Hari Raya pertama kami walaupun kurang seronok sebab beg dan baju raya masih terkandas di Singapura, tapi masih lagi meriah bila adik-beradik, sepupu-sepapat, saudara-mara berkumpul beramai-ramai.
Sehari sebelum raya, penat betul rasanya sebab lepas bersihkan bilik tidur di rumah kampung tak boleh terus berehat walaupun badan penat sebab tak cukup tidur. Sebabnya, kiteorang kena keluar cari baju raya baru. Tahun ni sebenarnya kiteorang takde plan nak beli baju baru sebab kiteorang rasa rakyat Palestin di Gaza lebih memerlukan jadi duit baju raya aku dah transfer ke badan MyCare dalam bulan puasa.
Tapi kita merancang, Allah yang berkehendak. Jadinya pagi raya tu aku dan Khadeeja pakai baju raya baru (walaupun baju kurung harga RM50 je). Yang penting nampak sopan di pagi raya, betul tak?
Macam biasa lepas balik dari solat raya di masjid, kiteorang akan bergambar satu keluarga. Tahun ni cuma adik ipar aku nombor 2 dan isterinya je yang tak balik kampung, beraya bersama mertua. Yang lain semua balik.
![]() |
Bersama mak dan bapak mertua serta ipar-duai |
![]() |
Candid shot of my princesses |
Lepas ambik gambar keluarga, macam biasa sesi bersalam-salaman dan minta maaf. Duit raya jangan dilupakan 🤭.
![]() |
Sesi bermaaf-maafan dan bagi duit raya |
![]() |
Ni anak yang paling kuat menyakat bapaknya, kemain gelak bila kena mintak maaf di pagi raya demi sesampul duit raya 😆 |
Tengahari pulak, kiteorang beraya dengan keluarga belah aku pulak iaitu keluarga Wa (atau pangkat Pak Long) di Samarahan. Memang havoc betul bila jumpa dengan sepupu-sepupu yang paling rapat dengan kiteorang masa kecik dulu. Masa kiteorang sampai tu, rupa-rupanya dieorang tengah buat sesi fotografi, siap panggil photographer datang ke rumah. Apa lagi, kiteorang pun kena tarik masuk sekali. Gambar ni aku cilok dari FB adik sepupu aku (baju hijau duduk sebelah aku).
Dengan keluarga sepupu aku ni suasana lebih meriah sebab ada ramai budak kecik (belah Suami Terchenta, cuma Khayla dan Khadeeja je cucu-cucu dalam keluarga). Masa ni la peluang untuk anak-anak kenal dengan sepupu-sepupu dieorang. Budak-budak zaman sekarang ni agak malu-malu nak berkawan dengan sepupu berlainan jantina. Tak macam kiteorang dulu, main kejar-kejar satu kampung, main masak-masak dan memang membesar macam adik-beradik. Nak kata sebab jarang jumpa, kiteorang dulu pun jumpa setahun sekali masa raya je. Entah la, zaman dah berubah kot.
![]() |
Sementara mak bapak bersembang, dieorang ni pulak sesi icebreaking main Uno |
Dah petang sikit, kiteorang berkonvoi ramai-ramai pulak ke rumah Yak (adik bapak aku) kami di Petra Jaya. Sengaja kiteorang nak buat surprise datang ramai-ramai sebab tau Yak ni memang bersedia dengan segala jenis makanan dekat rumah. Kalau datang sorang-sorang, bersedialah untuk disuruh makan sampai dah tak larat nak makan 😅. Sebab tu kena datang ramai-ramai supaya dapat tolong-menolong menghabiskan makanan yang dijamu oleh Yak.
![]() |
Couple yang berdiri sebelah aku tu ialah Yak aku dan isterinya. Yak aku ni baru je bersara wajib tahun lepas. Tiap-tiap tahun balik beraya di Kuching wajib singgah rumah dieorang |