Semalam pagi-pagi lagi kiteorang menghantar Khadeeja ke Pusat Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) di Bangsar sebab Khadeeja terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan 'Joy of Creating and Building'.
 |
Bangunan PAM yang memaparkan konsep lestari / low-energy consumption |
 |
Maklumat pertandingan |
Sebanyak 9 buah sekolah telah layak ke peringkat akhir bagi kategori sekolah rendah tahun ni, termasuklah sekolah Khadeeja. Bulan lepas, Khadeeja dan kawan-kawannya kena siapkan projek merekabentuk bangunan yang berkonsepkan kelestarian (sustainability) dan kena present depan wakil PAM. Minggu ni tiba-tiba cikgu Khadeeja mesej bagitau kumpulan dieorang terpilih dan dieorang kena present sekali lagi depan juri pertandingan pulak. Memang tak sempat la nak rehearse speech, hentam saja la labu...
Alhamdulillah, dieorang dapat present dengan baik pagi tu kata cikgu. Ada sekolah yang siap mintak nak present sekali lagi agaknya kali pertama tu dieorang gugup dan tak berapa bersedia jadi tu yang mintak peluang kedua. Tapi juri kata tak adil la buat sekolah lain.
 |
Kiri & tengah: bangunan yang direkabentuk oleh Khadeeja dan kawan-kawan; Kanan (atas dan bawah): Antara kreativiti yang ditonjolkan oleh kategori sekolah rendah menggunakan bahan-bahan terpakai |
Sementara tunggu pemarkahan dari juri, dieorang join jugak mini-contest iaitu pertandingan merekabentuk jambatan. Kalau tak silap, hasil dinilai dari segi kestabilan jambatan, nilai estetik dan penggunaan bahan yang disediakan.
 |
Khadeeja dan kawan-kawan sibuk merekabentuk jambatan |
 |
Antara hasil kerja peserta kumpulan |
Alhamdulillah, Khadeeja dan kawan-kawan berjaya merangkul tempat ketiga bagi pertandingan merekabentuk bangunan! Kalau tengok sekolah lain, bukan main ramai pelajar dalam satu kumpulan tapi kumpulan Khadeeja ada 3 orang je. Jadi memang bangga la sebab walaupun hantar 3 orang wakil tapi masih tetap dapat tempat 3 teratas 😊.
 |
Tempat ketiga rekabentuk bangunan lestari kategori sekolah rendah |
 |
Khadeeja dengan 'piala' yang dimenangi |
Seterusnya untuk pertandingan rekabentuk jambatan yang disiapkan dalam tempoh satu jam, Khadeeja dan kawan-kawan berjaya merangkul naib johan! Alhamdulillah, satu kemenangan yang tak terduga sebab bila tengok design jambatan dieorang sempoi je (tapi kukuh dan praktikal) 😄.
 |
Naib johan pertandingan merekabentuk jambatan |
As parents, kiteorang tumpang gembira dan bangga dengan pencapaian anak-anak sebab ni kali pertama dieorang join pertandingan rekabentuk senibina ni, dengan takde basic design nya hihi. Tapi dieorang berjaya buatkan juri kagum dengan susun atur bangunan dan bangunan dieorang ni multi-purpose selain menekankan konsep lestari (dengan penggunaan kincir angin, panel solar dan rain catchment dalam merekabentuk bangunan). Cuma mungkin sebab dari segi praktikal tu yang lemah sikit sebab tu tak berjaya dapat tempat pertama atau kedua 🤭 .
Apapun tahniah buat anak-anak semua, terutama Khadeeja yang tak habis jetlagged lagi dah kena present rekabentuk bangunan hihi.
 |
Tahniah anak-anak KLC! |