kolam renang
Seronoknya Khadeeja berenang!

Memandangkan 2 minggu lagi kena jumpa gynae aku yang garang tu, jadi aku pun paksa diri-sendiri untuk turun memanfaatkan fasiliti di kondo ni hihi. Bak kata Suami Terchenta, dah bayar maintenance fee mahal-mahal tapi taknak pakai... Alah, dia pun 2x5 jugak, bila ajak ke gym mengelat! 😜 

Lagi-lagi lepas balik beraya, aduhai berat betul rasa badan ni. Berat pun dah nak balik ke sebelum bulan puasa. Walaupun balik beraya tu ada la jugak yang komen badan dah nampak kecik sikit (nasib baik takde yang komen makin besar) tapi realitinya bila ditimbang hmm, berat mata memandang (sila sambung...)

Hujung minggu tu, kiteorang turun berenang. Tak ramai orang di kolam renang (syukurrrr) mungkin sebab ramai masih sibuk beraya atau ke open house. Dekat 2 jam jugak dihabiskan di kolam renang, fuhhh memang best sebab dah lama tak berenang kan. Bila dah keluar dari kolam renang, baru terasa lenguh-lenguh badan. Ye la, bila dalam air tak terasa sangat berat badan sebab lemak-lemak tolong mengapungkan badan hehe. 

Teringat masa ambik sijil PADI certified diver dulu (tapi lepas tu tak pernah pergi menyelam!), orang-orang saiz macam aku ni bukan main lagi kena pakai pemberat 3-4 biji sebab kalau tak pakai pemberat, confirm tak tenggelam! Orang yang kurus pulak ada yang tak perlu pakai pemberat pun sebab badan dieorang kurang lemak jadi tak mudah terapung. Kesimpulannya kalau jatuh dalam air, orang gemuk tak payah risau lemas ok. Kita ada lemak sebagai pelampung semulajadi kihkih...

Tapi yang tak syoknyaaaa... lepas berenang kena salin baju dekat bilik persalinan / bilik air common area (sebab tak boleh masuk kawasan lift dalam keadaan basah). Bab ni aku tak kisah sangat, cuma yang aku geram bila lepas mandi, kita ni dalam keadaan tak menutup aurat keluar dari bilik shower nak pakai baju dekat kawasan kering di luar, tapi ada pulak orang yang takde common sense bawak anak lelaki masuk dalam bilik persalinan perempuan! 

Aku jeling tajam dekat mak budak tu, cepat-cepat dia bawak anak dia keluar berdiri depan pintu masuk bilik persalinan. Walaupun anak dia dalam lingkungan darjah 1-2 dan belum mumaiyiz, tapi takkan dia tak faham bilik persalinan perempuan tak dibenarkan bawak anak lelaki? Please la, have some respect dengan penghuni lain yang tak selesa bila ada budak lelaki dalam bilik air perempuan. Aku yang ada anak perempuan tengah mandi dalam bilik mandi, memang rasa tersinggung betul sebab mak macam ni tak fikir kehormatan anak perempuan orang lain, sesuka hati bawak anak lelaki dia masuk bilik persalinan perempuan! 

Lepas dah salin baju, aku terus report benda tu dekat makcik security supaya dia pantau dan tegur penghuni-penghuni lain supaya jangan sesekali bawak anak lelaki masuk bilik persalinan perempuan. Kalau nak tunggu anak perempuan mandi, anak lelaki ni suruh tunggu di luar. Bukan ada orang nak culik pun. Kalau budak tu baby atau toddler, takpe lagi aku faham la. Ni budak yang dah besar panjang dan ada akal, boleh je tinggalkan kat luar. Haish, geram betul bila terkenang semula kejadian tu. 😤

32 comments:

  1. bestnya swimming!! MZ pun dh lama tak swimming ni...even time pegi staycation pun, tak berapa ada mood nak swimming (lately badan tak tahan sejuk air kolam tu)..anyway, MZ pun dh weight gain back to mcm sblm puasa laaa...time puasa ari tu, sempat turun 2-3 kilos jerrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, nasib baik tak naik lagi berat dari masa puasa huhu... tapi risau nak buat test hba1c check gula dalam darah. Sure kena bebel nanti huhu...

      Delete
  2. nasib baik mak budak laki tu faham jelingan Carneyz..ada setengah orang kita dah jeling dah celik buntang biji mata pun dia buat bodoh je,rasa menyirap je darah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tu la kan, nasib baik faham maksud jelingan tu. Sukahati je bawak anak lelaki masuk bilik persalinan perempuan!

      Delete
  3. linda tahu berenang pakai pelampung aje...kikiki
    seronok nya dapat pergi gym...
    bila lah agaknya ada rezeki...hahaha
    anak2 asyik ngekor aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah tua2 baru belajar berenang hehe. Biasanya saya pergi gym lepas Isyak, balik dari gym mandi terus tidur.

      Delete
  4. mak budak tu punnnn
    takkan laa ko tak nampak ada orang perempuan lain...
    ni jenis yang... "alaa budak-budak lagi..."
    hishh... sy baca je dah geram...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye... memang geram betul masa tu. Terus report dekat mak guard sbb rasa tak selesa bila kita ni nak salin baju keluar dari shower room tapi tgk2 ada budak lelaki dalam bilik yg patutnya cuma ada kaum perempuan je. Hisshhh....

      Delete
  5. Replies
    1. Tq sis ☺️ minggu ni off dulu pegi berenang sbb baru start puasa 6. Tapi lepas Isya' saya turun ke gym berjalan atas treadmill setengah jam, jadilah 😁

      Delete
  6. Serius la Carneyz, kalau orang gemuk boleh terapung? Ini betul² fakta ya, sy baru tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye SK, orang gemuk paling susah nak tenggelam dalam air 😆 lemak lebih ringan dari air ye hehe. Orang kurus lebih banyak otot, otot lebih berat kihkih...

      Delete
  7. Kalau saya pun mungkin menjeling jugak. Tak selesa walaupun budak tu kecik. Jantinanya masih lelaki jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis. Walaupun budak kecik, patutnya bilik persalinan perempuan tak boleh bawak anak lelaki kat dalam.

      Delete
  8. Lama dah x swimming, selalu swim kat kondo adik bongsu..ni rumah dia pun dah lama SA x pi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak kiteorang pindah ke kondo baru ni tahun lepas, rasanya boleh hitung dengan jari berapa kali turun mandi kat kolam 😅 Semuanya gara2 pernah terserempak dengan lipas dalam changing room, adoi... kita ni dah la geli yakmat dgn lipas. Hari tu turun pun bawak spray lipas takut terserempak lagi 😮‍💨

      Delete
  9. Kami masa dok kondo di Penang, langsung tak pernah guna kolam renang dan gym 😄
    Tapi pernahlah cecah tangan di kolam dan masuk tengok² gym 😁

    Sungguh eh kena guna pemberat? Rupa macam mana tu?

    Bagus Carneyz terus buat report 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak Ujie, memang kena pakai pemberat 😅 dalam kolam renang pun saya tak boleh berenang ke dasar kolam sebab lemak banyak sangat. Asben dengan anak rilek je berenang ke dasar.

      Kena la buat report Kak Ujie, untuk keselesaan kita dan pengguna lain jugak.

      Delete
  10. Kat shopping complex pun sama, masuk tandas, ada budak lelaki pulak, terkejut saya, mak budak bawa masuk. Aduh... teruk betul la orang macam ni.
    Kipidap, Carneyz. Semoga jumpa doktor nanti, semua ok je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal, anak dah besar boleh je suruh tunggu kat luar. Ini tak, dibawaknya masuk sekali. Tq Nur, berdebar2 jugak nak jumpa gynae yang garang tu, bila dia membebel memang rasa panas je telinga (tapi dia marah sebab concern dengan kesihatan kita).

      Delete
  11. mungkin dipikir tidak ada orang yang mandi dan ganti baju di tempat perempuan, jadi dia bawa anak laki2nya ikut ke dalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bukan alasan yang bagus, kerana sudah ada peraturannya bilik persalinan perempuan itu cuma perempuan yang boleh masuk. Lagipun dia dengar suara saya dan anak perempuan saya dalam bilik mandi, sepatutnya dia suruh anak lelakinya tunggu di luar kerana dia tahu ada perempuan lain di dalam bilik persalinan.

      Delete
  12. sronok swimming...suka tp tula lama tk pi staycation so xde la swimming...dkt condo ada fasiliti pool kena la guna..rugi tk guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kiteorang ni je yang malas nak turun guna fasiliti yg dah bayar tiap2 bulan tu huhu.

      Delete
  13. Aduii lama gak tak swim ni haaa .. kadang saje masuk pool tenggelamkan badan, still boleh maintain terapung tapi nak kuak lenyang tu belum ada keberanian pulak hahahahaha ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! Saya paling suka la kuak lentang, confirm terapung je 🤣

      Delete
  14. Bestnya dapat swim . Tapi CCL tak pandai berenang .. pernah cuba apungkan badan dalam air ..tapi entah laaa . Tapi swim ni memenatkan juga ya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Swimming ni nampak je sempoi tapi mmg penat sbb kita guna byk anggota badan atas dan bawah nak bergerak. Tapi penat tu tak terasa masa berenang, tapi lepas habis berenang bila dah keluar dari kolam hehe.

      Delete
  15. boleh byk bakar kalori dgn berenang ni carneyz.. dah ada kemudahan gym dan pool apalagi tu, guna la hihi.. kalau mama pun belum tentu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mama, sbb kena guna semua anggota badan nak berenang. Tu la pasal, malas nau nak turun pegi berenang & pegi gym haha!

      Delete
  16. setujuuuu. saya pun tak suka kalo anak dah agak besar tetapi tetap di bawa ke toilet wanita. dari anak saya kindergarten saya latih dia masuk ke bilik lelaki sendiri. jangan ikut saya lagi... untung suami pun support. jadi anak bungsu selalunya ikut papinya kalo ke toilet atau ruang ganti macam tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya begitulah Fanny. Tapi entahlah, apa yang difikirkan oleh emak budak tu boleh pulak dia bawak anak lelaki masuk ke bilik perempuan. Orang lain rasa kurang selesa nak pakai baju bila ada budak lelaki dalam bilik tu.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .