6 Syawal - Selamat Hari Raya Aidilfitri!

 ucapan raya

Alhamdulillah, masuk hari ke-6 kita semua menyambut Hari Raya Aidilftri. Aku baru berkesempatan nak update ucapan raya tahun ni kat blog hihi. Maklumlah, lepas sibuk mengulangkaji untuk exam, aku sibuk kemas barang balik ke kampung pulak. Dah sampai ke kampung, sibuk pulak dengan persiapan raya mengemas rumah, memasak dan eh eh! Tau-tau blog jadi macam lombong tinggal, berhabuk dan sunyi-sepi je.

Di kesempatan ni, aku menyusun sepuluh jari memohon maaf dari rakan-rakan blogger andai ada penulisan dan komen yang menyinggung hati dan perasaan korang sepanjang perkenalan kita di alam maya ni. 

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ وَ تَقَبَّلْ ياَ كَرِيْمُ . Semoga Allah menerima (puasa dan amal) dari kami dan (puasa dan amal) dari kalian. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

Shopping Tudung di HQ Cloverush di Cyberjaya

Sebenarnya dah lama tak beli tudung Cloverush yang baru. Last sekali aku beli tahun 2018 kot. Masa tu butik Cloverush masih lagi di kawasan Melawati, Ampang. Senang sikit nak pergi ke situ. Memandangkan aku masih menetap di Bintulu masa tu, kalau singgah ke butik aku beli 5-6 helai tudung sekaligus.

Sejak Cloverush pindah ke Cyberjaya aku stop beli tudung Cloverush sebab aku ni sejenis kena pegang dan test pakai dulu baru aku beli. Aku memang tak reti nak beli tudung online. 

Isnin lepas, Suami Terchenta ada urusan di Serdang jadi aku pun ikut sekali. Bila dah selesai urusan, alang-alang dah dekat area situ (dekat la sangat! 😜), aku ambik kesempatan ajak Suami Terchenta ke HQ Cloverush di Cyberjaya sebab nak cari tudung baru untuk aku dan anak-anak.


Tudung instant Cloverush
Pintu masuk ke butik. Dah lain logo Cloverush, dulu daun clover tu je

Tudung instant Cloverush
Orang lain dah lama sampai ke butik HQ Cloverush aku baru nak jejak kaki...

Butik yang baru ni memang nampak cantik dan lebih luas dari sebelum ni. Tapi alahai, kenapa jauh bebenor? Tak macam kedai tudung jenama lain macam tudung itik, TudungP***le, Fa**ra dan lain yang ada butik di mall. Senang sikit nak belek dan cuba sebelum beli.


Tudung instant Cloverush
Dalam butik Cloverush yang luas dan estetik

Tudung instant Cloverush
Baju-baju ni ada sale diskaun RM20 kalau tak silap

Aku borong 4 helai tudung untuk anak-anak (ada jualan penghabisan stok - beli 4 dengan harga RM100), 2 helai tudung dewasa (RM79 untuk 2 helai) dan Suami Terchenta belanja sehelai tudung dari koleksi hari raya ni (RM59). Sweet kan corak dan warna tudung raya ni?


Tudung instant Cloverush
Koleksi tudung raya Cloverush

Satu benda yang best pasal tudung Cloverush ni ialah selain senang dipakai (sarung instant), awning tudung jenis tak licin jadi kalau tak pakai inner tudung pun rambut tak terkeluar. Selain dari tu, warnanya pun tak cepat pudar. 

Cuma design baru ni aku rasa bahagian muka dah ketat sikit. Kalau makan kena sopan sikit bukak mulut, tak boleh gelak kuat sangat. Atau ini petanda aku kena kurus? Huhu...

Korang pulak minat tudung jenama apa? Cuba komen sikit 😉.

Wordless Wednesday - Selamat Ulangtahun buat Suami Terchenta 🎈



Selamat Hari Lahir, Suami Terchenta! ❤️ Semoga Allah SWT sentiasa memberikan taufik dan hidayah, barakah dan rahmat-Nya kepadamu. Semoga dikau sentiasa dalam perlindungan Allah dan dipanjangkan usia supaya kita sama-sama dapat membesarkan anak-anak yang solehah. Ameen Ya Rabbal Alameen... 🤲🏻

P/S: Sorry tahun ni takde buat surprise sebab kita busy nak exam hujung minggu ni 😜.

Hari ke-18 - Sedekah Bubur Lambuk dari Masjid

Ahad lepas sehari suntuk ada kelas. Kelas terakhir untuk certification course ni, minggu ni ialah minggu ulangkaji untuk exam minggu depan. Mungkin aku akan kurang update blog lepas ni sebab kena fokus ulangkaji. Rugi pulak bayar kursus mahal kalau tak dapat sijil huhu...

Anyway, lepas habis kelas kiteorang ke bazaar Ramadhan. Aku nak cari nasi kukus yang sedap di bazaar Taman Dato' Senu tapi gerainya takde! Hampa... cuma beli jus tembikai lepas tu kiteorang gerak pulak ke bazaar UTC Sentul yang tak jauh dari rumah.

Lalu di tepi Masjid Madrasah ternampak dari jauh orang masjid melambai-lambai. Rupa-rupanya nak sedekahkan bubur lambuk. Alhamdulillah, rezeki dapat makan bubur lambuk kali kedua.

Sedapnya bubur lambuk ni, ala-ala bubur lambuk Kampung Baru. Makan bubur ni je pun dah kenyang. 


bubur lambuk
Bubur lambuk

Kali kedua ke bazaar UTC Sentul mencari nasi kukus ayam planta tapi masih tak jumpa! 😅 Mungkin memang takde rezeki saya nak makan nasi kukus ayam planta bulan puasa ni, Nohas. Oleh sebab di bazaar UTC Sentul pun takde yang menarik perhatian, end up cuma beli tepung pelita, Milo ais kesukaan Khayla dan sate ayam kesukaan Khadeeja. Simple je buka puasa 18 Ramadhan, yang penting syukur ada makanan untuk berbuka 🥰.

Hari ke-17 - Mengidam Pani Puri di Bazaar Sri Rampai

Hari Ahad biasanya aku cuti memasak sebab surirumah pun ada off day aku ada kelas sepanjang hari jadi lepas sehari-suntuk mendengar lecture, otak terus tepu dan takde idea nak memasak 😂. #alasanje

Minggu lepas kebetulan kakak ke bazaar Ramadhan di Sri Rampai, jadi aku pesan beli makanan di bazaar dengan kakak. Dia belikan pani puri viral yang sedap. Sejak dari tu aku memang berniat nak ke bazaar Sri Rampai sebab nak repeat pani puri tu.

Hari Sabtu lepas aku ajak kakak ke bazaar Sri Rampai. Rupa-rupanya tak jauh dari klinik kayangan yang aku pernah pergi tahun lepas. Kiteorang parking depan klinik dan menapak tak jauh ke bazaar tu. 

Sampai-sampai je terus ternampak gerai pani puri viral ni. Aku beli 3 set, punyalah ketagih dengan pani puri ni 😆.


Bazaar Sri Rampai
Terus jumpa gerai pani puri tu

Bazaar Ramadhan Sri Rampai ni luas tempatnya. Mungkin sebab cuaca kurang baik jadi kurang sesak. Selesa berjalan-jalan sambil meninjau juadah berbuka puasa yang ada.


Bazaar Sri Rampai
Kakak singgah beli cempedak goreng sebab minggu lepas tak puas makan

Bazaar Sri Rampai
Suami Terchenta beli kuey teow goreng untuk dikongsi

Kali ni anak-anak join sekali, dieorang ni pantang kalau ke bazaar memang auto rambang mata! Donut je sampai 2 jenis. Lalu gerai jual croffle nak croffle jugak. Nampak sate, nak sate pulak. Padahal sebelum tu dah ingatkan supaya kalau beli mesti kena habiskan. Membazir kan amalan syaitan.


Bazaar Sri Rampai
Khadeeja request meatball

Di tengah-tengah bazaar ada disediakan meja makan dan kerusi untuk sesiapa yang pilih nak beli dan berbuka di situ. Bazaarnya boleh tahan banyak jugak pilihan yang menarik jadi kenalah tahan nafsu sikit hehe.


Bazaar Sri Rampai
Boleh tahan banyak gerai menjual pelbagai jenis juadah berbuka di sini

Selesai pusing satu bazaar hujan renyai-renyai pulak. Cepat-cepat kiteorang balik ke kereta. Dengan nak merempuh jem nak u-turn menghala ke Sentul lagi. Last-last kakak pilih ikut DUKE dan kiteorang sampai ke rumah pukul 7 petang. 

Beli sikit-sikit lama-lama penuh meja hihi. Ni la hasil yang paling lumayan setakat ni.



Pilihan aku - pani puri dan Vietnamese roll.
Pilihan Suami Terchenta - kuey teow goreng.
Pilihan kakak - cempedak goreng dan dimsum.
Pilihan Khayla - donut coklat, donut, cruffle, brownies dan kek batik (takde dalam gambar).
Pilihan Khadeeja - kuih buah melaka, donut pink, meatball dan sate.

Kesimpulannya semuanya sedap. Dalam banyak-banyak juadah ni aku paling suka kuey teow goreng dengan meatball tu. Sampai tenggelam rasa pani puri dek kesedapan kedua-dua menu ni. Vietnamese roll tu pun sedap dan rasa crunchy je. Banyak pulak tu sayurnya. Berbaloi beli juadah berbuka puasa di sini.