Salam Jumaat semua,

Hari ni ada sesuatu yang kurang enak nak diceritakan, tapi ambik positif mungkin Allah nak gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Hari Rabu lepas, Khayla balik dari sekolah dengan muka sedih.

Pagi tu dia ada aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Memandangkan dieorang ada kawad kaki, cikgu suruh semua orang tinggalkan beg sekolah masing-masing di surau. 

Khayla cerita yang lepas habis aktiviti kawad kaki, dia pergi ambik beg sekolah di surau tapi tak jumpa. Bukan dia seorang, ada seorang lagi pelajar perempuan tingkatan satu pun mengalami nasib yang sama. Bila dah puas cari tak jumpa, dieorang pun inform cikgu dan cikgu mintak semua pelajar yang lain sama-sama cari beg sekolah Khayla dan pelajar satu lagi tu.

Sampai cikgu gertak selagi tak jumpa selagi tu tak boleh balik, sebab cikgu suspek ada budak yang buat 'prank' sorokkan beg sekolah. Puas la dieorang cari sampai ke tandas pelajar lelaki dan perempuan, dalam tong sampah dan bilik-bilik kelas yang lain memang tak jumpa. Menangis la anak dara aku tu sebab buku-buku dan bekas pensel dia semuanya hilang sekelip mata.

Petang tu dia terpaksa kongsi buku dengan kawan sebelah sebab buku dah hilang. Balik rumah dia monyok je, siap call makyeng (my mom) untuk mengadu dan mintak tolong nenek dia doakan beg yang hilang tu dapat jumpa balik.

Seriously aku tak faham apa motif orang curi beg sekolah Khayla. Beg tu bukannya beg mahal - beg beli kat Shopee harga RM30 dan takde jenama pun. Dalam beg ada buku dengan alatulis je sebab pelajar tak dibenarkan bawak handphone ke sekolah. Pendek kata, takde barang berharga pun dalam beg Khayla tu. 

Tak apalah Khayla. Mungkin ada hikmah di sebalik musibah yang berlaku ni. 

Ada satu doa yang Rasulullah SAW ajarkan bila kita ditimpa musibah:


doa musibah

 

Baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan doa ini ketika ditimpa musibah, Allah pasti akan menggantikan buatnya sesuatu yang lebih baik” [hadis riwayat Muslim].

Dan ucapkan juga:

الحَمْدُ لِله عَلَى كُلِّ حَال
“Segala puji bagi Allah di atas setiap perkara”

Semoga Allah menggantikan kehilangan dan kerugian harta benda Khayla dengan sesuatu yang lebih baik di sisi-Nya, Ameen Ya Rabbal Alameen 🤲🏻

38 comments:

  1. alahai..sedihnya..betul tu.. bab buku tu memang adv la kan.. x pe la.. mungkin ada la hikmah disebalik hilang bag tu ye..redha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la sedih MA, harap2 sesiapa yang ambik tu dilembutkan hatinya untuk pulangkan balik beg dengan buku2 dalam tu.

      Delete
  2. Allahuakbar kesiannya Khayla....acik dapat rasa apa yg Khayla rasa.mesti ada budak2 nakal yang sorok kononnya nak bergurau.kalau tak,tak mungkin boleh hilang.Sabar ye Khayla,insyaAllah nanti ada kawan yang tolong pulangkan..sama2 kita doa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la Afzan, tak faham budak2 zaman skrg kalau ye pun nak bergurau pulangkan balik esoknya kita maafkan je la. Tapi semalam pun tak siapa yang tampil pulangkan beg dieorg berdua tu. Harap2 ada buku teks ekstra sekolah boleh bagi sebab kesian dia kena kongsi buku dgn kawan.

      Delete
  3. Kesiannya Khayla.. sabar ya nak.. semoga Allah swt menggantikan ianya dgn yg lebih baik nanti, Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SK. Rasa kesal sebab buku2 latihan dan nota subjek hari tu semuanya hilang. Ada 5 subjek pulak tu hmm. Susah dia nak buat ulangkaji exam hujung tahun nnt 😢

      Delete
  4. Semoga semuanya di permudahkan. A-Min

    ReplyDelete
  5. Frust bila kejadian macam ni berlaku... Beg, alatulis mgkn boleh diganti tp buku2 latihan, nota semuanya tu... aduhai :(
    Apapun semoga dipermudahkan segala urusannya 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye sis. Tu yg saya fikirkan jugak, buku2 latihan dan nota yang dia dah buat dari awal tahun... 🥹

      Delete
  6. Kesian Kayla..tapi biasanya yang terambil/curi ni bukan kalangan yang tak mampu..tapi dia macam ada habit untuk ambil harta orang which mana yang dia berkenan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la, padahal beg Khayla tu biasa2 je fzy. Warna biru gelap plain takde corak2 atau hiasan / keychain.

      Delete
  7. Peliknya...tak pernah dengar beg sekolah hilang di sekolah. Walaupun bukan barangan berharga, tapi tetap menyusahkan tuan punya beg yang dicuri.

    Kesian Khayla dan budak perempuan sorang lagi tu. Semoga Allah beri kesedaran kepada orang yang buat aniaya.

    ReplyDelete
    Replies

    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻

      Delete
  8. kalau orang dewasa boleh pujuk hati sendiri tapi kalau budak agak sukar juga nak faham...takpekag moga Allah dapat gantikan yang baharu nanti sesuatu yang lebih baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sekarang dah happy balik sebab bapaknya dah belikan beg baru.

      Delete
  9. Replies
    1. Mak Khayla pun tengah menahan sabar ni Uncle huhu

      Delete
  10. La, kesian Khayla. Peliknya, beg sekolah boleh hilang. Dulu anak saya pernah buku teks hilang. Saya siap beli luar untuk ganti sebab pinjaman buku teks. Bila bawa ke sekolah, tengok-tengok sorang kawan dia pulang, terbawa balik 2 buku. Ler... itu baru satu buku. Kalau satu bag hilang, kes naya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni bukan kes terambik, memang sengaja ambik Nur. Nasib baik hilang dalam kawasan sekolah jadi tak perlu ganti baru buku2 teks. Harap2 semua buku yg hilang tu ada stok di stor buku teks, dan kondisi buku2 teks baru tu masih elok lagi.

      Delete
  11. Ya ampuuun, kok bisa bag sekolah pun diambil yaa. Kalaupun ada anak yg iseng nak prank, semogalah dia balikkan bag itu, walau diam2.

    Sayang memang kalau buku sekolah yg hilang. Apalagi kalau catatan penting di dalam buku juga lenyap.

    Semoga bisa balik kak Carneyz, atau ada hikmahnya dari semua ini

    Terkadang memang ada anak2 yg suka prank begini. Anak saya pun mengalami, tapi yg hilang sepatu. Saat sholat Dhuha di sekolah. Terpaksa dia balik sekolah tak pakai sepatu, untung dijemput oleh driver, bukan naik bas .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, budak2 zaman sekarang ni agak nakal kalau dibandingkan dengan zaman kita dulu. Ada jugak kawan sekelas Khayla yang kasutnya dibuang ke dalam tong sampah oleh budak-budak nakal. Entah apa yang lucu di fikiran dieorang bila menganiaya orang lain.

      Delete
  12. ala kesiannya ur daughter...mcm2 hal la kat sek...may be ada yg nakal pergi sorok kat mana2..or kena curi ker eh? pelik sungguh laaa anyway my razeen pernah hilang kasut sek (dh few times) jenuh jugak nak beli baru sbb harga sepasang kasut sek pun rm50

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahualam sis. Kena sorok / kena curi. Tapi mmg smp skrg tak jumpa lagi. Esok Khayla kena ambik buku teks baru memandangkan takde siapa yg tampil pulangkan beg dan buku2 Khayla.

      Delete
  13. yang ambil tu tolong laaa pulangkan... kalau ambil dan guna sekali pun tak de berkat ko nak belajar dik... pulangkanlah dan minta maaf kpd khayla...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorang dah tak berharap anies. Satu sekolah dah tau kejadian ni termasuk sesi pagi. Tapi si pencuri masih lagi tak pulangkan balik beg dan buku2 dalam beg tu. Semoga dia insaf dan sedar perbuatannya yang salah tu.

      Delete
    2. ada syak sesiapa ke termasuk orang luar?

      Delete
  14. Kalau ada yg iseng /prank ya koq kebangetan..maksudnya apa yaa...suka gak ngerti anak"jaman sekarang 🤦mudah"an bisa di kembalikan tas nya dan gak iseng lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang susah nak faham budak-budak zaman sekarang ni, mungkin dia rasa seronok sebab satu sekolah tau apa yg dia buat tapi tak tau siapa pelakunya. Kiranya perbuatan dia famous di sekolah, mungkin itu yg jadikan dia seronok.

      Delete
  15. Kot ye pun nak prank, then pulangkan balik laaa, eee geram pulak kita baca laaa.. bebudak sekarang kann, takde adab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Sislin, geram sebab buku2 latihan dan nota Khayla tu dia ambik jugak, menyusahkan Khayla nak buat ulangkaji nanti huhu

      Delete
  16. Bukan prank Kalau x pulang terus atau tak jumpa kat memana.. hm

    Aduh, maybe dia Berkenan sangat dengan design bag tu.. ayoyo..Moga lbut hati org tu nak pulang balik... Atau Harap Harap kantoi la nanti one day... Semoga digantikan dengan bag baru ye..

    ReplyDelete
    Replies

    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن  🤲🏻
      Tak tau apa yg dia berkenan sangat dengan beg murah dari Shopee, harga pun tak sampai RM50. Semoga dia diberikan hidayah sempat minta maaf dengan Khayla.

      Delete
  17. Lar ye ke?....moga beg dijumpai kembali. Kalau tak jumpa....moga Carneyz sekeluarga digantikan dengan rezeki yang berlipat kali ganda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻
      Dah redha beg tu hilang dan takkan ada sesiapa yg akan pulangkan sebab kes tu dah kecoh satu sekolah.

      Delete
  18. Haa..bab ni buat SA rasa x puas hati gak ni..sikembar SA tu pun sama..bag hilang, pencil box hilang..yag sorok budak perempuan ye..dia ingat kami ni semua keluarga kaya agaknya..budak2 zaman skrg ni x faham la..pandai sanagt membuli kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul SA, siapa yg buat ni tak malu dosa mencuri agaknya. Cuma mampu bersabar je hadap perangai budak2 zaman skrg.

      Delete
  19. tak pernah lg beg hilang di sekolah.. semoga lps ni tak ada lg beg yg hilang

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .