• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Monday, September 11, 2023

Tengok Acara Perbarisan Hari Sukan Sekolah Khayla

Sabtu lepas kiteorang pergi ke sekolah Khayla sebab Khayla join aktiviti perbarisan badan beruniform. Minggu lepas cikgu tanya ada sesiapa nak volunteer join acara perbarisan hari sukan? Jadi Khayla pun letak nama dia dalam senarai.

Kelakarnya pagi tu kiteorang terbangun lewat dekat-dekat pukul 7 pagi sedangkan Khayla kata kena ada kat sekolah pukul 7. Nasib baik dia tengah 'cuti', jadi boleh terus bersiap-siap pakai uniform. Tapi boleh pulak dia tak ingat kena pakai tudung hitam dan slack hijau, jadi dia pergi ke sekolah pakai tudung putih dan tracksuit hitam. Lambat punya pasal kan. Pukul 7.15, baru Suami Terchenta hantar dia ke sekolah. Lepas dia balik, dia tanya nak pergi tengok ke, sebab rupa-rupanya ibubapa pun dijemput hadir. Laa... ye ke. Jom la pergi, aku jawab dan terus ajak Khadeeja bersiap-siap.

Kiteorang ingatkan parents tak dijemput sebab cikgu kelas tak maklumkan aturcara hari sukan dekat Whatsapp group parents. Bila kiteorang sampai, ada cikgu maklumkan lokasi khemah parents, dan kiteorang tengok ada lagi kerusi kosong. Rasanya ramai parents ingat yang hari sukan ni cuma melibatkan pelajar-pelajar je sebab tu beberapa kerat je parents yang hadir.


Semua badan beruniform dan rumah sukan tengah berbaris menunggu untuk masuk ke padang

Alhamdulillah cuaca pagi Sabtu tu elok je dan menjelang tengahari dah mula panas terik. Yang penting padang tak becak. Tak lama lepas kiteorang ambik tempat duduk, emcee mengumumkan ketibaan Timbalan Pengarah PPD diiringi oleh pengetua, timbalan pengetua dan penolong kanan sekolah. Suasana meriah masa tu sebab diiringi jugak oleh paluan gendang dan kompang.


Ketibaan tetamu kehormat

Acara hari sukan sekolah dimulakan dengan atlet sukan membawa bendera sekolah masuk ke padang.


Atlet sukan wakil sekolah lengkap berpakaian tracksuit sukan

Kemudian acara perbarisan dimulakan dengan rumah sukan dan diselang-seli oleh pasukan badan beruniform. Tahun ni tema rumah sukan ialah buah-buahan. Seronok tengok kreativiti setiap rumah sukan menampilkan maskot masing-masing! Maskot pun sporting je pakai baju tema buah-buahan. Ada yang kena tampal belon satu badan, so boleh agak la buah apa tu kan hehe.

Badan beruniform paling segak bagi aku ialah Kadet Polis tapi bila diumumkan keputusan pemenang pertandingan perbarisan, juara ialah Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Kadet Remaja Sekolah di naib juara. Badan beruniform Khayla tak dapat sebarang tempat, takpelah adat pertandingan macam tu la kan - ada masa menang dan ada masa kalah. Yang penting dia berani mencuba acara kawad kaki dan perbarisan.


Aksi semasa acara perbarisan

Rumah sukan dan badan beruniform berhimpun di tengah padang

Acara seterusnya nyanyian lagu Negaraku diikuti oleh bacaan ikrar oleh wakit atlet sekolah sambil dikelilingi oleh pembawa bendera setiap rumah sukan dan badan beruniform.


Pembawa bendera berhimpun di sekeliling atlet sukan sambil mengangkat bendera

Lepas tu macam biasa ucapan dari tetamu-tetamu kehormat sebelum perasmian hari sukan sekolah. Lepas perasmian, barulah semua rumah sukan dan badan beruniform keluar padang untuk acara sukan. Since Khayla tak join acara sukan, jadi kiteorang pun malas nak tunggu lama-lama kat khemah sebab dah hari dah makin panas. Apa pun, aku nak ucapkan tahniah kepada semua guru-guru yang menyelia hari sukan sekolah sebab nampak semuanya lancar dan pelajar-pelajar tau apa yang dieorang kena buat. Bukan senang nak menjayakan program hari sukan ni apa lagi melibatkan orang luar (ibu bapa dan tetamu jemputan). Cuma satu je la yang kena improve, part promosi tentang hari sukan sekolah tu agak hambar. Tak macam sekolah Khadeeja, setiap hari ada countdown hari sukan sekolah.

Nota kaki: Bila tengok acara perbarisan ni, aku terkenang zaman sekolah dulu aku pun selalu jugak involved dalam acara perbarisan sekolah sebagai ahli PBSM. Masa tu senior kiteorang garang giler dan jenis perfectionist. Masa praktis kawad kaki, dia siap bawak batang pembaris meter untuk pastikan tangan kiteorang lurus masa berkawad. Lepas tu bila berhenti hentak kaki kena serentak, selagi tak serentak selagi tu la kena teruskan praktis sampai lenguh dan sakit kaki dibuatnya. Sebab tu agaknya kiteorang selalu dapat johan / naib johan dalam acara perbarisan (Pengakap selalunya bagi persaingan sengit jugak dengan kiteorang).

Read more »
on Monday, September 11, 2023 14
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, September 08, 2023

Makmum Masbuq Ketika Imam Tahiyat Akhir, Perlu Membaca Tahiyat Akhir Atau Awal?

masbuq vs muwafiq
Kredit: Saripkay.com

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Pertama hendaklah difahami terlebih dahulu maksud makmum muwafiq dan masbuq. Makmum yang muwafiq ialah makmum yang mempunyai masa yang cukup untuk membaca al-Fatihah selepas takbiratul ihram dengan bacaan kadar kelajuan sederhana ketika imam sedang berdiri pada rakaat pertama.[1]

Manakala makmum yang tidak sempat menyempurnakan bacaan al-Fatihah selepas takbiratul ihram pada rakaat pertama dan berjemaah bersama imam selepas itu maka ia merupakan makmum masbuq.[2]

Dalam hal ini seorang makmum sama ada masbuq atau muwafiq hendaklah mengikut kepada imamnya dalam solat berjemaah. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW bahawa Baginda bersabda:


إِنَّمَا جُعِلَ الإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا رَكَعَ، فَارْكَعُوا وَإِذَا رَفَعَ، فَارْفَعُوا

Maksudnya: Sesungguhnya imam itu untuk diikuti. Justeru apabila dia rukuk maka hendaklah kalian rukuk. Apabila dia berdiri untuk iktidal, maka hendaklah kalian berdiri iktidal.
Riwayat al-Bukhari (688) dan Muslim (412)


Oleh yang demikian, makmum hendaklah mengikuti kepada perbuatan zahir imam dalam solat berjemaah. Apabila makmum mengikuti imam ketika sedang duduk tahiyyat akhir, maka hendaklah makmum membaca bacaan tahiyat akhir.

Ini sepertimana yang disebutkan dalam banyak kitab Fiqh al-Syafie, antaranya dijelaskan oleh Imam Zakaria al-Ansari bahawa:


أَمَّا الْمَسْبُوقُ إذَا أَدْرَكَ رَكْعَتَيْنِ مِنْ الرُّبَاعِيَّةِ فَإِنَّهُ يَتَشَهَّدُ مَعَ الْإِمَامِ تَشَهُّدَهُ الْأَخِيرَ وَهُوَ أَوَّلُ لِلْمَأْمُومِ وَلَا يُكْرَهُ لَهُ الدُّعَاءُ فِيهِ بَلْ يُسْتَحَبُّ.

Maksudnya: Adapun makmum yang masbuq, jika dia sempat mengikut imam dua rakaat terawal daripada solat empat rakaat, maka dia hendaklah membaca bacaan tahiyat akhir bersama imam walaupun ia merupakan tahiyat awal baginya (makmum). Selain itu, tidak makruh baginya untuk membaca doa yang lain ketika duduk tahiyat tersebut bahkan disunatkan. [3] (Rujuk Asna al-Mathalib, 1:166)

Apa yang dimaksudkan dengan ‘doa’ tersebut ialah selawat dan salam ke atas ahli keluarga Nabi SAW dan selepas itu daripada bacaan tahiyat akhir. Ini apa yang disebutkan oleh Imam al-Syarwani dalam Hasyiah-nya bahawa:


وَالْمُرَادُ بِالدُّعَاءِ الصَّلَاةُ عَلَى الْآلِ وَمَا بَعْدَهُ كَمَا يُصَرِّحُ بِهِ مَا يَأْتِي عَنْ سم وَقَوْلُهُ م ر أَنَّهُ لَا يُكْرَهُ لَهُ الدُّعَاءُ إلَخْ وَمِنْهُ الصَّلَاةُ عَلَى الْآلِ كَمَا نَقَلَهُ سم عَلَى حَجّ عَنْ إفْتَاءِ الشِّهَابِ الرَّمْلِيِّ اهـ

Maksudnya: Apa yang dimaksudkan dengan doa tersebut ialah selawat dan salam ke atas ahli keluarga Nabi SAW dan bacaan yang selepasnya daripada tahiyat akhir seperti yang dijelaskan Imam Ahmad Ibn Qasim al-’Abadi. Kata beliau iaitu Imam Syamsuddin al-Ramli, bahawa tidak dimakruhkan baginya doa, antaranya ialah selawat dan salam ke atas ahli keluarga Nabi SAW seperti dinyatakan oleh Imam al-’Abadi daripada Ibn Hajar al-Haitami dinukil daripada fatwa Imam Syihabuddin al-Ramli.[4] (Rujuk Hasyiah al-Syarwani, 2:87)

Oleh yang demikian, dapat difahami bahawa makmum masbuq yang berjemaah bersama imam yang sedang keadaan tahiyat akhir, maka makmum disunatkan membaca bacaan tahiyat akhir juga iaitu termasuk selawat dan salam ke atas ahli keluarga Nabi SAW dan bacaan selepas daripada itu.

WaAllahu a’lam.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Read more »
on Friday, September 08, 2023 26
Share this!
Tags
Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, September 08, 2023

Aktiviti Noodle Cup DIY @ Mamee Jonker House

Sambungan dari cerita berkunjung ke Mamee Jonker House.

Since dah terlewat nak join aktiviti di Monster Kitchen, alang-alang dah ada kat situ kiteorang pun bayar RM30 untuk anak-anak join aktiviti DIY cawan mi. Kena pergi ke kaunter, bayar dan dapatkan cawan mi lepas tu baru boleh masuk ke kawasan Noodle Doodle. Cuma orang yang dah bayar je boleh masuk, jadi anak-anak je la masuk while aku dan Suami Terchenta tunggu di luar.


Mamee Jonker House
Bayaran agak mahal RM15 untuk satu cawan mi, tapi pejam mata je la dah namanya tourist buat macam tourist ek

Bukan kiteorang je, ramai jugak pengunjung lain yang join aktiviti ni. Pandai betul Mamee Jonker House ni buat duit. Kalau beli satu cawan mi ni tak sampai RM5 pun. 


Mamee Jonker House
Setiap meja diberi pen Sharpie untuk mewarna cawan mi

Mamee Jonker House
Perasan tak cawan mi yang menghiasi dinding? Nampak berseni je kan.

Lama jugak kiteorang tunggu anak-anak habis mewarna. Dekat sejam kot. Sempat lagi berjalan-jalan dekat Jonker Street sementara dieorang siapkan cawan mi masing-masing. Bagus jugak macam tu, parents sebenarnya boleh tinggalkan anak-anak buat aktiviti ni lepas tu berjalan-jalan dengan aman! 😆

Bila dah siap, barulah dieorang ke bahagian mengisi mi dalam cawan. Dekat sini boleh pilih perisa samaada nak perisa vegetarian, ayam, tomyam atau kari laksa. Anak-anak pilih perisa kegemaran dieorang iaitu perisa ayam. Proses terakhir ialah seal cawan dengan penutup mi dan balut dengan plastik macam yang kita tengok yang dijual kat kedai.


Mamee Jonker House
Sebenarnya staff yang buatkan semua, dieorang cuma perlu serahkan cawan, pilih perisa apa dan selebihnya staff buatkan

Ta-dah! Inilah hasilnya...


Mamee Jonker House
Macam biasa, kakak punya berseni je sebab orang tu memang suka melukis dan mewarna. Yang adik tu siap ada 'angry face' sebelah Mamee Monster tu sebab dia kata tersilap warna jadi habis tak nampak muka Mamee Monster 😅

Mamee Jonker House
Ambik satu gambar untuk kenang-kenangan. Adik muka tak puas hati sebab lukisannya comot hehe

Sampai rumah lepas menghadap jem 4 jam, jadi dua-dua kelaparan. Nasib baik ada mi dalam cawan ni untuk dimakan. Lepas makan, Khadeeja terus buang cawan dalam tong sampah. Bye, bye RM15. Yang kakak pulak tanggalkan lukisan tu dengan berhati-hati dari cawan lepas tu dia simpan sebagai cenderahati melawat Melaka. Dua beradik ni memang tak sama langsung perangai, walaupun dua-dua lahir tarikh yang sama hihi.

Read more »
on Friday, September 08, 2023 14
Share this!
Tags
Malaysia, Places, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, September 08, 2023

MBG Fruit Shop dah bukak di Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur

Salam Jumaat semua,

Cepatnya minggu ni berlalu. Tau-tau dah Jumaat dan esok ada hari sukan di sekolah Khayla pulak. Hmm. Rasanya macam kebanyakan sekolah dah buat hari sukan sekolah tapi sekolah Khayla baru nak buat. Sepanjang minggu ni dia kena turun sekolah waktu pagi sebab join latihan kawad kaki untuk badan beruniform. Minggu ni hari sukan, minggu ni baru berlatih kawad kaki 😅. Seingat aku zaman aku di sekolah menengah dulu, 2 bulan sebelum hari sukan kiteorang dah kena praktis kawad kaki.

Anyway, bercerita pasal sekolah kadang-kadang bila datang mood rajin berjalan kaki, aku akan berjalan kaki ke stesen LRT lepas tu tukar ke stesen MRT  untuk jemput Khadeeja pulang dari sekolah. Sekolah Khadeeja tak jauh dari stesen MRT Hospital Kuala Lumpur jadi stesen ni agak selalu jugak kiteorang lalu setiap minggu.

Baru-baru ni MBG Fruit Shop dah bukak cawangan di stesen MRT HKL. Wah, senang la aku nak restock buah-buahan di rumah lepas ni 🤩. Sekarang aku tengah cuba untuk gantikan snek dan biskut dengan buah-buahan segar. Apa lagi jom singgah tengok buah-buahan:


MBG Fruit Shop
Suka tengok susun atur buah-buahan kat sini


MBG Fruit Shop
Buah-buahan import - ada red fuji apple, golden pear, NZ apple dan banyak lagi

MBG Fruit Shop
Buah-buahan tempatan pun ada

MBG Fruit Shop
Buah betik, nenas dan tembikai susu

MBG Fruit Shop
Sebelah ni pulak buah-buahan dari China kalau tak silap

MBG Fruit Shop
Harga pun tak jauh beza sangat dari di Pasar Chow Kit

Lepas meninjau buah-buahan yang ada, akhirnya aku beli avokado, oren, anggur shine muscat dan buah epal. Lepas tu aku ambik jugak satu pek buah mangga yang dah dipotong. Cukuplah untuk stok seminggu. Ikutkan memang rambang mata tengok buah-buahan kat sini, rasa nak borong semua jenis! Tapi fikirkan kena mengangkut balik rumah sambil jalan kaki tu ermmm... 😂

Nota kaki: Fun fact - MBG stands for "Money Back Guarantee", iaitu jaminan wang dikembalikan sekiranya pelanggan tak berpuas hati dengan kualiti buah-buahan yang dijual di sini. Ini bermakna setiap pelanggan yang membuat pembelian di cawangan MBG boleh dipulangkan dalam masa 7 hari (dengan resit/bukti pembelian) sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan kualiti pembelian mereka.

Read more »
on Friday, September 08, 2023 18
Share this!
Tags
Daily Life
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, September 07, 2023

Sarapan Nasi Goreng Bunga Kantan dan Ayam Goreng Kunyit



Pukul 11 pagi ialah masa untuk aku bersarapan selepas 16 jam berpuasa. Pagi tadi aku goreng nasi bunga kantan untuk sarapan Suami Terchenta. Alang-alang memasak nasi goreng, aku pun buka puasa dengan nasi goreng atau orang Sarawak panggil, nasi aruk.

Untuk tambah sayur-sayuran dan protein, aku makan ayam goreng kunyit yang aku masak sebelum ni dan simpan dalam peti sejuk. Aku suka buat ayam goreng kunyit sebab sekali harung masak dengan sayur-sayuran.

Di sini aku nak kongsikan resepi nasi goreng bunga kantan dan ayam goreng kunyit stail aku:


Nasi Goreng Bunga Kantan

Bahan-bahan:
  • Sejemput ikan bilis (direndam dan toskan air untuk kurangkan masin)
  • 2 ulas bawang merah
  • Seulas bawang putih
  • 2-3 cili padi (boleh tambah kalau suka pedas)
  • 1-2 batang bunga kantan - dihiris halus
  • 5 cawan nasi sejuk
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Kisar semua bahan kecuali bunga kantan dan nasi.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
  3. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit garing.
  4. Masukkan nasi dan gaul sampai sebati.
  5. Perasakan dengan garam dan gaul lagi.
  6. Tabur bunga kantan yang telah dihiris ke dalam kuali dan gaul dalam nasi goreng selama 5 minit.
  7. Sedia untuk dihidang.

Ayam goreng kunyit

Bahan-bahan:
  • Dada ayam tanpa tulang (daging dipotong kecil-kecil, digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam)
  • Kacang panjang - dihiris serong
  • Lobak merah - potongan julienne
  • Brokoli / Cauliflower
  • Separuh bawang holland - dihiris bulat
  • 1 sudu besar serbuk perisa cendawan
  • Cili padi (jumlah ikut suka pedas) - dibelah dua

Cara-cara:
  1. Goreng ketulan daging ayam sampai masak dan garing. Kalau nak lebih sihat, goreng dalam air fryer. Ketepikan.
  2. Tumis bawang sehingga wangi dan masukkan cili padi.
  3. Masukkan sayur-sayuran dan gaul dalam kuali sampai sedikit layu.
  4. Masukkan daging ayam yang telah digoreng dan gaul rata.
  5. Perasakan dengan serbuk perisa cendawan.
  6. Hidangkan panas-panas.
Read more »
on Thursday, September 07, 2023 32
Share this!
Tags
Recipes
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?
    Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sa...
  • Kimia Kebahagiaan
    Semua orang nak bahagia kan, tapi bahagia yang kekal tu tak akan tercapai sekiranya kita masih tak tahu tujuan kita diciptakan.   Petikan da...

Blog Favourite

  • SURIA AMANDA
    5 minutes ago
  • KasihkuAmani
    5 minutes ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    1 hour ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    1 hour ago
  • Amie's Little Kitchen
    1 hour ago
  • a m m i
    2 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    2 hours ago
  • Travel My Way
    3 hours ago
  • My Small World
    4 hours ago
  • Blog Anamizu™
    5 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    5 hours ago
  • Krabat Kramat
    5 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    6 hours ago
  • anajingga
    6 hours ago
  • Miles of smiles
    7 hours ago
  • KakmimDotCom
    13 hours ago
  • Drawing the Words
    18 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    20 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    1 day ago
  • Anies♥You
    1 day ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    1 day ago
  • Aku Sis Lin
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • orangbukit
    2 days ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 days ago
  • mulan@peace,love&harmony
    2 days ago
  • mrhanafi.com
    2 days ago
  • Mreneyoo
    2 days ago
  • Asa Blog
    5 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    5 days ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    6 days ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 week ago
  • Ainihalim
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    2 weeks ago
  • Warisan Petani
    2 weeks ago
  • Sunah Sakura
    3 weeks ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    4 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    5 weeks ago
  • Afzan Sidi
    5 weeks ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Inilah Shaizhar
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.