Sabtu lepas kiteorang pergi ke sekolah Khayla sebab Khayla join aktiviti perbarisan badan beruniform. Minggu lepas cikgu tanya ada sesiapa nak volunteer join acara perbarisan hari sukan? Jadi Khayla pun letak nama dia dalam senarai.

Kelakarnya pagi tu kiteorang terbangun lewat dekat-dekat pukul 7 pagi sedangkan Khayla kata kena ada kat sekolah pukul 7. Nasib baik dia tengah 'cuti', jadi boleh terus bersiap-siap pakai uniform. Tapi boleh pulak dia tak ingat kena pakai tudung hitam dan slack hijau, jadi dia pergi ke sekolah pakai tudung putih dan tracksuit hitam. Lambat punya pasal kan. Pukul 7.15, baru Suami Terchenta hantar dia ke sekolah. Lepas dia balik, dia tanya nak pergi tengok ke, sebab rupa-rupanya ibubapa pun dijemput hadir. Laa... ye ke. Jom la pergi, aku jawab dan terus ajak Khadeeja bersiap-siap.

Kiteorang ingatkan parents tak dijemput sebab cikgu kelas tak maklumkan aturcara hari sukan dekat Whatsapp group parents. Bila kiteorang sampai, ada cikgu maklumkan lokasi khemah parents, dan kiteorang tengok ada lagi kerusi kosong. Rasanya ramai parents ingat yang hari sukan ni cuma melibatkan pelajar-pelajar je sebab tu beberapa kerat je parents yang hadir.


Semua badan beruniform dan rumah sukan tengah berbaris menunggu untuk masuk ke padang

Alhamdulillah cuaca pagi Sabtu tu elok je dan menjelang tengahari dah mula panas terik. Yang penting padang tak becak. Tak lama lepas kiteorang ambik tempat duduk, emcee mengumumkan ketibaan Timbalan Pengarah PPD diiringi oleh pengetua, timbalan pengetua dan penolong kanan sekolah. Suasana meriah masa tu sebab diiringi jugak oleh paluan gendang dan kompang.


Ketibaan tetamu kehormat

Acara hari sukan sekolah dimulakan dengan atlet sukan membawa bendera sekolah masuk ke padang.


Atlet sukan wakil sekolah lengkap berpakaian tracksuit sukan

Kemudian acara perbarisan dimulakan dengan rumah sukan dan diselang-seli oleh pasukan badan beruniform. Tahun ni tema rumah sukan ialah buah-buahan. Seronok tengok kreativiti setiap rumah sukan menampilkan maskot masing-masing! Maskot pun sporting je pakai baju tema buah-buahan. Ada yang kena tampal belon satu badan, so boleh agak la buah apa tu kan hehe.

Badan beruniform paling segak bagi aku ialah Kadet Polis tapi bila diumumkan keputusan pemenang pertandingan perbarisan, juara ialah Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Kadet Remaja Sekolah di naib juara. Badan beruniform Khayla tak dapat sebarang tempat, takpelah adat pertandingan macam tu la kan - ada masa menang dan ada masa kalah. Yang penting dia berani mencuba acara kawad kaki dan perbarisan.


Aksi semasa acara perbarisan

Rumah sukan dan badan beruniform berhimpun di tengah padang

Acara seterusnya nyanyian lagu Negaraku diikuti oleh bacaan ikrar oleh wakit atlet sekolah sambil dikelilingi oleh pembawa bendera setiap rumah sukan dan badan beruniform.


Pembawa bendera berhimpun di sekeliling atlet sukan sambil mengangkat bendera

Lepas tu macam biasa ucapan dari tetamu-tetamu kehormat sebelum perasmian hari sukan sekolah. Lepas perasmian, barulah semua rumah sukan dan badan beruniform keluar padang untuk acara sukan. Since Khayla tak join acara sukan, jadi kiteorang pun malas nak tunggu lama-lama kat khemah sebab dah hari dah makin panas. Apa pun, aku nak ucapkan tahniah kepada semua guru-guru yang menyelia hari sukan sekolah sebab nampak semuanya lancar dan pelajar-pelajar tau apa yang dieorang kena buat. Bukan senang nak menjayakan program hari sukan ni apa lagi melibatkan orang luar (ibu bapa dan tetamu jemputan). Cuma satu je la yang kena improve, part promosi tentang hari sukan sekolah tu agak hambar. Tak macam sekolah Khadeeja, setiap hari ada countdown hari sukan sekolah.

Nota kaki: Bila tengok acara perbarisan ni, aku terkenang zaman sekolah dulu aku pun selalu jugak involved dalam acara perbarisan sekolah sebagai ahli PBSM. Masa tu senior kiteorang garang giler dan jenis perfectionist. Masa praktis kawad kaki, dia siap bawak batang pembaris meter untuk pastikan tangan kiteorang lurus masa berkawad. Lepas tu bila berhenti hentak kaki kena serentak, selagi tak serentak selagi tu la kena teruskan praktis sampai lenguh dan sakit kaki dibuatnya. Sebab tu agaknya kiteorang selalu dapat johan / naib johan dalam acara perbarisan (Pengakap selalunya bagi persaingan sengit jugak dengan kiteorang).

14 comments:

  1. memang ni salah satu aktiviti ler yg parents kena bagi support ;) sweet memories pastinya bila anak2 dh besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, nanti dieorg dh habis sekolah ada la kenangan waktu sekolah yg boleh throwback 😊

      Delete
  2. Betul, memang tak mudah bagi pihak sekolah nak anjurkan acara yang melibatkan ibubapa. Tahniah buat pihak sekolah 👏🏽

    Kawad kena serentak semua, barulah nampak cantik kan.
    Ada laa kenangan Carneyz dengan senior garang giler tu kan? 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kawad kena seragam dari pakaian smp la ke pergerakan. Sebab tu kena praktis byk kali. Dapat pulak senior yg perfectionist hehe.

      Delete
  3. Hehehe.. kreatif jugaklah yg tampal belon tu, sy pun tak terfikir.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah cuaca cantik.. Kalau ada aktiviti, cuaca cantik memang syoklah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, mesti cikgu2 pun risau hujan sbb skrg ni petang2 je hujan. Tapi alhamdulillah cuaca elok je.

      Delete
  5. Hahahahah buka perfectionist lagi kayaknya kak, dah OCD saya rasa si
    senior 😄.

    Menarik kalo ada acara seperti ini, meriah sangat. Dan pasti banyak effort yabg dilakukan para guru Krn banyak undangan acara. Hari sukan ini hanya ada di sana atau world wide? Saya tak ingat ada hari sukan di sini. Sekolah anak saya pun rasa tak merayakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, hari sukan ni maksudnya acara khas diadakan sukan-sukan dan olahraga di sekolah. Setiap sekolah di Malaysia ada hari sukan masing-masing biasanya dibuat tahunan kerana yang menang nanti akan jadi wakil sekolah di Majlis Sukan Sekolah peringkat daerah, negeri dan mungkin juga bakat mereka dipilih untuk jadi wakil Malaysia 👍🏻

      Delete
  6. kenapa khayla tak join sukan acara sukan? ke... atlit sekolah 'dah cop' dulu? lazim macam tu laa...dr zaman sek dulu kalau hari sukan nama atlet sekolah selalu yg first msk bertanding😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia sama macam saya, sukan ni bukan bidang kiteorg 😂

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .