Jamuan Makan-Makan Tema Baby Shower

Minggu lepas aku dengan seorang lagi kawan (Jaja) berpakat nak buat makan-makan sebelum kawan kiteorang Yana melahirkan anak ke-4 tak lama lagi. Lagipun masa tu Insha Allah aku tak berada di KL jadi tak dapat nak melawat Yana dan baby nya. Yana pun bakal dalam pantang confirm la kena pantang makanan jugak hihi. Jadi baik la buat makan-makan sebelum baby dia keluar.

Kiteorang pilih tema baby shower sebagai tema makan-makan ni. Masing-masing bawak makanan - aku bawak sandwich, Jaja bawak tauhu Anora dan Yana pulak bawak gyoza (dumpling Jepun). Siap ada kek comel untuk budak-budak. 


Jamuan Baby Shower
Hiasan simple je untuk jamuan kiteorang
 
Jamuan Baby Shower
Bersama kawan yang diraikan


Jamuan Baby Shower
Anak-anak kiteorang

Alhamdulillah, makanan yang kiteorang tempah semua sedap dan laku habis. Budak-budak paling suka kek chocolate moist tu sebab memang lembap sangat keknya. Aku makan sikit je sebab agak manis bagi aku.


Jamuan Baby Shower
Yana posing dengan kek tema pink (kek tempah dari Cake Rush)

Jamuan Baby Shower
Sandwich aku tempah dari IG: @rotitozkitchen, tauhu Anora dan gyoza (sejenis dumpling Jepun)

Sekali-sekala berkumpul makan-makan seronok jugak. Anak-anak pun suka sampai taknak balik hehe. Dah habis makan-makan, tak banyak baki makanan yang kena bawak balik, alhamdulillah. Takut jugak kalau berlaku pembaziran. Tapi semuanya licin. Sengaja kiteorang tak tempah banyak sangat makanan sebab tau perut masing-masing tak besar mana pun 😜.

Mohon sama-sama kita doakan agar kelahiran anak ke-4 kawan aku ni dipermudahkan dan selamat semuanya, Ameen YRA 🤲🏻. 

Wordy Wednesday - Surat Terbuka untuk Khadeeja Sempena Hari Kanak-kanak Sedunia

love letter to daughter

Hari Kanak-Kanak Sedunia telah diiktirafkan pada 20 November setiap tahun. Tahun ni, tema Hari Kanak-Kanak Kebangsaan ialah "Hak Kami, Masa Depan Kami".

Hari ni, sekolah Khadeeja buat Hari Kanak-kanak Sedunia dan solidariti bersama kanak-kanak P*lest*n. Salah satu acara yang pihak sekolah mintak ibu bapa buat ialah menulis sepucuk surat kepada anak masing-masing untuk menyampaikan mesej tentang kasih sayang dan harapan.

Ni la surat yang aku karangkan bagi pihak keluarga kami untuk anakanda tercinta, Khadeeja. Surat ni akan dibaca oleh Khadeeja di sekolah di depan kawan-kawan dan pelajar lain pun akan bacakan surat dari ibubapa masing-masing.

Sebenarnya dari anak-anak masih baby aku suka menulis surat untuk dieorang setiap bulan supaya aku tak lupa perkembangan dieorang sewaktu membesar. Aku berhenti tulis surat untuk dieorang bila dah start PJJ sebab dah takde masa menulis bila kena jadi single working mom

Kalau nak baca surat-surat yang aku tulis untuk anak-anak, boleh pergi dekat tab di atas bawah Personal Story > Letters to My Children. Ada tak mak-mak macam aku ni yang tulis surat untuk anak-anak jugak? Korang tulis dekat blog atau helaian kertas? Boleh kongsi di komen 😊.

Kiera dan Louis Tengah Bermalas-malasan

Salam Selasa semua,

Hari-hari bangun tidur mengharapkan ada perkembangan positif di bumi Anbiya tapi mungkin Allah belum lagi mengizinkannya. Selagi belum ada sinar kejayaan untuk genjatan senjata kekal dan kebebasan untuk rakyat di sana, selagi tu la kita kena terus berdoa dan berharap rahmat Allah buat mereka. Allah tidak membebankan mereka lebih dari apa yang mereka mampu, jadi bayangkanlah betapa kuatnya iman mereka menghadapi ujian dari Allah ni kan? Semoga tak lama lagi ada berita gembira dari Allah untuk kita semua terutama untuk rakyat di sana.

Kalau dah terlalu stress tengok video-video anak-anak kecil dibun*h tanpa belas kasihan oleh rejim z!onis, selalunya depa berdua ni la aku cari untuk release stress. Tengok la ni, hari-hari kerja dieorang makan, main, tidur. Repeat hari-hari pun tak bosan haha. Port lepak pulak, kadang-kadang atas kerusi meja makan, kadang-kadang depan pintu, kadang-kadang bawah meja. Ikut suka dieorang.

 

pet cats
Lepak atas kerusi meja makan


Kiera tu makin hari dah makin montel macam abang dia. Tapi dia masih tak suka dipegang. Tengok boleh, belai boleh, jangan dukung dan riba je. Mesti menggeletis nak lari. Bak kata Suami Terchenta, macam ulat 😂. Louis macam biasa, control cool je. Sekarang tengah fasa pantang nampak pintu rumah terbuka, mulalah nak dia berlari keluar nak tengok dunia kat luar. Tapi kalau jerit 'wet food!' laju je dia berlari masuk balik sebab aktiviti favourite dia masih lagi makan! 😅 Macam tu la peel kucing-kucing di rumah ni yang menghiburkan.

Jalan-jalan ke Pasar Seni

Dah lama tak jalan-jalan ke Pasar Seni, kali terakhir tak silap masa awal-awal kelonggaran pergerakan awam, time tu masih kena scan MySejahtera dan pakai pelitup muka nak masuk ke tempat ni.

Jom tengok apa yang dah berubah kat Pasar Seni sejak kali terakhir aku datang ke sini.


Central Market
Pasar Seni

Kali ni Pasar Seni ada ramai pengunjung dari pelancong asing luar Malaysia. Masa kiteorang masuk tu, ada sekumpulan pelancong ni tengah dengar penerangan dari tour guide. Tarikan kat Pasar Seni ni ialah barang-barang cenderahati tempatan sebab tu la ramai pelancong suka datang ke sini. Dari kraftangan etnik sampai la kraftangan kertas, semuanya ada kat sini. Anak-anak suka la sebab banyak cenderahati dan kraftangan yang comel-comel kat sini, rambang mata dieorang berdua dibuatnya.


Central Market
Antara kedai cenderahati yang menjadi tumpuan

Central Market
Atas: Cantik kan tiffin tu? Bawah: Patung arnab yang comel


Selain dari kedai cenderamata dan kraftangan, sekarang ni dah ada kiosk-kiosk yang menjual makanan tempatan macam ikan patin tempoyak dan macam-macam lagi. Terlupa pulak nak ambik gambar sebab bila jalan-jalan lagi, aku ternampak ada something yang baru dekat sini - Pasar Besar.


Central Market
Pasar Besar berkonsepkan pasaraya

Dalam Pasar Besar ni banyak produk tempatan dan mostly produk makanan dijual kat sini. Kalau korang nak cari coklat untuk gantikan coklat Cadbury yang tengah diboikot tu, boleh la pergi sini cari coklat buatan Malaysia. Ada coklat premium macam coklat dari Sabah ni dan coklat biasa macam Berry's jugak.


Central Market
Gula nipah dan coklat premium

Central Market
Muruku, kerepek, teh, kopi dan macam-macam lagi la ada kat sini


Kalau ikutkan, banyak lagi tempat dalam Pasar Seni tapi bila tengok Suami Terchenta dah mula urut-urut belakang tu faham ler dia dah bagi signal sakit belakang tu. Insha Allah ada rezeki aku nak jalan-jalan kat tempat ni lagi.


Central Market
Seni mural yang cantik

Sanah Helwah buat Sislin!

Semoga ceria selalu Sislin!

Selamat ulang tahun yang penuh kebahagiaan, Sislin! 🎉 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas usia yang dipinjamkan untuk terus bernafas dan mengenali sahabat blogger seorang ni dari zaman awal-awal kahwin sampai la sekarang. Perkenalan kiteorang bermula dari menjadi pengguna Msjbox yang dibangunkan oleh Suami Terchenta dan bertambah akrab bila banyak join aktiviti-aktiviti Msjbox yang dianjurkan oleh Shai. Kalau buat aktiviti gathering kat JB, rumah Sislin la tempat kiteorang menumpang masa tu hehe. Rindu zaman tu kan? 🥰

Semoga tahun ini membawa berkah dan kebahagiaan yang melimpah buat Sislin sekeluarga. Teruslah menjadi sahabat yang ceria dan disenangi kawan-kawan sekeliling. Dan semoga sukses selalu dalam dunia blogging.

Psst... bila nak turun KL lagi? 😁