Kali terakhir mak datang KL bulan Ogos lepas, ada sekali tu kiteorang tak tau nak pergi mana weekend tu. Lepas tu aku bergurau dengan mak, 'Jom mak kita pergi Taman Tasik Perdana naik MRT.' Mak aku ni sama kepala gila-gila macam aku jugak, jadi dia pun onz je.

Padahal ni first time jugak cuba MRT nak ke sini. Sampai sesat barat sebelum akhirnya jumpa jalan yang benar betul ke sini. Yang kelakarnya tu, kiteorang sesat sama-sama dengan pelancong dari Indonesia. Dah macam perumpamaan bagai si rabun memimpin si buta ๐Ÿ˜‚. Ya ampun dong, walaupun orang Malaysia tapi nggak pernah sampai ke sini naik MRT hehe.


Jalan-Jalan ke Tasik Perdana Naik MRT
Bukti sampai ke Taman Tasik Perdana

Kalau naik LRT dari Sentul Timur, macam biasalah berhenti di Stesen Titiwangsa untuk tukar ke laluan MRT menuju ke Putrajaya, lepas tu turun di stesen Tun Razak Exchange dan ambik pulak laluan menuju ke Kwasa Damansara di platform seberang. Akhir sekali, turun di stesen MRT Muzium Negara dan keluar di Pintu B.

Jalan-Jalan ke Tasik Perdana Naik MRT
Paksa jugak dua orang budak ni keluar rumah kalau tak asyik memerap dalam bilik je!

Jalan-Jalan ke Tasik Perdana Naik MRT
Keluar Pintu B ni tau


Jalan-Jalan ke Tasik Perdana Naik MRT
Cuaca panas, jadi kiteorang tak gigih nak panjat tangga ambik gambar depan Muzium Negara. So ambik je la gambar berlatarbelakangkan Muzium Negara dari pintu masuk ke stesen MRT ni


Dari sini la kiteorang sesat barat sebab takde penanda arah menunjukkan laluan ke Taman Tasik Perdana. Last-last kiteorang tanya dekat pekerja DBKL yang tengah menyapu jalan untuk tunjukkan arah ke Taman Tasik Perdana.

Jadi untuk pengunjung yang baru pertama kali nak pergi ke Taman Tasik Perdana dari stesen MRT Muzium Negara, bila korang keluar Pintu B tu korang pergi je ke arah kiri dan berjalan kira-kira 200 meter sampai korang nampak macam laluan terbuka di sebelah kanan. Belok ke jalan ni dan korang akan nampak underpass / terowong menuju ke Taman Tasik Perdana. Senang je tau.


Jalan-Jalan ke Tasik Perdana Naik MRT
Yeay, we made it!

Dah lama sebenarnya tak jejak kaki ke Taman Tasik Perdana ni. Mak aku selalu teringat balik fasa lepas buat kimoterapi macamana dia paksa diri untuk berjalan satu pusingan kat sini sebab doktor kata dia kena kuatkan semula otot yang lemah sebab rawatan kimo. Masa tu kerajaan baru longgarkan SOP boleh bukak pelitup muka masa beriadah, jadi kiteorang rajin bawak dia ke Taman Tasik Perdana / Taman Tasik Titiwangsa masa tu.


Jalan-Jalan ke Tasik Perdana Naik MRT
Pokok sebelah kiri ni namanya rainbow eucalyptus tapi tak pasti kalau kulitnya tu boleh dibuat jadi minyak kayu putih

Dah puas jalan-jalan kat sini, on the way balik tu, kiteorang sempat singgah di Restoran Chef Faez makan tengahari di sini pulak. Takde rezeki mak jumpa Chef Faez kali ni.


Jalan-Jalan ke Tasik Perdana Naik MRT
Masing-masing kelaparan lepas jalan-jalan di Taman Tasik Perdana

40 comments:

  1. happynya tgk mak jln2. Tgk alam yg indah
    untung carneyz masih ada peluang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, manfaatkan peluang selagi ada masa. Seronok kalau mak datang kl sbb nnt ada geng keluar jalan2 sbb asben sibuk bekerja ๐Ÿคญ

      Delete
  2. Mak-nya kak Carneyz asiik orangnya๐Ÿ‘,sayapun tak pernah coba naik MRT, tapi kalau ga coba gimana mau tau arah jalannya ya...walau sempat tersesat tapi seru aja karena ramai"๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mak saya suka adventure, walaupun dah berusia tapi dia masih kuat berjalan-jalan hehe

      Delete
  3. Saya lagi lama tidak naik MRT. Haha hendak cuba tapi itulah kena guna Touch & Go untuk tiket kan? Oklah nantilah satu jari nanti.
    Hehe dulu-dulupun sesat tapi teruja punya pasal tidak kisahpun kena jalan jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jugak guna token NA. Kiteorg yg kat KL ni mmg wajib ada kad TnG lebih memudahkan tak payah nak berhenti beli token / kad perjalanan ๐Ÿ˜Š

      Delete
  4. Sesekali tukar angin naik kenderaan awam best jugak bila bawak mak, anak2.. memang jdi kenangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorg memang selalu guna kenderaan awam sebab rumah tak jauh dari stesen LRT. Tapi ni kali pertama naik MRT ke Tasik Perdana hehe.

      Delete
  5. Umur berapa Mak Carneyz tu, nampak masih muda dan sihat, macam adik-beradik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My mom umur 60+ SK. Sebelum kimo dulu, mukanya nampak lagi awet muda. Kalau tanya rahsia dia, dia jawab pakai OOO (Oil of Olay - krim muka dari zaman muda dulu).

      Delete
  6. haha..x pe janji berjaya jugak jumpa taman tasik perdana..satu kejayaan tu lepas dah sesat..saya yg guna pengangkutan awam ni pun x expert kalau MRT ni..Lrt, x de hal...hari2 guna untuk ulang alik gi kerja..kalau org tanya, boleh lah guide..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, MRT ni baru lagi mmg kena rujuk apps Moovit kalau nak ke mana2. Lepas ni dah tau macamana nak ke sana boleh la selalu ke Taman Tasik Perdana naik MRT je sbb dekat rupa2nya.

      Delete
  7. Cantik plak Taman Tasik Perdana tu erk..erm..macam menarik je untuk SA terjah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terjah dgn encik suami tu SA hehe. Ajak dia duduk di hotel Le Meridien KL / Hilton KL lepas tu boleh jalan kaki dari hotel ke Taman Tasik Perdana ni. Ramai jugak saya tengok pengantin yg buat photoshoot outdoor di taman ni.

      Delete
  8. macam tak pernah pergi rasanya taman tasik perdana ni. Muzium pun pergi ikut rombongan masa form 2. huishh..dekat 30 tahun dah berlalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau datang ke KL, boleh la singgah Taman Tasik Perdana ni MY. Buat terapi mata & minda ๐Ÿ˜Š

      Delete
  9. seronoknya dpt jalan2 spend masa with family semua mcm ni kan... alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ๐ŸŒธ bila lagi nak spend masa dgn keluarga kan.

      Delete
  10. Wah! Jauh juga menapak ni... Steady lagi kaki bonda... apa rahsia dia?

    ReplyDelete
  11. mudah mcm ni...boleh pergi 2-3 tempat sekali harung...dulu pernah gi Planetarium Negara dari Muzium Negara, kena cross jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari Muzium Islam kan NA? Muzium Islam sebelah Planetarium je.

      Delete
  12. Cantiknya gambar awan tu. Gambar pokok tinggi tu pun sama cantik. Untung Carneyz masih ada ibu boleh bawa jalan-jalan. Saya tiada beribu dan berbapa dah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, selagi mak masih ada nak spend time dengan mak bila ada peluang ๐Ÿฅฐ

      Delete
  13. best nya jalan jalan..LM malas nak jalan sebab macam cepat letih, bab peluh pun satu hal.rimas bila berpeluh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali-sekala jalan-jalan keluar peluh sihat hehe.

      Delete
  14. Syok juga sesekali riadah macam ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila mak datang sini je rajin berjalan2 ni Sha. Kalau hari2 biasa, suka terperap kat rumah je hihi

      Delete
  15. Replies
    1. Tak anies, sebab kiteorg sampai dari terowong tu bukan laluan tram.

      Delete
  16. Tuuuuh kaaan, kakak yg asli orang sana saja sesat, apalagi Kami lah waktu itu ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ.

    Nantilah saya nak belajar lagi naik MRT dkk di sana, biar lancar semula ๐Ÿคฃ. Rasanya memang harus ajak my hubby. ๐Ÿ˜…. Ingatan dan insting dia soal arah bagus sangat. Beda memang dengan istrinya ini, yg sering short term memory loss ๐Ÿคฃ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, buat malu je dengan tourist dari Indonesia tu. Kami sama2 sesat masa tu ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

      Delete
  17. ur mom nampak fit and healthy :) i miss my mom...looking fwd to see her 3rd week of nov nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, masih lagi boleh bergerak ke sana sini walaupun dah tak secergas sebelum dia buat rawatan kanser dulu.

      Delete
  18. Sentiasa ambil peluang untuk mencatat kenangan2 dengan ibu. Sementara masih larat jalan2. Sampai masa peluang sebegini akan hilang. Chef Faez tu kat area Tasik Perdana juga ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, tengah kumpulkan memori indah dengan mak sementara mak masih sihat dan larat nak jalan2 ke KL. Chef Faez tu dekat dgn stesen MRT TRX , dalam laluan yg sama antara stesen Titwangsa dgn Bank Negara.

      Delete
  19. nampak muda la ibu carneyz, semoga dibrikan kesihatan yg baik buatnya amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. ุงَู…ِูŠู† ูŠَุง ุฑَุจَّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠْู† ๐Ÿคฒ๐Ÿป

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .