Salam Jumaat semua,

Semoga dipermudahkan urusan korang pada hari yang penuh berkat ni dan ceria selalu (mesti la ceria kan, esok dah cuti hehe).

Dah lama Louis dan Kiera tak bersiaran di blog ni kan. Sekarang ni port lepak favourite dieorang yang baru ialah di bilik ofis Suami Terchenta. Kalau tetiba senyap je rumah ni, dah tau kat mana dieorang ni lepak - mesti atas meja kiteorang.


funny cats
Pantang tengok atas meja clear, mesti dieorang datang lepak

funny cats
Kemain korang ye, berkasih sayang dalam bilik ofis bapak korang...

Kiera the Cat
Ni aksi Lion King ke, Kiera? Suami Terchenta dah pasrah bila kerusi dia dijadikan tempat mengasah kuku oleh Kiera

Tahun ni Louis tak meroyan kena tinggal di rumah sepanjang kiteorang balik ke kampung sebab dah ada geng (Kiera). Sebelum tinggalkan anak-anak bulu ni kat rumah, kiteorang test botol air dan bekas makanan tu tahan berapa lama, dan yang terpenting toilet kayangan dieorang tu mampu bertahan ke tak sepanjang tempoh kiteorang balik ke kampung. Alhamdulillah, semuanya OK. Tapi mungkin sebab tahun ni balik seminggu je, jadi masih boleh bertahan lagi. Kalau lebih dari seminggu, memang kena hantar ke pet boarding jugak macam yang kiteorang buat masa nak ke Istanbul tahun lepas.

24 comments:

  1. Seekor seksitary, seekor opis boy..hehehehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai sangat la seksitary dgn opis boy tu hehehe

      Delete
  2. Kemain erk diorang beraksi haha...
    Kalau dekat rumah ni, seat motor en suami dah brp Kali kena tukar, asyik dicakar Tot 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la PH, dah tak boleh kata apa2. Janji bukan sofa mak dieorg hahaha

      Delete
  3. dah lama tak tengok abg loius&kiera...dah jadi bff ye 2ekor tu,nak kena menuntut dengan mummy la macam ni yg 2ekor kt umah acik ni dah 5tahun bersama tak boleh btentang mata langsung..
    sayang punya pasal,cakar kerusi pun redho je lah bapaknya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb adik dia gegurl kot.... takde rasa persaingan hehehe

      Delete
  4. Alamak, habis kerusi kerja bapaknya...
    Comei anak-anak bulus Carneyz. Sihat dua-dua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Nur, pasrah je la asben tgk kerusi dia koyak-rabak sebab Kiera suka mencakar kerusi ni huhu. Mana tak sihat Nur, masa kiteorg balik kampung bekas makanan tu kan free flow je, mmg dieorg ni keja makan tido, makan tido je hehe

      Delete
  5. amboiiii dok atas meja yaaa
    nak tolong sepah barang ke... nak tolong mengemas nanti?
    hehehe

    ReplyDelete
  6. Dia suruh beli kerusi baru tu.... boleh asah kuku lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kerusi baru sampai dicakarnya pulak yg baru! 🤣

      Delete
  7. Aduhai... apabila tengok Louis dan Kiera teringat Tam Tam, kucing Fairuz yang dibawa balik bercuti ke LD dari Kota Kinabalu. Nak menangis rasanya apabila Tam Tam asah kuku di sofa kami...huhuhuuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sofa ialah zon larangan kucing-kucing dalam rumah ni hehe. Setakat ni dua-dua anak bulus ni masih behave lagi tak menganiaya sofa mommy dieorg 😜

      Delete
  8. amboiiii seronok la anak2 bulus ni bersantai hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ofis bapak ❎
      Ofis Kiera dan Louis ✅
      🤣

      Delete
  9. Dah ada gang dah tu dia tak heran kena tinggal ya.....gebunya kucing Carneyz.....geram.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, tahun lepas tinggalkan Louis masa tu takde geng lagi, bukan main lama dia merajuk dengan kiteorg. Tahun ni tak heran sebab ada geng kena tinggal bersama-sama hehe.

      Delete
  10. Amboi Louis ngan Kiera ni...over ye...ooo ingat Crneyz masukkan kat pet boarding..rupanya tinggal kat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dieorg berdua mmg over sikit hehe. Pet boarding semua dah penuh sebulan sebelum puasa lagi, SA.

      Delete
  11. Replies
    1. Comel tu mmg comel, tapi bab cakar kerusi tu hmm... sabar je la! 😜

      Delete
  12. hahahahaha mereka tuh memang dah penguasa rumah kan ;p. suami saya pun lama2 sayang dengan kucing2 di rumah.. walopun mereka tipe yg tak berani ama suami.. tetep lebih dekat dengan saya dan anak2.

    saya belum bisa kak meninggalkan anabul kalo mudik.. tetap wajib ada asisten yg jagain mereka... krn mereka tipe yg ga bisa makan dry foods only.. ttp harus ada wet food. sementara wet food tak bisa di biarkan lama kan.. makanya sampai skr ga bisa mudik krn mereka ga ada yg jaga.

    nak pet hotel, semuanya pula penakut hahahaha. pastel pernah di opnam di Rumah Sakit, saking takutnya ketemu suasana baru, 3 hari di RS tak mau makan samasekali.. terpaksa di infus. krn itu pilihan pet hotel skip juga hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh, untung kucing2 Fanny siap ada assistant tolong jaga. Mungkin sebab Louis & Kiera ni adopt dari SPCA, memang dieorang cuma dibiasakan dgn kibbles. Tapi Kiera nampak lebih selesa tinggal di rumah dari di pet hotel sebab balik dari Istanbul tahun lepas, masa kami ambik di pet hotel nampak Kiera takut dgn semua orang dan ambik masa untuk mesra balik dengan kami.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .