Salam Maal Hijrah 1445H

Salam Maal Hijrah


Esok umat Islam akan menyambut permulaan tahun baru dalam kalendar Islam. Sempena Maal Hijrah 1445H yang bakal tiba, aku mohon maaf zahir & batin atas segala salah dan silap pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya. Semoga tahun depan akan membuka lembar baru yang lebih baik buat kita semua.

Jom kita sama-sama membaca doa akhir tahun petang ni diikuti dengan doa awal tahun selepas Maghrib kelak. Moga Allah terima taubat kita dan menetapkan hati kita dalam perjuangan hijrah ke arah jalan hidup yang lebih baik. اللَّهم آمين 🤲🏻

doa akhir tahun hijrah

doa awal tahun hijrah


Bilakah Kita Membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah?

Doa Akhir Tahun Hijrah (1444H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1444H bersamaan 18 Julai 2023 (Selasa). Doa Awal Tahun Hijrah (1445H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 18 Julai 2023 (Selasa) bersamaan 1 Muharram 1445H.

Kemurungan - Apa yang Anda Perlu Tahu

mental health

Apa Itu Kemurungan?

Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah ser ta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau ber tahun-tahun.


Penyebab Kemurungan

  1. Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine) 
  2. Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya 
  3. Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial 
  4. Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan.Walau bagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan 
  5. Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm boleh menyebabkan kemurungan 
  6. Corak pemikiran : terdapat corak tertentu dalam pemikiran yang boleh mencetus kemurungan. Ini termasuklah bagaimana persepsi kita kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya.
  7. Stressor : stressor (punca stres) juga berupaya mencetuskan episod kemurungan sekiranya tidak dikawal. 
  8. Peristiwa lain yang boleh mencetuskan kemurungan termasuklah penyalahgunaan dadah atau ketagihan arak, menghidapi penyakit serius/ tinggal dengan orang yang menghidap penyakit tersebut. 
  9. Kehilangan orang yang disayangi, dan 
  10. Baru melahirkan anak

Tanda-tanda Kemurungan

  1. Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan 
  2. Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan 
  3. Cepat rasa letih dan tidak bertenaga 
  4. Perasaan pesimistik dan mudah putus asa 
  5. Perasaan bersalah 
  6. Rasa diri tidak berguna 
  7. Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur 
  8. Hilang selera makan dan penurunan berat badan 
  9. “Rasa lebih baik mati”,  kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri 
  10. Rasa tidak tenteram dan mudah marah 
  11. Kurang daya tumpuan dan ingatan 
  12. Sukar membuat keputusan 
  13. Simptom fisiologi seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman 
  14. Kurang nafsu seksual 
  15. Pergerakan menjadi terhad/kaku atau menjadi resah gelisah 
  16. Mudah cemas atau fobia

Siapa yang Berisiko

  • Pernah mengalami kemurungan pada masa lepas
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kemurungan
  • Menghidap penyakit kronik (Kanser, Diabetes, Hipertensi, Sakit Buah Pinggang, Strok, Sakit Jantung atau kesakitan berpanjangan) 
  • Hilang anggota tubuh badan secara tiba-tiba 
  • Kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba
  • Perceraian
  • Masalah rumahtangga
  • Masalah keluarga
  • Penyalahgunaan dadah dan arak
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu
  • Mangsa penderaan
  • Tekanan di tempat kerja
  • Pernah mengalami penderaan semasa kanak-kanak
  • Kecenderungan mudah risau atau bimbang (anxiety)
  • Perasaan sedih semasa dalam pantang (selepas bersalin)
  • Krisis ekonomi

Kesan Sampingan

  • Mulut kering - minum air yang banyak, kunyah gula-gula getah yang kurang gula, bersihkan gigi setiap hari 
  • Sembelit - makan bijirin, buah prune, buah-buahan dan sayur-sayuran 
  • Masalah pundi kencing 
  • Masalah seksual
  • Penglihatan yang kabur
  • Pening

Cara-cara Mencegah Kemurungan

  1. Ketahui penyakit anda
  2. Patuh kepada ubat-ubatan dan rawatan susulan 
  3. Bertenang dan sentiasa bersikap positif
  4. Rancang kewangan anda
  5. Amalkan gaya hidup sihat
  6. Menyertai aktiviti yang akan membuat kita rasa gembira. Contohnya bersenam, menonton wayang, menyertai aktiviti keagamaan atau sosial
  7. Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan

Rawatan

Penyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif:
  1. Penggunaan ubat ‘Anti-depressant’ 
  2. Terapi elektrokonvulsif (ECT)
  3. Psikoterapi
  4. Kaunseling

Apa yang Perlu Dibuat Jika Mengalami Kemurungan

  1. Berjumpa dengan doktor di Hospital/ Klinik Kesihatan yang terdekat 
  2. Berjumpa dengan kaunselor 
  3. Buat sesuatu yang boleh membuat anda ketawa 
  4. Rehatkan diri dari perkara rutin 
  5. Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko 
  6. Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan 
  7. Dekatkan diri kepada Tuhan

Salah Faham Tentang Kemurungan

  • Ianya tidak boleh dirawat 
  • Ianya tidak perlu dirawat dan boleh hilang dengan sendirinya 
  • Ianya sesuatu yang memalukan
  • Ianya petunjuk seorang yang mempunyai karektor yang lemah



Nota kaki: Akhir-akhir ni rasa malas nak update blog. Mungkin sebab aku tengah bendera Jepun, dengan senggugut dan PMS nya lagi, haish. Nanti kalau dah ada mood baru aku update blog ye. 

Pemergian Orang Yang Baik

Semalam aku dikejutkan dengan satu berita yang sangat mendukacitakan. Pemergian seorang pengurus di syarikat lama tempat aku bekerja sebelum ni. Perginya pada pagi Jumaat yang mulia. Arwah ni sangat la baik orangnya, sangat menyantuni orang-orang di sekeliling. Arwah layan semua orang sama rata, baik orang bawahan atau pihak pengurusan. 

Jarang aku jumpa orang dari Semenanjung yang tahan bekerja di Sarawak selama lebih dari 5 tahun. Biasanya lepas 5 tahun je dah mula bersuara mintak pindah balik ke Semenanjung. Arwah pulak dah lebih 10 tahun kat sana. Anak-anak pun membesar di Bintulu. Arwah dan isteri sama-sama bukan orang Sarawak tapi boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat di sana.

Arwah baik dengan cikgu-cikgu di sekolah-sekolah anak-anaknya. Aku terbaca salah seorang cikgu anaknya post kat FB tentang arwah yang selalu hantar ucapan Selamat Hari Guru walaupun cikgu tu dah berpindah sekolah dan tak lagi jadi cikgu di sekolah anaknya. Anak-anak arwah belajar di sekolah tahfiz dah sekolah agama di sana. Arwah rajin bagi sumbangan dekat sekolah tahfiz dan aktif dalam PIGB sekolah.

Di pejabat pulak, arwah seorang pengurus yang sempoi dan ramah dengan semua orang tak kira department. Selalu orang takut nak lepak dekat HR tapi arwah ni bila free, petang-petang je turun ke ofis HR lepak-lepak dengan geng HR. Antara workstation arwah selalu singgah ialah workstation ex-boss aku pastu workstation aku. Kiteorang kamceng mungkin sebab masa tu selalu bertembung masa berlari petang-petang atau weekend. Arwah rajin buat LSD (long slow distance running), kalau terjumpa tengah jalan kiteorang akan lambai-lambai each other.

Kehilangan arwah sangat-sangat membuatkan orang sekeliling terasa sebab dia terlalu baik. Orang-orang bawahan kat ofis tu lagi la post macam-macam tentang kebaikan arwah kat FB. Macamana arwah ambik berat bertanyakan baby staff bawah dia yang tak sihat. Macamana arwah sangat-sangat menghargai sumbangan  anak-anak buah walaupun cuma kecil tapi dia sanggup pergi cari staff untuk puji dan ucapkan terima kasih. 

Arwah sangat merendah diri, tak lekang dengan senyuman dan tak lokek kongsi pengalaman dan beri motivasi dengan orang lain. Arwah jugak selalu jadi imam solat berjemaah. Aku tak tau kenapa kehilangan arwah sangat-sangat buat aku terkesan padahal nak kata kiteorang rapat tak jugak. Sebabnya masa aku bekerja kat sana aku ni kira orang bawahan padahal dia pulak salah seorang dalam team pengurusan. Tapi cara dia baik dengan semua orang tu yang bukan aku je yang terkesan tapi ramai yang rasa macam tu jugak. Berlinang air mata aku mengenangkan kebaikan arwah, apa lagi mengenangkan keluarga yang ditinggalkan. Semoga isteri dan anak-anak redha dengan pemergian arwah dan diberikan kekuatan meneruskan kehidupan tanpa suami / ayah yang dikasihi.


‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu".
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah khususon ila ruuhil..............
‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين



 

Nota kaki: Setiap kematian itu menginsafkan aku - bagaimana pengakhiran diri-sendiri kelak? Semoga aku pun pergi dalam keadaan husnul khatimah.

Terima Hadiah Top Komentator dari SA

Hari ni hari terakhir exam untuk Khadeeja, subjek Matematik. Khadeeja ni bab mencongak tambah tolak dia memang laju tapi bab hafal sifir ni dia agak lemah. Jadi aku harapkan dia dapat buat yang terbaik. Pagi tadi sempat lagi aku duduk dengan buat soalan latihan sama-sama. Sebelum Khadeeja pergi sekolah pagi tadi, aku cium ubun-ubunnya dan berdoa, 

Ya Allah, berikan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik.

Memandangkan dah paper terakhir jadi aku dah boleh duduk hadap blog dan berjalan-jalan ke blog kawan-kawan hehe.

Bercakap pasal blog kawan-kawan, awal bulan ni blogger SA (Suria Amanda) ada buat pengumuman top komentator di blognya. Tak sangka kali ni rezeki nama aku yang naik. Alhamdulillah. Terima kasih SA sebab pilih sis jadi pemenang untuk bulan ni! 🫶🏻

Aku memang suka follow blog SA sebab dia rajin share apa yang dia dengan Pak Zain masak. Jarang kaum bapa ni pandai memasak, untung kan SA sebab ayah dia bukan setakat pandai masak tapi rajin ke dapur jugak.

Anyway, semalam dah selamat sampai pun hadiah dari SA tu. Dapat tudung retis Fazura 😍. Aku belum ada lagi tudung retis ni. Boleh la pakai masa keluar outing dengan BFF ke. Hari-hari aku memang tak rajin nak iron tudung jenis bawal, so kalau harian aku pakai tudung sarung je biasanya 😜.


tudung Fazura

Buat SA, semoga murah rezeki SA lepas ni dan dipermudahkan urusan majlis perkahwinannya yang dah makin dekat. Ameen Ya Rabbal Alameen.... 🤲🏻

Pelajaran Buat Orang Yang Suka Bersangka Buruk Terhadap Orang Lain

tazkirah jumaat
Kredit foto: Ali Arapoğlu (pexels.com)


Ada sorang haji ni. Ustaz tak ingat nama. Dia baru pindah ke kawasan rumah flat di Gombak.

Haji ni ada satu kelebihan. Dia suka bagi salam terutamanya orang surau kat kawasan tu.

Bila jumpa orang, dia cepat-cepat bagi salam.
“Assalamualaikum.”

Pernah satu hari tu dia ke kedai. Dalam perjalanan jumpa Ustaz Rafiuddin. Macam biasa, dia pun bagi salam sambil angkat tangan.
“Assalamualaikum, Ustaz.”
Ustaz Rafiuddin pun jawab,
“Waalaikumsalam. Haji nak pergi mana?”
“Nak ke kedai. Beli roti.”
Selepas bertegur sapa sepatah dua, dia terus berjalan ke kedai.

Nak dijadikan cerita, dia terlupa bawa duit. Terpaksa patah balik ke rumah ambil duit.
Dalam perjalanan ke rumah, dia jumpa Ustaz Rafiuddin lagi. Dia angkat tangan tinggi-tinggi dan bagi salam.
“Assalamualaikum Ustaz.”
“Waalaikumsalam. Dah beli roti ke haji?” Tanya Ustaz Rafiuddin.
“Belum. Saya terlupa bawa duit. Nak balik rumah ambil duit.”
Tak buang masa dia cepat-cepat kembali ke rumah.

Ketika dan perjalanan ke kedai buat kali kedua, dia jumpa Ustaz Rafiuddin lagi. Sama macam tadi, dia tetap bagi salam.
Sama juga dengan perjalanan balik dari kedai, dia bagi salam lagi.
“Assalamualaikum.”
“Assalamualaikum.”
Pagi tu saja, 4 kali dia bagi salam pada Ustaz Rafiuddin.

Bunyi macam kelakar tapi suka bagi salam adalah Sunnah nabi. Kita mendoakan kesejahteraan orang lain.

Oleh kerana hobi haji tu suka bagi salam, orang gelarkan dia “Haji Assalamualaikum.”
MashaAllah.

Walaupun haji tu suka bagi salam, dia ada satu kelemahan. Sejak pindah ke situ, dia tak pernah pergi ke surau. Asyik lalu lalang di depan surau dan bagi salam pada orang surau saja.
Sikap haji tu jadi buah mulut penduduk kawasan tu.
“Asyik bagi salam saja, surau tak pernah singgah pun.”

Tak lama sekitar setahun lebih lepas tu, ada seorang lelaki meninggal.
Bila sebut nama orang tak kenal nama. Tapi bila anak dia cerita ayahnya suka beri salam, barulah orang tahu 'Haji Assalamualaikum' telah meninggal dunia.
Jenazah dibawa ke surau untuk dimandi serta disolatkan.

Bila semua urusan selesai, Haji Rafiuddin pun borak-borak dengan anak arwah. Masa borak-borak tu dia pun tanya dengan nada yang lembut,
“Kenapa ayah kamu tak pernah datang surau sejak pindah ke sini? Dia baik orangnya. Suka bagi salam.”

Dengan nada sebak, si anak jawab.
“Ustaz, sebelum pindah sini ayah saya memang orang surau juga. Dia selalu solat jemaah kat surau. Setiap kali masuk waktu solat, dia akan solat berjemaah di surau.”
“Cuma, ayah saya menghidap kanser usus. Beberapa tahun kebelakangan ni dia terpaksa menggunakan beg stoma setiap masa.
Ayah tak ke surau sebab bimbang beg tu bocor dan najis terkeluar kena karpet surau. Takut susahkan orang lain nak kena cuci karpet surau. Itulah punca dia tak ke surau.”

Tambah si anak lagi,
“Ayah rindu sangat nak ke surau. Sebab tu dia suka lalu lalang depan surau dan bagi salam.
Bila dengar azan dan masuk waktu solat, dia rindu sangat nak ke surau. Ayah selalu keluar jalan-jalan supaya dapat jumpa dan bagi salam pada orang surau.”
Allahuakbar.

Semua orang surau yang dengar cerita tu rasa sedih. Rasa bersalah pula sebab tak pernah tanya dia, “Kenapa haji tak pergi surau?” masa dia hidup. Tak pernah ziarah dia di rumah. Sampai ke tahap bersangka buruk pada arwah.
Apatah lagi orang yang pernah bersangka buruk pada haji ni. Makin bertambah rasa bersalah dan menyesal atas apa yang berlaku.

Masa dengar cerita ustaz rasa sebak. Mungkin sebab ustaz pernah merasai apa yang arwah haji ni rasai. Rindu nak ke masjid dan surau bila diuji dengan masalah kesihatan. Rindu nak solat berjemaah dengan kawan-kawan.
Tapi apakan daya. Setiap takdir Allah, pasti besar hikmahnya.

Ada satu pelajaran besar yang Ustaz dapat dari kisah ini.
“Bila nampak keburukan orang, jangan cepat-cepat bersangka buruk dan berkata tidak baik.”
Dengan orang kita kenal pun kena sangka baik, apatah lagi dengan orang yang langsung kita tak kenal.
Kena hati-hati.
Dari prasangka buruk, akan keluar kata-kata buruk dan tidak baik. Silap-silap boleh jadi fitnah sesama Islam pula. Nauzubillah.

Akhir sekali, Ustaz nak kongsi satu kata Imam Shafie.
“Aku takut untuk berkata buruk akan keburukan orang lain, bimbang keburukan itu akan menimpa diriku sendiri.”

Betul tuan puan.
Kita semua tak lepas dari ujian. Keburukan yang kita lihat pada orang lain itu adalah satu ujian. Sekarang, dia yang diuji. Entah di masa depan, kita pula yang diuji sedemikian. Nauzubillah.

Tuan puan, tak kira apa jua bentuk ujian yang datang, semoga kita kekal di jalan ahsanu amala. Jalan orang yang beramal dengan sebaik-baik amalan.

Moga kita kita selamat dari segala bentuk fitnah dunia. Amin.


Nota kaki: Daripada kita bersangka buruk dengna orang lain, lebih baik kita mendoakan kebaikan buat dieorang. Siapa kita untuk menilai kehidupan orang lain kan? Salam Jumaat semua.