ketam masak cili Chinese-styled
Menu Chinese style

Dah lama Suami Terchenta request nak makan ketam so semalam baru berkesempatan tunaikan permintaan Suami Terchenta.

Apa lagi kalau bukan ketam masak cili Chinese-style. Tu memang favourite kiteorang bila order masakan ketam di luar πŸ˜„.

Terus terlintas idea nak buat menu bertemakan masakan Cina untuk berbuka puasa kali ni. So aku pun padankan dengan sayur brokoli dan cendawan masak sos tiram dan kukus mantou bun. Sedap woo cicah dengan kuah ketam masak cili πŸ˜‹.

Untuk Khayla yang tak gemarkan makanan laut (kecuali ikan), Suami Terchenta gorengkan cendawan enoki celup tepung. Khadeeja pulak bila tengok aku keluarkan udang untuk dimasak dengan brokoli, terus request udang panggang dalam kuali.


brokoli dengan cendawan masak sos tiram
Brokoli dengan cendawan masak sos tiram

Ketam masak cili Chinese-style

Mantou bun kukus

Udang panggang dalam periuk

Cendawan enoki goreng tepung


Resipi Brokoli dan Cendawan Masak Sos Tiram

Bahan-bahan:
  • 1 batang sederhana brokoli - dipotong kecil, direbus / kukus dan rendam dalam air ais
  • 1 sudu besar bawang putih cincang
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • Beberapa ekor udang segar (dikupas kulit)
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap lemak manis
  • 3/4 tin cendawan butang - hiriskan
  • Cendawan shiitake segar (kalau guna yang kering, pastikan dah rendam sampai lembut dulu) - hiriskan
  • 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan secawan air)
  • 1 cawan air 
  • Minyak bijan (optional - tapi kalau letak lagi sedap bau)

Cara-cara:
  1. Susun brokoli yang telah dimasak atas pinggan hidangan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili merah sampai wangi.
  3. Masukkan udang dan goreng sampai udang bertukar kemerahan.
  4. Masukkan kiub pati ikan bilis dan air.
  5. Masukkan sos tiram dan kicap lemak manis dan kacau sebati.
  6. Masukkan cendawan butang dan shiitake.
  7. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sampai kuah sedikit pekat.
  8. Titiskan beberapa titik minyak bijan dan kacau lagi.
  9. Tutupkan api dan tuang kuah atas brokoli.

Resipi Ketam Masak Cili Chinese Style

Bahan-bahan sos (kacau sebati semua bahan):
8 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
1 sudu kecil cuka
1-2 sudu kecil gula perang
1/4 sudu kecil lada putih
100ml air

Bahan tumis:
3 ekor ketam bunga - kiteorang guna ketam bunga sebab isinya manis
2 inci halia (cincang)
3 biji bawang merah (cincang)
3 biji bawang putih (cincang)
1 batang serai.(dititik)
2 biji cili merah (hiris)
5 biji cili padi (cincang) - kalau tak nak pedas boleh skip
1 sudu besar taucu masin
1 biji telur
400ml air


Cara-cara:
  1. Goreng ketam yang telah dipotong dan dibersihkan dalam minyak yang banyak selama 5 minit dan angkat. Ketepikan.
  2. Menggunakan 1 senduk minyak menggoreng ketam tadi, tumiskan bawang, cili, halia dan serai sampai naik bau.
  3. Masukkan taucu dan kacau lagi.
  4. Masukkan bahan-bahan sos, kacau sebati.
  5. Masukkan air dan kacau lagi.
  6. Masukkan ketam dan gaul sebati.
  7. Tutup periuk dan biarkan selama 5 minit.
  8. Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam kuah dan gaulkan dengan ketam.
Selamat mencuba!

34 comments:

  1. Sekali sekala berbuka tanpa nasi...ok juga ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi masak jugak utk Khayla sbb dia tak makan ketam πŸ˜„

      Delete
  2. Jarang orang buat masakan Cina untuk berbuka. Mantou beli mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe teringin punya pasal NA kita layankan je request asben. Mantou beli di pasaraya. Malas nak buat sendiri hehe

      Delete
  3. Okey jom JV buka kedai makan jom...hehehe..sedap plak tengok ketam tu...lama dah x makan ketam..isi penuh x ketam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA buat masakan nogori, saya buat masakan Chinese ye hehehe. Alhamdulillah isi penuh dan manis, mmg puas hati makan. Asben beli di Pasar Chow Kit minggu lepas.

      Delete
  4. Wah... kenyang ni, banyak lauk. Suka brokoli dengan cendawan, masak sos tiram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, yg lebih simpan utk makan waktu sahur.

      Delete
  5. wah...semuanya nampak sedappp...alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. Wah..nampak sedap semuanya. lama tak makan ketam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, resipi ikut resipi kat Youtube, nasib baik sedap hehe

      Delete
  7. Memang kena sangat tu ada montau bun untuk cecah dengan sos ketam tu haa.. sedapnyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... sedap sangat cicah dgn mantou bun tu. Siap lap kuah dalam pinggan guna bun tu hehe.

      Delete
  8. brokoli cendawan uncle sorang boeh habiskan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle yakin ke hehehe. besar pinggan tu :D

      Delete
  9. Wah…ketam masak cili chinese style tu menggoda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah berselera asben saya makan sampai tinggal kuah je pun dia simpan kuah utk makan dgn nasi hehe.

      Delete
  10. Terbaiklah kombinasi semua lauk tu...
    Baru nak minta resepi, rupanya ada kat bawah hehe ...

    ReplyDelete
  11. Uishhhhh sedap2 semuanya. Selamat bepuasa sis. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa jugak sis. Alhamdulillah rezeki dari Allah :)

      Delete
  12. Udang dengan cendawan tu mengancam betul.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap resipi ni, saya ikut resipi kat Youtube :)

      Delete
  13. menu ketam jarang sgt masak tp smlm MIL masak tp tkmkn pn sbb gigi kn masih sengal nk menggigit tu bye2 la....suka mantou tp yg jenis goreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala kesiannya... takpe nnt dah sembuh boleh masak ketam lagi 😊

      Delete
  14. Sedapnya mantou... tiba-tiba teringin mantou goreng hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe nanti Kak Amie cari mantou frozen di pasaraya lepas tu goreng πŸ˜‰

      Delete
  15. waduhhhh menu feveret jugak ketam & mantou nih!
    arghhhh TERsinggah di kala siang hari ramadhonnn :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sorry la tergodakan orang tengah bulan puasa ni :D

      Delete
  16. ooo ketam tu ada taucu ya... ok ok. yg ni mmg xde kat rumah. yg lain2 dah ada. boleh msk utk berbuka. thanks for sharing🫰

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .