll media sosial atau lampu dari gajet elektronik kerana ia merangsang otak untuk kekal aktif.
  • Sekiranya dalam keadaan stress, amalkan mandi air panas (hot shower) sebelum tidur. Buat meditasi dengan mendengar muzik yang menenangkan atau berzikir. Lebih baik mengambil wudu' dan mengerjakan solat sunat taubat 2 rakaat kerana dengan mengingati Allah hati akan tenang.
  • Berhenti makan 2-3 jam sebelum tidur, seelok-eloknya makan sebelum jam 7 petang. Tabiat ini bagus untuk mereka yang hendak menurunkan berat badan atau menghadapi masalah penghadaman seperti GERD, sembelit dsb.
  • Jangan minum berlebihan sebelum waktu tidur untuk mengelakkan berulang-alik ke tandas pada waktu malam dan menjejaskan kualiti tidur.
  • Amalkan minum teh chamomile atau lavender yang boleh membantu untuk tidur yang lebih lena.
  • Luangkan masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit berterusan pada waktu siang supaya badan cepat penat dan lebih bersedia untuk tidur waktu malam.
  • Jangan tidur berlebihan pada waktu siang kerana ia mengganggu kitaran tidur pada waktu malam. Sekiranya badan dan otak perlu rehat, amalkan power nap atau qailulah pada waktu tengahari selama 15-30 minit sahaja untuk mengembalikan kesegaran otak.
  • Tips terakhir bukanlah amalan rutin tapi lebih kepada cadangan untuk mereka yang menghadapi masalah tidur seperti insomnia atau sleep apnea (berdengkur kuat) - berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan bantuan profesional.

Diharapkan tips-tips ni membantu aku untuk dapatkan tidur yang baik supaya usaha mengurangkan berat badan berhasil.

Read more »
on Saturday, January 07, 2023 18
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Drawing the Words
    2 hours ago
  • orangbukit
    3 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    4 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    5 hours ago
  • KasihkuAmani
    5 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    6 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    8 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    9 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    9 hours ago
  • Miles of smiles
    9 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    11 hours ago
  • Titian Perjalanan
    13 hours ago
  • Blog Anamizu™
    18 hours ago
  • KakmimDotCom
    1 day ago
  • SURIA AMANDA
    1 day ago
  • a m m i
    1 day ago
  • Mreneyoo
    2 days ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    2 days ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    2 days ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    2 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    2 days ago
  • Anies♥You
    2 days ago
  • My Small World
    2 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 days ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    2 days ago
  • Travel My Way
    3 days ago
  • Amie's Little Kitchen
    3 days ago
  • Aku Sis Lin
    3 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 days ago
  • mrhanafi.com
    3 days ago
  • Ainihalim
    4 days ago
  • anajingga
    4 days ago
  • Krabat Kramat
    5 days ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    6 days ago
  • Warisan Petani
    1 week ago
  • Sunah Sakura
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    3 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    3 weeks ago
  • Afzan Sidi
    3 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Asa Blog
    4 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.