Minggu lepas aku dengan seorang lagi kawan (Jaja) berpakat nak buat makan-makan sebelum kawan kiteorang Yana melahirkan anak ke-4 tak lama lagi. Lagipun masa tu Insha Allah aku tak berada di KL jadi tak dapat nak melawat Yana dan baby nya. Yana pun bakal dalam pantang confirm la kena pantang makanan jugak hihi. Jadi baik la buat makan-makan sebelum baby dia keluar.

Kiteorang pilih tema baby shower sebagai tema makan-makan ni. Masing-masing bawak makanan - aku bawak sandwich, Jaja bawak tauhu Anora dan Yana pulak bawak gyoza (dumpling Jepun). Siap ada kek comel untuk budak-budak. 


Jamuan Baby Shower
Hiasan simple je untuk jamuan kiteorang
 
Jamuan Baby Shower
Bersama kawan yang diraikan


Jamuan Baby Shower
Anak-anak kiteorang

Alhamdulillah, makanan yang kiteorang tempah semua sedap dan laku habis. Budak-budak paling suka kek chocolate moist tu sebab memang lembap sangat keknya. Aku makan sikit je sebab agak manis bagi aku.


Jamuan Baby Shower
Yana posing dengan kek tema pink (kek tempah dari Cake Rush)

Jamuan Baby Shower
Sandwich aku tempah dari IG: @rotitozkitchen, tauhu Anora dan gyoza (sejenis dumpling Jepun)

Sekali-sekala berkumpul makan-makan seronok jugak. Anak-anak pun suka sampai taknak balik hehe. Dah habis makan-makan, tak banyak baki makanan yang kena bawak balik, alhamdulillah. Takut jugak kalau berlaku pembaziran. Tapi semuanya licin. Sengaja kiteorang tak tempah banyak sangat makanan sebab tau perut masing-masing tak besar mana pun 😜.

Mohon sama-sama kita doakan agar kelahiran anak ke-4 kawan aku ni dipermudahkan dan selamat semuanya, Ameen YRA 🤲🏻. 

45 comments:

  1. teringin nak makan2 mcm ni dgn kawan2 lama.. tp masing2 sibuk plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu masing2 dah pencen kot baru ada banyak sikit masa hehe.

      Delete
  2. comel keknya..cantikk..selamat bersalin buat Yana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, kek birthday budak2 sebenarnya tu hehe. Ameen YRA 🤲🏻

      Delete
  3. best best potluck camni kan... nasib baik makanan semua licin ye hehehe

    ReplyDelete
  4. Uncle ni penggemar sandwich... pantang tengok sandwich macam tu!

    ReplyDelete
  5. Semoga sahabat Carneyz selamat bersalin nanti. Best apabila diraikan macam ni. Betul juga, boleh makan macam² sebelum bersalin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA 🤲🏻 Tu la yg buat makan2 sebelum dia bersalin, lepas bersalin kena makan makanan pantang je hehe.

      Delete
  6. seronoknya masih dapat bersilaturahim dengan kawan2,kawan mak kawan anak..kebanyakkan kita bila dah bekeluarga susahnya nak jumpa termasuklah diri saya sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dapat kawan2 suka makan, pantang ditolak bila ajak makan hihi. Termasuk la saya sendiri 😜

      Delete
  7. Moga smooth semua utk Yana. Seronok kan potluck dgn kawan2 & anak2. Rindu pulak suasana duduk Kerteh dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok, dapat merasa makanan yang kawan2 bawak hehe.

      Delete
  8. Semoga dipermudahkan urusan kawan Carneyz melahirkan anak ke-4 nya nanti ya, Amiiinnnn YRA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻
      Update: Alhamdulillah, dah selamat lahir anak ke-4, 2 minggu lepas 😊

      Delete
  9. Semoga dipermudahkan urusan bersalin utk Yana, ibu & baby selamat & sihat 🤲
    Seronoklah gather² camni, geng mak-mak je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah selamat lahir baby 2 minggu lepas PH 😊 tu la seronok sekali-sekala gathering makan2 hehe

      Delete
  10. Bagus kawan2 macam ni. Boleh sembang2 dan anak2 kalau ada kecil dan yang sebaya mesti meriah dengan gelagatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, lepas berhenti kerja ni jarang2 dapat berkumpul dgn kawan2 jadi kalau ada peluang tu memang seronok sgt.

      Delete
  11. smoga dipermudahkan urusab bersalin yana...syok mkn2 sblum dia berslain..kn nanti dlm pantang die terliur plak kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah tu la buat sebelum dia bersalin hehe. Alhamdulillah dah selamat lahir baby girl yg ke-3.

      Delete
  12. Sandwich tu nampak yummy. Moga senang la bersalinnya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sedap2 sandwich nya. Yang best tu dieorg accept order last minit. Alhamdulillah dah selamat lahir baby girl yg ke-3.

      Delete
  13. Semoga lancar saat due nya teman kak Carneyz nanti ya. Sehat2 bayi dan ibu.

    Seruuu kalau mengadakan acara baby shower dengan potluck seperti ini 👍😍. Apalagi dengan teman2 terdekat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah selamat lahir baby girl yg ke-3. Ya, buat makan2 pun sebab lepas ni dia akan berpantang jadi tak dapat nak ajak makan2 dah hehe.

      Delete
  14. Semoga dipermudahkan segala urusan nak bersalin sehingga habis pantang amin..
    Seronok buat makan2 macam ni si ple dan meriah.. Anak2 lagi la happy blh jumpa kawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah selamat lahir baby girl yg ke-3. Ye, acara makan2 tak pernah tak seronok hihi. Anak2 bagi tambah background meriah dan riuh-rendah 🤭

      Delete
  15. Selamat menanti kelahiran bayi nya.👶.di lancarkan kelahirannya..amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah selamat lahir baby girl yg ke-3 😊

      Delete
  16. Asik ya makan-makan dengan teman dekat...meriah apalagi bawa anak-anak.
    Mbak, semoga temannya lancar dalam proses bersalin nanti.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, seronok makan2 dgn sahabat2. Alhamdulillah dah selamat lahir baby girl yg ke-3.

      Delete
  17. seronok mkn2 dan happy2 dgn teman2.
    cantikkk kek nya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, berjaya jugak buat acara makan2 sblm kawan tu bersalin & sebelum pergi bercuti hari tu hehe. kek tu tempah dari Cake Rush ok la sedap jugak tapi tak boleh makan byk sangat.

      Delete
  18. Replies
    1. Tempah dari Cake Rush MZ. Macam2 kek menarik kat situ.

      Delete
  19. semoga urusan bersalin yana dipermudahkan...
    syok kan sesekali berkumpul dan mkn sedap2👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah selamat lahir baby girl yg ke-3. Acara yg melibatkan aktiviti makan2 tak pernah tak seronok haha

      Delete
  20. Seronoknya nak dapat baby...semoga dipermudahkan buat Yana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan, bestnya tapi dah umur skrg ni dah tak sesuai nak mengandung lagi. Alhamdulillah dah selamat lahir baby girl yg ke-3.

      Delete
  21. Seronoknya dapat meluangkan masa bersama-sama kawan tersayang. Moga dipermudahkan uurusan kelahiran cahaya matanya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sejak berhenti kerja jarang2 dapat peluang berkumpul dgn kawan2. Alhamdulillah dah selamat lahir baby girl yg ke-3.

      Delete
  22. seronok berkumpul dgn kengkawan dan anak2 semuanya kan. semoga dipermudahkan kawan carneys menghadapi kelahiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sejak berhenti kerja jarang2 dapat peluang berkumpul dgn kawan2. Alhamdulillah dah selamat lahir baby girl yg ke-3.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .