Check Out Artikel Blog dari Blogger Steven Walker

Bulan lepas aku dapat email dari seorang blogger dari negara luar. Katanya dia tengah buat research untuk satu artikel yang dia tengah buat dan terjumpa satu ulasan produk yang aku pernah tulis satu masa dulu. Jadi dia pun mintak kebenaran nak letak ulasan aku tu dalam rujukan artikel dia.

Klik SINI untuk artikel blog yang merujuk ulasan produk dari blog aku ditulis oleh blogger Steven Walker.

Terima kasih blogger Steven Walker sebab dah letak back-link ke blog aku dan mintak kebenaran untuk merujuk ulasan produk tu dalam blog sendiri. Ni baru betul-betul ethical journalism.

Kalau korang pengguna produk tablet PC macam iPad, Samsung Tab etc. boleh rujuk blog Steven sebab dia banyak buat ulasan tentang produk tablet PC. Klik sini untuk melawat blog Steven Walker.

Teman Mak Pergi Ke Pasar Pagi di Bintulu

Masa kat Bintulu, aku dan Suami Terchenta teman Mak pergi beli sayur dan buah-buahan di Pasar Pagi. Menariknya pasar pagi ni dibuka sebelum Subuh lagi. Lokasinya di tapak pasar malam Bintulu. Aku tanya Mak kenapa tak nak pergi PUB je (Pasar Utama Bintulu). Katanya dia suka ke sini sambil tengok matahari terbit. Baiklah mak. Kita follow je hehe.


Pasar Pagi di Bintulu
Masa kiteorang sampai dah pukul 7 pagi jadi matahari dah naik

Mak cerita kalau hujung minggu pasar ni penuh dengan gerai-gerai menjual pelbagai hasil kebun / hutan. Ada satu gerai ni dia jual pucuk rotan kalau tak silap, dikutip dari hutan. Segelintir penjaja kat sini datang dari jauh (luar Bintulu). Tak boleh bayangkan pukul berapa dieorang bertolak dari kawasan pedalaman nak sampai ke sini sebelum Subuh. Tapi masa kiteorang pergi ni pulak, kebetulan bukan hujung minggu atau mungkin orang belum balik dari beraya lagi jadi pasar macam lengang sikit. Barang-barang yang dijual pun tak banyak sangat.


Pasar Pagi di Bintulu

Sejenis aku ni, pantang tengok sayur yang segar-bugar rasa nak beli je! 


Pasar Pagi di Bintulu
Aduhai, sayur midin favourite...

Pasar Pagi di Bintulu
Bunga kantan kat sini gemuk-gemuk!

Pasar Pagi di Bintulu
Yang ni aku tak pasti buah apa

Pasar Pagi di Bintulu
Seorang penjaja tengah menumbuk daun ubi

Yang uniknya tentang Pasar Pagi ni ialah kat sini konsep drive-thru kalau korang malas nak menapak. Kalau jumpa yang berkenan, berhentikan kereta, turunkan tingkap dan beli ikut tingkap je! Ada jugak aku tengok pemandu yang siap suruh letak barang yang dibeli dalam bonet kereta. Sebab tu la laluan kat sini besar boleh kenderaan lalu sambil tengok barang jajaan yang ada.


Pasar Pagi di Bintulu
Teringin kalau kat KL pun ada konsep pasar tamu pandu lalu je hihi...

Biasanya pasar ni beroperasi sampai la matahari naik dan cuaca bertukar panas, sekitar pukul 9-10 pagi. Lepas tu penjaja akan kemas-kemaskan barang jualan dan pergi berniaga di PUB pulak sebab PUB ialah pasar tamu berbumbung.

Nota kaki: Dulu kalau ada kawan-kawan dari Semenanjung datang ke Bintulu dan nak cari belacan Bintulu, kiteorang akan ajak pergi ke PUB. Terbeliak mata dieorang sebab dalam fikiran dieorang PUB tu ialah kelab malam tempat minum-minum! 😂 

Kisah Louis Lepas Balik Dari Cuti Raya..

Masa kiteorang sampai rumah minggu lepas, Louis mengiau2 besar dan garau suaranya. Macam nak ajak gaduh la abis citer! Hahaha! Mesti dia marah giler kat kiteorang sebab tinggalkan dia sorang-sorang kat rumah. 😅

Tahap marah dia tu, kiteorang bagi wet food konon untuk beli jiwa pun dia boleh lagi membebel sambil makan. Alahai, tak tau nak terangkan camane.

Meh la tengok video Louis membebel:



Dia membebel tu rasanya 3-4 hari jugak la kiteorang kena tahan telinga. Louis tak boleh tengok kiteorang takde, dia akan cari lepas tu dia sambung bebelan dan rungutan. Curhat agaknya. OK la, kiteorang kasi can la Louis curhat sebab tak puas hati kena tinggal. Banyak kali gak kena mintak maaf kat dia! 😂

Patutlah sampai tercabut tali scratcher pole dia tu, mesti Louis bayangkan dia tengah cakar muka kiteorang sebab lama sangat hilang. Untuk ambik hati Louis (dan sebelum dia cakar sofa mak dia) Suami Terchenta belikan scratcher pole yang lebih tinggi, biar puas sikit Louis nak mencakar.

Nasib baik sekarang dia dah tak bising-bising macam minggu lepas. Dah cool down agaknya. Cumanya dia tak suka kena tinggal. Nampak Suami Terchenta baring, dia pun baring sama.


Louis the Chonky Cat
Dulu jangan harap dia nak dekat2 sebab Louis ni bukan jenis kucing yang suka digomol

Nampaknya kena cari seekor kawan untuk teman Louis tahun depan time balik beraya. Trauma agaknya dia kena tinggal sorang-sorang. Kalau ada kawan mungkin dia tak trauma sangat.

Terima kasih Kawan-kawan Bloggerku!

Hai semua... korang tengah kerja ke tu? Kat KL hari ni cuti lagi sempena Hari Wesak yang disambut oleh penganut Buddha. Mana yang masih di kampung mesti seronok dapat sambung cuti lagi sampai hujung minggu ni hihi.

Sebelum balik beraya hari tu, aku sempat jumpa Kak Ret sebab dah lama dia nak pass hadiah Top Commentators bulan Disember 2022. Hahaha! Asyik plan nak jumpa je tapi tak terjumpa-jumpa kan. Padahal dok dekat je kiteorang ni 🤭. 


Hadiah Top Commentators
Nampak eksklusif hadiah Top Commentators ni

Jovi keychain
Cantiknya keychain ni! 😍

Sis suka! Terima kasih Kak Ret atas hadiahnya. Semoga murah rezeki Kak Ret selalu, Ameen Ya Rabbal Alameen....

Sebenarnya ada satu lagi hadiah yang Kak Ret bawak, kiriman dari Sislin kita. Wah! Comel packaging biskut raya ni. Alhamdulillah, semoga murah rezeki Sislin jugak 🤲🏻


Biskut raya
Biskut raya dari Sislin
 

Yang terakhir, yang ni dapat masa kiteorang dah keluar rumah tengah tunggu Grab nak balik kampung hehe. Jadi tak sempat nak bukak, terus masukkan dalam peti surat lepas balik beraya baru sempat tengok. Hadiah pemberian dari Cik Nona kita sempena dipilih sebagai Top Komentator Blog Nona. Terima kasih Nona, semoga murah rezeki Nona jugak! 🤲🏻


Hadiah Top Commentators
Banyak hadiah dia kirim, siap bagi duit raya lagi 💝 

Korang rajin-rajin la bertandang kat blog dieorang ni sebab dieorang rajin buat giveaway dan bagi hadiah yang meriah ni. Sekali lagi, terima kasih kawan-kawan bloggerku atas pemberian hadiah yang cukup lumayan! 🌸