Wordless Wednesday - Welcome to the Enchanted Forest

Taman Tasik Titiwangsa

 

Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa

"If I had a world of my own, everything would be nonsense. Nothing would be what it is because everything would be what it isn't. And contrariwise, what it is, it wouldn't be, and what it wouldn't be, it would. You see?" - Alice in Wonderland.

(Throwback masa brisk walking minggu lepas. suasana di taman tasik seolah-olah aku berada di enchanted forest 😃)

Pengalaman Matikan Setem Perjanjian Sewa Rumah di Portal STAMPS LHDN

Alhamdulillah bulan ni penyewa rumah di Bintulu setuju sambung sewa rumah, jadi aku pun buat perjanjian perbaharui sewa rumah untuk tahun ni. Bila dokumen perjanjian dah ditandatangani semua pihak, proses seterusnya ialah untuk matikan setem perjanjian ni supaya kalau ada pertikaian, dokumen ni diterima sebagai bukti dekat court gittew. 

Proses ni dah boleh buat online sebenarnya tapi tak tau kenapa lepas aku hantar proses tu tak bergerak, aku terpaksa turun jugak pagi tadi untuk bertanya status (selain ada hal lain nak tanya). OK, ni langkah-langkah yang aku buat melalui online system, tapi sebelum tu pastikan korang ada soft copy dokumen-dokumen iaitu perjanjian sewa yang dah ditandantangani yang perlu disetemkan, perjanjian asal / prinsipal yang telah disetemkan (untuk perjanjian subsidiari) dan dokumen sokongan contohnya salinan kad pengenalan penyewa dll.


1. Pergi ke portal STAMPS LHDN >> https://stamps.hasil.gov.my/stamps/ dan daftar ID dulu. Lepas dah daftar ID, login guna ID tu.


Portal STAMPS LHDN

2. Klik dekat 'Borang Permohonan' dan pilih 'Penyeteman':


Portal STAMPS LHDN

3. Dekat Maklumat Am ni, pilih penyeteman 'Sewa / Pajakan'. Pejabat Setem tu letak la pejabat LHDN di daerah / negeri. Macam aku pilih 'LHDN WP KL'. Letak tarik perjanjian dalam agreement sewa rumah dan klik 'Seterusnya':


Portal STAMPS LHDN

4. Part ni tricky sikit. Kalau ikut penerangan manual, Prinsipal adalah perjanjian utama. Subsidiari adalah perjanjian sampingan kepada perjanjian prinsipal. Pemahaman aku, kalau perjanjian utama tu ada pembetulan (amendment) atau suplemen kepada perjanjian utama yang dah disetemkan sebelum ni, then kena pilih subsidiari. Bahagian Jenis Suratcara tu, pilih 'Perjanjian Sewa'. Masa ni sistem dah generate nombor adjudikasi. Ni ialah nombor rujukan kalau nak semak status permohonan. 


Portal STAMPS LHDN

5. Bahagian A - isi maklumat tuan rumah dan penyewa. Boleh isi lebih dari satu nama kalau sekiranya rumah tu atas dua nama atau penyewa lebih daripada seorang. Lepas tu PENTING, jangan lupa tekan 'Simpan' dulu tau setiap kali isi setiap bahagian A - Perakuan, kalau lupa tekan kena isi sekali lagi sebab bendalah ni tak auto-save :


Portal STAMPS LHDN

6. Bahagian B - isi maklumat tentang perjanjian. Bilangan salinan ikut berapa orang penyewa, satu salinan dikenakan bayaran duti setem RM10. Deskripsi surat cara pulak, kalau sewa bulanan tetap (fixed amount), then pilih 'Perjanjian Sewa / Pajakan - Bayaran Sewa Tetap Dalam Tempoh Penyewaan'. Jangan tanya aku macamana bayaran sewa tak tetap tu, sebab aku takde pengalaman bab tu 😂. Mungkin ni terpakai untuk orang yang pajak tanah dan sewa bergantung kepada hasil tanah 🤷🏻‍♀️. Mungkinlah.


Portal STAMPS LHDN

7. Bahagian C - masukkan maklumat rumah yang disewakan tu. Kalau fully furnished, pilih 'Kediaman dengan perabot'.


Portal STAMPS LHDN

8. Muat naik lampiran iaitu dokument yang aku senaraikan tadi. Saiz maksimum fail ialah 2MB je. Kalau lebih pandai-pandai la compressed bagi saiz jadi 2MB ke bawah. Last sekali, tick di kotak pengesahan dan boleh la hantar. Status akan bertukar jadi "LHDNM Proses".     


Portal STAMPS LHDN

9. Aku tunggu 2-3 hari tapi status tak berubah-ubah, sebab tu aku terpaksa tanya ke kaunter LHDN. Yang bagusnya, bila pegawai tu dah maklum nombor adjudikasi, petang tu jugak status bertukar jadi "Sedia untuk Bayaran Duti". Buat pembayaran online macam biasa.


Portal STAMPS LHDN

10. Bila dah bayar, baru keluar sijil setem untuk dicetak dan dikepilkan dengan perjanjian hard copy. Satu salinan untuk penyewa, satu salinan lagi aku simpan. Status online bertukar jadi "Duti telah dibayar".


Portal STAMPS LHDN

Sekarang ni tak perlu lagi buang masa dan buang minyak semata-mata nak beratur kat kaunter, semuanya di hujung jari. Harap perkongsian ni membantu sesiapa yang nak matikan setem perjanjian melalui kaedah online tak kira perjanjian apa e.g. pinjaman pelajaran atau biasiswa ke atau perjanjian sewa bersifat peribadi. Kalau perjanjian lain biasanya lawyer yang uruskan.

Semoga bermanfaat 😊.

Hari ke-12 - Ke Pasar Chow Kit Membeli Barang Basah

Pagi semalam Suami Terchenta kata nak bekerja dari rumah je jadi lepas hantar Khadeeja aku ajak dia ke pasar Chow Kit membeli barang dapur sebelum dia masuk bekerja. Pagi Isnin tak ramai orang marketing di sini. Mungkin sebab hari bekerja atau bulan puasa, tak pasti la pulak kenapa. Gerai pun ada yang tutup tapi aku masih dapat sayur-sayuran dalam senarai shopping.


Pasar Chow Kit
Sibuk memilih sayur sampai tak perasan bila Suami Terchenta ambik gambar

Aku suka ke sini sebab boleh beli daging, ikan, sayur dan buah-buahan. Kiranya one-stop market la, semua boleh cari kat sini. Pulang dengan membawa ayam, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kiteorang beli buah mangga dan buah jambu air. Oleh sebab anak-anak tak suka makan sayur kat rumah ni wajib ada buah.

Petang tu aku masak nasi lemak dengan ayam goreng berempah yang aku dah perap lepas pulang dari pasar:

ayam goreng berempah
TQ Suami Terchenta tolong gorengkan ayam sementara aku siapkan sambal

ayam goreng berempah
Puas hati buat sendiri, banyak serdak sebab aku letak banyak serai 😂

nasi lemak
Sebenarnya nak buat sambal petai ikan bilis tapi Suami Terchenta kata tak jumpa petai dalam tin

Dah nak berbuka puasa baru aku teringat eh, belum rebus telur! 😅 Tak sempat nak rebus, aku basuh telur dan masuk je dalam air fryer. Tapi masa tu dah masuk waktu berbuka puasa so takde la gambar telur rebusnya.

nasi lemak
Lupa nak beli timun so nasi lemak takde timun la jawabnya.

Sesambil tunggu telur masak, kita makan buah-buahan dulu.


jambu air
Jambu air ni besar dan manis, cicah dengan serbuk asam 👍🏻

mangga
Buah mangga kesukaan satu family

Alhamdulillah untuk rezeki 12 Ramadhan. 💓

Hari Ke-10 - Tema Masakan Cina Pulak Untuk Berbuka Puasa

ketam masak cili Chinese-styled
Menu Chinese style

Dah lama Suami Terchenta request nak makan ketam so semalam baru berkesempatan tunaikan permintaan Suami Terchenta.

Apa lagi kalau bukan ketam masak cili Chinese-style. Tu memang favourite kiteorang bila order masakan ketam di luar 😄.

Terus terlintas idea nak buat menu bertemakan masakan Cina untuk berbuka puasa kali ni. So aku pun padankan dengan sayur brokoli dan cendawan masak sos tiram dan kukus mantou bun. Sedap woo cicah dengan kuah ketam masak cili 😋.

Untuk Khayla yang tak gemarkan makanan laut (kecuali ikan), Suami Terchenta gorengkan cendawan enoki celup tepung. Khadeeja pulak bila tengok aku keluarkan udang untuk dimasak dengan brokoli, terus request udang panggang dalam kuali.


brokoli dengan cendawan masak sos tiram
Brokoli dengan cendawan masak sos tiram

Ketam masak cili Chinese-style

Mantou bun kukus

Udang panggang dalam periuk

Cendawan enoki goreng tepung


Resipi Brokoli dan Cendawan Masak Sos Tiram

Bahan-bahan:
  • 1 batang sederhana brokoli - dipotong kecil, direbus / kukus dan rendam dalam air ais
  • 1 sudu besar bawang putih cincang
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • Beberapa ekor udang segar (dikupas kulit)
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap lemak manis
  • 3/4 tin cendawan butang - hiriskan
  • Cendawan shiitake segar (kalau guna yang kering, pastikan dah rendam sampai lembut dulu) - hiriskan
  • 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan secawan air)
  • 1 cawan air 
  • Minyak bijan (optional - tapi kalau letak lagi sedap bau)

Cara-cara:
  1. Susun brokoli yang telah dimasak atas pinggan hidangan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili merah sampai wangi.
  3. Masukkan udang dan goreng sampai udang bertukar kemerahan.
  4. Masukkan kiub pati ikan bilis dan air.
  5. Masukkan sos tiram dan kicap lemak manis dan kacau sebati.
  6. Masukkan cendawan butang dan shiitake.
  7. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sampai kuah sedikit pekat.
  8. Titiskan beberapa titik minyak bijan dan kacau lagi.
  9. Tutupkan api dan tuang kuah atas brokoli.

Resipi Ketam Masak Cili Chinese Style

Bahan-bahan sos (kacau sebati semua bahan):
8 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
1 sudu kecil cuka
1-2 sudu kecil gula perang
1/4 sudu kecil lada putih
100ml air

Bahan tumis:
3 ekor ketam bunga - kiteorang guna ketam bunga sebab isinya manis
2 inci halia (cincang)
3 biji bawang merah (cincang)
3 biji bawang putih (cincang)
1 batang serai.(dititik)
2 biji cili merah (hiris)
5 biji cili padi (cincang) - kalau tak nak pedas boleh skip
1 sudu besar taucu masin
1 biji telur
400ml air


Cara-cara:
  1. Goreng ketam yang telah dipotong dan dibersihkan dalam minyak yang banyak selama 5 minit dan angkat. Ketepikan.
  2. Menggunakan 1 senduk minyak menggoreng ketam tadi, tumiskan bawang, cili, halia dan serai sampai naik bau.
  3. Masukkan taucu dan kacau lagi.
  4. Masukkan bahan-bahan sos, kacau sebati.
  5. Masukkan air dan kacau lagi.
  6. Masukkan ketam dan gaul sebati.
  7. Tutup periuk dan biarkan selama 5 minit.
  8. Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam kuah dan gaulkan dengan ketam.
Selamat mencuba!

Hari Ke-9 - Takde Idea Nak Masak Apa, Jom Ke Bazaar Ramadhan Taman Dato Senu

Panjang bebenor tajuk entry kali ni.

Jumaat lepas aku kekeringan idea nak memasak. Dalam peti sejuk ada ikan kembung dan udang, tapi tak rasa nak makan makanan laut. Jadi bila Suami Terchenta balik dari ofis, aku pun ajak dia ke bazaar Ramadhan. Asalnya aku dah berniat nak beli nasi kukus ayam planta (terpengaruh lepas baca blog nohas), tapi Suami Terchenta nak cuba bazaar Ramadhan yang baru. Jadi kiteorang pun ke bazaar di Taman Dato Senu.


Bazaar Ramadhan Taman Dato Senu

Aku rasa lagi seronok meninjau gerai-gerai di bazaar ni berbanding dengan bazaar di Jalan TAR. Mungkin sebab tak sesesak di Jalan TAR dan lebih banyak gerai jual lauk-pauk kot. Memang rambang mata bila tengok pelbagai juadah yang dijual kat sini. 

Lepas berjalan-jalan tengok semua gerai, akhirnya kiteorang decide beli nasi kukus ayam berempah (pilihan Suami Terchenta dan aku), apam beras, agar-agar pandan dan kuih ketayap (pilihan Khadeeja) dan sate, sayap ayam dan ketupat palas (pilihan Khayla). Minuman pulak, kiteorang beli air kelapa, tebu dan macam biasa Khayla pilih milo ais. Oh ya, aku beli kuih lopes jugak sebab dah lama tak makan.

Sebelum balik Suami Terchenta sempat singgah bayar zakat fitrah di kaunter zakat:



Untuk WP KL, kadar zakat fitrah yang telah ditetapkan oleh MAIWP mengikut beras yang kita makan ialah RM7 (beras tempatan), RM14 (beras import) dan RM21 (untuk beras merah, beras basmathi dan beras Jepun).

So ni la hasil tangkapan di bazaar Ramadhan Taman Dato Senu:


Bazaar Ramadhan Taman Dato Senu

Tak menyesal beli nasi kukus ayam goreng berempah ni walaupun mahal (RM9.50) tapi sedap sangat! Portion nasinya agak banyak tapi dapat dihabiskan. Ayam goreng berempah macam biasa aku pilih bahagian peha, sedap dan lembut isinya, cukup semua rempah.


Bazaar Ramadhan Taman Dato Senu
Cuma serdak rempahnya limited edition. Kalau lagi banyak, mesti lagi layannnn...

Walaupun kekenyangan lepas menghabiskan nasi kukus ayam goreng berempah, aku jamah jugak kuih lopes yang dibeli tadi. OK, sedap. Tekstur agak kering sikit tapi bila dah rendam dengan air gula melaka tu sedap je.


kuih lopes

Cuma sate panggang je yang kurang laku sebab anak-anak kata lebih banyak kulit dari isi. Ya, anak-anak aku tak suka makan kulit ayam. Kalau bagi kepak dengan dada ayam, dieorang lebih suka dada ayam sebab takde kulit 😅. Takpe, Louis dah sedia menunggu habuan lebihan dari makanan berbuka puasa. Kemain seronok dia dapat makan banyak ayam!