Makan Mee Tarik di Mee Hiris China Muslim di MyTown Cheras

Salam Jumaat kawan-kawan,

Malam semalam aku tengah clear kan galeri gambar dalam hp aku ni sebab dah tak boleh nak update iOS gara-gara tak cukup storage 😤. Baru aku perasan yang aku tak update lagi pasal pengalaman pertama makan mee tarik di MyTown 🤭. 

Minggu lepas aku naik MRT ke MyTown Cheras. Saja nak tukar angin asyik duduk di rumah je kan. Lepas jalan-jalan cuci mata, tiba-tiba rasa lapar la pulak. Masa tu aku tiba-tiba teringat ada someone buat blog entry pasal mee tarik. Eh, ada ke mee tarik kat MyTown ni? Jalan-jalan lagi tiba-tiba aku terpandang kedai Mee Hiris China Muslim.


Mee Hiris China Muslim
Lupa nak ambik gambar dari luar kedai, jadi pinjam gambar dari FB MyTown je la!

Mee hiris pun boleh la. Aku pun masuk kedai ni dan staff kedai terus bagi buku menu. Belek punya belek, eh ada jugak mee tarik rupa-rupanya. So apa lagi, aku pun order la mee tarik sup dengan daging ayam hiris. Ambik set hidangan sekali dengan dumpling ayam dan minuman. Lupa pulak harganya, kalau tak silap dalam RM20+.

Sementara tunggu mee sampai, aku ambik la gambar apa-apa yang patut untuk update dalam blog. Macam tu la jadi blogger kan, pergi mana-mana wajib ambik gambar memenuhkan galeri hp hehe. 


Mee Hiris China Muslim
Asal-usul mee hiris dari masyarakat Muslim di China

Dalam 5 minit je set mi sup yang dipesan pun sampai. Macam ni la rupanya.


mee tarik soup with chicken
Set mee tarik sup dengan hirisan ayam dan dumpling ayam


mee tarik soup chicken
Portion mee tarik agak besar, nasib baik aku tengah lapar giler masa ni

mee hiris china muslim
Close up tekstur mee tarik

Rasa mee tarik ni kenyal dan sedap. Sup pulak ada rasa berempah dan rasa lada sulah yang agak ketara. Tapi tu la, supnya tu agak tawar bagi aku. Kena tuang chili oil baru sedap sikit. Chili oil pun aku rasa macam ada something yang kurang. Mungkin aku dah terbiasa chili oil yang ada udang kering dalamnya sebab tu chili oil versi cili dengan minyak je tak berapa ummph di lidah aku.


mee hiris china muslim
Dumpling ayam ni OK la boleh diterima oleh tekak aku

Overall, hidangan yang mengenyangkan tapi dari segi rasa agak subjektif mungkin sebab aku tak biasa dengan masakan yang betul-betul dari negara China haha. Lain kali aku nak cuba mee yang digoreng atau hidangan lain dekat restoran ni.

Salam Maulidur Rasul 1445H

ucapan maulidur rasul



اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ عَبْدِÙƒَ ÙˆَرَسُولِÙƒَ النَّبِÙŠِّ الأُÙ…ِّÙŠّ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ ÙˆَصَØ­ْبِÙ‡ِ Ùˆَسَلم

Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad dan kerabat Muhammad seperti mana Engkau berikan selawat ke atas kerabat Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas kerabat Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung. – Hadis Riwayat Muslim

Maulidur Rasul adalah hari yang istimewa kepada umat Islam kerana pada hari ini, Nabi Muhammad SAW dilahirkan untuk menjadi perutusan Allah dan membawa syafaat kepada seluruh umatnya. Hari ini adalah hari yang penuh keberkatan, cahaya, dan kasih sayang. 

Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah yang terakhir dan menjadi contoh teladan sepanjang zaman. Baginda SAW membawa ajaran Islam yang murni dan penuh kasih sayang, mengajarkan nilai-nilai kesederhanaan, kejujuran, keadilan, dan kasih sayang kepada sesama manusia.

Perayaan Maulidur Rasul biasanya disambut dengan mengadakan majlis-majlis agama untuk memperingati baginda Rasulullah SAW melalui bacaan selawat, ceramah-ceramah keagamaan, dan pengisian waktu dengan amal ibadah. 

Selain itu, kita juga seharusnya berdoa kepada Allah SWT agar memberi kita petunjuk dan kekuatan untuk mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad SAW dalam hidup kita. Semoga peringatan Maulidur Rasul ini menguatkan keimanan kita dan membawa berkat kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Ameen Ya Rabbal Alameen.

Sempena Maulidur Rasul, marilah kita menghayati salasilah kehidupan Nabi Muhammad SAW sebelum dan selepas baginda menerima wahyu Allah. Mudah-mudahan rasa cinta terhadap Rasulullah SAW akan terus terpahat di hati setiap umatnya.


infografik sirah Nabi Muhammad SAW
Sumber: Portal Indahnya Islam

Salam Maulidur Rasul!

Nota kaki: Zaman sekolah dulu selalu ikut perarakan Maulidur Rasul keliling bandar Bintulu. Sebelum perarakan, sibuklah ustaz dan ustazah membuat sepanduk untuk dibawa berarak, dibantu oleh pelajar-pelajar yang pandai dalam bidang seni lukis (semestinya bukan aku hehe). Pelajar-pelajar pun kena hafal selawat Nabi dan kumpulan kompang pun sibuk praktis kompang mengiringi kontinjen perarakan. Bestnya bila ingat balik sambutan Maulidur Rasul masa tu.

Sosej Gulung Mudah dan Sedap Untuk Minum Petang

Kelas memasak bulan ni aku dan kawan-kawan mengajar resipi ringkas je untuk budak-budak buat sendiri di rumah. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak - roti paratha, sosej ayam dan keju cheddar keping je. Untuk sos cicah pulak, kiteorang buat sos marinara.


sos marinara
Sosej gulung dan sos marinara yang dibuat dalam kelas memasak


Masa bakar sosej gulung ni, semerbak baunya di dapur. Semua student cakap sedap, tak puas makan 2 keping je 😅. Lagi-lagi cicah dengan sos marinara tu, sampai licin sos marinara dieorang habiskan!


kelas memasak
Biasanya macam ni la bila tengah mengajar - abaikan meja berkecah masa kelas 🙈

Balik rumah, Khadeeja bagitau nak buat sosej gulung di rumah sebab tak puas makan di sekolah. Aku pun belikan bahan-bahannya selebihnya aku biarkan dia buat sendiri sebab dah ajar kan hehe.


Sosej gulung roti paratha
Versi buat di rumah pulak

Resipi Sosej Gulung (Sausage Roll)

Bahan-bahan:
  • Beberapa keping sosej ayam (potong dua)
  • Beberapa keping roti paratha (potong 4 macam potong pizza). Kiteorang guna roti paratha jenama Kawan
  • Keju cheddar keping (potong dua)
  • Untuk hiasan - pukul sebiji telur dengan secubit garam dan sesudu besar air suam untuk dijadikan egg wash sapu atas roll sebelum dibakar.
  • Italian / mixed herbs  untuk ditabur atas roll
Cara gulung boleh rujuk dalam video ni:


Nota: Boleh bakar dalam air fryer atau oven dengan suhu 200℃ selama 20-25 minit sampai warnanya bertukar kuning keemasan.


Resipi Sos Marinara

Bahan-bahan:
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • Minyak zaitun secukupnya (anggaran dalam 2 sudu besar untuk menumis bawang putih)
  • Satu sudu kecil Italian herbs 
  • Setengah tin crushed tomatoes
  • Setengah gelas air
  • Gula dan garam secukupnya

  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih sampai kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan crushed tomatoes dan kacau sebati.
  3. Masukkan Italian herbs dan kacau lagi.
  4. Masukkan setengah gelas air. Biarkan mendidih atas api kecil.
  5. Perasakan dengan gula dan garam.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidang.


Dekat rumah pulak, aku malas nak menumis bawang putih jadi aku gantikan dengan sos Prego:


marinara sauce
Janji ada rasa bawang putih tu

Yang ni cuma perlu tuang dalam mangkuk je hihi. Lepas tu aku perasakan dengan gula sikit (garam tak perlu sebab dah ada garam dalam kandungannya) bagi ada rasa manis-manis sikit. Siap untuk dihidang!

Wordy Wednesday - Roti Legend

roti krim legend

Aku buat keputusan menukarkan 'wordless wednesday' kepada 'wordy wednesday' hehe. Sebabnya aku rasa tak kena bila kena menulis beberapa ayat untuk entry bertajuk 'Wordless Wednesday'. Tapi demi menaikkan SEO posting terpaksa la jugak taip beberapa patah perkataan 😅 So tukar je la tajuknya jadi 'Wordy Wednesday'! 😂

Oh ya, siapa yang suka makan roti koko ni masa zaman kecik dulu? Roti ni legend weyh. Terkenang kembali masa kanak-kanak bila nampak bungkusan roti ni. Kenangan apa tu? Kenangan dengar penjual roti bunyikan hon bila lalu depan rumah. Maka semua permainan masa tu (batu seremban, teng-teng atau masak-masak) dihentikan sebab semua nak mengejar penjual roti.

Dalam banyak-banyak roti, roti koko ni my favourite sebab intinya krim coklat dan rotinya lembut. Kalau tak silap dulu harganya baru 20 sen sebungkus. Sekarang mana ada lagi roti harga macam tu 😂.

Semalam ternampak roti ni di restoren mamak. Terus aku mintak Suami Terchenta belikan. Saja nak tengok masih sama lagi ke tak dengan roti zaman kecik dulu.

Ternyata rotinya pun dah banyak berbeza. Dulu krimnya banyak bila digigit tu mesti ada 'misai' coklat atas bibir, versi sekarang pulak krimnya tak sebanyak yang dulu. Tapi rasanya tetap sama. 

Aku makan roti ni cicah dengan milo panas. Alhamdulillah, nikmat. 

Anak-anak takkan tau betapa gembiranya budak-budak tahun 90an bila mak belikan roti krim ni dari penjual roti. Sekarang roti krim Gardenia pun dieorang tak pandang. 

Siapa macam aku, suka roti koko masa zaman kecik dulu?

Reunion Teman Sekuliah dan Ziarah Ex-Staff di HKL

Kalau hari Sabtu padat dengan aktiviti sekolah anak-anak, hari Ahad pulak dipenuhi dengan agenda sendiri. 

Kawan-kawan sewaktu di universiti dulu ajak berjumpa sebab dieorang plan nak buat aktiviti reunion ke-20 tahun next year. Eh eh, dah 20 tahun rupa-rupanya aku meninggalkan UTM. Dan 20 tahun jugaklah kiteorang tak bersua muka!

Yang lain berpakat berjumpa di Starbucks AEON Cheras Selatan. Jauh tu, tapi takpelah bukan selalu pun hehe. Mula-mula nervous jugak nak jumpa apa lagi mengenangkan keadaan fizikal yang dah jauh berbeza 😂. Tapi bila dah berjumpa, nampaknya ada jugak yang senasib dengan aku hehe. Terus hilang rasa self-conscious tu. Masing-masing excited bertanya khabar dan bertukar cerita tentang keluarga dan kerjaya masing-masing. 

Lepas bertukar khabar barulah beralih ke topik program reunion. Perancangannya nak buat program perkongsian pengalaman dan ilmu kerjaya dengan pelajar-pelajar undergraduates pada sebelah siang dan program reunion dengan kawan-kawan kuliah dan pensyarah-pensyarah kami (mana yang masih mengajar di UTM) pada sebelah malam. Barulah sesuai dengan slogan UTM 'Kerana Tuhan Untuk Manusia'.


Dieorang semua berjaya maintain wajah sama dari zaman belajar dulu, aku sorang je muka nampak berusia sebab dahi selalu berkerut masa zaman bekerja dulu! 😜

Baru separuh jalan perbincangan, aku kena mintak diri sebab ada satu lagi agenda petang tu iaitu melawat ex-staff aku yang dimasukkan ke HKL.

Pakcik Hussin (ex-staff aku) ni dah bersara tahun 2014. Kali terakhir aku berjumpa dengannya ialah tahun 2013 bila aku balik dari cuti tanpa gaji sebelum berpindah ke Sarawak. Walaupun rambutnya dah putih habis, tapi muka masih maintain macam dulu dan dia masih lagi ingat dengan kiteorang. Alhamdulillah, family cepat-cepat call ambulans masa dia diserang strok. Kalau tak mungkin lumpuh separuh badan.

Sebelum balik sempat jugak dia mintak ambikkan gambar dengan kiteorang sebab nak hantar dalam group Whatsapp alumni kakitangan syarikat. Terharu katanya sebab kiteorang datang ziarah dia di hospital walaupun dah bertahun-tahun tak berjumpa sejak dia bersara. Apapun, Pakcik Hussin memang banyak menolong aku hal-hal kerja dulu jadi bila dapat tau dia kena strok terus aku ajak Zaira teman aku ziarah dia di HKL. 


Semoga Pakcik Hussin sihat-walafiat lepas keluar dari hospital kelak

Nota kaki: Walaupun dah lama melangkah pergi dari UTM / tempat kerja, alhamdulillah ukhwah tetap terjaga 🥰.