ucapan maulidur rasul



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad dan kerabat Muhammad seperti mana Engkau berikan selawat ke atas kerabat Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas kerabat Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung. – Hadis Riwayat Muslim

Maulidur Rasul adalah hari yang istimewa kepada umat Islam kerana pada hari ini, Nabi Muhammad SAW dilahirkan untuk menjadi perutusan Allah dan membawa syafaat kepada seluruh umatnya. Hari ini adalah hari yang penuh keberkatan, cahaya, dan kasih sayang. 

Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah yang terakhir dan menjadi contoh teladan sepanjang zaman. Baginda SAW membawa ajaran Islam yang murni dan penuh kasih sayang, mengajarkan nilai-nilai kesederhanaan, kejujuran, keadilan, dan kasih sayang kepada sesama manusia.

Perayaan Maulidur Rasul biasanya disambut dengan mengadakan majlis-majlis agama untuk memperingati baginda Rasulullah SAW melalui bacaan selawat, ceramah-ceramah keagamaan, dan pengisian waktu dengan amal ibadah. 

Selain itu, kita juga seharusnya berdoa kepada Allah SWT agar memberi kita petunjuk dan kekuatan untuk mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad SAW dalam hidup kita. Semoga peringatan Maulidur Rasul ini menguatkan keimanan kita dan membawa berkat kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Ameen Ya Rabbal Alameen.

Sempena Maulidur Rasul, marilah kita menghayati salasilah kehidupan Nabi Muhammad SAW sebelum dan selepas baginda menerima wahyu Allah. Mudah-mudahan rasa cinta terhadap Rasulullah SAW akan terus terpahat di hati setiap umatnya.


infografik sirah Nabi Muhammad SAW
Sumber: Portal Indahnya Islam

Salam Maulidur Rasul!

Nota kaki: Zaman sekolah dulu selalu ikut perarakan Maulidur Rasul keliling bandar Bintulu. Sebelum perarakan, sibuklah ustaz dan ustazah membuat sepanduk untuk dibawa berarak, dibantu oleh pelajar-pelajar yang pandai dalam bidang seni lukis (semestinya bukan aku hehe). Pelajar-pelajar pun kena hafal selawat Nabi dan kumpulan kompang pun sibuk praktis kompang mengiringi kontinjen perarakan. Bestnya bila ingat balik sambutan Maulidur Rasul masa tu.

22 comments:

  1. Salam Maulidur Rasul juga buat Karni sekeluarga..
    Betul rindu zaman sekolah kann.. lagi-lagi jalan berarak kemudian makan beramai dalam dulang.. seronoknyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul Sislin. Meriah join perarakan dulu2. Siap ada pertandingan sepanduk paling cantik dan kreatif hihi.

      Delete
  2. Salam Maulidur Rasul.
    Teringat zaman sekolah, masing2 sibuk geledah gerobok cari kain songket untuk persembahan nasyid maulidur rasul. Meriah dgn makanan potluck.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kadang2 ada pertandingan nasyid dan pidato agama. Saya pernah jugak join pertandingan nasyid hehe.

      Delete
  3. Nice infoGrafik tu.... ! Salam Maulidur rasul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang nak ingat hihi. Salam Maulidur Rasul uncle!

      Delete
  4. Salam maulidur rasul dan slmt bercuti.

    ReplyDelete
  5. Salam Maulidur Rasul Carneyz, jom kita selawat ke atas nabi junjungan S.A.W...

    ReplyDelete
  6. Salam Maulidur Rasul Carneyz.
    Semoga kita semua terus istiqamah mencontohi dan meneladani akhlak terpuji Rasulullah SAW.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul Kak Amie 💕 Ameen YRA 🤲🏻

      Delete
  7. allahumma solli ala muhammad. salam maulidur rasul

    ReplyDelete
    Replies
    1. للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
      Salam Maulidur Rasul mamapp 💕

      Delete
  8. Sayangnya perayaan Deket rumah saya tak terlalu meriah kak. Biasa saja. Dulu saat di Aceh, perayaan seperti ini pasti meriah sangat. Blm lagi sekolah2 juga mengadakan lomba. Kalo Skr, sekolah anak saya juga ga ngadain, cuma libur Kamis kemarin, Jumat belajar macam biasa 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Malaysia perarakan Maulidur Rasul ni memang acara wajib di kebanyakan tempat. Ada juga acara sampingan contohnya aktiviti memanah, pertandingan nasyid dsb. Baru hari ni masjid di tempat saya buat acara perarakan Maulidur Rasul. Mungkin Khamis lepas AJK masjid terlibat dengan acara perarakan di Putrajaya.

      Delete
  9. salam maulidurrasul utk kita semua sbb umat nabi muhammad SAW :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
      Salam Maulidur Rasul MZ 💕

      Delete
  10. Salam Maulid Rasul, tempat saya ada ceramah dan anak"ada kegiatan qasidahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul Mreneyoo 💕 Alhamdulillah, semoga dengan aktiviti2 ini boleh meningkatkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW 👍🏻

      Delete
  11. zaman sek dulu, rasanya x penah buat perarakan atau buat sambutan maulid. kalau ada pun kt msjid/surau. sek sy dulu selalu utamakan thn baru hijrah. mcm2 prog. smpi sy penah msk pertandingan nasyid 2x wakil sek😁 sempena maal hijrah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah saya pun tak buat tapi hantar kontinjen wakil sekolah utk join aktiviti perarakan Maulidur Rasul peringkat daerah hehe.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .