Bulan ni Insha Allah kiteorang sambut ulangtahun perkahwinan yang ke-17. Rasa macam lama bebenor kiteorang ni kahwin rupa-rupanya bila congak balik baru 17 tahun πŸ˜‚. Bila kenangkan balik, time-time macam ni 17 tahun lepas aku tengah sibuk agihkan kad kahwin dengan kawan-kawan. Terus teringat pulak pengalaman buat kad kahwin sendiri sebab takde bajet nak tempah hehe.

Masa tu nak tempah kad kahwin bukan murah dan kena tempah ikut MOQ (minimum order quantity). Banyak tempat yang kiteorang survey masa tu letak kuantiti minimum 250 keping. Bayangkan harga paling murah RM2.50 x 250 = RM625 πŸ€‘. Tu harga 17 tahun yang lepas la. 

Aku pun baru 2 tahun bekerja, faham-faham je la duit simpanan tak banyak mana. Simpanan yang  kiteorang buat tiap-tiap bulan cuma untuk bayar deposit rumah sewa dan beli barang keperluan rumah lepas kahwin. Belanja majlis perkahwinan kiteorang Encik Tunang (Suami Terchenta) yang usahakan buat freelance projek sistem perisian untuk company kecik. Jadi bajet majlis kahwin memang sangat-sangat terhad. 

Tapi kebetulan masa tu aku bekerja bahagian Corporate Comm lepas tu kerja pulak dengan CEO yang semua benda kena jimat buat in-house. Sampaikan aku kena belajar sendiri guna Adobe Photoshop dan jadi graphic designer terjun dalam company πŸ˜†.Menggunakan skill yang tak seberapa tu, aku decide untuk design kad kahwin sendiri. 

Lepas tu, Suami Terchenta print atas kertas metallic yang lawa guna printer sendiri. Hujung minggu pulak kiteorang lepak kat mana-mana bawak gunting, sampul surat dan alatulis. Seorang menggunting kad kahwin (buat saiz separuh kertas A4 sebab nak jimat) dan seorang lagi tulis alamat masukkan dalam sampul surat. Nak jimat punya pasal kan. Anggaran kos kad kahwin kiteorang ialah RM50 semuanya. Berbaloi usaha  kiteorang DIY kad kahwin sendiri ahaks!

Lepas majlis kahwin, kiteorang terus lupa pasal kad kahwin tu. Ingatkan semua kad yang kiteorang agihkan tu dah selamat dalam tong sampah. Tapi tak sangka rupa-rupanya kawan baik aku masih simpan kad kiteorang ni sampai sekarang!

Baru-baru ni dia mengemas stor dan terjumpa balik kad kahwin DIY kiteorang ni. Siap ambik gambar kad hantar kat aku nak tunjuk kad tu dalam keadaan elok lagi haha! 


wedding invite DIY
Kad kahwin DIY kami
 

Korang masih simpan lagi ke kad jemputan kahwin korang? Apa pengalaman manis korang tentang kad kahwin sendiri? Cuba kongsi kat komen.

24 comments:

  1. Moga langgeng dan selalu bersama😊

    ReplyDelete
  2. Kita pun sama la Carneyz, buat kad sendiri dgn bantuan bff. Memang byk jimat la, modalnya cuma beli kad warna yg tebal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan SK, memang jimat betul. Kalau e-vite dah popular zaman tu, agaknya kiteorg pakai e-vite je lagi senang hehe.

      Delete
  3. Tak pasti pula masih ada atau tidak kad kahwin kami.
    Selamat ulang tahun perkahwinan ke-17 Carneyz dan suami. Semoga kemanisan sentiasa tercipta hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorang pun tak simpan kad kawen sendiri, nasib baik kawan baik masih simpan hehe. Terima kasih Kak Amie. Ameen Ya Rabbal Alameen 🀲🏻

      Delete
  4. Selamat menyambut ulang tahun pernikahan yang ke-17, Mbak.
    Semoga selalu bahagia dan selalu bersama untuk selamanya. Berkah selalu ya Mbak bersama suami tercinta.
    Kalau usia pernikahan saya sudah 33 tahun...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Pak Asa. Ameen Ya Rabbal Alameen 🀲🏻 Semoga usia perkahwinan kami juga sama macam usia pernikahan Pak Asa dan isteri 😊

      Delete
  5. happy anniversary ke-17 Carneyz & suami...raikan cinta..
    .jimat byk buat sendiri, cantik kadnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih nohas 🌸
      Ye sangat2 jimat, maklumlah bajet kecik je masa tu hihi

      Delete
  6. wow lagi mnearik dan kreatif buat sendiri ye. nampak clasyy dan mahal kad kawen tu jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kiteorg pilih kertas gold metallic sebab nak nampak classy hehe. Masa tu terer la guna Photoshop buat kad kawen tapi skrg skill tu dah berhabuk hehe

      Delete
  7. Kad kahwin saya masa tu suami tempah kat Kedah. Kertas dia bau wangi. Time tu pakat buat guna kertas wangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempah kat Kedah sebab lagi murah ye? Mesti siapa yg dpt kad tu suka bila bukak bau wangi je.

      Delete
  8. happy anniversary. 21 tahun lepas kami buat simple je. design sendiri, print dan ptong sendiri haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, eh sama la kita kan hehe. Design, print, potong semua buat sendiri hehe

      Delete
  9. Ya Allah, kreatiiif kak πŸ‘πŸ‘. Dan pastinya kalo buat sendiri itu lebih berkesan kan. Memorable lah.

    Sayang saya tak simpan lagi. Kalo bisa balik waktu, saya tak nak pun buat yg mahal, mending TK traveling honeymoon ya 🀣. Ntah apa yg ada dalam pikiran dulu.

    Toh dipikir2, tak akan ada yg simpan kartu undangan nikah. Beberapa orang mungkin iya, tapi mostly pasti tidak. Menyesal memang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada bajet, ikutkan hati memang teringin nak tempah kad yang nampak eksklusif dan mahal. Tapi masa tu bajet kami terhad, jadi kena kreatif buat sendiri je sebab nak jimat duit 🀭

      Delete
  10. ammi masih ada 1 yg disimpan dalam album gambar kahwin. nak cari jugalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorg edar semua yg kiteorg buat tak tinggal satu pun utk kenangan hehe. Mujur BFF tolong simpankan 😝

      Delete
  11. waaa terernya u buat sendiri kad kawin! yes, i masih simpan lagi my kad kawin ;) rasanya i pernah share kat my blog masa one of the previous anniversaries ;) wpun sblm ni i dh pernah komen psl nama u, now nak komen lagi sekali..nama u sgt unik laaaa...1st time i jumpa nama gini kat msia hahahah K.A.R.N.I !!!uniqqqqq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada hikmahnya keja dgn company semua benda nak jimat jadi byk benda baru kena belajar termasuk graphic design padahal degree HR hehehe. Tak tau apa yg my dad fikirkan masa dia bagi nama tu tapi masa sekolah mmg selalu kena ejek 'Karnivor' la, 'Karnival' la... haha

      Delete
  12. Saya tak ada simpan kad kahwin. Tapi untuk kad kahwin yang bakal dihantar….coming soon… hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti jgn lupa simpan satu buat kenangan hehe.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .