Bawak Mak Jalan-Jalan ke Tasik Perdana Naik MRT

Kali terakhir mak datang KL bulan Ogos lepas, ada sekali tu kiteorang tak tau nak pergi mana weekend tu. Lepas tu aku bergurau dengan mak, 'Jom mak kita pergi Taman Tasik Perdana naik MRT.' Mak aku ni sama kepala gila-gila macam aku jugak, jadi dia pun onz je.

Padahal ni first time jugak cuba MRT nak ke sini. Sampai sesat barat sebelum akhirnya jumpa jalan yang benar betul ke sini. Yang kelakarnya tu, kiteorang sesat sama-sama dengan pelancong dari Indonesia. Dah macam perumpamaan bagai si rabun memimpin si buta 😂. Ya ampun dong, walaupun orang Malaysia tapi nggak pernah sampai ke sini naik MRT hehe.


Jalan-Jalan ke Tasik Perdana Naik MRT
Bukti sampai ke Taman Tasik Perdana

Kalau naik LRT dari Sentul Timur, macam biasalah berhenti di Stesen Titiwangsa untuk tukar ke laluan MRT menuju ke Putrajaya, lepas tu turun di stesen Tun Razak Exchange dan ambik pulak laluan menuju ke Kwasa Damansara di platform seberang. Akhir sekali, turun di stesen MRT Muzium Negara dan keluar di Pintu B.

Jalan-Jalan ke Tasik Perdana Naik MRT
Paksa jugak dua orang budak ni keluar rumah kalau tak asyik memerap dalam bilik je!

Jalan-Jalan ke Tasik Perdana Naik MRT
Keluar Pintu B ni tau


Jalan-Jalan ke Tasik Perdana Naik MRT
Cuaca panas, jadi kiteorang tak gigih nak panjat tangga ambik gambar depan Muzium Negara. So ambik je la gambar berlatarbelakangkan Muzium Negara dari pintu masuk ke stesen MRT ni


Dari sini la kiteorang sesat barat sebab takde penanda arah menunjukkan laluan ke Taman Tasik Perdana. Last-last kiteorang tanya dekat pekerja DBKL yang tengah menyapu jalan untuk tunjukkan arah ke Taman Tasik Perdana.

Jadi untuk pengunjung yang baru pertama kali nak pergi ke Taman Tasik Perdana dari stesen MRT Muzium Negara, bila korang keluar Pintu B tu korang pergi je ke arah kiri dan berjalan kira-kira 200 meter sampai korang nampak macam laluan terbuka di sebelah kanan. Belok ke jalan ni dan korang akan nampak underpass / terowong menuju ke Taman Tasik Perdana. Senang je tau.


Jalan-Jalan ke Tasik Perdana Naik MRT
Yeay, we made it!

Dah lama sebenarnya tak jejak kaki ke Taman Tasik Perdana ni. Mak aku selalu teringat balik fasa lepas buat kimoterapi macamana dia paksa diri untuk berjalan satu pusingan kat sini sebab doktor kata dia kena kuatkan semula otot yang lemah sebab rawatan kimo. Masa tu kerajaan baru longgarkan SOP boleh bukak pelitup muka masa beriadah, jadi kiteorang rajin bawak dia ke Taman Tasik Perdana / Taman Tasik Titiwangsa masa tu.


Jalan-Jalan ke Tasik Perdana Naik MRT
Pokok sebelah kiri ni namanya rainbow eucalyptus tapi tak pasti kalau kulitnya tu boleh dibuat jadi minyak kayu putih

Dah puas jalan-jalan kat sini, on the way balik tu, kiteorang sempat singgah di Restoran Chef Faez makan tengahari di sini pulak. Takde rezeki mak jumpa Chef Faez kali ni.


Jalan-Jalan ke Tasik Perdana Naik MRT
Masing-masing kelaparan lepas jalan-jalan di Taman Tasik Perdana

Kakak Belanja Makan Di Wagyu Yakiniku @ Danau Kota

Salam Isnin semua,

Macamana weekend korang? Macam biasa hujung minggu kiteorang dihabiskan bersama keluarga. Hari Sabtu keluar makan dengan kakak aku dan hari Ahad pulak ada beberapa aktiviti keluarga dan teman Suami Terchenta ke sesi kiropraktik. 

Bercakap pasal keluarga, aku nak throwback aktiviti makan-makan dengan kakak aku awal tahun ni. Masa kakak aku dapat unexpected bonus awal tahun ni, dia ajak kiteorang makan di Wagyu Yakiniku @ Danau Kota. 

 Yakiniku Steakhouse

Restoran ni berkonsepkan makanan BBQ atau panggang. Yakiniku ialah istilah Jepun yang bermaksud daging panggang atau merujuk kepada hidangan daging panggang. Yang menjadi tarikan di restoran ni ialah daging panggang yang digunakan ialah daging wagyu halal dari Jepun. Kalau dengar wagyu ni, mesti terlintas dalam fikiran daging yang premium dan cair di mulut!


Wagyu Yakiniku
Dalam restoran


Memandangkan malam tu kakak aku yang belanja, jadi kiteorang serahkan kepada kakak untuk memesan hidangan. Lagipun kiteorang ni noob pasal tempat-tempat macam ni 😅. Kakak duduk dengan adik bongsu yang pernah belajar kat Jepun jadi adik aku yang perkenalkan restoran Jepun halal dekat kakak. Kiteorang tau makan kat Sushi King je hehe. 


halal wagyu
Kakak pesan daging wagyu Jepun (atas) dan Australia (bawah). Dah tentulah yang dari Jepun tu lagi lembut dan sedap

Wagyu Yakiniku
Kalau tak silap aku yang ni set, ada daging ayam, tiga jenis cendawan, tiga jenis sayur, edamame dan nasi

Wagyu Yakiniku
Kakak order kan jugak set makanan laut sebab Khadeeja request nak udang 

Wagyu Yakiniku
Seronoknya dia dapat makan udang panggang

Wagyu Yakiniku
Aku dah lupa nama hidangan ni tapi ada telur, daging, rumpai laut, timun dan nasi kat bawah tu


Sebenarnya ada lagi hidangan lain yang kakak aku pesan malam tu tapi memandangkan perut dah lapar, jadi bila daging wagyu sampai je memang tak snap dah gambar makanan lain yang sampai selepas tu 🤣. 

First time makan daging wagyu panggang, memang betul la orang cakap masuk mulut je terus cair, tak payah beria-ia nak kunyah hehe. Makan macam tu je pun sedap tak payah nak cicah sos apa-apa.  


Wagyu Yakiniku
Terima kasih kakak, belanja makan daging wagyu panggang!

Alhamdulillah, walaupun nampak banyak tapi berjaya jugak kiteorang menghabiskan semua makanan yang dipesan. Thank you again to my sister, tak lokek belanja makan bila ada rezeki lebih. Semoga melimpah-ruah rezeki kakak asbab rajin belanja adik-beradik makan yang sedap-sedap! 🫶🏻

Surah Adh-Dhuha dan Maksudnya

Surah Ad-Dhuha mengajarkan kita tentang adanya rahmat Allah kepada manusia. Isi penting pada surah ini Allah SWT menerangkan berkali-kali tidak akan meninggalkan Nabi Muhammad SAW dan orang beriman.

Ia dinamakan Ad-Dhuha yang bermaksud waktu dhuha oleh kerana pada awal surah ini, Allah bersumpah dengan waktu dhuha.

Surah ini diturunkan untuk memberikan hiburan kepada Nabi SAW atas celaan orang-orang musyrik Quraisy yang menghina baginda. Dalam masa yang sama ia juga untuk membantah segala celaan mereka, dan meyakinkan bahawa Allah tidak meninggalkan ataupun membenci Nabi Muhammad SAW.

Antara kelebihan mengamalkan Surah Adh-Dhuha ialah:

  1. Dicukupkan segala rezeki - ianya berkait rapat dengan amalan mengerjakan solat sunat Dhuha, yang mana ibadah ini memberikan kita kemurahan rezeki dengan segala kecukupkan di dunia, insha Allah.
  2. Memperoleh keselamatan bagi dirinya dan keluarga di dunia - apabila membacanya sebanyak 7 kali ketika terbit dan terbenam matahari, Insha Allah terpelihara dari musibah, sihir, kecurian dan binatang berbisa.
  3. Membuktikan kekuasaan dan kehebatan Allah SWT - Ad-Dhuha merupakan sumber kekuatan kepada kita sebagai hamba Allah. Justeru, surah ini sesuai untuk mereka yang hampir berputus asa dan sedih dengan nasib yang menimpa.
  4. Mendidik hati kita untuk sentiasa bersyukur - Allah berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 7 bahawa jika hambaNya bersyukur, pasti Dia akan tambahkan nikmat dalam hidupnya, sebaliknya bila hambaNya kufur nikmat, maka sesungguhnya azabNya amatlah pedih. 
Sumber: Taqwa.my

Terjemahan Surah Adh-Dhuha:

A001
Demi waktu dhuha,


A002

Dan malam apabila ia sunyi-sepi


A003

Tuhanmu tidak meninggalkan kamu dan tidak (pula) benci kepadamu.


A004

Dan sesungguhnya kesudahan adalah lebih baik bagimu daripada permulaan.


A005

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau berpuas hati.


A006

Bukankah Dia mendapati engkau yatim-piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?


A007

Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk?


A008

Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.


A009

Oleh itu, adapun anak yatim, maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.


A010

Adapun orang yang meminta-minta, maka janganlah engkau tengking herdik.


A011

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Bacaan Surah Adh-Dhuha yang indah:



Nota kaki: Dengan segala yang berlaku pada masa sekarang, perbanyakkan membaca Surah Adh-Dhuha dan sampaikan doa dan harapan kepada Allah untuk bantu saudara-saudara Islam kita yang sedang menghadapi ujian yang sangat berat di bumi suci sana. 

Bila Anak Rajin Buat Biskut

Khadeeja tiba-tiba bagitau dia teringin nak makan sugar cookies balik dari sekolah. Since dia dah belajar cara-cara nak bancuh adunan doh biskut, jadi aku bagi je la dia buat sendiri. Tak susah mana pun resipi ni.


Rolling pin tertinggal kat sekolah masa mengajar jadi pakai cawan je nak leperkan adunan biskut  

Besar kecik besar kecik je acuan hati biskut tu 🤭

Biskut dah masak, keluarkan dari oven

Yeay, biskut dah siap masak!


Kalau ada royal icing boleh la hias biskut ni tapi takde pulak. Takpelah, makan macam tu pun sedap.

Resipi sugar cookies boleh tengok kat SINI.

Jom tengok Chef Khadeeja memasak egg drop soup masa umur dia 8 tahun (abaikan rambut dia yang serabai sebab masa tu dia tak suka sikat rambut! 😂):


Sesi Perkongsian Pengurus Rumahtangga

Sebelum aku berhenti kerja 2 tahun lepas, satu benda yang aku miss ialah having a support system yang sama macam dekat tempat kerja dulu. Bila dah berbelas-belas tahun bekerja, aku dah terbiasa dengan support system kawan-kawan di ofis. Maksudnya, bila ada masalah pasal kerja, support system ni la yang jadi tempat rujukan untuk dapatkan pendapat, share experience setelkan masalah kerja dan tempat curhat bila kena marah boss 🤣.

Sekarang dah takde la hadap part kena marah boss tu, tapi still aku rasa perlu ada support system untuk bertukar pendapat dan rujukan idea macamana nak handle anak-anak, kewangan dan kehidupan seharian. 

Alhamdulillah, aku dipertemukan dengan full-time home managers yang semuanya satu masa dulu ialah dari golongan profesional. Ada yang dari latar belakang HR, Finance dan Media. Semalam kiteorang keluar brunch sama-sama. During our brunch session, kiteorang berbincang tentang macamana nak handle anak-anak dari pembacaan buku-buku psikologi dan kelas parenting yang pernah attend sebelum ni, idea-idea aktiviti dengan anak-anak dan keluarga, what to expect moving forward dari kehidupan berkerjaya kepada kehidupan sebagai full-time mom dan pengurus rumahtangga.


Full-time moms support system

Masing-masing pernah bekerja dalam bidang dan industri yang berbeza, dan masing-masing ada pengalaman unik yang dikongsikan masa kiteorang berjumpa semalam. Ada yang share macamana dia dan suaminya bangkit dari kejatuhan ekonomi bila dua-dua hilang kerja serentak. Ada yang berkongsi pengalaman burnt out dengan rutin kerja dan akhirnya pilih untuk sambung belajar di luar negara dengan suami. Aku pulak berkongsi tentang apa yang aku rasa dan lalui dalam 2 tahun sejak berhenti kerja dan kenapa penting ada matlamat dan sasaran peribadi untuk gantikan matlamat dan KPI di tempat kerja dulu.

Dari perkongsian kiteorang ni, we all agreed yang ini ialah masa dalam hidup ni untuk kiteorang fokus pada apa yang kiteorang nak instead of apa yang orang lain nak. Sebabnya masa bekerja dulu, kiteorang kena fokus kepada apa yang company / boss nak sampai takde masa nak fikirkan tentang diri-sendiri dan keluarga.

Aku rasa seronok bila berjumpa group ni sebab walaupun aku selalu lepak dengan kawan-kawan di ofis lama tapi kadang-kadang nak bercerita masalah menguruskan rumahtangga ni, aku rasa tak sampai hati pulak sebab dieorang pun ada masalah anak-anak sendiri selain dari masalah di ofis. Lagi satu, bila jumpa je dieorang akan bercerita masalah kerja dan hujung-hujung tu akan cakap, 'Best la kau, dah tak payah hadap masalah ni lagi.' OK la memang la best tapi kehidupan sebagai full-time home manager pun bukannya selalu indah-indah belaka. So bila ada group support full-time home managers, aku rasa lebih selesa untuk bercerita tentang liku-liku tu hehe.