Minggu lepas aku tertarik nak cuba resipi kuih bakar comel yang Mommy Ayu kongsikan di blognya. Tapi gara-gara derhaka resipi, kejadiannya dah serupa kawah gunung berapi! πŸ˜‚

Tapi walaupun rupanya buruk, rasanya alhamdulillah sedap. Cuma tu la, lain kali pengajarannya jangan derhaka dengan resipi hehe.

Asalnya tak plan nak derhaka tapi tepung kat rumah cukup-cukup untuk 1 cawan je. Jadi bahan-bahan yang lain aku pun cuba adjust untuk resipi guna 1 cawan tepung. Hmm. Failed teruk! 🀣🀣


Khadeeja rajin tolong aku kalau melibatkan aktiviti di dapur sebab dia minat memasak dan buat kuih


Masa ni nampak cantik, helok lagi. Memandangkan takde biji bijan kat rumah jadi nampak kosong la kat atas tu...

Tu dia, kawah gunung berapi!

Kawan-kawan yang pandai buat kuih, sebab apa ye bancuhan kuih ni membentuk kawah kat tengah-tengah tu? πŸ˜‚ Boleh tak bagi pencerahan sebab sis ni idok ler terer bab buat kuah ni walaupun mengajar kelas memasak haha!

Apapun terima kasih buat MA sebab kongsi resipi yang mudah ni. Lain kali dah beli tepung kita cuba lagi hehe.

Nota kaki: Teringat zaman PKP dulu, famous group FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ini bila ahli group kongsi kejadian buruk kuih masing-masing hehe.

16 comments:

  1. Comey..saya pun tak tahu pasaipa gitu..sebab bukan pembuat kuih gak..haha..Yee..teringat group tu time PKP, meriahhhh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi la.. nasib baik comel dan sedap hihi. Kalau tak ke tong sampah la pengakhirannya.

      Delete
  2. Kalo kue saya menyerah kak 🀣🀣. Tak pernah sukses hahahaha. Lebih suka mencoba resep makanan berat saja, lebih mudah , πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka buat kuih dan memasak, tapi suka dan pandai tu soalnya hal yang berbeza. Hahaha!

      Delete
  3. Karena kurang tepung ya kak?,jadinya begitu mengembang,kempis lagiπŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh sebab kurang tepung ke? Saya pun tak pasti πŸ˜…

      Delete
  4. SA angkat tangana awal- awal bila melibatkan kuih ni...x pandai SA..kalau lauk pauk tu serah kat SA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita SA. Suka buat kuih tapi tak reti bila kejadiannya failed! Hahaha!

      Delete
  5. Uii nampak sedapnyaa.. nanti nak belejk gak laa resepi MA ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa dah ada, cuma sebab derhaka resipi tu yg tak menjadi kot hehehe

      Delete
  6. MZ failed bab2 kuih hehhehe suka mkn ajerrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak ikut nasib, kalau nasib baik jadi elok je kuih tu tapi kalau nasib tak baik, macam ni la rupanya hahaha!

      Delete
  7. bagus Khadeeja rajin membantu di dapur, sori mama pn xpandai la buat kuih bakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mmg suka tolong kat dapur dari darjah satu lagi.

      Delete
  8. awat yg satu tu jauh tenggelamnya?🀭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamana tenggelamnya hatiku melihat kejadiannya hahaha!

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .