Dah lama sebenarnya peram entry pasal lunch di Gula Cakery @ KL East Mall. Aku sekarang tengah gigih clear kan memori h/p. Jadi dah alang-alang ambik gambar tu, terus la letak kat blog je.
Pertengahan bulan Ogos lepas, Khadeeja dan kawan-kawan sekelas buat play date di KL East Mall sebab salah seorang kawan sekelas dia bakal berhenti sekolah kat sekolah dieorang. Dieorang pakat ramai-ramai nak bermain ice skating jadi sementara Khadeeja sibuk dengan play date nya, kiteorang bawak Khayla pergi makan tengahari di Gula Cakery sebab dia teringin nak makan lasagna.
First time sebenarnya aku makan dekat Gula Cakery kat KL East Mall ni. Sebelum ni aku pernah pesan kek Gula Cakery ni di IOI Mall Putrajaya. Yang kat Putrajaya tu takde menu hidangan panas, cuma ada kek je.
![]() |
Gula Cakery @ KL East Mall |
Masa kiteorang sampai tu, restoran masih penuh dengan pengunjung jadi kiteorang terpaksa duduk di kafe Gula Creamery di sebelah.
![]() |
Tempat duduk kat sini agak terhad tapi nasib baik tak lama lepas tu ada meja kosong jadi boleh sambung dengan meja bulat ni |
![]() |
Sementara tunggu pesanan sampai, ambik gambar kek dulu. Semuanya nampak menggoda! |
Ni la makanan yang kiteorang pesan tengahari tu:
![]() |
Beef lasagna (Khayla) |
![]() |
Grilled chicken chop (Suami Terchenta) |
![]() |
Spaghetti masak lemak cili api dengan beef brisket menjadi pilihan aku |
![]() |
Minuman dipesan Suami Terchenta dan Khayla (dah lupa nama) |
Dari segi portion makanan, memang berbaloi dengan harganya sebab portion sini agak besar. Dari segi rasa, bagi aku setakat OK je la tapi Khayla puji lasagna sedap (Khayla tak pernah tak puji lasagna kat mana-mana pun 😆). Spaghetti masak lemak cili api tu agak pedas dekat lidah aku dan santannya pulak pekat jadi separuh jalan aku dah rasa muak. Lupa pulak apa review Suami Terchenta sebab dah lama sangat peram post ni hehe.
Tapi ni pendapat aku je la. Orang lain mungkin ada pandangan berbeza tentang hidangan di Gula Cakery. Siapa pernah makan kat sini, boleh kongsi pendapat korang tak?