Tips Kurus 2: Minum Air Mengikut Keperluan Tubuh Badan

water
Kredit foto: freepik.com

7 sebab kenapa kita kena minum banyak air untuk mengurangkan berat badan:

1. Minum air boleh menyekat selera makan

Bila lapar, kita disarankan minum segelas air untuk mengawal selera makan. Dengan minum air, ia boleh membuat perut kita terasa penuh dan mengurangkan isyarat lapar ke otak. Minum 2 cawan air sebelum makan boleh mengurangkan kuantiti makanan yang kita ambil.

2. Minum air boleh meningkatkan metabolisme tubuh

Minum air terutama air sejuk / berais memaksa tubuh kita untuk melepaskan lebih tenaga untuk menaikkan suhu air yang diminum kepada suhu badan. Lebih banyak tenaga dipakai, lebih tinggi metabolisme kita. Tapi efek yang dipanggil thermogenesis ni takde la signifikan sangat.

3. Minum air boleh mengurangkan pengambilan kalori dari pengambilan cecair

Bila dibandingkan antara pengambilan sup, minuman kopi / teh atau minuman berperisa termasuk jus buah-buahan dengan air kosong, mengambil air kosong lebih elok kerana ianya tidak mengandungi sebarang kalori tapi turut memberi efek kenyang / menghilangkan dahaga. Jadi pilihlah air kosong.

4. Minum air membantu semasa aktiviti bersenam

Air membantu melarutkan mineral dan elektrolit dalam tubuh untuk membantu otot semasa bersenam. Kurang pengambilan air boleh menyebabkan seseorang terhidrasi serta kurang berpeluh, kejang otot dan cepat berasa penat ketika bersenam. Jadi nak bersenam lebih lama untuk bakar lebih banyak kalori dan lemak, minumlah air secukupnya.

5. Air membantu menyingkirkan sisa-sisa kumuh badan

Minum air dengan banyak boleh menyingkirkan sisa-sisa kumuh badan dengan cepat melalui air kencing. Buah pinggang kita pun tak perlu bekerja terlalu keras untuk menyingkirkan sisa-sisa kumuh. Minum air secukupnya juga membantu melancarkan usus dan mengatasi masalah perut kembung dan sembelit.

6. Badan memerlukan air untuk membakar lemak

Badan memerlukan air yang cukup supaya boleh membakar lemak dengan efisyen. 

7. Minum air boleh mengurangkan stress

Ada kajian yang mendapati badan yang terhidrasi menyebabkan penghasilan kortisol atau hormon stress. Bila stress, kita hilang minat untuk bersenam atau makan makanan sihat. Kalau tak nak stress, kenalah minum air yang cukup.

Berapa banyak air yang diperlukan tubuh kita dalam sehari?




Nota kaki: Aku tengah berusaha minum air mengikut jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan. Kena tahan la asyik ulang-alik ke tandas sebab badan belum biasa lagi.

Wordless Wednesday: How To Instantly Feel Better

How To Instantly Feel Better
Sumber: Reddit


Aku terjumpa tips macamana nak bagi mood jadi lebih baik. Yalah, mood kita ni naik dan turun setiap masa. Bila mood terjunam, kadang-kadang tak tau macamana nak bagi elok balik kan. End up bukak Shopee, bukak Tiktok lepastu sedar-sedar dah terbeli barang yang tak perlu pun, atau emotional shopping. Tak pun  emotional eating makan junk food sebab nak bagi mood happy balik. Aku macam ni la masa bekerja dulu, kalau stressed dengan masalah kerja je order GrabFood. Beli kek la, beli aiskrim la, beli kopi la. Dalam setahun lepas aku pindah ke KL, berat aku naik 10kg sebab KL ni syurga makanan!

Kalau ikutkan tips ni, bila stressed, cara nak bagi mood elok balik ialah dengan keluar berjalan-jalan. Tapi kan, jangan la pergi berjalan kat dalam shopping mall pulak takut end up emotional shopping. Kena la cari taman ke atau pergi hiking pun boleh release stress. Orang zaman sekarang kalau stress pergi healing jalan-jalan kat negara orang atau pergi camping. Ikut la nak jalan-jalan ke mana pun asala hilang stress tu.

Cuma bila marah, muzik boleh membantu ke? Rasanya cara yang bagus untuk turunkan kemarahan ialah dengan tidur. Kalau umat Islam pulak, bila marah disarankan kita beristighfar dan berwuduk.

Apapun, tak salah kita cuba tips ni. Mana tau membantu.

Kalau mood korang tak baik, apa yang korang selalu buat untuk ceriakan balik mood tu? Boleh share di komen ya.

Gempa Bumi Turkiye-Syria - Apa yang Berlaku?

Pada 6 Februari 2023, dunia digemparkan dengan kejadian gempa bumi yang dahsyat di wilayah tenggara Turkiye dan daerah di sempadan Syria. 


Sumber: Reuters

Gempa bumi pertama berpusat di bandar Gaziantep dan berskala 7.8 Richter diikuti gempa bumi kedua berskala 7.5 Richter. Gempa bumi berlaku pada awal pagi ketika kebanyakan penduduk sedang nyenyak tidur. Akibatnya, lebih dari 5,000 penduduk di kawasan terjejas telah terkorban kerana tidak sempat menyelamatkan diri dari bangunan runtuh manakala berpuluh-puluh ribu lagi masih terperangkap.


Sumber: reuters.com

Struktur bangunan yang lemah menjadi punca angka mangsa gempa bumi yang tinggi. Kali terakhir kawasan tersebut ditimpa gempa bumi yang dahsyat ialah lebih dari 200 tahun lalu.

Usaha menyelamatkan mangsa gempa bumi disukarkan lagi dengan cuaca hujan dan bersalji serta suhu sejuk dibawah 0℃, kerosakan jalan raya yang menghubungkan ke kawasan gempa bumi dan ketiadaan rangkaian Internet untuk mengesan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Mangsa yang berjaya dikeluarkan atau menyelamatkan diri pula kehilangan tempat tinggal dan terdedah kepada cuaca sejuk, hujan serta kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan.

Sumber: Reuter

Nota kaki:

Setakat ni, beberapa buah negara telah menawarkan bantuan dari segi kewangan dan bekalan ubat-ubatan. Negara kita Malaysia antara negara yang terpantas menyahut seruan Turkiye dengan menghantar pasukan SMART (Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team) pada malam kelmarin.

Allahu. Tak boleh bayangkan perasaan mangsa gempa bumi di sana. Mesti dieorang dalam keadaan sejuk, lapar dan dahaga sekarang. Marilah kita sama-sama doakan semoga urusan menyelamatkan mangsa-mangsa yang masih terperangkap berjalan lancar dan bantuan kewangan, makanan dan ubat-ubatan sampai kepada mangsa gempa bumi dengan kadar segera. Salam takziah diucapkan kepada penduduk Turkiye dan Syria yang terjejas, termasuk warga Malaysia yang menetap di sana.

Cuba Buat Ayam Nando's Sendiri di Rumah

Jumaat lepas aku cuba buat menu Nando's di rumah. Resipi ayam panggang Nando's aku ambik di sini dan resipi nasi Mediterranean aku ambik di Youtube.

 Langkah-langkah untuk ayam Nando's:

Nando's recipe
Cuci bersih ayam dan perap dengan sos Nando's. Biarkan perapan semalaman dalam peti sejuk.

Nando's recipe
Bakar ayam dalam ketuhar selama 20 minit sehingga masak

Langkah-langkah untuk buat nasi mediterranean:

mediterranean rice
Cincang bawang holland, potong dadu capsicum dan lobak merah

mediterranean rice
Tumiskan kesemua bahan yang telah dipotong tadi

mediterranean rice
Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan. Kacau sebentar dan masukkan air ikut sukatan masak nasi

mediterranean rice
Aku guna pressure cooker sebab nak nasi masak cepat sebelum Suami Terchenta balik dari solat jumaat

mediterranean rice
OK dah siap. Hidangkan dengan sos Nando's. Aku guna pinggan Corelle kecik ni untuk diet suku-suku separuh

diet suku-suku separuh
Pinggan suku-suku separuh

Verdict: Masih tak setanding ayam di Nando's. Tapi boleh la, jimat sikit buat sendiri. Nak lagi sedap letak sos banyak-banyak 😂

Kisah Hari Wilayah...

Kalau cuti CNY tak plan ke mana-mana, cuti Hari Wilayah lepas aku plan la nak berjimba dengan Suami Terchenta dan anak-anak. Breakfast dah usya nak makan di kedai mamak. Tengahari pulak nak ke FLOW Smoke & Brew untuk mencuba daging brisket yang dipesan oleh Kak Ujie dan suaminya minggu lepas. Kedai ni terletak di Kampung Chubadak so dekat je dengan kawasan kiteorang. Petang hajatnya nak ke pasaraya membeli groceries.

Tup-tup pagi tu Suami Terchenta dapat call suruh join online meeting. Hmm. Sampai ke petang la dia dalam meeting tu, tertidur-tidur aku tunggu dia habis meeting. Bila Suami Terchenta habis bekerja jam dah menunjukkan pukul 4.30 petang. Terus kami bersiap-siap keluar. Mula-mula singgah ke klinik. Ingatkan sekejap je di klinik, tapi lama jugak jadinya hampir sejam berjumpa doktor sebab kena buat blood test. Kali ni anak-anak pulak tertidur dalam kereta menunggu aku. Syok tidur sebab hujan lebat di luar.

Selesai urusan di klinik, kami pergi ke Sunway Putra Mall untuk membeli groceries. Solat Asar dan Maghrib di situ. Bila nak gerak balik sebab Khayla ada kelas tuisyen Matematik online, tiba-tiba enjin kereta tak boleh hidup pulak... Sudahnya Khayla join kelas dalam kereta sementara Suami Terchenta memesan bateri baru dari aplikasi bateriku.com. Sempat lagi dia cakap nasib baik bateri kereta mati di KL, kalau masa kami di Perak mesti susah nak cari kedai alat ganti bateri sebab semua kedai tutup.

Sementara menunggu pesanan bateri di assign kepada runner yang available, Suami Terchenta cuba sekali menghidupkan enjin kereta. Berjaya! Terus kami memandu pulang ke rumah, dalam perjalanan aku telefon customer support bateriku.com untuk tukar lokasi penghantaran bateri ke Sentul pulak. Syukur harga bateri baru masih dalam peruntukan bajet kecemasan. 

Walaupun tak kesampaian hasrat nak ke restoran FLOW, demi menebus rasa bersalah Suami Terchenta suruh aku order jugak di aplikasi Grabfood. Aku pesan nachos dan lamb ribs untuk kami kongsi makan. Aku makan sikit je sebab dah lepas pukul 9 malam, buat cukup syarat untuk aku makan ubat-ubat yang doktor bagi. Rasanya memang sedap, patutlah harganya kayangan. Anak-anak beria-ia makan nachos dan kentang goreng, dan Suami Terchenta menghabiskan ribs dan salad. 

Kadang-kadang macam tu la, bila dirancang tak menjadi tapi yang tak dirancang pulak menjadi!


Sumber imej: Google