Lepas sejam perjalanan dari KL, akhirnya kiteorang selamat sampai ke alamat dalam kad jemputan SA. Memandangkan aku, Kak Retna dan Sislin janji nak tiba ke kenduri sama-sama, jadi kiteorang duduk menunggu dalam kereta sampai la Sislin bagitau yang dia dan Abang Sabar dah sampai. Tak lama lepas tu, Kak Retna pun sampai jugak.

Timing kiteorang sampai memang cantik sebab masa tu, pengantin dah duduk kat pelamin. Terus ambik gambar pengantin dekat pelamin. Lepas tu baru la ke meja di pintu masuk sebab nak serahkan hadiah yang kiteorang bawak dekat tuan rumah.


Selamat pengantin baru SA dan Haidy

Berseri-seri muka pengantin, bagai pinang dibelah dua
 

Masa kiteorang sampai, tetamu memang dah agak ramai jadi kena tunggu ada meja kosong sebelum dapat duduk dan menjamu selera. Sambil-sambil tu, aku ambik gambar makanan dan bahagian depan khemah pengantin:


Bahagian depan khemah
 
Lauk kenduri - ada nasi minyak, nasi putih, ayam masak merah, daging hitam, pajeri nanas, dhal, kuih-muih, buah oren dll.

Alhamdulillah sedap-sedap makanan dekat kenduri SA. Paling suka teh tariknya yang cukup kaw. Anak-anak aku pulak suka aiskrim kon, 2 kali dieorang ambik aiskrim hehe.

Lepas makan, kiteorang berdiri dekat tepi khemah sambil berbincang kat mana nak mengopi lepas tu. Tiba-tiba terpandang susuk tubuh yang macam familiarrrrr aje… Eh, eh, tu sis Ezna. Terus pergi sapa dia yang tengah mencari tempat duduk.

Kemain excited dia jumpa rakan blogger terus ajak ambik gambar. Masa nak panggil Sislin dan Kak Ret bergambar sekali, Puan Hazel pulak menyapa aku. Eh, apa lagi ajak la bergambar sama-sama. Gambar PH tu kena blur sebab aku tau dia pemalu orangnya hehe.


Kiteorang bergambar dengan Pak Zain dan Mak Pah sekali sebab SA selalu cerita pasal dieorang dekat blog dia

Seronoknya dapat bersua muka dengan rakan-rakan blogger. Selalu saling jenguk dan tinggalkan komen, akhirnya dapat jugak berjumpa. Puan Hazel aku dah pernah berjumpa sebelum ni, tapi sis Ezna baru pertama kali. 

Sebelum balik, ambik peluang bergambar dengan pengantin dekat pelamin pulak. Tak sempat nak berborak-borak dengan pengantin sebab ramai yang nak bergambar dengan pengantin.


Geng KAMIE dengan pengantin baru

Terima kasih SA sudi jemput kiteorang ke kenduri kahwin dia. Semoga perkahwinan bahagia hingga ke hujung nyawa, ameen ya Rabbal Alameen ๐Ÿคฒ๐Ÿป.

Sebelum balik, sempat lepak di ZUS Coffee Bandar Prima Senawang. Biasalah dah lama tak jumpa mesti la ambik peluang ni nak lepak sama-sama.


Cilok gambar dari blog Kak Retna ๐Ÿ˜œ

Minum-minum sambil bincang aktiviti camping yang bila entahhhhhhh nak jadi ๐Ÿคญ:


Gambar terakhir sebelum bergerak ke haluan masing-masing

Nota kaki: Ke manakah destinasi kami seterusnya? Tungguuuu…

26 comments:

  1. dah terpk gak tadi nak snap gmbr masa kat meja makan tp cam segan plak dok depan meja tu tadi hahhaa

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya jumpa blogger lain. Cuya belum ada peluang lagi jumpa sesiapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, seronok berblogging dapat berkenalan dengan kawan2 baru dekat blog ๐Ÿ˜ƒ

      Delete
  3. Tq tq blur-kan muka kita :p
    Rasa tak puas bersembang semalam kan?
    Mudah-mudahan bahagia menjadi milik SA selamanya ๐Ÿคฒ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA ๐Ÿคฒ๐Ÿป harap2 lepas ni ada lagi rezeki berkumpul ramai2 blogger kan.

      Delete
  4. Sungguh meriah kann.. lama juga kita di sana, dapat juga rerakan lain.. yang pelik kenapa ramai pakai color macam kita ekkk ahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn... Kak Ret je tak dapat memo pakai baju warna maroon hehehe

      Delete
  5. Untung la dpt jumpa blogger2 yg tersohor gitu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki dijemput memeriahkan kenduri SA ๐Ÿ˜„

      Delete
  6. tak de peluang nak jumpa kwn2 blogger sbb i tak dpt attend wedding SA ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde rezeki jumpa MZ kat majlis SA. Kalau tak mesti lagi meriah rakan-rakan blogger bergambar ramai-ramai!

      Delete
  7. Tahniah kepada kedua dua mempelai. Semoga terus berbahagia sampai Akhir hayat mereka. Aamin ๐Ÿฉท

    Wow..Jumpa ramai blogger lah!! Memasing mood nak pakai maroon lah kot ๐Ÿ˜ Moga berjaya la plan yang diplan tu...tak sabar nak tengok you all g camping ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA ๐Ÿคฒ๐Ÿป

      Tu la, harap2 jadi la plannya tu hihi.

      Delete
  8. alaaa.. so jelous rasanya kalu x leh jumpa plus sesi mengopi lepas tu yg buat lagi best tu kan.. in sya Allah, harap ada rezeki dpt gather2 next time kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa kann.. dah la hari tu kiteorg clueless lokasi kedai kopi terdekat dgn rumah SA ๐Ÿ˜† Kalau MA ada sekali mesti MA tau.

      Delete
  9. Ramaaai sepertinya bloggers yg datang ya kak ๐Ÿ˜. Kak ezna ini juga sering komen, tapi saya pun hanya tau dari blog saja fotonya ๐Ÿ˜„. Harap2 nanti juga bisa ketemu.

    Meriah nampak reception kak SA. Yang saya regret 4 tahun di Penang belum pernah datang ke wedding reception khas Malaysia ๐Ÿ˜„. Ya lah pula, teman2 masih kuliah semua saat itu. Tapi Krn mostly juga foreigners, tamat kuliah semua balik ke negara masing2 ๐Ÿคฃ. Teman yg Melayu pun lost contact. Dah laah, tak dapat rezeki lihat nikahan Di sana secara langsung ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga teringin pergi ke majlis nikah di negara orang, dulu ada teman sekuliah dari Indonesia tapi sayangnya tak dapat datang ke majlis resepsinya di Jakarta sebab takde bajet ๐Ÿ˜ฎ‍๐Ÿ’จ

      Delete
  10. selalu baca blog SA, first time baca blog Carneyz๐Ÿ˜Š Nice to meet u! Selamat pengantin baru buat SA & pasangan!

    ReplyDelete
  11. Seronok tengok orang kahwin....rasa bahagia itu turut terasa Semoga perkahwinan bahagia hingga ke hujung nyawa,...paling best dapat jumpa geng blogger walaupun dunia blogger tidak segah dan seglamer content creator, influencer dan sewaktu dengannya...namun geng blogger ada trademark xclusif tersendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, bila dijemput rakan2 blogger sebolehnya cuba hadir supaya dapat bersemuka dengan rakan2 blogger yang selama ni bertegur di alam maya je.

      Delete
  12. PH kalau dia tak menyapa confirm ammi pun tak akan kenal sbb tak pernah tengok rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni dah pernah jumpa PH tu yang bila dia tegur terus cam hehe. Ammi tak nampak pulak kat majlis SA?

      Delete
  13. ni majlis SA ke majlis reunion blogger ni? hahaha
    untung arrr dpt teh tarik sedapppp.... kite tgk dari gambar je laa ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil menyelam sambil minum air hihi... bila pergi wedding blogger, jumpa la kawan2 blogger ๐Ÿคญ

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .