cute cat
Apa mommy tengok2 Louis ni? Louis nak baring-baring bermalas-malasan je hari ni...

Iya... macam nilah perasaan aku semenjak dua menjak ni. M-A-L-A-S. Semangat nak berblogging tu masih tertinggal di tahun 2022. Fuhhh... fuhhhh... fuhhhhh! Hai la semangat, mana la awak menghilang? Tolong la balik semula. Lemau pulak bila tak de idea nak blogging ni.

Update azam tahun baru: 

Dah turun 1.5kg seminggu ni. Aku dan kawan-kawan peminat gajet Apple buat cabaran fitness awal tahun baru. Masing-masing berlumba-lumba nak close rings sepanjang minggu lepas. Bila nampak points ketinggalan je, masing-masing makin gigih buat workout nak atasi points orang lain. Sampai malam-malam sebelum tidur pun sempat lagi buat workout! Semangat taknak kalah punya pasal.

By the way, kawan-kawan yang tengah berazam nak lebih aktif tahun ni, Nike Training Club ada melancarkan program fitness di Netflix sejak 30 Disember 2022. Aku dah try, memang sesuai untuk semua tahap dari yang baru nak berjinak-jinak dengan kelas fitness sampai la ke tahap yang dah biasa mengikuti kelas workout.


Sumber imej: netflix.com

Aku suka ikut kelas-kelas di Apple Fitness+ dan Netflix sebab sejak pindah ni, aku malas nak turun ke gym. Yang ni senang, lepas setel kerja rumah pagi-pagi, bukak je Netflix boleh terus bersenam kat depan TV. Nak bersenam pakai baju kelawar pun boleh, takde sapa judge

Program fitness ni terbahagi kepada beberapa kategori:

  1. Kickstart Fitness with the Basics (13 episod) 
  2. Two Weeks to a Stronger Core (7 episod)
  3. Fall in Love with Vinyasa Yoga (6 episod)
  4. HIT & Strength with Tara (14 episod)
  5. Feel-Good Fitness (6 episod)

Tempoh workout dari 10 minit ke 30 minit, bergantung pada tahap intensity workout. Yang best nya tak perlu apa-apa equipment pun, setakat ruang untuk bersenam atau kalau nak selesa, guna yoga mat. Aku pilih untuk bersenam atas carpet je hehe.

Mula-mula ikut program ni, terasa la otot-otot kat peha, perut, lengan dan pinggang pun lenguh-lenguh. Maklumlah, dah lama tak bersenam. Lepas seminggu, dah tak terasa semua tu. Jadi buat beginner, tahan je dalam seminggu ok la. Jangan give up awal-awal ok.

Pemakanan - aku buat suku-suku separuh. Sekali-sekala buat IF tapi belum konsisten lagi. Masih lagi berusaha untuk minum 3L sehari (dah masih gagal dapatkan 2L setakat ni). 

Macam mood blogging jugak la, masih lagi kelaut diet setakat ni. Huhu. Semoga dipermudahkan. Macamana ni, baru minggu kedua tahun 2023, mood dah hilang? Doakan aku ye korang.

40 Comments

  1. Keep it up, ayuh bangkit!!! Semoga capai berat yg diidamkan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nona. Harap2 semangat ni kekal sampai dapat berat ideal. Kena ada kawan2 yg sama2 berusaha sekeliling kita, baru semangat πŸ˜„

      Delete
  2. Sama la kita..tgh diet skit dan senaman x tinggal..gigih ni...

    ReplyDelete
  3. Uncle baju kelawar tiada.... tshirt batman ada... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. T-shirt Batman pun boleh jugak uncle. Nampak sado sikit hehehe

      Delete
  4. Selamat bersenam.
    Semoga semangat laksanakan perancangan diatur. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih NA. Ameen YRA. Semoga semangat saya tak tercicir di tengah jalan.

      Delete
  5. simptom biasa tu bg bloggers... Louis je lah tlg update blog mommy ni... mana tahu lg bestπŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu Louis update nanti dia membawang Mommy, sbb asyik bagi makan kibbles je hehehe

      Delete
  6. Kalau jumpa mood tu kongsi lah ye. Mencari gak ni semangat nak habiskan entri Turki. Good luck on your fitness journey!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum lagi ni Sal! 😩😩 masih kena korek2 dan perah sel2 otak nak dapatkan idea menulis huhuhu.
      Terima kasih! Teringin nak slim macam Sal πŸ˜™

      Delete
  7. Comei Louis. Macam muka terkejut je.
    Ooo.. baru tahu, ada program senam di Netflix. Baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Louis selalu je buat muka terkejut tu Nur hehehe. Bila la nak rajin balik mcm Nur pegi berlari ni πŸ₯²

      Delete
  8. Alhamdulillah, dah turun 1.5kg, semoga terus exercise...santai2 blogging...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semoga penurunan berat ni konsisten 🀲🏻

      Delete
  9. Scha tengah semangat blogging ni hahaha awassss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, pinjam sikit semangat Scha tu! 🫣

      Delete
  10. All the best sis & keep it up πŸ’ͺ

    ReplyDelete
  11. Kak Sue pun plan tahun nie nak kurangkan berat badan. Tq tau sharing workout kat Netflix tu, nanti nak cuba jugak lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kita sama2 berusaha Kak Sue. Chaiyok! πŸ’ͺ🏻

      Delete
  12. Hai, ya saya pun sama... malas dah nak berblog walaupun dah berazam nak aktif balik, tapi tak kesampaian lagi.

    ReplyDelete
  13. Wah!!! Mood blogging kita mmg dah kelaut dalam sangat ni.. Mood bersenam pun rasa nya dah ke lubuk mana ntah hahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pegi bercuti2 kot baru dapat balik semangat tu hehe

      Delete
  14. Agaknya sebab tengah fokus fitness, itu yang mood blogging merundum. Moga dua-dua mood tu meningkat ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugak ye Kak Ujie. Sibuk buat workout tiap2 hari, penat nak update blog hihi...

      Delete
  15. caiyok caiyok!!! you can do it!!!

    ReplyDelete
  16. So far di thn 2023 mood turun nait... ring baru sekali close... hahaha... nang antap pemalas bersenam

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenak mula sikit2 kali. mungkin polah 5minit sehari dolok lepas ya naikkan gik masa jadi 10minit & seterusnya.

      Delete
  17. Louis.. Louis.. mata dia tu.. takpelah carneyz mood blogging mmg camtu, mama pun sama huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar mata dia tengok kita hehe. sekarang ada la naik sikit mood blogging ni huhu

      Delete
  18. nk kurus kena konsisten. hehe kalau tak kelaut. badan makin naik

    ReplyDelete
  19. semoga istiqamah untuk buat aktiviti sihat....sebab sihat itu terlalu mahal tau !

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .