funny cat
Louis tak suka la Bapak kacau Louis nak tidur ni!


Louis dah makin gebu-gebas sekarang ni berbanding dengan masa mula-mula kami adopt dia di SPCA.

Aku baru tau sebenarnya ada carta yang mengukur kategori berat kucing dipanggil 'Chonk Chart':


funny cat
Sumber imej: www.sunnyskyz.com

Louis dalam kategori mana? Masa mula-mula di adopt, Louis dalam kategori 'He Chomnk': 

spca
Louis masa di SPCA lagi memang dah gebu...

Awal-awal dulu dia suka meneroka setiap inci rumah - belakang katil, bawah kabinet, dalam kabinet dan semua ceruk yang sempit tu la.

Sekarang ni ceruk-ceruk tu dah tak muat untuk dimasuki oleh Louis. kami semua sependapat sekarang Louis dalam kategori 'A Heckin' Chonker':


funny cat
Bila kakak pergi sekolah, dia lepak dalam bilik kakak

funny cat
Dah bosan dalam bilik lepak pulak atas kerusi meja makan

Budak ni pantang dengar makanan dia keluar dari auto-feeder, gebu-gebas tu pun laju jugak dia berlari bila time makan. Itulah keistimewaan si Louis ni. Telinga dia extra peka bab-bab makanan keluar. Lepas makan dia cari port lepak dan tidur.


funny cat
Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati...


Dah petang-petang sikit dia macam tau-tau je kakak-kakak dia nak balik sekolah. Masa tu dia akan lepak depan pintu tunggu kakak balik.

 
funny cat
Sat gi kaki terkepit dekat penyendal pintu baru tau erti penyesalan Louis!

Apapun, dialah penyeri rumah ni. Tukang sibuk (aku bersenam depan TV time tu jugak dia sibuk nak baring-baring dekat kaki, ada gak terpijak perut tu karang Louis oi!), tukang buat bising iya jugak (sejenis kucing yang suka melayan berborak. Setiap kali aku tanya soalan, dia akan mengiau balik). Tapi dia pantang kena ambik dan suruh duduk atas pangku. Dia tak suka. Silap hari bulan dia cakar kalau cuba letak dia atas pangku.

Korang yang ada bela kucing, apa tabiat kucing korang yang paling menghiburkan?

41 Comments

  1. Replies
    1. bila kakak2 balik dari sekolah, abis la dia kena gomol2 hehe

      Delete
  2. Geram je muka dia kena kacau tu haha ...
    Yes, kucing mmg penghibur. Anak3 ke sekolah kucing3 la teman PH berborak hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH ok lagi klu takde kucing kat rumah, ada pokok2 boleh ajak sembang jugak hahaha!

      Delete
  3. Kucing uncle suka pijak keyboard time uncle tengah kerja.... Errr... itu menghiburkan ke menjengkelkan...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing uncle suruh uncle take five la tu kot. Belai2 dia dulu bagi release stress hihi

      Delete
  4. bleh x nk letak kepala sat atas peyut louis... nk dgr purrrr purrr tu... pleaseeee🤭😉😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, klu nak rasa kena cakar dgn Louis kihkihkih!

      Delete
    2. alaaa jgn ler cakar.... hehehehe

      Delete
  5. kemain melentok-lentok badan dia ye hahhaa....

    ReplyDelete
  6. kucing saya suka duduk atas riba minta ditepuk2 bontotnya selagi tak tepuk bontot dia buat muka kesian

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo... suka kena tepuk2 ye. Louis pulak suka kena belai kat perut, kadang2 dia datang je terus terbongkang kaki ke atas sbb nak suruh belai perut hehe

      Delete
  7. Replies
    1. tu yg buat semua org kat rumah ni geram dgn si Louis ni hehe

      Delete
  8. comell..rasa nak gomol..tapi saya geli dengan haiwan ada bulu...hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah ada kawan mcm tu, sejenis geli dgn kucing. nampak kucing mcm nampak lipas hehe. dia boleh menjerit satu bangunan boleh dgr.

      Delete
  9. bestnya jadi Louis. makn tido makan tido je ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jugak, sebab dia terkurung dlm rumah je tak boleh pegi bercuti2 ke turkiye hehe

      Delete
  10. Hehe.. terhibur tengok gelagat budak bulu comei ni. Semangat pulak tu, Louis ye. Pandai tunggu kakak-kakak balik sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia suka sbb kakak2 dia selalu bagi perhatian kat dia hehe

      Delete
  11. Replies
    1. kan, kakak2 balik sekolah je benda pertama dieorg buat ialah gomol si Louis ni hehe

      Delete
  12. Baca cerita gelagat Louis ni pun akak dah rasa terhibur.

    ReplyDelete
  13. Hensem dah Louis... mcm penyakat jak rupanya.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok, nya sik dpt tgk kmk berdiri depan tv bersenam, alu tiba2 dtg tergolek dekat kaki :D nya mok org gajinya gebu kedak nya juak kali.

      Delete
  14. comey je kucing, tp leceh gak nk jaga kannn., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 ni jaga Wak, sebab dieorg yg sibuk mintak bela kucing :P

      Delete
  15. dulu ada kucing jiran warna oren yg dtg menumpang di rumah saya. Kami beri nama Jamal. Bila dia gemuk mcm Louis ni, tuan dia ambik dan kurung dia sampai la skrg. Sedihnya x de Jamal utk bermain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai, kesiannya. klu rindu dgn Jamal, boleh je carik oyen lain bela sampai dia gebu jugak :)

      Delete
  16. Coeml...geram betul tengok dia..SA tengah tunggu BSH yang kawen ngan Munchkin dari kawan baik SA ni..tunggu beranak je..nanti sampai masa amik and bagi Dania...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti comel giler kucing kacukan. saya minat dgn BSH tapi asben kata mahal sangat. nanti SA share gambar anak kucing tu ye.

      Delete
  17. Replies
    1. 'tahi lalat' tepi hidung tu yg muka louis nampak manis je hehe

      Delete
  18. kadang kena ada peneman kesunyian duduk rumah sorang2. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang gaji dia tak sunyi sbb byk jugak kerja dibuat di rumah ni, tapi dia ni yang sunyi asyik cari saya je temankan dia mengiau hehe

      Delete
  19. Hi Louis yg cute! Saya suka tengok kucing comel comel..tapi Kalau mendekat, Sy mmg lari...hahahaha..Not a kucing lover..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang jumpa orang yg takut kucing hehe. nona ada pengalaman buruk ke dgn kucing?

      Delete
  20. Replies
    1. mula2 tgk louis ni tak cute pun sbb muka kecik badan besar. lama2 tgk baru nampak cute hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .