Salam semua!

Firstly, kiteorang nak ucapkan ‘Selamat Pengantin Baru’ buat Yana & Kidir! Sedar tak sedar, dah besar dah dak Yana ni, dah mendirikan rumahtangga. Semoga perkahwinan ni diberkati Allah SWT dan bahagia ke anak cucu…


Geng K.A.M.I.E.
It was a beautiful wedding

Dah lama tak menulis pasal Geng KAMIE. Dulu kemain rapat lagi kiteorg, pergi camping sama-sama, buat majlis buka puasa, pot luck, berkaraoke, jalan-jalan ke Melaka & macam2 lagilah. Seronok tak hengat masa tu. Punya la rapat sangat kiteorg siap boleh tinggal baby Khayla dengan Sis Lin pegi jalan-jalan ke Singapore.


Msjbox
Sanggup datang dari JB nak join pot luck kat rumah kiteorg masa ni

Msjbox
Kecik lagi si Yana ni masa join first activity GENG KAMIE dekat Sedili, Johor (Yana paling kiri menyorok belakang En Suami Terchenta)

Wedding Yana & Kidir ni dekat Ariz Hall, Eco Palladium. Serius cantik teruk tempat ni! Nak cari parking pun senang. Sampai-sampai je, kiteorang tunggu Kak Retna & Kak Linda dalam kereta. Sempat la perasan pengantin datang naik kereta sendiri, suami Yana yang drive. Dalam hati, kagum betul dengan pengantin ni sebab sempoi je takde karpet merah, takde kereta berhias dieorg sampai pun ramai yang tak sedar.

Dari dalam kereta, kiteorang tengok perarakan pengantin masuk ke dewan, diiringi kumpulan penari tradisional & kompang & gendang. Lepas pengantin dah masuk, barulah kiteorang perasan Kak Retna & Kak Linda dah masuk dewan. Apa lagi, tergopoh-gapah la kiteorang keluar kereta, tapi sempat lagi kak Siti Delima call kat belakang. Tu pun mula2 tak cam sebab tak tau pun dieorang dah tukar kereta BMW. Kerlass Kak Siti! So takde la menunggu kak Siti, terus tergesa2 ke dewan. Tapi sebelum tu, kenalah register MySejahtera & scan suhu badan ikut SOP sekarang.

Tak nak cerita banyak, kita layan je gambar-gambar kiteorang masa majlis kawen ni:


Msjbox
Dengan Sis Lin, ambik gambar bukti kedatangan katanya 😆

Msjbox
Bila Che Mat & Suami Terchenta bertemu, mesti citer pasal kerja ni 😜

Msjbox
Kumpulan penari membuat persembahan tarian yang berjaya menambat perhatian Khayla

Msjbox
Acara memotong kek. Berseri2 dak Yana kat sini

Msjbox
Rasanya kiteorang la yang paling havoc bergambar dengan pengantin dak Yana & suami

Msjbox
Kecoh-kecoh diteruskan dengan Sis Lin sekeluarga kat bawah pentas pulak. Kalau tak havoc, bukan Geng KAMIE namanya 😂

Kemain kiteorang kecoh lepas dah isi perut, sampai 3-4 kali photographer ambik gambar. Barulah suasana meriah di majlis kawen kan? 


Msjbox
Posing dengan kakak pengantin pulak, dak Naz

Msjbox
Sebelum balik, kita ambik gambar kenang2an di photobooth. Kak Linda posing macam bukan mak anak 2 😆

Ikutkan hati nak lagi lama bersembang dengan Sis Lin tapi memandangkan dia sibuk melayan tetamu mungkin kena tangguh lain kali. Lepas majlis mesti penat kan Sis Lin? Apapun, tahniah diucapkan kepada Sis Lin & Abang Sabar yang menerima menantu. Persiapan kawen dak Yana ni memang tip-top, takde cacat-cela di mata kami. Walaupun tetamu ramai tapi penganjur & tuan rumah berjaya menjaga SOP. Takde berebut-rebut ambik makanan, makanan caterer tolong cedukkan, dewan pun tak sesak. Khayla & Khadeeja suka sangat dengan doorgift cotton candy sampai 2x ambik & of course la aku paling bahagia bila dapat telur pindang Johor hehe.

4 Comments

  1. Hahaaa terus berupdate blog dia haha... Tp tu laa syiokk jumpa ramai2 tu kn cuma masa je la.. Myb next time lin kena turun kl lagi arr..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah baru sempat nak membaca dan komen ni ha.. terima kasih banyak Karni sekleuarga yang sudi datang dari jauh.. Alhamdulilah, maaf jika ada terkurang ya sepanjang majlis.. next tggu kami ke KL aje laa kita gather..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih jugak menjemput kiteorg Sis Lin. Seronok sangat reunion walaupun sekejap je . Harap2 lepas ni ada lagi la reunion Geng KAMIE hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .