Makan-makan di Mitasu Bukit Bintang

Ni kisah masa keluarga adik lelaki aku datang ke KL awal bulan ni. Kebetulan adik ipar ada seminar di KL jadi alang-alang di KL, dieorang buat keputusan untuk bercuti pendek di KL. Adik aku dan anaknya yang berumur setahun menumpang di rumah kakak, tapi ada la dieorang singgah mandi di kolam renang kat rumah kiteorang.

Lepas adik ipar aku selesai seminar, kakak aku ajak kiteorang join makan-makan di restoran Jepun Mitasu di Bukit Bintang. Restoran ni adik bongsu aku yang perkenalkan sebab dia dan kawan-kawannya yang sama-sama belajar kat Jepun dulu pernah makan kat sini.


Mitasu Japanese Restaurant Bukit Bintang
Mitasu Japanese Restaurant terletak di Wisma Chuang Bukit Bintang

Konsep restoran ni ialah Japanese ala carte buffet. Harga untuk sekepala dalam RM81.40++ untuk dewasa dan RM43++ untuk kanak-kanak. Tapi alhamdulillah malam tu kakak aku bermurah hati belanja kiteorang. Semoga dimurahkan kakak yang pemurah dengan adik-adiknya 🥰.


Mitasu Japanese Restaurant Bukit Bintang
Kakak aku yang pakai tudung merah duduk sebelah Khayla. Masih single lagi (ehem)

Kalau korang peminat makanan Jepun, kat sini memang berbaloi sebab makanannya free flow dan sedap-sedap semuanya. Makanlah sampai kenyang sebab takde had masa untuk pesan makanan dalam menu buffet. Chef akan sediakan makanan bila pelanggan buat pesanan jadi makanannya freshly cooked. 


Mitasu Japanese Restaurant Bukit Bintang
Antara menu yang aku pesan dan my favourite (dari kiri atas ke bawah) - hotate mentaiyaki, sake chahan (nasi goreng salmon), aiskrim, wakame udon dan sashimi salmon dan butter fish

Sashimi tu memang fresh giler, rasanya manis dan segar. Nak makan berpinggan-pinggan pun takpe sebab dah bayar harga buffet so makanlah sampai lebam hihi.

Untuk minuman pulak, ada pilihan air panas (kopi/teh/teh tarik), air sejuk (milo / air berkarbonat) dan teh hijau Jepun (panas & sejuk). Teh tariknya tu memang sedap yakmat sampai aku berkali-kali refill.


Mitasu Japanese Restaurant Bukit Bintang
Stesen minuman dengan pelbagai pilihan minuman

Aku rasa tempat ni memang sangat worth repeat untuk penggemar-penggemar makanan Jepun terutama sashimi. Nak solat pun senang, sebab ada surau dalam bangunan Wisma Chuang tu (in fact kiteorang berenti kejap solat Maghrib pastu sambung makan balik hehe).

Kalau ada yang tanya status halal restoran ni, jawapannya takde status halal sebab restoran ada menjual arak. Cuma adik aku dan kawan-kawan pernah tanya dan restoran ni bagitau bahan-bahan makanan diambil dari sumber yang halal, termasuk daging pun ada sijil halal. Bagi aku, konsepnya bila kita tanya dan diyakini halal, jadi takde isu nak makan kat situ. Of course lebih afdhal cari restoran milik orang Islam, tapi terpulang pada masing-masing ok ✌🏻.


Anak buah aku si HH ni asyik menangis je kalau orang lain pegang tapi bila hulur tangan untuk salam dia suka pulak

Wordless Wednesday: Cempedak 'Gergasi'



Hujung minggu lepas aku pergi ke pasar Chow Kit mencari buah-buahan dan sayur-sayuran untuk dibuat stok di rumah. Masa lalu kat gerai cempedak ni, langkah aku terhenti bila ternampak buah cempedak yang bersaiz besar, lebih besar dari tapak tangan aku!

Buah cempedak ialah one of our family's favourite fruit. Sedikit fakta tentang buah cempedak:

Cempedak adalah buah tempatan yang berasal dari Asia Tenggara. Kulitnya bergetah dan isinya berwarna kuning cerah dan beraroma harum. Cempedak ialah sumber karbohidrat, vitamin C, dan serat yang baik.

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang cempedak:

  • Cempedak adalah buah yang sangat berkhasiat. Sebiji buah cempedak mengandung sekitar 200 kalori, 40 gram karbohidrat, 10 gram serat, dan 10 miligram vitamin C.
  • Cempedak ialah sumber antioksidan yang baik. Antioksidan membantu melindungi tubuh dari kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Cempedak memiliki banyak manfaat kesihatan. Buah ini dapat membantu menurunkan kolesterol, meningkatkan pencernaan, dan meningkatkan sistem dayaketahanan tubuh.
  • Cempedak dapat dimakan segar atau dimasak. Buah ini sering digunakan dalam hidangan tempatan seperti cucur cempedak, gulai cempedak, serawa atau pengat cempedak.
  • Biji cempedak juga boleh dimakan dengan cara merebus bijinya dalam air yang diletakkan sedikit garam.

Apa buah kegemaran keluarga korang? Cuba kongsi di ruang komen.

Bubur ayam ala-ala Mekdi untuk orang demam

Semalam Suami Terchenta tiba-tiba balik tengahari, katanya badan rasa tak sihat jadi dia mintak izin dari boss untuk balik ke rumah.

Jarang-jarang Suami Terchenta demam, bila sekali terkena memang teruk jugak la. Lepas makan ubat, dia tidur sepanjang hari. Bangun pun untuk solat je lepas tu sambung tidur. Malam pulak dia makan laksa Sarawak semangkuk kecik dan sambung tidur.

Pagi ni aku buatkan bubur ayam ala Mekdi untuk Suami Terchenta. Kebetulan ada baki daging ayam yang dah diracik halus untuk menu laksa Sarawak malam semalam, jadi boleh la habiskan ayam tu untuk dimakan dengan bubur.


bubur ayam senang

Resipi bubur ayam ala Mekdi Paling Ringkas

  • Satu cawan beras (dicuci bersih dan ditos)
  • 6 cawan air
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 kiub pati ayam Maggi
  • 2 bahagian dada ayam
  • Minyak bijan
  • Daun bawang dihiris halus
Cara-cara:
  1. Dalam periuk nasi, masukkan air, halia dan kiub pati ayam.
  2. Masukkan dada ayam dan rebus sampai masak. Keluarkan dada ayam dan racik-racik isinya.
  3. Masukkan beras yang sudah dicuci. Masak hingga jadi bubur nasi guna fungsi 'congee'.
  4. Semasa menghidang, letakkan isi ayam yang telah diracik atas bubur, tuang tabur daun bawang dan tuang minyak bijan mengikut kuantiti yang disukai ke atas bubur. Sedia untuk dihidang.

Biasanya orang demam suka rasa yang plain je, jadi bubur ni memang sesuai sebab tak banyak bahan dan rempah yang digunakan. Aroma minyak bijan lebih menaikkan bau dan rasa bubur ayam ni.

Semoga Suami Terchenta cepat sembuh lepas berehat secukupnya. Kesian pulak tengok dia nampak betul-betul tak larat nak bangun.

Hari Sukan Sekolah Khadeeja

Sabtu lepas, kiteorang bersiap-siap awal sebab kena berada di komplek sukan wanita UIA seawal 7.30 pagi. By the way, hari sukan sekolah Khadeeja ni bukanlah hari sukan biasa, lebih kepada hari sukaneka je. Khadeeja masuk acara lari berganti-ganti dan lari dalam guni.

Tahun ni tema rumah sukan ialah tema bunga - dahlia (biru), bunga matahari (kuning), bunga mawar (merah) dan bunga hydrangea (ungu). Masing-masing menampilkan kostum yang comel-comel semuanya hihi:

Perbarisan rumah sukan

Memandangkan hari sukan sekolah dieorang ni digabungkan sekali dengan sambutan merdeka, murid-murid membuat persembahan lagu bertemakan patriotik sebelum acara sukaneka bermula:


Semua menyanyi dengan penuh perasaan

Acara yang dipertandingkan tak banyak sangat tahun ni. Yang ada ialah lari berganti-ganti, lari dalam guni dan untuk playschool pulak, acara isi cawan guna span air. Ada jugak acara untuk ibu bapa tapi aku tak join sebab aktiviti tu tak sesuai dengan lutut aku yang tak berapa elok ni. 


Khadeeja sedang beraksi!

Adat bertanding, ada yang menang ada yang kalah. Rumah biru muncul juara keseluruhan diikuti dengan rumah merah di tempat kedua dan rumah kuning di tempat ketiga.


Tahun lepas rumah ungu (rumah Khadeeja) muncul juara, tapi tahun ni giliran rumah biru pulak yang menang keseluruhan

Ada jugak penyampaian hadiah untuk pertandingan sambutan hari kemerdekaan. Khadeeja dapat tempat pertama untuk pertandingan kolaj dan kelas Khadeeja dapat tempat ketiga untuk pertandingan menghias biskut bertemakan sambutan hari kebangsaan.



Tahniah buat Khadeeja dan rakan-rakan!

Fab4 Reunion

Tahun 2004 selepas aku menamatkan pengajian uni, aku dapat tawaran kerja sebagai Management Trainee di Senai Airport. Semasa hari lapor diri, aku berkenalan dengan 3 orang fresh grad - seorang gadis Melayu dan seorang gadis Cina. Mereka berdua ialah graduan MMU. Oh ya, dan seorang jejaka graduan dari universiti di Amerika. Bermula dari hari lapor diri tu, kiteorang terus jadi geng rapat. Masing-masing ada karakter berbeza - Fazrul seorang yang cool (lelaki mestilah cool kan?), Aini seorang yang kelakar dan selalu menceriakan suasana, Jen seorang minah kalut dan aku pulak kuat membebel (terserlah sifat mak-mak dari dulu lagi hehe).

Dalam 24 jam sehari, rasanya 18 jam tu kiteorang habiskan masa bersama-sama. Habis waktu kerja, kiteorang akan lepak di kedai makan bersama-sama. Lunch hour pun makan sama-sama, hujung minggu tengok movie dan main bowling sama-sama... Oleh sebab terlalu banyak menghabiskan masa bersama, sudahnya 2 orang member aku tu (Aini dan Fazrul) pun berjodoh dengan each other. Yang kelakarnya tu, aku dengan Jen tak perasan pun dieorang tengah bercinta, pandai betul dieorang menyorok keluar dating berdua belakang kiteorang 😆. Sekarang dah ada 2 orang anak dan menetap di UK.

Awal-awal penulisan blog ni, aku banyak bercerita tentang kiteorang berempat yang aku gelarkan The Fab 4. Bila ada geng rapat kat ofis, kerja stress pun jadi tak stress betul tak? Apa yang buatkan kiteorang serasi ialah bila bab kerja, kiteorang serius dan selalu berkongsi idea. Pernah satu masa ni kiteorang dapat assignment mengejut untuk present dekat Ketua Pengarah Johor Tourism Centre (JOTIC) esok paginya. Nak tak nak terpaksa stay back kat ofis sampai 4 pagi nak siapkan presentation pack. 


Fab 4 - 19 tahun lepas. Mata kuyu sebab bersengkang mata siapkan presentation untuk esok pagi 😅

Sejak kiteorang bawak haluan masing-masing (Aini dan Fazrul ke UK, Jen dan aku pun tukar kerja dan pindah ke KL) hubungan kiteorang kekal rapat dan terus berhubung melalui email dan Whatsapp. Tahap maintain kamceng tu sampai pregnant anak sulung pun sama-sama! 😂


Anak sulung kiteorang beza bulan je - anak Jen lahir Ogos 2010, Khayla lahir Disember 2010 dan anak Aini lahir Januari 2011

Masa pandemik kiteorang buat video call minum petang sama-sama!

Baru-baru ni Aini balik ke Malaysia. Kesempatan ni kiteorang ambik peluang berjumpa di Restoran Pelita Jalan Ampang. Bila bertentang mata, rasa macam baru semalam kiteorang berpisah. Masih boleh rancak bersembang macam hari-hari lepak sama-sama. Masih boleh ketawa mengilai-ngilai macam dulu! 😂 2 jam tu rasa macam 2 minit je, masing-masing rasa tak puas bersembang.


Masih kamceng macam 19 tahun dulu

Mula-mula tu Fazrul segan nak join sekali di Pelita (dari dulu dia paling pendiam antara kiteorang tapi bila ajak ke mana-mana dia sporting je jadi driver kiteorang hehe). Tapi rezeki aku dan Jen akhirnya dapat jumpa jugak Fazrul sebab Aini terlupa bawak buah tangan yang dia beli kat UK untuk aku dan Jen jadi dia ajak kiteorang singgah ke hotel. End up dapat jugak ambik gambar reunion Fab4 19 tahun kemudian!


Fab 4 - 19 tahun kemudian

Alhamdulillah, Allah pertemukan aku dengan kawan-kawan yang baik di tempat kerja dan sampai sekarang masih lagi rapat macam dulu. Sekarang, keluarga kiteorang pun berkawan rapat. Suami Jen la yang rekemenkan Suami Terchenta di tempat dia bekerja sekarang ni 😊. 


Dari emak sampai la ke anak-anak berkawan 🤭

Semoga persahabatan kami kekal sampai bila-bila. 💕