Lepas menonton movie Indiana Jones, kiteorang turun ke food court di tingkat 4 mencari makanan. Ye la, mana la kenyang kongsi popcorn tu 😆. Kenalah cari makanan yang berat sikit sebab perut dah berkeroncong.
Mula-mula nak makan di Pak Jen Gulai Panas Langkawi tapi tutup pulak. Mungkin masih cuti Raya Haji. Pusing-pusing kat food court tu, akhirnya kiteorang decide nak makan makan di Ah Cheng Laksa. Ni first time kiteorang makan kat sini.
Belek-belek menu ternampak dry pan mee. Terus teringat chilli pan mee yang aku makan di Ipoh. Sebenarnya masa tu first time aku try chilli pan mee. Tak sangka pulak tersuka. Makan dengan poached egg, paling suka part cucuk kuning telur tu sampai meleleh keluar lepas tu gaul-gaulkan dengan sambal cili dan mee tu sekali. Yummeh!
![]() |
Dry pan mee datang dengan sup. Dalam sup tu ada poached egg, daun cekur manis, fish cake dan fish ball |
Suami Terchenta pulak nak cuba signature dish kedai ni iaitu asam laksa:
![]() |
Signature asam laksa |
Untuk minuman, aku order air longan. Sedap, tak manis sangat dan menyegarkan.
![]() |
Air longan |
Review aku, makanan kat sini tak mengecewakan. Tak hairan kenapa signature dish kat sini ialah asam laksa sebab rasa kuahnya yang cukup pekat dan seimbang rasa masam, masin dan manisnya. Worth repeat makan asam laksa kat sini.
Suasana dalam restoran ni selesa dan santai dengan hiasan yang ringkas seolah-olah dalam rumah kayu. Pelanggan jugak boleh ambik sos dan sambal di tepi kaunter bayaran ikut selera masing-masing. Sambal cilinya memang sedap dan kena dengan dry pan mee yang aku makan.
![]() |
Suasana dalam restoran |
![]() |
Order dan bayar dulu lepas tu cari tempat duduk. Boleh pilih sos yang kita nak untuk dimakan dengan makanan yang dipesan |
Kesimpulannya, lepas ni kalau tiba-tiba teringin makan asam laksa, dah tau kat mana tempat best - Ah Cheng Laksa.
![]() |
Ah Cheng Laksa di Sunway Putra mall |