Termuntah lepas tengok hukuman banduan di Muzium Penjara @ Melaka!

PERINGATAN: Post ni banyak gambar!

Semalam lepas check out dari hotel, kiteorang buat keputusan nak melawat Muzium Penjara sebelum pergi makan tengahari, memandangkan muzium ni lebih dekat dengan hotel dari kedai makan yang kiteorang nak cuba ni. Kiranya plan kiteorang semalam ialah muzium ➡️ makan tengahari @ Restoran Hajjah Mona Asam Pedas ➡️ Mamee Jonker House ➡️ pulang ke KL.


Muzium Penjara Melaka
Muzium Penjara yang terletak di Jalan Parameswara kira-kira 1km dari hotel kiteorang duduk

 

Bayaran masuk ke muzium ni ialah RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak (12 tahun ke bawah). Mula-mula masuk tu, perasaan excited dan ingin tahu tu memang membuak-buak. Bila masuk ke dalam, memang kita akan rasa suasana dalam tirai besi bila setiap kali kita masuk ke ruang berlainan, akan ada pagar besi yang membahagi ruang muzium:


Muzium Penjara Melaka
Feeling melangkah masuk dalam penjara bila nampak tirai besi ni

Aku akui banyak maklumat yang menarik terpampang dalam muzium ni dan kiteorang selalu berhenti untuk membaca maklumat tentang sejarah penubuhan penjara di Malaysia dan lokasi-lokasi penjara di Malaysia dulu dan kini.


Muzium Penjara Melaka
Penjara Pudu yang terkenal satu masa dulu menempatkan penjenayah-penjenayah berbahaya. Di situ jugak la penjenayah terkenal Mona Fendy dan Botak Chin dijatuhkan hukuman gantung sampai mati

Antara fakta yang menarik minat aku ialah tentang pejuang kemerdekaan Sarawak, Rosli Dhoby yang dipenjarakan di lokap Kuching sebelum dijatuhkan hukuman gantung oleh pihak British, sedangkan dia baru berusia 17 tahun dan sepatutnya tak boleh dijatuhkan hukuman mati. Turut dijatuhkan hukuman gantung ialah rakan-rakannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit dan Bujang Suntong. 46 tahun selepas mereka dikuburkan di Penjara Kuching, barulah mereka disemadikan di tanah kelahiran mereka iaitu di Sibu, Sarawak. Kalau nak tau sejarah Rosli Dhoby, boleh tonton drama 'Warkah Terakhir' di Youtube yang dibintangi oleh Beto Kusyairi (Rosli Dhoby), Nam Ron (Awang Ramli), Sherie Merlis (ibu Rosli), Sazzy Falak (kakak Rosly) dan ramai lagi pelakon hebat.


Muzium Penjara Melaka
Kisah pejuang kemerdekaan Sarawak Rosli Dhoby

Ada jugak bahagian dalam muzium yang mana kita boleh tengok sendiri keadaan dalam bilik penjara yang serba kekurangan - sempit, panas dan tak selesa. Dalam penjara satu masa dulu, kalau nak membuang, takde tandas ye. Sila membuang dalam tong najis yang disediakan.


Muzium Penjara Melaka
Dari kiri atas ke kanan dan ke bawah - sel penjara / bilik lokap, seni 'contengan' di dinding penjara, bilik mandi tahanan, antara peralatan banduan dalam penjara dalam kotak plastik

Ni kalau tak insaf lagi lepas merengkok dalam penjara, tak tau la nak kata apa. 

Masa ni anak-anak masih happy lagi siap tangkap gambar belakang tirai besi dan masa berjalan dekat koridor bilik tahanan:


Muzium Penjara Melaka
'Happy' bergambar belakang tabir besi

Bahagian muzium yang seterusnya memaparkan pulak hukuman-hukuman yang dilaksanakan ke atas penjenayah.

Muzium Penjara Melaka
Ruang demo hukuman sebat tapi mungkin sebab kiteorang pergi hari Ahad jadi tak dapat la tengok demo hukuman sebat

Muzium Penjara Melaka
Video ni pulak ditayangkan di pintu masuk muzium tentang suasana banduan akhir yang diceritakan oleh warden penjara

Muzium Penjara Melaka
Lukisan hukuman mati pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu

Part seterusnya buatkan kiteorang lepas tu rasa loya dan mual. Firstly, menyaksikan bilik hukuman gantung (2 tingkat) - tingkat atas di mana hukuman dilaksanakan dan dekat bawah pulak bila banduan tu dah mati, ada batu mayat untuk memandikan mayat banduan yang selesai menjalani hukuman gantung. Since pelawat tak dibenarkan ambik gambar di bilik hukuman so takde gambar la ye.

Secondly, bila kiteorang tengok pameran hukuman sepanjang zaman di dunia. Setiap hukuman disertakan visual sama ada lukisan atau gambar the real execution yang mungkin diambil dari arkib sejarah - hukuman tembak, hukuman rejam, tanam hidup-hidup (tentera Jepun buat dekat orang Cina), pancung dan macam-macam lagi bentuk hukuman yang serius bertujuan menyeksa sebelum membunuh pesalah.


Muzium Penjara Melaka
Tunjuk tanda arah je sebab tak sanggup nak ambik gambar - serius loya tekak aku!

Thirdly, ada video hukuman sebat yang sedang dijalankan. Part ni aku tengok sekilas je lepas tu tak sanggup nak tengok dah. Fuhhh, bukan senang nak jadi pegawai dan warden penjara, apa lagi pegawai yang menjalankan hukuman sebat / gantung tu ye. Hati kena keras, kalau tak memang tak boleh tidur semalaman terngiang-ngiang agaknya teriak dan tangisan banduan-banduan yang dihukum ni!

Lepas habis tour muzium, aku dengan Suami Terchenta pening dan loya teramat sangat, nampak tak kiteorang ni perut tak berapa kental tapi gigih jugak menghabiskan lawatan muzium. Khadeeja mula-mula nampak ok je, siap nasihatkan kiteorang, 'Pretend it's not real!' (sebenarnya dia tengah nasihatkan diri-sendiri, tapi kiteorang tak tau).

Lepas tu, kiteorang meneruskan rancangan makan tengahari di Asam Pedas Hajjah Mona. Baca review ramai yang rekemen makan asam pedas kat sini, so kiteorang pun nak cuba jugak. Lagipun dekat dengan Jonker Street, so lepas tu boleh terus ke Mamee Jonker House.


Hajjah Mona Asam Pedas Melaka
Masa kiteorang sampai ni tak ramai pelanggan, mungkin sebab dah pukul 2 petang

Hajjah Mona Asam Pedas Melaka
Aku pesan asam pedas ikan pari (RM11 termasuk set nasi), Suami Terchenta pulak pesan set asam pedas ikan kembung (RM11). Khayla pesan nasi + ayam goreng dan Khadeeja pesan nasi + telur mata

To be honest, aku kurang minat dengan asam pedasnya sebab kuah asam pedasnya agak cair. Aku makan nasi separuh pinggan je, lepas tu berhenti. Mungkin selera mati lepas melawat Muzium Penjara tadi huhu.

Tengah berusaha menghabiskan ikan pari, tiba-tiba Khadeeja termuntah! Terus Suami Terchenta bawak dia ke sinki. Kiteorang panik sekejap, Khadeeja tercekik nasi ke?

Rupa-rupanya masa dia tengah makan tu, tiba-tiba dia teringat video hukuman sebat dan pameran hukuman di Muzium Penjara tu. Apa lagi tekaknya terus rasa kembang dan loya dan dia pun tak dapat menahan diri lalu termuntah!

Sampai macam tu sekali ye efek lepas melawat Muzium Penjara. My advice, if you have a weak stomach, please avoid visiting this museum. Kemungkinan korang akan putus selera, pening dan mual bila tengok visual hukuman dan bilik hukuman dalam muzium tu 🤢. Orang lemah semangat pun aku tak galakkan pergi situ jugak takut termimpi-mimpi dibuatnya.

Moral of the story, jadilah warga yang patuh undang-undang dan jangan terjerumus ke dalam kancah jenayah. Hukuman di dunia pun dah cukup keras, apa lagi hukuman di akhirat kelak, nauzubillah min zalik!

Merasa balik KL 4 jam dari Melaka!

Siapa sangka perjalanan Melaka-KL yang biasanya ambik masa dalam 2 jam lebih boleh jadi perjalanan 4 jam!


lebuhraya PLUS
Masih lagi dalam perjalanan pulang ke KL

Penangan habis cuti sekolah dan semua orang berpusu-pusu pulang ke sarang rumah masing-masing.

Setakat jam 7.22 petang waktu aku tengah menulis ni, kiteorg masih lagi atas highway PLUS. Bergerak dari Jonker Street Melaka pukul 4.20 petang. Waze bawak kiteorg jalan sebelah dalam melalui jalan-jalan kampung-kampung mungkin sebab dekat highway terlalu sesak. Bukan kiteorg je, ramai jugak yang lalu jalan kampung ni sampai la ke Mambau, Seremban. 

Di situ kiteorg berhenti kejap di Masjid Kariah Mambau untuk solat Asar sebelum meneruskan perjalanan.

Masjid kariah mambau
Masjid Kariah Mambau Seremban

Insha Allah dijangka tiba di rumah pukul 8.30 malam tapi rasanya akan lambat lagi sebab nak kena berhenti solat pulak. Kalau tau akan terperangkap dalam jem di highway, lebih baik gerak awal dari Melaka. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya!

Ee Ji Ban - Kedai Chicken Rice Ball Halal di Melaka

Balik dari kenduri SA, kiteorang meneruskan perjalanan ke Melaka untuk menghabiskan cuti sekolah di Melaka. Suami Terchenta dah kebah dari demam jadi dia kata nak bawak anak-anak bercuti sebab sepanjang cuti ni dieorang terperap di rumah je. 

Sampai di Melaka dan lepas check-in hotel, tau-tau Suami Terchenta tertidur pulak jadi tak dapat la berjalan-jalan di sekitar bandaraya. Mungkin badannya masih perlukan rehat lepas kebah dari demam. Tak pelah, kita staycation dalam bilik je macam tu hehe.

Sebelah malam kiteorang keluar untuk makan malam (waktu vacation ni stop sekejap IF, kalau tak rugi tak dapat JJCM! 😝). Kali ni kiteorang tak mencari asam pedas tapi mencari kedai nasi ayam Ee Ji Ban.

Haa… apa yang best kat situ? Tentulah menu bebola nasi ayam. Nasi ayam kat sini dihidang dengan cara yang unik iaitu dalam bentuk bebola.


Ee Ji Ban
Bebola nasi ayam

Sapa yang tengah jaga portion makan tu memang elok sangat makan nasi ayam kat sini hehe. 5 ketul ni bersamaan dengan 5 sudu nasi. Kalau tengah diet makan la 2 ketul = 2 sudu je. Selebihnya aku bagi dekat Khadeeja sebab dia berselera betul makan bebola nasi ayam ni. Siap tambah sepinggan bebola nasi lagi!


Ee Ji Ban
Set bebola nasi ayam datang dengan sepinggan ayam panggang / stim. Aku tambah baby kailan sebab kiteorang wajib ada sayur setiap kali makan

Aku tau tempat ni sebab Fanny pernah share dekat IG story kalau tak silap. Lagi satu, tempat ni pun masuk dalam senarai tempat makan halal terbaik di Melaka oleh HHWT. Memandangkan waktu malam seboleh-bolehnya aku nak cari makanan yang tak berapa berat dan berminyak, jadi Ee Ji Ban la yang memenuhi kriteria tu.


Ee Ji Ban
Polisi halal yang terpampang dalam kedai makan

Melaka
Dari luar nampak macam kedai nasi ayam Cina biasa

Ee Ji Ban
Siap frame lagi gambar artis yang pernah singgah makan kat sini

Mungkin sebab nasi ayam ni bentuknya unik, anak-anak berselera betul makan. Siap declare nasi ayam kat sini terbaik dan paling sedap dieorang pernah makan 😆 Bagi aku pulak, ok la sedap tapi aku prefer lagi nasi ayam biasa sebab yang ni bebola nasi yang dihidang tu dah sejuk. Kalau nasi ayam biasa, biasanya bila datang kat meja masih panas-panas lagi. Satu lagi, takde sup tapi kalau nak boleh order asing  (kena bayar ekstra). Aku suka sambil makan nasi ayam, hirup sup panas-panas. Rasa tak lengkap pulak makan nasi ayam tanpa sup.

Kalau korang tak pernah lagi cuba bebola nasi ayam di Melaka dan teringin nak mencuba, boleh la datang ke kedai Ee Ji Ban. Lepas tu boleh kongsi komen korang pulak.


Ee Ji Ban
Alamat: 275, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Melaka
Waktu Operasi: 10 pagi - 9.30 malam (Isnin - Ahad)
Waze: Ee Ji Ban

Selamat Pengantin Baru Blogger Suria Amanda

Lepas sejam perjalanan dari KL, akhirnya kiteorang selamat sampai ke alamat dalam kad jemputan SA. Memandangkan aku, Kak Retna dan Sislin janji nak tiba ke kenduri sama-sama, jadi kiteorang duduk menunggu dalam kereta sampai la Sislin bagitau yang dia dan Abang Sabar dah sampai. Tak lama lepas tu, Kak Retna pun sampai jugak.

Timing kiteorang sampai memang cantik sebab masa tu, pengantin dah duduk kat pelamin. Terus ambik gambar pengantin dekat pelamin. Lepas tu baru la ke meja di pintu masuk sebab nak serahkan hadiah yang kiteorang bawak dekat tuan rumah.


Selamat pengantin baru SA dan Haidy

Berseri-seri muka pengantin, bagai pinang dibelah dua
 

Masa kiteorang sampai, tetamu memang dah agak ramai jadi kena tunggu ada meja kosong sebelum dapat duduk dan menjamu selera. Sambil-sambil tu, aku ambik gambar makanan dan bahagian depan khemah pengantin:


Bahagian depan khemah
 
Lauk kenduri - ada nasi minyak, nasi putih, ayam masak merah, daging hitam, pajeri nanas, dhal, kuih-muih, buah oren dll.

Alhamdulillah sedap-sedap makanan dekat kenduri SA. Paling suka teh tariknya yang cukup kaw. Anak-anak aku pulak suka aiskrim kon, 2 kali dieorang ambik aiskrim hehe.

Lepas makan, kiteorang berdiri dekat tepi khemah sambil berbincang kat mana nak mengopi lepas tu. Tiba-tiba terpandang susuk tubuh yang macam familiarrrrr aje… Eh, eh, tu sis Ezna. Terus pergi sapa dia yang tengah mencari tempat duduk.

Kemain excited dia jumpa rakan blogger terus ajak ambik gambar. Masa nak panggil Sislin dan Kak Ret bergambar sekali, Puan Hazel pulak menyapa aku. Eh, apa lagi ajak la bergambar sama-sama. Gambar PH tu kena blur sebab aku tau dia pemalu orangnya hehe.


Kiteorang bergambar dengan Pak Zain dan Mak Pah sekali sebab SA selalu cerita pasal dieorang dekat blog dia

Seronoknya dapat bersua muka dengan rakan-rakan blogger. Selalu saling jenguk dan tinggalkan komen, akhirnya dapat jugak berjumpa. Puan Hazel aku dah pernah berjumpa sebelum ni, tapi sis Ezna baru pertama kali. 

Sebelum balik, ambik peluang bergambar dengan pengantin dekat pelamin pulak. Tak sempat nak berborak-borak dengan pengantin sebab ramai yang nak bergambar dengan pengantin.


Geng KAMIE dengan pengantin baru

Terima kasih SA sudi jemput kiteorang ke kenduri kahwin dia. Semoga perkahwinan bahagia hingga ke hujung nyawa, ameen ya Rabbal Alameen 🤲🏻.

Sebelum balik, sempat lepak di ZUS Coffee Bandar Prima Senawang. Biasalah dah lama tak jumpa mesti la ambik peluang ni nak lepak sama-sama.


Cilok gambar dari blog Kak Retna 😜

Minum-minum sambil bincang aktiviti camping yang bila entahhhhhhh nak jadi 🤭:


Gambar terakhir sebelum bergerak ke haluan masing-masing

Nota kaki: Ke manakah destinasi kami seterusnya? Tungguuuu…

Memenuhi Undangan Majlis SA & Haidy

Sekejap lagi kiteorang akan bertolak ke Seremban untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan Suria Amanda dan suami. Insha Allah kalau takde aral melintang, dapatlah akhirnya berjumpa dengan SA yang selama ni cuma bertegur-sapa dekat blog je.

Terima kasih buat SA sebab menjemput kawan-kawan blogger. 

Selamat pengantin baru buat SA dan suami! Sedikit ucapan buat kalian berdua:



Nota kaki: Tak sabar nak jumpa seseorang jugak di kenduri SA ni 😉. Harap-harap sempat la mengopi/mengeteh sebelum bertolak ke Melaka pulak.