Sedar tak sedar, sebenarnya dah 3 tahun aku tak beraya di kampung kelahiran ayah aku dek kerana Covid. Kali terakhir aku beraya di sini ialah tahun 2019. Jadi memang excited la nak balik beraya kali ni. 

Syukur jugak raya jatuh hari Sabtu, adalah masa mengemas rumah dan menyiapkan bahan-bahan masakan untuk Hari Raya. Sementara yang lelaki mengemas rumah, kiteorang yang perempuan pulak sibuk di dapur. Mak buat kari daging, aku kontrak ayam masak merah dan adik ipar aku yang first time beraya di kampung kiteorang pulak buat nasi minyak. Kakak aku macam biasa kontrak potong kek lapis. 

Pagi raya pun tiba. Lepas bersiap-siap pakai baju baru dan menjamah ketupat dan kari daging, kiteorang terus pergi ke masjid untuk solat Aidilfitri. Agak kesal dengan kejadian di masjid pagi raya sebab jemaah perempuan kejap-kejap disuruh solat di bahagian luar masjid lepas tu dipanggil masuk ke dalam pulak. Bukan sekali, tapi 2 kali! 

Kesian acik-acik yang dah lemah lutut dan bertongkat kena ulang-alik naik dan turun tangga masuk, keluar dan masuk balik dalam masjid. Diharapkan pihak pengurusan masjid boleh mengatur pembahagian ruang masjid yang lebih adil supaya jemaah wanita yang datang awal pun boleh merasa keselesaan beribadah dalam ruang masjid yang berhawa dingin dan sesiapa yang lambat tak kira lelaki atau perempuan solat di bahagian luar tanpa mengganggu batas ruang jemaah wanita.


Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Husnuzon - pagi-pagi raya dapat bersenam turun naik tangga masjid untuk kesihatan!

Balik dari masjid, barulah sesi bersalaman di pagi raya. Masa ni aku terkenangkan kemeriahan keluarga besar kami masa arwah atok (Pakyeng) dan nenek (Makyeng) masih hidup. Sejak dieorang dah takde, tak semua pakcik dan makcik aku balik ke kampung lagi. Rasanya kalau tak kerana Udak aku masih tinggal di kampung, mungkin kiteorang pun pilih beraya di Bintulu je. Kebetulan Pak Usu aku tak dapat balik tahun ni sebab Mak Usu masih dalam pantang. Kalau tak, keluarga Pak Usu dan keluarga kiteorang je la yang temankan Udak di pagi raya (sebenarnya ada jugak saudara-mara sebelah rumah yang rapat dengan Udak macam adik-beradik sendiri, tak la Udak sunyi sangat).


Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Mak, kakak dan adik-adik aku (kecuali yang dah kahwin tu termasuk aku) tiap-tiap tahun balik kampung beraya dengan Udak aku yang masih lagi tinggal di kampung ni

Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Tahun ni tema maroon ikut kesukaan Khadeeja - last minute lepas exam Suami Terchenta ajak shopping baju raya di KWC, aku apa lagi bagai orang mengantuk disorongkan bantal hihi...

Raya pertama kiteorang cuma ziarah rumah sebelah dan rumah keluarga Ngah di Mukah je sebab hari panas lit-lit! Panas tu memang tak boleh bawak bincang, sampai aircond kat bahagian atas pun tak rasa apa. Cuma waktu malam je aircond tu ada rasa sejuk.

Raya kedua barulah Bapak dan keluarganya (mak tiri dan adik-adik dengan mak tiri) datang beraya di kampung. Kalau tanya kenapa Mak aku yang lebih rajin balik beraya di kampung bapak, mungkin boleh tengok macamana PS rapat dengan keluarga Dato' Yusof. Mak aku dari dulu rapat dengan arwah nenek dan adik-beradik Bapak terutama Mak Ngah, Udak dan Pak Usu sampai dieorang dah anggap macam kakak kandung.


Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Raya ke-2 bersama keluarga Bapak dan keluarga Ngah

Mak masak special sebab nak sambut keluarga Mak Ngah, BFF mak tu hehe. Bila tau mak buat laksa Sarawak, sepupu-sepupu aku terus serbu dapur hahaha!


laksa sarawak
Laksa Sarawak mak ni menu popular yang selalu dapat request dari anak-anak buah

Petang tu, kiteorang ikut Mak Ngah beraya di Kampung Brunei di Dalat, iaitu keluarga sebelah Pak Ngah.


Kampung Brunei Dalat
Foto keluarga di jeti sungai

Raya ketiga, sempat menyambut keluarga Pak Long dari Sibu dan keluarga sepupu rapat aku dari Kuching sebelum kiteorang bertolak balik ke Bintulu sebab adik dan adik ipar aku kena balik ke Kuching dari airport Bintulu. Mak masak lontong dan kuah lodeh pulak untuk jamu dieorang:


lontong lodeh
Bestnya balik kampung merasa air tangan mak

Lepas makan, kiteorang beramai-ramai ziarah raya di rumah Nek Usu (adik Pakyeng). Nek Usu satu-satunya adik-beradik Pakyeng yang tinggal. Yang lain semua dah takde.


Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Pak Long yang pakai baju Melayu hijau dan belakangnya ialah Nek Usu

Masa nilah berjumpa dengan sepupu aku (anak Pak Long) yang kehilangan anak awal bulan puasa ni. Boleh nampak kesedihan di wajah wife dia walaupun tengah senyum. Allahu... tabah betul dieorang menghadapi ujian kehilangan anak tercinta.

Akhir sekali sebelum meninggalkan kampung, tak lupa singgah ke kubur Makyeng dan Pakyeng. 


Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Makyeng meninggal 8 tahun sebelum Pakyeng menyusul

Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Kubur arwah Pakyeng

Berbeza dengan adat kampung Suami Terchenta, hari raya ke-2 orang ramai akan berpusu-pusu ke kubur menziarahi sanak-saudara yang dah tiada. Dah macam ada keramaian pulak dengan masing-masing bawak baldi berisi air bunga untuk disiram di kubur. Di kampung aku pulak, amalan ziarah kubur ni lebih sederhana dan ada keluarga yang pilih untuk tak ziarah langsung sebab tak nak bersedih masa hari raya. Cukup sedekahkan Al-Fatihah selepas solat buat keluarga yang dah tiada. Aku pergi pun sebab dah lama tak ziarah kubur Pakyeng dan Makyeng, selain tu nak jugak anak-anak aku kenal arwah moyang dieorang. Bila bawak ke kubur, at least dieorang boleh nampak dan baca sendiri nama moyang kat batu nisan. Harapnya dieorang tak lupa la asal-usul bila dah besar nanti.

Kali ni tak sempat nak merasa suasana acara berlanggar meja iaitu tradisi unik di Kampung Igan dan jugak Pesta Kaul di Mukah. Kalau fly lambat sikit ke Kuching mungkin sempat la perkenalkan tradisi Melanau ni kat anak-anak. Hmm.. Nampaknya takde rezeki tahun ni.

21 comments:

  1. aduhh rinduk ati mok beraya di sarawak..taun tok sik balit sarawak, insya'Allah taun depan..bergambar di jeti is a must..hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok kan, asal raya jak mesti ada gambar di jeti hehe.

      Delete
  2. Seronok ziarah sanak saudara..Udak tu mak saudara ya...pertama kali dgr 'adat berlanggar meja'..mesti meriah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah udak tu adik kepada ayah saya. Adat berlanggar meja ni cuma ada di kampung saya je, pernah masuk dalam TV3 sebab keunikan tradisi berlanggar mija (agaknya sebab meja makan disusun memanjang sepanjang jalan lepas tu org kampung lain 'melanggar' kampung yg jadi tuan rumah acara utk memenuhi jemputan makan kot hihi)

      Delete
  3. Tak sangka di area sana..Hari.Raya sangat meriah terutama masih rapat dengan sanak saudara...saya keluarga mualaf memang tiada pengalaman dengan kaum kerabat yang muslim nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. yok, apak likou igan, mak likou miriek. kelou likou mukah kah? sawa gem convert gak?

      Delete
  4. Alhamdulillah, dapat jumpa ramai saudara-mara ye...
    Sedapnya tengok gambar laksa sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah lama tak merasa suasana meriah dgn keluarga besar saya.
      Tambah sedap bila air tangan mak tu hihi...

      Delete
  5. wahh..meriahnya rayaa.... paling best nampak tu laksa sarawak. memang tak jumpa la di johor ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok dapat jumpa saudara-mara dan kawan-kawan...

      Hari tu ada ternampak sorang blogger ni bgtau ada kedai kat Johor jual laksa Sarawak. Kena tanya kat Sunah Sakura kot kat mana tu 😊

      Delete
  6. Terbayang kemeriahan hari-hari lebaran yang dilalui bersama keluarga di Sarawak. Moga ukhuwah semakin erat. Salam Aidil Fitri buat Carneyz sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA 🤲🏻 Selamat Hari Raya jugak kepada Kak Amie. Beraya di Lahad Datu ke tahun ni?

      Delete
    2. Ya, tahun ini beraya di LD.

      Delete
  7. Alhamdulillah.berkesempatan beraya bersama keluarga =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, lepas 3 tahun tak balik kampung Igan :D

      Delete
  8. alhamdulillah..meriah sgt rasanya raya tahun ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah hampir2 mcm sebelum covid.

      Delete
  9. mcm tu jg yg kami rs. bla org tua dah meninggal, meriahan tu seolah lenyap bersama pemergian mereka....

    sini pun samaaaaaa raya 1st pakai tshirt je tu pun lencun dek peluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, susuk tubuh org tua tu yg menggamit anak2 pulang ke kampung berkumpul bersama2. Tapi bila dieorang dah takde, kemesraan tu seolah2 makin lenyap sbb masing2 bawa haluan sendiri.

      Delete
  10. Serunya kakak bisa beraya dengan keluarga. 😊. Memang paling best kalo bisa balik saat hari raya. Dan kuliner di atas juga nampak sedap, teutama saya penasaran dengan rasa laksa nya. So far saya pernah coba laksa Penang, laksa Johor, tapi belum pernah laksa serawak

    Di sana pun panas yaa.. sama lah kita, jakarta juga ga kira2 panasnya saat lebaran 😔. Untung sekarang nih udah agak mendingan. Sebelumnya, sampe pusing kepala tiap keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, panas terik di sini hari raya pertama & kedua. Hari raya ketiga hujan turun, baru lega.

      Fanny wajib cuba laksa Sarawak. Anthony Bourdain gelar laksa Sarawak ni "the breakfast of gods" 😅

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .