• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Tuesday, September 26, 2023

Reunion Teman Sekuliah dan Ziarah Ex-Staff di HKL

Kalau hari Sabtu padat dengan aktiviti sekolah anak-anak, hari Ahad pulak dipenuhi dengan agenda sendiri. 

Kawan-kawan sewaktu di universiti dulu ajak berjumpa sebab dieorang plan nak buat aktiviti reunion ke-20 tahun next year. Eh eh, dah 20 tahun rupa-rupanya aku meninggalkan UTM. Dan 20 tahun jugaklah kiteorang tak bersua muka!

Yang lain berpakat berjumpa di Starbucks AEON Cheras Selatan. Jauh tu, tapi takpelah bukan selalu pun hehe. Mula-mula nervous jugak nak jumpa apa lagi mengenangkan keadaan fizikal yang dah jauh berbeza 😂. Tapi bila dah berjumpa, nampaknya ada jugak yang senasib dengan aku hehe. Terus hilang rasa self-conscious tu. Masing-masing excited bertanya khabar dan bertukar cerita tentang keluarga dan kerjaya masing-masing. 

Lepas bertukar khabar barulah beralih ke topik program reunion. Perancangannya nak buat program perkongsian pengalaman dan ilmu kerjaya dengan pelajar-pelajar undergraduates pada sebelah siang dan program reunion dengan kawan-kawan kuliah dan pensyarah-pensyarah kami (mana yang masih mengajar di UTM) pada sebelah malam. Barulah sesuai dengan slogan UTM 'Kerana Tuhan Untuk Manusia'.


Dieorang semua berjaya maintain wajah sama dari zaman belajar dulu, aku sorang je muka nampak berusia sebab dahi selalu berkerut masa zaman bekerja dulu! 😜

Baru separuh jalan perbincangan, aku kena mintak diri sebab ada satu lagi agenda petang tu iaitu melawat ex-staff aku yang dimasukkan ke HKL.

Pakcik Hussin (ex-staff aku) ni dah bersara tahun 2014. Kali terakhir aku berjumpa dengannya ialah tahun 2013 bila aku balik dari cuti tanpa gaji sebelum berpindah ke Sarawak. Walaupun rambutnya dah putih habis, tapi muka masih maintain macam dulu dan dia masih lagi ingat dengan kiteorang. Alhamdulillah, family cepat-cepat call ambulans masa dia diserang strok. Kalau tak mungkin lumpuh separuh badan.

Sebelum balik sempat jugak dia mintak ambikkan gambar dengan kiteorang sebab nak hantar dalam group Whatsapp alumni kakitangan syarikat. Terharu katanya sebab kiteorang datang ziarah dia di hospital walaupun dah bertahun-tahun tak berjumpa sejak dia bersara. Apapun, Pakcik Hussin memang banyak menolong aku hal-hal kerja dulu jadi bila dapat tau dia kena strok terus aku ajak Zaira teman aku ziarah dia di HKL. 


Semoga Pakcik Hussin sihat-walafiat lepas keluar dari hospital kelak

Nota kaki: Walaupun dah lama melangkah pergi dari UTM / tempat kerja, alhamdulillah ukhwah tetap terjaga 🥰.

Read more »
on Tuesday, September 26, 2023 36
Share this!
Tags
Friends Ooh La La, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, September 25, 2023

Gotong-royong Sekolah Khayla

Salam Isnin semua,

Macamana weekend korang? Weekend aku baru-baru ni agak sibuk dan padat dengan bermacam-macam aktiviti. Aku mulakan dengan event hari Sabtu. Hari Sabtu lepas dipenuhi dengan aktiviti di sekolah anak-anak. Mula-mula kiteorang ke sekolah Khadeeja untuk ambik buku laporan progres pelajar, lepas tu ke sekolah Khayla pulak untuk join gotong-royong keceriaan di sekolah.

Malam sebelum acara gotong-royong, kiteorang singgah di Mr DIY membeli beberapa barang untuk keceriaan kelas. Kiteorang belikan wallpaper sticker untuk papan notis di belakang kelas dan print beberapa poster simpulan bahasa dan English idioms untuk ditampal di papan notis. Sebelum ni kosong je papan notis tu. 


Anak-beranak bekerjasama menampal wallpaper di papan notis


At least ada la sesuatu ditampal di papan notis kelas

Kehadiran ibu bapa di kelas pun boleh dihitung dengan jari je. Rasanya cuma 2 buah keluarga termasuk kiteorang je yang turun padang. Parents yang lain mungkin kena bekerja hari Sabtu atau dah ada plan lain.


Warna merah jambu jadi pilihan sampai pelajar-pelajar kelas lain menggelar kelas 'Barbie'

Hmm.. Sedih la tengok kelas Khayla ni memang sumbangan dari ibubapa agak kurang, baik dari segi kewangan ataupun tenaga. Tengok kelas sebelah cantik dan ceria je - siap berlangsir, tampal poster, bendera-bendera dan bunga-bungaan bergantungan. Nampak ibubapa dan para pelajar semuanya rajin menceriakan kelas dieorang.

Beberapa bulan lepas Khayla bagitau aku yang kawan-kawan sekelas mintak tolong belikan sticker dinding corak batu-bata. Jadi aku pun sponsor sticker hiasan tu (sebab mengenangkan ada pelajar dari keluarga susah jadi aku tak sampai hati nak mintak Khayla kutip duit untuk belikan sticker tu, lagipun dieorang dah kutip RM5 seorang untuk beli hiasan keceriaan kelas which aku tak nampak pun apa yang dieorang beli). Tup-tup bila buat aktiviti mengecat, hiasan sticker tu semuanya ditanggalkan dan dibuang. Nak marah, tak sampai hati sebab budak-budak lagi. Tapi bila dieorang tanya aku bila nak belikan langsir, aku cuma jawab duit aunty dah habis beli sticker hiasan tu 🙃. 

Jadi pengajarannya, tahun depan tak payah belikan sticker dinding sebab bila kena buat aktiviti mengecat rugi je beli sticker tu. Lebih baik belikan langsir kelas dan dermakan beberapa bahan bacaan.

Korang selalunya bagi sumbangan apa untuk aktiviti keceriaan dan gotong-royong sekolah? Cuba share sikit dalam komen 😉.

Read more »
on Monday, September 25, 2023 30
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, September 22, 2023

Kejadian Beg Sekolah Hilang

Salam Jumaat semua,

Hari ni ada sesuatu yang kurang enak nak diceritakan, tapi ambik positif mungkin Allah nak gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Hari Rabu lepas, Khayla balik dari sekolah dengan muka sedih.

Pagi tu dia ada aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Memandangkan dieorang ada kawad kaki, cikgu suruh semua orang tinggalkan beg sekolah masing-masing di surau. 

Khayla cerita yang lepas habis aktiviti kawad kaki, dia pergi ambik beg sekolah di surau tapi tak jumpa. Bukan dia seorang, ada seorang lagi pelajar perempuan tingkatan satu pun mengalami nasib yang sama. Bila dah puas cari tak jumpa, dieorang pun inform cikgu dan cikgu mintak semua pelajar yang lain sama-sama cari beg sekolah Khayla dan pelajar satu lagi tu.

Sampai cikgu gertak selagi tak jumpa selagi tu tak boleh balik, sebab cikgu suspek ada budak yang buat 'prank' sorokkan beg sekolah. Puas la dieorang cari sampai ke tandas pelajar lelaki dan perempuan, dalam tong sampah dan bilik-bilik kelas yang lain memang tak jumpa. Menangis la anak dara aku tu sebab buku-buku dan bekas pensel dia semuanya hilang sekelip mata.

Petang tu dia terpaksa kongsi buku dengan kawan sebelah sebab buku dah hilang. Balik rumah dia monyok je, siap call makyeng (my mom) untuk mengadu dan mintak tolong nenek dia doakan beg yang hilang tu dapat jumpa balik.

Seriously aku tak faham apa motif orang curi beg sekolah Khayla. Beg tu bukannya beg mahal - beg beli kat Shopee harga RM30 dan takde jenama pun. Dalam beg ada buku dengan alatulis je sebab pelajar tak dibenarkan bawak handphone ke sekolah. Pendek kata, takde barang berharga pun dalam beg Khayla tu. 

Tak apalah Khayla. Mungkin ada hikmah di sebalik musibah yang berlaku ni. 

Ada satu doa yang Rasulullah SAW ajarkan bila kita ditimpa musibah:


doa musibah

 

Baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan doa ini ketika ditimpa musibah, Allah pasti akan menggantikan buatnya sesuatu yang lebih baik” [hadis riwayat Muslim].

Dan ucapkan juga:

الحَمْدُ لِله عَلَى كُلِّ حَال
“Segala puji bagi Allah di atas setiap perkara”

Semoga Allah menggantikan kehilangan dan kerugian harta benda Khayla dengan sesuatu yang lebih baik di sisi-Nya, Ameen Ya Rabbal Alameen 🤲🏻

Read more »
on Friday, September 22, 2023 38
Share this!
Tags
Family, Journal, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, September 21, 2023

Lirik Lagu 'Keef Bensa' (Nour Helou)

Tertarik dengan lagu yang dibawakan oleh penyanyi dari Lubnan ni sebab liriknya. Lirik lagu ni menggambarkan perasaan cinta yang berlarutan setelah berpisah.

Antaranya, "Ada sesuatu antara saya dan awak" menyerlahkan hubungan emosi yang masih wujud. Walaupun kekasihnya dah moved on dan memulakan hidup baru, tapi kenangan cinta lampau mereka masih kekal dalam hati penyanyi. 

"Bagaimana saya boleh melupakan awak, wahai kekasih (ya habibi)?" menandakan perpisahan itu sukar dan kenangan cinta silam masih menghantui penyanyi. 

"Seluruh duniaku merinduimu" menggambarkan rindu yang amat mendalam dan perasaan ingin bertanya khabar bekas kekasihnya.




'Keef Bensa' (How Could I Forget?)
Nour Helou

There is something between you and me, and after that you stayed within me (memory?)
في شي بیني وبینك بعده عایش فیي
Fi shi bayni wabaynak ba'duh 'eaysh fiyy

Even if you are gone and far away
حتى لو فلیت وصرت بعید
Hataa law falayt wasirt bi'eiyd

And I can't tell you what's going on with me
ومش عم بقدر قلك شو اللي صایر فیي
wamsha 'eam biqadr qalak shaw alli sayri fii

Maybe I would write something new
یمكن أحسن أكتب عن جدید
ymkun 'ahsan 'aktub 'ean jadeed

Then time passes and my heart says, “Oh.”
وبعده الوقت بیمرق وقلبي بيقلك آه
waba'idah alwaqt biy'imraq waqalbi biqlak "oh"

The world misses you so much, I have lived my whole life with you
قد الدنیا اشتقتلك، عمري كله عيشته معك
qad aldunya ashtaqtilk, eumuri kuluh eishatah ma'eak

Tell me how I can forget you, my love
قلي كیف بنساك یا حبیبي
qulliy keef bensa ya habibi

Everything reminds me of you, you want to tell me and I will tell you
كل شي بيذكرني فيك، بدي تحكيني وأحكيك
kulu shi bidhkurni fik, bidiy tahkini wa'ahkik

You say you haven't forgotten, my love
تقلي إنك ما نسیت یا حبیبي
tuqiliy 'iinak ma nasiyt ya habibi

Everything between you and me is written with my eyes
كل شي بيني وبينك مكتوب بعینیي
kulu shi bayni wabaynak maktub ba'eynayy

Even if you start a new journey
حتى لو بلش مشوار جدید
hataa law balash mishwar jideed

And I ask myself: “Where are you? What happened to you?”
وبسأل حالي: "وینك؟ شو اللي صایر فیك؟"
wabis'al hali: "wa'ynki? shu alliy sayr fayk?"

Maybe all of this is of no use
یمكن ھیدا كله ما بیفید
ymkun haydan kuluh ma biyfyd

Then time passes and my heart says, “Oh.”
وبعده الوقت بیمرق وقلبي بیقلك آه
waba'idah alwaqt biymraq waqalbi biyqlik "oh"

The world misses you so much, I have lived my whole life with you
قد الدنیا اشتقتلك، عمري كله عيشته معك
qad aldunya ashtaqtilk, eumuri kuluh eishatah maeak

Tell me how I can forget you, my love
قلي كیف بنساك یا حبیبي
qulliy keef bensa ya habibi

Everything reminds me of you. You want to tell me and I will tell you
كل شي بیذكرني فیك، بدي تحكیني وأحكیك
kulu shayin baydhakarni fayk, bidiy tahkuyni wa'ahkuyk

Oh, you say you haven't forgotten, my love
آه تقلي إنك ما نسیت یا حبیبي
ah tuqiliy 'iinak ma nasiyt ya habibi

P/S: Seni kata tulisan rumi tu mungkin salah sikit sebab guna Google Translate.
Read more »
on Thursday, September 21, 2023 16
Share this!
Tags
Entertainment
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, September 19, 2023

Lindungi Kulit Semasa Camping Dengan Sunscreen Terbaik 2023 - Sunscreen Aloe Vera SPF 50+ PAA++ Yang Boleh Basuh Dengan Air & Senang Reapply

Baru-baru ni masa pergi camping, cuaca cerah dan matahari terik waktu tengahari. Jadi aku siap-siap bawak sekali Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen, iaitu sunscreen SPF50+ PA+++ terbaik untuk melindungi kulit semasa membuat aktiviti di luar rumah.


Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PAA++
Angkut favourite sunscreen sekali pergi camping

Penting tau guna sunscreen waktu camping untuk mengelakkan kulit terbakar akibat terdedah bawah cahaya matahari semasa tengah set up khemah, memasak dan healing bawah pokok sambil menikmati pemandangan alam semulajadi!


Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PAA++
Bestnya memasak sambil layan view sungai

Kalau korang baca entry aku sebelum ni (8 Skincare Tips Memilih Sunscreen Terbaik Untuk Kulit Berminyak), banyak manfaat dan kebaikan apabila menggunakan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50+ PA+++ - antaranya teksturnya yang sangat ringan (lightweight) dan melembapkan (moisturizing), memberikan kesan menenangkan pada kulit selepas terdedah lama dengan cahaya matahari, tiada kesan white cast dan mesra wudu’ kerana sunscreen ini sunscreen yang boleh basuh dengan air.


Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PAA++
Tekstur sunscreen Aloe Vera yang lightweight & moisturizing. Boleh melembapkan kulit sesuai untuk kulit kering, ringan dan tidak menyumbat liang pori kulit sesuai untuk kulit berminyak

Bercakap tentang tekstur Aloe Vera Sunscreen, teksturnya yang lighweight & moisturizing menjadikan sunscreen atau sunblock ini sunscreen untuk semua jenis kulit baik untuk mereka yang memiliki kulit kering mahupun kulit berminyak. So kalau korang ada kulit berminyak macam aku, pertimbangkan sunscreen untuk kulit berminyak yang ringan dan tidak menyumbat liang pori kulit iaitu Sunscreen Aloe Vera.


Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PAA++
Lepas memasak, reapply sunscreen. Hilang rasa perit sebab cuaca panas

Aloe Vera sunscreen SPF 50 ni jugak mengandungi ekstrak aloe vera yang baik untuk kulit dan boleh menenangkan dan melegakan kulit yang merengsa selepas terdedah lama di bawah cahaya matahari. Selepas terdedah lama bawah sinaran matahari, mesti kulit rasa lega masa reapply sunscreen ni.

Aloe vera ialah bahan semulajadi yang mempunyai banyak manfaat untuk kulit. Ia menenangkan dan melegakan, dan ia boleh membantu mengurangkan keradangan dan kerengsaan. Aloe vera juga membantu melembapkan kulit, yang penting untuk melindunginya daripada matahari. Tak hairanlah Sunscreen Aloe Vera Hansaegee Nature ialah pilihan sunscreen terbaik untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. Ia juga tidak berminyak dan tidak komedogenik, yang bermaksud ia tidak akan menyumbat pori-pori.

Menariknya, Aloe Vera Sunscreen SPF 50 ni ialah hybrid suncreen merupakan inovasi sunscreen yang baru menggabungkan dua jenis sunscreen iaitu physical sunscreen dan chemical sunscreen.

Perbezaan Physical Sunscreen, Chemical Sunscreen dan Hybrid Sunscreen

Physical sunscreen bertindak sebagai perisai atas permukaan kulit yang melindungi dari sinar UVA dan UVB manakala chemical sunscreen pula bekerja dari bawah kulit dengan menyerap sinar UV dan membebaskannya sebagai haba supaya tidak masuk ke lapisan kulit dalam. Manakala hybrid sunscreen menggabungkan kedua-dua cara sunscreen ini bekerja untuk perlindungan spektrum yang luas.

Dari segi tekstur, physical sunscreen lebih tebal, meninggalkan white cast selepas disapu pada kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit sensitif dan berjerawat, manakala chemical sunscreen lebih ringan dan mudah disapu terutama pada kulit berminyak kerana menyerupai tekstur krim pelembap. Hybrid sunscreen pula memiliki tekstur ringan dan tidak meninggalkan white cast serta sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan berjerawat.

Sunscreen jenis hybrid ni sunscreen terbaik kerana menawarkan perlindungan spektrum luas terhadap kedua-dua sinaran UVA dan UVB di samping memberikan kesan moisturizing dan calming. Tapi jangan risau, Aloe Vera Sunscreen yang bagus ni tidak mengandungi bahan-bahan yang merbahaya iaitu tiada paraben, tiada alkohol, tiada sulfat dan tiada silikon.


Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PAA++
Sunscreen Aloe Vera SPF 50+ PAA++ menawarkan kedua-dua perlindungan spektrum luas terhadap sinaran UV dan juga menenangkan (soothing) kulit

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PAA++
Sapu sunscreen pada muka yang telah dibersihkan dan selepas memakai pelembap untuk perlindungan optimum dari bahaya sinar UV

Waktu sesuai pakai sunscreen ialah selepas mencuci dan memakai pelembap muka pada awal pagi. Lepas tu jangan lupa untuk reapply sunscreen setiap 2-3 jam untuk memastikan perlindungan sunscreen yang berkekalan sepanjang hari.

Kalau korang suka buat aktiviti di luar rumah macam camping, sunscreen ni akan buatkan korang rasa lebih yakin dengan perlindungan kulit apabila terdedah dengan sinaran matahari. For me, my skin feels well-moisturized and not oily at all even after spending hours outdoor whole day. Paling best, bila nak ambik wudu’ di tepi sungai setiap kali masuk waktu solat, tak perlu basuh muka dengan pencuci muka terlebih dahulu sebab sunscreen ni boleh dibasuh dengan air je. Senang, kan?

Dapatkan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen dari laman web Hansaegee Nature:

Brand: Hansaegee Nature

Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Read more »
on Tuesday, September 19, 2023 14
Share this!
Tags
Beauty & Fashion, featured
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Hari hari yang ku lalui...
    1 hour ago
  • Blog Begins At Forty
    1 hour ago
  • Amie's Little Kitchen
    1 hour ago
  • KasihkuAmani
    3 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    4 hours ago
  • SURIA AMANDA
    4 hours ago
  • Travel My Way
    7 hours ago
  • Miles of smiles
    7 hours ago
  • Aku Sis Lin
    9 hours ago
  • mrhanafi.com
    10 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    11 hours ago
  • Drawing the Words
    23 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    1 day ago
  • a m m i
    1 day ago
  • orangbukit
    1 day ago
  • My Small World
    1 day ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • Hidup Itu Indah
    2 days ago
  • LIFE WITH LOVE
    2 days ago
  • Anies♥You
    2 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    2 days ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    2 days ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    2 days ago
  • KakmimDotCom
    2 days ago
  • Titian Perjalanan
    3 days ago
  • anajingga
    3 days ago
  • Blog Anamizu™
    3 days ago
  • Mreneyoo
    4 days ago
  • Warisan Petani
    4 days ago
  • Krabat Kramat
    6 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 weeks ago
  • Ainihalim
    4 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.