• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Tuesday, June 13, 2023

Bila Geng KAMIE Buat Rombongan Ke Majlis Perkahwinan Anak Sislin (Part 2)

Baca juga:

  • Bila Geng KAMIE Buat Rombongan Ke Majlis Perkahwinan Anak Sislin (Part 1)

Amaran: Post ni banyak gambar!

Ni la akibatnya bila jarang-jarang berjumpa, bila berjumpa je kena la ambik gambar untuk kenang-kenangan. Ye la, tak tau bila dapat berjumpa lagi lepas majlis ni.


Dari kiri: Amat (anak Sislin), Shai, Che Mat, Kak Siti, Kak Ret, aku dan Suami Terchenta

Amat anak bongsu Sislin ni dah dekat sama tinggi dengan Suami Terchenta. Lepas ni kita tunggu jemputan majlis Amat pulak baru kumpul ramai-ramai lagi agaknya. Sebenarnya geng kiteorang ni tak cukup korum sebab Sodep tak dapat datang pulak. Kalau tak lagi havoc.


Ni sorang lagi geng lama dari zaman Msjbox dulu, Kak Diella (Bondarock) dengan suami dan anaknya Iman

Hubungan kiteorang rapat dari dulu lagi. Dari zaman bujang sampai dah berkahwin dan beranak cucu. Haa, nampak tak lamanya persahabatan kiteorang. Banyak kenangan manis dengan Geng KAMIE - dari kejadian khemah bocor kena ribut,  jalan-jalan di KL, Melaka dan Pulau Pinang, buat event berbuka puasa sama-sama dan berkaraoke sampai tengah malam!  


Dengan Sislin sebelum mak pengantin sibuk melayan tetamu yang lain 🤭

Ni pulak lepas habis melantak

Mula-mula tak ingat siapa dia ni, tapi Kak Ret bagitau ni la Kandryx yang rajin join event buka puasa dulu-dulu. Sorry Kandryx, maklumlah dah tua makin hilang ingatan 😂

Bergambar dalam dewan pulak, kali ni without the men

Selain berjumpa blogger-blogger lama, aku berpeluang berjumpa dengan Sunah Sakura, Nona dan JDT Bloggers yang lain (maaf sebab tak kenal yang lain-lain). Selalu BW tinggalkan komen kat blog dieorang, kali ni baru dapat berjumpa depan-depan.


Dengan Nona dan Sunah

Alamak, yang tengah-tengah Sunah dan Nona tu tak cam pulak siapa tapi muka familiar...

Sambung sesi mengopi (dan mengeteh) lepas habis majlis. Banyak gosip nak kena catch up ni 😂 (takdelah, sekadar berborak kosong je sambil konon-konon buat plan aktiviti seterusnya)

Kita tunggu giliran Amat pulak naik pelamin baru dapat berkumpul ramai-ramai macam ni kan!

Setel cerita pasal berjumpa bloggers yang baru kenal dan bloggers yang dah lama kenal, next entry baru cerita pasal majlis kahwin Nas anak Sislin yang gilang-gemilang! Everything was perfect dari mula sampai akhir. Tahniah buat Sislin dan Abang Sabar sekeluarga sebab majlis tu takde cacat-cela (ala setakat sikit-sikit tu biasalah), tapi bagi aku majlis tu wow sangat, lain dari majlis kahwin Melayu yang aku pernah aku hadiri. Nantikan ceritanya ya!
Read more »
on Tuesday, June 13, 2023 34
Share this!
Tags
Blog, Friends Ooh La La, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, June 12, 2023

Bila Geng KAMIE Buat Rombongan Ke Majlis Perkahwinan Anak Sislin (Part 1)

Kalau dulu geng kiteorang buat kecoh di majlis perkahwinan anak kedua Sislin, kali ni kiteorang nak terjah pulak majlis perkahwinan anak sulungnya si Nas. Haa... Mula-mula kenal si Nas ni masih belajar di sekolah rendah, sekarang dah jadi isteri orang. Tahniah kakak!

Sebelum bertolak, macam-macam drama pulak berlaku. Mula-mula Suami Terchenta tiba-tiba bagitau bos suruh masuk kerja weekend tu. Kak Retna pulak kereta tiba-tiba rosak, siap dah bagitau Sislin kata tak dapat datang. Sudahnya aku ajak Kak Ret teman aku drive ke JB share bilik hotel sekali sebab dah bayar penuh, rugi pulak kalau tak datang. 

Tup-tup pagi Sabtu Suami Terchenta kata nak ikut pulak (anak-anak bermalam di rumah kakak aku sebab mak aku baru sampai di KL). Besar kecik besar kecik je aku tengok Suami Terchenta! Tapi dia kata tak pe la dah janji dengan Kak Ret duduk bilik hotel sama-sama, so Suami Terchenta kata dia cari hotel lain je. Aku suruh dia tanya Shai (ex-blogger dan geng kiteorang jugak) kot-kot boleh tumpang bilik hotel Shai je, tapi dia taknak pulak. Takut tiba-tiba tengah malam dapat work call tak lah mengganggu orang lain tidur.


Rombongan dari Sentul bertolak ke JB!

Che Mat dan Kak Siti Delima pulak dah bertolak pagi-pagi lagi, jadi kiteorang la yang bertolak lambat sikit. Mula-mula Kak Ret request berhenti kat Starbucks Seri Kembangan. Alang-alang kiteorang pun nak kena isi minyak jugak, jadi singgah la kat sini. Kak Ret siap belanja air Green Tea Frappuccino (untuk aku) dan Java Chips Frappuccino (Suami Terchenta), terima kasih tau!


Selfie dulu sementara tunggu pesanan kiteorang siap

Perjalanan ke JB kali ni ambik masa 5 jam sebab jem di Seremban dan Melaka, lepas tu banyak pulak kereta dan lori yang menghala ke Johor.  By the time singgah makan tengahari di RnR Pagoh,  jam dah menunjukkan pukul 3 petang. Nasib baik badan tak menggigil kelaparan, dah la lupa beli kudap-kudap masa isi minyak tadi huhu...


Pukul 3 petang pun masih ramai yang macam kiteorang ni baru nak cari makanan tengahari

Aku pilih nasi ambeng

Suami Terchenta ambik nasi beriyani ayam

Kak Ret pilih bihun sup kalau tak silap

Lepas makan, kiteorang meneruskan perjalanan sampai ke JB.


Alhamdulillah, akhirnya sampai ke Hotel Thistle JB pukul 5 petang

Since hotel booking atas nama Suami Terchenta, terpaksa mintak tolong dia check in kan bagi pihak. Panjang bebenor barisan check-in, kita ni dah la letih nak cepat-cepat masuk bilik, mandi, solat jamak dan berehat sekejap sebelum pergi ke majlisnya sebelah malam.


Sebab kenapa kiteorang pilih menginap di hotel ni

Lepas check-in dan dapat kunci bilik, terserempak pulak dengan Che Mat dan Kak Siti baru balik dari berjalan-jalan kat kawasan kolam renang hotel. Laa... rupa-rupanya dieorang pun duduk Hotel Thistle malam tu. Beria-ria kata tidur kat Hotel New York. Kak Siti kata kena prank suami sendiri 😂 Sabar je la ye...


Seronoknya, lama tak berkumpul ramai-ramai macam ni.

OK la berhenti kejap sebab nak ambik Khadeeja balik sekolah. Nanti sambung cerita pasal event malam tu. Sislin dah macam retis je aku tengok! Excited sangat, bukan setakat jumpa kawan-kawan lama, tapi dapat bertentang mata dengan blogger-blogger yang tak pernah bersemuka sebelum ni. Nantikan sambungannya!

Read more »
on Monday, June 12, 2023 32
Share this!
Tags
Friends Ooh La La, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, June 12, 2023

Permainan Online Money Games Yang Menguji Minda dan Informatif

Salam Isnin semua! Macamana weekend korang semua? Weekend aku best sebab dapat berkumpul dengan kawan-kawan lama di JB tapi mak aii, penatnyaaa lepas sampai rumah! Respek dengan Kak Ujie boleh tahan travelling lama-lama, aku ni pulak baru KL-JB-KL dah pengsan bila sampai rumah, padahal bukan aku yang drive pun! Faktor penuaan agaknya ye huhu...

Anyway, banyak benda yang aku nak ceritakan tentang aktiviti weekend ni tapi sebab badan masih penat jadi otak pun jammed nak menulis. Bila otak jammed, aku perlukan sesuatu untuk mengalih perhatian dan minda aku. Jadi bila aku jumpa permainan-permainan menarik di laman web Money Games, apa lagi aku pun terus explore dan terus tersangkut bermain permainan kesukaan sampai terus terlupa nak menulis blog! 😂 Lagi-lagi permainan kat sini bebas dari iklan yang mengganggu masa kita tengah bermain, memang syok la main sampai puas hati hihi...

Yang menariknya permainan-permainan online di Money Games ni mengasah minda kita untuk berfikir strategi, kemahiran mencongak (mengira dalam otak) dan ada jugak permainan yang memberi info yang mungkin kita tak tau sebelum ni. Permainan-permainan ni bukan setakat sesuai untuk anak-anak kita mengasah minda (terutama permainan berasaskan kemahiran matematik), malah untuk orang dewasa macam aku ni pun agak mencabar jugak!

Senarai 5 permainan-permainan online Money Games yang menarik minat aku (dari tempat ke-bawah) ialah:


5. Wind and Solar


Wind and Solar
Wind and Solar

Sasaran permainan Wind and Solar ni ialah menjana sebanyak mungkin tenaga elektrik dari sumber angin dan cahaya matahari (solar). Sambil-sambil tu kena elak dari awan mendung sebab nanti tak dapat tangkap cahaya matahari. Bila angin bertukar aras dari atas ke bawah, jenuh la nak tinggikan / rendahkan kincir angin tu sebab nak pastikan kincir tu sentiasa berputar dan menghasilkan tenaga elektrik. Permainan ni sebenarnya tak memerlukan banyak sangat berfikir, jadi sesuai la untuk merehatkan minda (mind break) sambil-sambil berfikir tentang entry blog apa lagi yang nak ditulis 🤣.


4. Twin the Bin


Twin the Bin
Twin the Bin - kena asing dan sisihkan bahan kitar semula ikut kategori

Satu lagi permainan yang tak memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi ialah Twin the Bin, cuma kena fikir cara mengasingkan sampah ikut kategori. Kena pantas sambut sampah-sampah yang jatuh dari conveyer belt kat atas tu, tapi kena pastikan kutip sampah ikut kategori yang disuruh je. Contohnya arahan kena kutip bahan kitar semula dari kategori kaca, jadi kena elakkan dari kutip bahan-bahan selain kaca contohnya plastik, surat khabar atau sisa makanan.


3. Sort the Trash


Setiap kali tersilap masukkan kategori sampah berbeza, akan keluar tips kitar semula yang berguna untuk pengetahuan am kita

Permainan ni lebih kurang sama dengan Twin the Bin, cuma yang best nya kita boleh belajar tips-tips kitar semula yang mungkin kita tak pernah terfikir sebelum ni. Jadi secara tak langsung, kita boleh improve cara-cara mengasingkan sampah untuk dikitar semula. Memang mesra alam betul permainan Sort the Trash ni!


2. Supermarket Numbers


Permainan yang mengasah kemahiran mencongak dan kemahiran mengira (tambah, tolak, darab dan bahagi)

Kalau korang suka nombor, permainan Supermarket Numbers ni sangat menarik dan boleh mengasah kemahiran asas matematik korang. Permainan ni ala-ala Tetris tapi instead of susun blok untuk isi ruang kosong, korang kena pilih blok yang bila ditambah/ditolak/didarab/dibahagikan, hasilnya akan sama dengan nombor sasaran. Yang bikin lebih mencabar ialah korang kena complete setiap level dalam masa yang ditetapkan jadi kena pantas berfikir dan mengira! Kadang-kadang stress sikit main permainan ni bila nombor yang jatuh tu terlampau besar / kecik / tak sesuai untuk dapatkan nombor sasaran tapi masa tinggal beberapa saat je lagi hehe.


1. BBQ Roast


BBQ Roast
BBQ Roast ni nampak je senang tapi mencabar jugak!

Permainan paling aku suka dan boleh menyebabkan aku leka berjam-jam pada waktu lapang ialah BBQ Roast. Sasaran permainan ni ialah kena susun setiap jenis sayur / protein ni jadi set of 3 items. Contohnya, kena susun 3 ketul cendawan berturut-turut. Bila berjaya susun set, benda ni akan berubah bentuk jadi jenis yang lain. Ultimately, sayur / protein ni akan berubah jadi meatball. Permainan ni akan tamat bila berjaya menukarkan set sayur / protein menjadi meatball. Nampak senang tapiiiiii bila percayalah, banyak kali aku kena repeat level sebab dah sampai ke hujung lidi tu tapi tak dapat jugak nak susun jadi satu set yang aku nak. Dah la aku ni ada satu pe'el yang orang Sarawak gelar 'itok' (selagi tak dapat apa yang dikehendaki, selagi tu tak boleh move on 😂). Jadi aku end up repeat permainan berulang-ulang kali sampai aku berjaya dapat meatball.

Sebenarnya ada banyaaaakkkk lagi permainan menarik di laman web Money Games ni sampai aku tak ter explore. Sesambil korang bosan / ketandusan idea nak menulis blog, apa kata korang explore permainan-permainan online di Money Games ni. Jangan 'tersangkut' sampai lupa nak update blog sudah!

Read more »
on Monday, June 12, 2023 14
Share this!
Tags
Family Activities, featured, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, June 10, 2023

Lunch di Old Town White Coffee

Dah lama tak singgah makan di Old Town White Coffee. Semalam lepas teman adik sign SPA di pejabat lawyer sebelah SOGO, dia ajak makan di Old Town kat bawah pejabat lawyer ni. Katanya teringin nak makan mi kari.


Old Town White Coffee
First time pergi outlet Old Town kat sebelah SOGO ni

Old Town White Coffee
Masa kiteorang pergi ni dah pukul 1 lebih, mungkin crowd kurang sebab orang tak balik dari solat jumaat lagi

Kat sini order kena scan kod QR. Lepas pilih makanan yang kita nak, boleh terus buat online payment atau pilih bayar di kaunter.

Aku pilih kari ayam (RM8.80) dan nasi (RM2.50). Adik pulak pilih mi kari (RM17+). Lupa pulak mak pilih apa sebab time ni aku dah lapar giler haha. Sementara tunggu kari ayam sampai, aku pesan roti bakar. Betul la orang cakap roti bakar kat sini dah kureng tak macam dulu. Minuman pulak aku dan adik pilih air soya sejuk (RM7) dan mak pilih kopi latte. Mahal betul harga air soya kat sini.


roti bakar
Nipis je roti bakar sekarang, mentega kat dalam tu pun dah tak setebal macam dulu

kari ayam Old Town White Coffee
Nasi dan kari ayam

Mi kari Old Town White Coffee
Mi kari

Bagi aku not bad la makanan kat sini. Cuma kari tu aku rasa macam kurang santan. Ke kari kapitan memang takde santan? Entah la. Baru tau Old Town ada jual jugak pes masakan sendiri kot-kot teringin nak buat sendiri mi kari kat rumah. 

Read more »
on Saturday, June 10, 2023 18
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, June 09, 2023

Hukum Isteri Membetulkan Bacaan Suami Dalam Solat

solat jemaah
Kredit foto: http://1nota1ilmu.blogspot.com/

Menegur kesalahan imam dalam solat Jemaah telah disyariatkan melalui sabda Rasullah SAW:


التَّسْبِيحُ لِلرِّجَالِ وَالتَّصْفِيقُ لِلنِّسَاءِ

Maksudnya: Bertasbih itu untuk lelaki, menepuk pula untuk wanita [Sahih al-Bukhari (1203), Sunan Abi Daud (939) dan Sunan al-Nasa’ie (1210)].

Para ulama juga bersepakat bahawa ma’mum perlu menegur dan membetulkan imam jika dia tersalah atau terlupa pada bacaan al-Qur’an atau pada perbuatan-perbuatan solat yang lain. (Rujuk Al-Taj wa al-Iklil 2/27, Mathalib Uli al-Nuha 1/485 dan Nail al-Authar 2/373)

Ibn Hajar al-‘Asqalani menyatakan tegahan tasbih (menyebut Subhanallah secara kuat) oleh wanita adalah kerana mereka disuruh untuk merendahkan suara dalam solat untuk mengelakkan fitnah, manakala lelaki ditegah daripada menepuk kerana ia lebih sinonim dengan wanita. (Rujuk Fath al-Bari 3/77)

Menurut Ibn Abd al-Barr pula, beliau menukilkan pandangan sebahagian ahli ilmu yang menyatakan bahawa sebab makruhnya tasbih oleh wanita, dan keharusan menepuk untuk menegur imam adalah kerana kelembutan suara kebanyakan wanita dan mungkin ia akan mengganggu konsentrasi jemaah lelaki. (Rujuk Al-Tamhid lima fi al-Muwatta’ min al-Ma’ani wa al-Asanid 21/108)

Menurut Imam al-Zarkasyi pula, menepuk untuk menegur imam adalah dalam keadaan wujudnya lelaki-lelaki ajnabi; adapun jika jemaah solat dan imam terdiri daripada wanita atau lelaki-lelaki mahram, maka hendaklah mereka bertasbih secara jahar (kuat dan terang). (Rujuk Mughni al-Muhtaj 1/418)

Inilah juga fatwa yang dikemukakan oleh Syeikh Nuh ‘Ali Salman dan Syeikh Abdullah bin Baz, dimana harus bagi wanita menegur imam juga yang hadir hanyalah suami, wanita atau lelaki-lelaki mahram. Bahkan Syeikh Ibn Baz mengharuskan wanita menegur imam dalam solat jemaah jika sekiranya tiada lelaki yang berbuat demikian. Suara wanita bukanlah aurat, dan aurat hanyalah jika melembut-lembutkan dan melayukan suara, dan inilah yang dilarang.

Kesimpulannya, kami memilih pandangan yang mengharuskan wanita menegur imam secara bertasbih jika imam tersalah atau membetulkan bacaan imam jika terlupa, dengan syarat jika dia solat bersama suami, lelaki mahram atau sesama wanita. Namun yang lebih afdhal ialah menegur dengan cara menepuk.

Adapun jika solat jemaah bersama lelaki ajnabi, maka dia dilarang menegur secara tasbih, dan hendaklah dia menegur secara menepuk sahaja.

Wallahu a’lam.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Untuk penerangan yang lebih ringkas dan jelas, boleh rujuk ceramah UAI kat sini:



Nota kaki: Kalau suami tak perasan jugak lepas ditegur dan teruskan solat contohnya dia pergi buat rakaan ke-5 masa solat Isya', kita kena niat mufaraqah (berpisah dari imam ketika solat berjemaah) dan terus duduk tahiyat akhir sebab kita dilarang mengubah rukun solat dalam keadaan sedar. Selepas solat, kita kena terus ingatkan imam untuk sujud sahwi (Sahih Al-Bukhari (404)).

Read more »
on Friday, June 09, 2023 8
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Miles of smiles
    47 minutes ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 hour ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    7 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    8 hours ago
  • Drawing the Words
    9 hours ago
  • Travel My Way
    9 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    10 hours ago
  • a m m i
    11 hours ago
  • KasihkuAmani
    11 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    11 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    13 hours ago
  • Aku Sis Lin
    14 hours ago
  • Dapur Cik- Nur
    14 hours ago
  • Blog Anamizu™
    15 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    15 hours ago
  • SURIA AMANDA
    15 hours ago
  • Titian Perjalanan
    15 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    16 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    16 hours ago
  • mrhanafi.com
    17 hours ago
  • My Small World
    17 hours ago
  • orangbukit
    17 hours ago
  • Anies♥You
    19 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    22 hours ago
  • KakmimDotCom
    23 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 day ago
  • Ainihalim
    1 day ago
  • anajingga
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • Krabat Kramat
    2 days ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    3 days ago
  • Warisan Petani
    5 days ago
  • Sunah Sakura
    1 week ago
  • Mreneyoo
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    2 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    3 weeks ago
  • Afzan Sidi
    3 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.