• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Thursday, May 04, 2023

Terima kasih Kawan-kawan Bloggerku!

Hai semua... korang tengah kerja ke tu? Kat KL hari ni cuti lagi sempena Hari Wesak yang disambut oleh penganut Buddha. Mana yang masih di kampung mesti seronok dapat sambung cuti lagi sampai hujung minggu ni hihi.

Sebelum balik beraya hari tu, aku sempat jumpa Kak Ret sebab dah lama dia nak pass hadiah Top Commentators bulan Disember 2022. Hahaha! Asyik plan nak jumpa je tapi tak terjumpa-jumpa kan. Padahal dok dekat je kiteorang ni 🤭. 


Hadiah Top Commentators
Nampak eksklusif hadiah Top Commentators ni

Jovi keychain
Cantiknya keychain ni! 😍

Sis suka! Terima kasih Kak Ret atas hadiahnya. Semoga murah rezeki Kak Ret selalu, Ameen Ya Rabbal Alameen....

Sebenarnya ada satu lagi hadiah yang Kak Ret bawak, kiriman dari Sislin kita. Wah! Comel packaging biskut raya ni. Alhamdulillah, semoga murah rezeki Sislin jugak 🤲🏻


Biskut raya
Biskut raya dari Sislin
 

Yang terakhir, yang ni dapat masa kiteorang dah keluar rumah tengah tunggu Grab nak balik kampung hehe. Jadi tak sempat nak bukak, terus masukkan dalam peti surat lepas balik beraya baru sempat tengok. Hadiah pemberian dari Cik Nona kita sempena dipilih sebagai Top Komentator Blog Nona. Terima kasih Nona, semoga murah rezeki Nona jugak! 🤲🏻


Hadiah Top Commentators
Banyak hadiah dia kirim, siap bagi duit raya lagi 💝 

Korang rajin-rajin la bertandang kat blog dieorang ni sebab dieorang rajin buat giveaway dan bagi hadiah yang meriah ni. Sekali lagi, terima kasih kawan-kawan bloggerku atas pemberian hadiah yang cukup lumayan! 🌸

Read more »
on Thursday, May 04, 2023 22
Share this!
Tags
Blog, Friends Ooh La La, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, May 03, 2023

Berjarah Raya: #teamrayakch

Kemuncak aktiviti raya kiteorang ialah di Kuching. Aku dan BFF, Donna memang dah plan awal-awal nak berjarah raya di rumah geng-geng ofis kiteorang dulu. Gigih susun lokasi kat map senang plan pergi rumah mana dulu! 😂 (Berjarah = kunjung-mengunjungi sewaktu Hari Raya dalam bahasa Melayu Sarawak)

Since kiteorang sama-sama bertolak dari Samarahan, pit stop pertama ialah di rumah kiteorang.


Berjarah Raya: #teamrayakch
Berjarah raya rumah pertama (rumah kampung Suami Terchenta)

Lepas tu, kiteorang berkonvoi pulak ke rumah Sya sebab rumah Sya yang paling jauh (hampir sejam nak ke rumah Sya). Bila dah jumpa geng satu kepala, apa lagi mulalah perangai gila-gila! 😂


Berjarah Raya: #teamrayakch
Berlakon watak model koleksi Le Creuset!


Berjarah Raya: #teamrayakch
Berjarah raya rumah kedua (rumah Sya)

Berjarah Raya: #teamrayakch
Kek dihidang di rumah Sya

Sayangnya tak boleh lama-lama sebab hari Jumaat. Dalam pukul 11.45 pagi, kiteorang gerak pulak ke Masjid Jamek Negeri. Yang perempuan menunaikan solat Zohor dan yang lelaki pulak join solat Jumaat.


masjid jamek negeri Sarawak
Masjid Jamek Negeri / Masjid Negeri Sarawak

Bila masuk kereta, Suami Terchenta cerita yang dia solat sama saf dengan Premier Sarawak, Abang Jo. Aku sempat usik, 'La, kenapa tak ambik gambar dengan Abang Jo?' Rupa-rupanya, Abang Jo sambung solat sunat lepas solat Jumaat jadi Suami Terchenta segan nak tunggu untuk bergambar sama hehe.

Destinasi seterusnya ialah rumah ex-boss, Kak Anna. Kak Anna memang pesan siap-siap suruh datang lepas solat Jumaat sebab dia order catering untuk makan tengahari. Lauk kampung yang dihidangkan, auto semua berselera makan! Sedapnya gulai ikan masin tu, tapi segan nak tambah nasi 🤭


Berjarah Raya: #teamrayakch
Gulai ikan masin, pajeri nanas, sambal timun, daging masak hitam, ulam-ulaman

Berjarah Raya: #teamrayakch
Berjarah raya rumah ketiga (rumah ex-boss)

Rumah seterusnya sepatutnya rumah Sally tapi Sally tiba-tiba ada urusan kerja sikit jadinya dia mintak kiteorang datang pukul 4 petang. Tukar plan, kiteorang singgah ke rumah ketiga, iaitu rumah Alia. Sampai kat rumah Alia, ramai betul tetamu. Rupa-rupanya ayah Alia jemput budak-budak dari sekolah tahfiz datang beraya di rumah.


Berjarah Raya: #teamrayakch
Berjarah raya rumah ketiga (Rumah Alia)

Lepas rumah Alia, kiteorang menuju ke destinasi terakhir #teamrayakch, rumah Sally. Di rumah Sally makin kamboh (translation = heboh) sebab dia ni pun geng gila-gila jugak! 🤣 Dia resigned beberapa tahun awal dari aku sebab nak dekat dengan family di Kuching. Jadi dia banyak 'tertinggal kapal' perkembangan terbaru geng-geng yang lain.


Berjarah Raya: #teamrayakch
Berjarah rumah keempat (Rumah Sally)

Berjarah Raya: #teamrayakch
Comelnya biskut raya di rumah Sally

Esoknya pulak sambung lagi berjarah raya di rumah BFF pulak. Anak-anak awal-awal bagitau taknak ikut sebab tak hilang lagi penat beraya dari pagi sampai ke malam hari sebelumnya hihi. Jadi aku dan Suami Terchenta je pergi ke rumah mertua Donna. Kali ni kawan baik kiteorang Vee pun ada. Dieorang berdua ni kamceng rapat aku masa di Bintulu. Kalau takde dieorang kat ofis tu, mesti hambar je ofis tu.


Berjarah Raya: #teamrayakch
Rumah kelima (rumah BFF)

Sebenarnya sebelum Covid raya geng kiteorang lebih meriah, sebab ramai yang ikut konvoi dari rumah ke rumah. Sebab tu kiteorang gelar geng ni #teamrayakch. Rindu zaman berkonvoi ramai-ramai berjarah raya ni. Apapun, raya di Kuching memang happening la! Kalau kat daerah lain, lepas seminggu dah back to normal tapi kat Kuching ni selagi belum habis bulan Syawal, selagi tu la orang tak putus-putus berjarah raya terutama hujung minggu 😅. Betul tak Kakmim? (Nota: Tak sempat nak berjarah rumah Kakmim sebab jadual yang padat sampai la hari kiteorang balik ke KL)

Read more »
on Wednesday, May 03, 2023 16
Share this!
Tags
Friends Ooh La La, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, May 01, 2023

Selamat Hari Pekerja 2023 - Jom mengolok di Mi Sapi Haji Salleh

1 Mei 2023. Selamat Hari Pekerja buat kawan-kawan yang bekerja!

Hari ni kiteorang sambut Hari Pekerja dengan bersarapan di Mi Sapi / Kolok Haji Salleh.


Sepinang Sari Cafe

Walaupun bertolak selepas Subuh, tetap kena beratur hampir sejam. Punyalah famous kafe ni. Tapi yang bagusnya, dieorang mengamalkan sistem yang adil - siapa yang datang dulu tak kira la seorang je atau beramai-ramai, akan dapat tempat duduk dulu. Kadang-kadang sakit hati jugak kan bila kita datang berdua tapi sebab meja yang kosong ialah meja 4 orang jadi orang yang di belakang dulu yang dapat tempat. 

Sambil beratur, ada pekerja yang ambik pesanan siap-siap. Siap tanya nak taugeh ke tak? Siap customized menu dieorang ni 😆 Kalau kat tempat lain, pandai-pandai la asingkan sendiri taugeh kalau tak minat. Agaknya sebab tu ramai yang suka ke sini. Sebab tu jugaklah, walaupun dah duduk tetap kena tunggu pesanan sampai.


Sepinang Sari Cafe
Sambil beratur, boleh la tengok dulu menu dan buat pesanan bila sampai giliran

Hoyeh! Pesanan aku pun sampai. Aku pilih mi kolok daging tendon semua lebih, korang tengok la ni. Memang kenyang sampai ke petang ni.


Mi kolok daging tendon semua lebih
Mi kolok daging tendon semua lebih (RM23)

Harganya memang premium sikit, tapi dah alang-alang beratur sejam tu baiklah ambik yang special baru puas hati. 


mi kolok daging tendon
Jemput makan...

Alhamdulillah, berkesempatan mengolok di tempat yang terkenal ni. Lepas makan, kiteorang singgah pulak ke Mita Cake House.


Mita butter cake
Mita Cake House Jalan Satok

Ada kawan yang pesan kek mentega kat sini. Kek ni makin terkenal sampai pelancong dari luar Sarawak pun akan borong kek untuk dijadikan buah tangan bila balik ke Semenanjung / Sabah. Aroma kek ni semerbak tau, sampai kiteorang yang makan di kafe Mi Sapi Haji Salleh di seberang jalan boleh hidu.


Mita butter cake
Kek masih panas-panas lagi

Mita butter cake
Harga kek dah naik, tahun-tahun lepas RM15 sekarang dah naik jadi RM17

Apa pengisian Hari Pekerja korang pulak?

Read more »
on Monday, May 01, 2023 28
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Sunday, April 30, 2023

Raya ke-4 & 5 - Beraya di Bintulu

Hari raya ke-3 kiteorang bertolak balik ke Bintulu sebab keluarga adik dah nak balik ke Kuching esoknya. Kiteorang bertolak dari Mukah sebelah petang dan sampai sebelum Maghrib. Rumah mak ada 2 bilik je. Bilik mak, mak bagi tumpang dekat adik dan anak isteri. Bilik adik lelaki yang tinggal dengan mak pulak dah diberi kat adik bongsu dan kakak aku untuk tumpang. Kiteorang decide untuk mengalah dan tido di hotel untuk semalam memandangkan kiteorang berempat memang tak muat tido di ruang tamu.

Hari Raya ke-4 aku ambik kesempatan berjarah (ziarah) raya ke rumah ex-staff satu department dulu yang dah bersara. Masa di Bintulu aku selalu join Kak Roy pergi hiking. Kiteorang sempat training sama-sama nak mendaki Gunung Kinabalu tapi terpaksa dibatalkan sebab Covid dan PKP. Kak Roy memang baik dan tak lokek ilmu mengajar junior staff bab-bab kerja. Sampai sekarang kiteorang masih lagi berhubung walaupun aku dan berhenti kerja dan Kak Roy dah bersara.


Raya ke-4 & 5 - Beraya di Bintulu
Semua kek ni Kak Roy buat

Raya ke-4 & 5 - Beraya di Bintulu
Bergambar raya dengan Kak Roy dan suami

Raya ke-4 & 5 - Beraya di Bintulu
Amboi, segak bersongkok anak bulu Kak Roy ni!

Hari raya ke-5, kawan baik di sekolah dulu, As jemput aku dan kawan-kawan sekolah yang lain ke rumahnya. Bila berkumpul dengan kawan-kawan sekolah, memang rancak la berborak sampai lupa suami dan anak-anak di sebelah hihi. Maklumlah dah lama tak berjumpa.


Raya ke-4 & 5 - Beraya di Bintulu
Momen raya dengan kawan-kawan sekolah

Di Bintulu tak banyak sangat rumah yang boleh pergi berjarah raya sebab aktiviti yang padat. Petang tu, kiteorang dah terbang ke Kuching pulak. Dapat cover 2 buah rumah pun dah cukup.

Next entry aku cerita pulak kemeriahan berjarah raya dengan BFF aku yang memang jadi tradisi kiteorang hampir setiap tahun. #teamrayakch

Read more »
on Sunday, April 30, 2023 14
Share this!
Tags
Friends Ooh La La, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, April 29, 2023

Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak

Sedar tak sedar, sebenarnya dah 3 tahun aku tak beraya di kampung kelahiran ayah aku dek kerana Covid. Kali terakhir aku beraya di sini ialah tahun 2019. Jadi memang excited la nak balik beraya kali ni. 

Syukur jugak raya jatuh hari Sabtu, adalah masa mengemas rumah dan menyiapkan bahan-bahan masakan untuk Hari Raya. Sementara yang lelaki mengemas rumah, kiteorang yang perempuan pulak sibuk di dapur. Mak buat kari daging, aku kontrak ayam masak merah dan adik ipar aku yang first time beraya di kampung kiteorang pulak buat nasi minyak. Kakak aku macam biasa kontrak potong kek lapis. 

Pagi raya pun tiba. Lepas bersiap-siap pakai baju baru dan menjamah ketupat dan kari daging, kiteorang terus pergi ke masjid untuk solat Aidilfitri. Agak kesal dengan kejadian di masjid pagi raya sebab jemaah perempuan kejap-kejap disuruh solat di bahagian luar masjid lepas tu dipanggil masuk ke dalam pulak. Bukan sekali, tapi 2 kali! 

Kesian acik-acik yang dah lemah lutut dan bertongkat kena ulang-alik naik dan turun tangga masuk, keluar dan masuk balik dalam masjid. Diharapkan pihak pengurusan masjid boleh mengatur pembahagian ruang masjid yang lebih adil supaya jemaah wanita yang datang awal pun boleh merasa keselesaan beribadah dalam ruang masjid yang berhawa dingin dan sesiapa yang lambat tak kira lelaki atau perempuan solat di bahagian luar tanpa mengganggu batas ruang jemaah wanita.


Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Husnuzon - pagi-pagi raya dapat bersenam turun naik tangga masjid untuk kesihatan!

Balik dari masjid, barulah sesi bersalaman di pagi raya. Masa ni aku terkenangkan kemeriahan keluarga besar kami masa arwah atok (Pakyeng) dan nenek (Makyeng) masih hidup. Sejak dieorang dah takde, tak semua pakcik dan makcik aku balik ke kampung lagi. Rasanya kalau tak kerana Udak aku masih tinggal di kampung, mungkin kiteorang pun pilih beraya di Bintulu je. Kebetulan Pak Usu aku tak dapat balik tahun ni sebab Mak Usu masih dalam pantang. Kalau tak, keluarga Pak Usu dan keluarga kiteorang je la yang temankan Udak di pagi raya (sebenarnya ada jugak saudara-mara sebelah rumah yang rapat dengan Udak macam adik-beradik sendiri, tak la Udak sunyi sangat).


Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Mak, kakak dan adik-adik aku (kecuali yang dah kahwin tu termasuk aku) tiap-tiap tahun balik kampung beraya dengan Udak aku yang masih lagi tinggal di kampung ni

Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Tahun ni tema maroon ikut kesukaan Khadeeja - last minute lepas exam Suami Terchenta ajak shopping baju raya di KWC, aku apa lagi bagai orang mengantuk disorongkan bantal hihi...

Raya pertama kiteorang cuma ziarah rumah sebelah dan rumah keluarga Ngah di Mukah je sebab hari panas lit-lit! Panas tu memang tak boleh bawak bincang, sampai aircond kat bahagian atas pun tak rasa apa. Cuma waktu malam je aircond tu ada rasa sejuk.

Raya kedua barulah Bapak dan keluarganya (mak tiri dan adik-adik dengan mak tiri) datang beraya di kampung. Kalau tanya kenapa Mak aku yang lebih rajin balik beraya di kampung bapak, mungkin boleh tengok macamana PS rapat dengan keluarga Dato' Yusof. Mak aku dari dulu rapat dengan arwah nenek dan adik-beradik Bapak terutama Mak Ngah, Udak dan Pak Usu sampai dieorang dah anggap macam kakak kandung.


Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Raya ke-2 bersama keluarga Bapak dan keluarga Ngah

Mak masak special sebab nak sambut keluarga Mak Ngah, BFF mak tu hehe. Bila tau mak buat laksa Sarawak, sepupu-sepupu aku terus serbu dapur hahaha!


laksa sarawak
Laksa Sarawak mak ni menu popular yang selalu dapat request dari anak-anak buah

Petang tu, kiteorang ikut Mak Ngah beraya di Kampung Brunei di Dalat, iaitu keluarga sebelah Pak Ngah.


Kampung Brunei Dalat
Foto keluarga di jeti sungai

Raya ketiga, sempat menyambut keluarga Pak Long dari Sibu dan keluarga sepupu rapat aku dari Kuching sebelum kiteorang bertolak balik ke Bintulu sebab adik dan adik ipar aku kena balik ke Kuching dari airport Bintulu. Mak masak lontong dan kuah lodeh pulak untuk jamu dieorang:


lontong lodeh
Bestnya balik kampung merasa air tangan mak

Lepas makan, kiteorang beramai-ramai ziarah raya di rumah Nek Usu (adik Pakyeng). Nek Usu satu-satunya adik-beradik Pakyeng yang tinggal. Yang lain semua dah takde.


Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Pak Long yang pakai baju Melayu hijau dan belakangnya ialah Nek Usu

Masa nilah berjumpa dengan sepupu aku (anak Pak Long) yang kehilangan anak awal bulan puasa ni. Boleh nampak kesedihan di wajah wife dia walaupun tengah senyum. Allahu... tabah betul dieorang menghadapi ujian kehilangan anak tercinta.

Akhir sekali sebelum meninggalkan kampung, tak lupa singgah ke kubur Makyeng dan Pakyeng. 


Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Makyeng meninggal 8 tahun sebelum Pakyeng menyusul

Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Kubur arwah Pakyeng

Berbeza dengan adat kampung Suami Terchenta, hari raya ke-2 orang ramai akan berpusu-pusu ke kubur menziarahi sanak-saudara yang dah tiada. Dah macam ada keramaian pulak dengan masing-masing bawak baldi berisi air bunga untuk disiram di kubur. Di kampung aku pulak, amalan ziarah kubur ni lebih sederhana dan ada keluarga yang pilih untuk tak ziarah langsung sebab tak nak bersedih masa hari raya. Cukup sedekahkan Al-Fatihah selepas solat buat keluarga yang dah tiada. Aku pergi pun sebab dah lama tak ziarah kubur Pakyeng dan Makyeng, selain tu nak jugak anak-anak aku kenal arwah moyang dieorang. Bila bawak ke kubur, at least dieorang boleh nampak dan baca sendiri nama moyang kat batu nisan. Harapnya dieorang tak lupa la asal-usul bila dah besar nanti.

Kali ni tak sempat nak merasa suasana acara berlanggar meja iaitu tradisi unik di Kampung Igan dan jugak Pesta Kaul di Mukah. Kalau fly lambat sikit ke Kuching mungkin sempat la perkenalkan tradisi Melanau ni kat anak-anak. Hmm.. Nampaknya takde rezeki tahun ni.

Read more »
on Saturday, April 29, 2023 21
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...

Blog Favourite

  • Blog Begins At Forty
    4 hours ago
  • orangbukit
    5 hours ago
  • Aku Sis Lin
    6 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    6 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    7 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    8 hours ago
  • Titian Perjalanan
    9 hours ago
  • a m m i
    11 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    11 hours ago
  • SURIA AMANDA
    11 hours ago
  • KasihkuAmani
    11 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    11 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    12 hours ago
  • Miles of smiles
    12 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    12 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    14 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    14 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    15 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    15 hours ago
  • My Small World
    16 hours ago
  • Dapur Cik- Nur
    16 hours ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    16 hours ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    18 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    18 hours ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • Anies♥You
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • KakmimDotCom
    1 day ago
  • Drawing the Words
    1 day ago
  • Krabat Kramat
    2 days ago
  • Sunah Sakura
    3 days ago
  • mrhanafi.com
    4 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    5 days ago
  • Warisan Petani
    6 days ago
  • anajingga
    6 days ago
  • Ako Tetap Ako
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    5 weeks ago
  • Sodep
    1 month ago
  • Asa Blog
    1 month ago
  • Blog Anamizu™
    2 months ago
  • Mreneyoo
    2 months ago
  • Afzan Sidi
    2 months ago
  • Blog Sal
    6 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.