• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Thursday, April 25, 2024

Cara Baru Ambik Ubat

Buat masa ni aku bergantung dengan ubat-ubatan jangka panjang iaitu ubat diabetes dan darah tinggi (2 jenis). Kalau sebelum ni aku kena pergi ke hospital (KPJ Ampang Puteri) setiap kali ubat habis, tapi mulai hujung bulan Mac, proses ambik ubat dah bertukar. 

Proses sebelum ni pun sebenarnya agak mudah sebab setiap kali aku ada temujanji dengan doktor pakar, doktor akan buat preskripsi bekalan ubat untuk 2 bulan terus (tapi since pakai GL syarikat Suami Terchenta, makanya kena jugak ambik supply untuk sebulan je lepas tu bulan depan datang lagi).

Untuk memudahkan pesakit, hospital ada buat perkhidmatan drivethru untuk ambik ubat. GL pun hospital akan uruskan jadi tak perlu request melalui apps insurans perubatan syarikat. Aku cuma perlu Whatsapp farmasi hospital tunjuk preskripsi doktor lepas tu datang ambik ubat bila dah ready. Perkhidmatan drivethru ni tak memerlukan pesakit turun dari kereta pun. Bila dah sampai, call je farmasi lepas tu dieorang akan keluar hantar ke kereta.

Tapi proses terkini lebih mudah. Cuma perlu muat naik preskripsi doktor dalam apps insurans, pilih farmasi panel dan ada opsyen sama ada nak ambik sendiri ubat di cawangan farmasi terdekat atau pos ubat ke rumah. Kalau pos pun tak lama, dalam 2 hari dah sampai ubat ke rumah.


Proses ambik ubat jangka panjang jadi lebih mudah sejak ada proses baru ni

Dah tak payah bazir minyak kereta ke hospital semata-mata nak ambik ubat sebab sekarang ubat dah terus sampai ke rumah. Alhamdulillah. Cuma aku musykil - kos hantar guna poslaju ni siapa yang tanggung?

Read more »
on Thursday, April 25, 2024 21
Share this!
Tags
Daily Life
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, April 25, 2024

Raya Kedua - Bejarah Raya ke Rumah BFF

Raya kedua, pagi-pagi lagi Suami Terchenta ajak ke kubur (satu lagi tradisi di kampung asben ialah ziarah kubur beramai-ramai pada hari raya kedua) tapi aku kata aku takde baju yang sesuai memandangkan baju aku ada 3 helai je, melainkan dia nak aku ke kubur pakai baju tidur kelawar. Lagipun adik-beradik Suami Terchenta semua ikut sekali, jadi tak muat kereta Axia bapak mertua aku nak angkut semua sekali so kiteorang tinggal kat rumah je la pagi tu. 

Tengahari pulak, memandangkan aku dah takde baju raya jadinya pergi 'bejarah raya' (ziarah raya) ke rumah BFF di Desa Ilmu pakai baju masa aku travel balik ke kampung. Tiap-tiap tahun aku dan BFF selalunya buat plan sama-sama bejarah raya ke rumah kawan-kawan yang lain tapi tahun ni memandangkan cuti sekolah yang pendek jadi tak sempat la meneruskan tradisi tahunan kiteorang tahun ni. So tahun ni sempat pergi rumah BFF aku, Donna je la.


Bersama keluarga BFF

Walaupun pakai baju biasa je, gambar tetap tak dilupakan!

Kebetulan kawan kiteorang kat Bintulu pun buat jemputan raya kat rumah dia di sana, jadi kiteorang pun ber 'FaceTime' dengan kawan-kawan kat Bintulu 😆. Tak dapat jumpa fizikal, jumpa dalam FaceTime pun jadilah!


Yang kat tengah-tengah tu pun BFF kiteorang jugak. 

Lamanya tak jumpa dieorang! Rindu pulak...

Lepas ke rumah Donna, kiteorang terus ke airport ambik bagasi kiteorang yang terkandas tu. Nasib baik jumpa, kalau tak jenuh la aku nak kena recycle baju yang ada (aku cuma beli baju tidur sehelai dan baju raya sepasang je, tambah lagi dengan baju pakai masa travel, menjadikan keseluruhan baju yang ada sebanyak 3 pasang je sementara tunggu update tentang bagasi kiteorang tu).

Lepas ambik beg di airport, singgah pulak ke Mita Cake House sebab mak BFF Khadeeja pesan butter cake sebijik. 


Kiteorang pergi 2 cawangan sebelum jumpa cawangan yang ada jual butter cake. Rupa-rupanya tak semua cawangan Mita ada jual butter cake.

Sejak butter cake Mita ni viral, dieorang dah mula hadkan pembelian kek ni kepada 2 bijik seorang pelanggan. Terpaksa la aku dan Suami Terchenta jadi orang asing buat-buat tak kenal sebab nak beli 4 bijik kek (2 bijik untuk jamuan raya di sekolah anak-anak, sebijik yang mak BFF Khadeeja pesan dan sebijik lagi untuk kiteorang sendiri). Kat airport pun boleh beli jugak tapi harganya memang dieorang mark-up gila-gila la. Kalau nak beli kat Shopee pun boleh, tapi harga jadi double triple. Fuhhh... dah boleh masuk kategori barang rare ni sebab limited edition kan.


Fresh from the oven, haa gitu...

Selesai semua urusan barulah kiteorang balik semula ke rumah. Malam pulak kiteorang bejarah raya ke rumah sepupu Suami Terchenta. Isteri sepupu hidangkan air oren Sunkist, bukan main suka Khadeeja minum sampai bergelas-gelas. Aku rasa sebab cuaca panas kat Samarahan, sebab tu boleh tiba-tiba minat air oren padahal sebelum ni tak pun. 

Sepatutnya malam tu kiteorang singgah rumah makcik Suami Terchenta (adik mak mertua) tapi sebab dah lewat malam, terpaksa cancel sebab takut Ngah dah tidur.

Read more »
on Thursday, April 25, 2024 20
Share this!
Tags
Celebrations, Friends Ooh La La
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, April 24, 2024

Suasana Hari Raya Pertama

Hari Raya pertama kami walaupun kurang seronok sebab beg dan baju raya masih terkandas di Singapura, tapi masih lagi meriah bila adik-beradik, sepupu-sepapat, saudara-mara berkumpul beramai-ramai.

Sehari sebelum raya, penat betul rasanya sebab lepas bersihkan bilik tidur di rumah kampung tak boleh terus berehat walaupun badan penat sebab tak cukup tidur. Sebabnya, kiteorang kena keluar cari baju raya baru. Tahun ni sebenarnya kiteorang takde plan nak beli baju baru sebab kiteorang rasa rakyat Palestin di Gaza lebih memerlukan jadi duit baju raya aku dah transfer ke badan MyCare dalam bulan puasa.

Tapi kita merancang, Allah yang berkehendak. Jadinya pagi raya tu aku dan Khadeeja pakai baju raya baru (walaupun baju kurung harga RM50 je). Yang penting nampak sopan di pagi raya, betul tak?

Macam biasa lepas balik dari solat raya di masjid, kiteorang akan bergambar satu keluarga. Tahun ni cuma adik ipar aku nombor 2 dan isterinya je yang tak balik kampung, beraya bersama mertua. Yang lain semua balik.


Bersama mak dan bapak mertua serta ipar-duai

Gambar keluarga kiteorang dengan mak dan bapak mertua. Suami Terchenta tu salah tema, lepas tu dia malas nak tukar baju 🫤. Dia bagi alasan baju Khadeeja ada corak warna merah. Dah dekat 18 tahun kawen, aku dah malas nak bebel. Asal bahagia.

Candid shot of my princesses

Lepas ambik gambar keluarga, macam biasa sesi bersalam-salaman dan minta maaf. Duit raya jangan dilupakan 🤭.


Sesi bermaaf-maafan dan bagi duit raya


Ni anak yang paling kuat menyakat bapaknya, kemain gelak bila kena mintak maaf di pagi raya demi sesampul duit raya 😆

Tengahari pulak, kiteorang beraya dengan keluarga belah aku pulak iaitu keluarga Wa (atau pangkat Pak Long) di Samarahan. Memang havoc betul bila jumpa dengan sepupu-sepupu yang paling rapat dengan kiteorang masa kecik dulu. Masa kiteorang sampai tu, rupa-rupanya dieorang tengah buat sesi fotografi, siap panggil photographer datang ke rumah. Apa lagi, kiteorang pun kena tarik masuk sekali. Gambar ni aku cilok dari FB adik sepupu aku (baju hijau duduk sebelah aku). 


Dengan keluarga Wa. Wa aku ni mualaf kawen dengan kakak bapak aku tapi makcik aku meninggal dalam kemalangan semasa bertugas sebagai jururawat desa dekat 30 tahun dulu. Respek dekat Wa sebab lepas arwah makcik pergi, dia membesarkan 5 orang anak seorang diri dan tiap-tiap tahun dia bawak anak-anak balik beraya di kampung kiteorang. Cuma lepas nenek dan atok aku dah takde, baru dia beraya di rumah sendiri di Samarahan dengan anak-anak.

Dengan keluarga sepupu aku ni suasana lebih meriah sebab ada ramai budak kecik (belah Suami Terchenta, cuma Khayla dan Khadeeja je cucu-cucu dalam keluarga). Masa ni la peluang untuk anak-anak kenal dengan sepupu-sepupu dieorang. Budak-budak zaman sekarang ni agak malu-malu nak berkawan dengan sepupu berlainan jantina. Tak macam kiteorang dulu, main kejar-kejar satu kampung, main masak-masak dan memang membesar macam adik-beradik. Nak kata sebab jarang jumpa, kiteorang dulu pun jumpa setahun sekali masa raya je. Entah la, zaman dah berubah kot.


Sementara mak bapak bersembang, dieorang ni pulak sesi icebreaking main Uno

Dah petang sikit, kiteorang berkonvoi ramai-ramai pulak ke rumah Yak (adik bapak aku) kami di Petra Jaya. Sengaja kiteorang nak buat surprise datang ramai-ramai sebab tau Yak ni memang bersedia dengan segala jenis makanan dekat rumah. Kalau datang sorang-sorang, bersedialah untuk disuruh makan sampai dah tak larat nak makan 😅. Sebab tu kena datang ramai-ramai supaya dapat tolong-menolong menghabiskan makanan yang dijamu oleh Yak.


Couple yang berdiri sebelah aku tu ialah Yak aku dan isterinya. Yak aku ni baru je bersara wajib tahun lepas. Tiap-tiap tahun balik beraya di Kuching wajib singgah rumah dieorang

Gambar last ni pulak saja nak tunjuk hidangan yang biasa terhidang atas meja pada hari raya di Sarawak. Tahun ni rata-rata rumah yang aku pergi cuma ada 3-4 jenis kek lapis. Kalau dulu, agak meriah variasi kek lapis yang terhidang atas meja, ada rumah sampai 6-8 jenis! Mungkin sebab harga kek lapis sekarang agak mengancam kesihatan poket. Kek paling banyak aku jumpa ialah kek belacan. Kek lapis India (yang ada coklat Cadbury antara lapisan) kurang disajikan mungkin sebab tengah boikot Cadbury produk Zion*s.

Read more »
on Wednesday, April 24, 2024 24
Share this!
Tags
Celebrations, Family
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, April 23, 2024

Dah Lama Tak Berenang!

kolam renang
Seronoknya Khadeeja berenang!

Memandangkan 2 minggu lagi kena jumpa gynae aku yang garang tu, jadi aku pun paksa diri-sendiri untuk turun memanfaatkan fasiliti di kondo ni hihi. Bak kata Suami Terchenta, dah bayar maintenance fee mahal-mahal tapi taknak pakai... Alah, dia pun 2x5 jugak, bila ajak ke gym mengelat! 😜 

Lagi-lagi lepas balik beraya, aduhai berat betul rasa badan ni. Berat pun dah nak balik ke sebelum bulan puasa. Walaupun balik beraya tu ada la jugak yang komen badan dah nampak kecik sikit (nasib baik takde yang komen makin besar) tapi realitinya bila ditimbang hmm, berat mata memandang (sila sambung...)

Hujung minggu tu, kiteorang turun berenang. Tak ramai orang di kolam renang (syukurrrr) mungkin sebab ramai masih sibuk beraya atau ke open house. Dekat 2 jam jugak dihabiskan di kolam renang, fuhhh memang best sebab dah lama tak berenang kan. Bila dah keluar dari kolam renang, baru terasa lenguh-lenguh badan. Ye la, bila dalam air tak terasa sangat berat badan sebab lemak-lemak tolong mengapungkan badan hehe. 

Teringat masa ambik sijil PADI certified diver dulu (tapi lepas tu tak pernah pergi menyelam!), orang-orang saiz macam aku ni bukan main lagi kena pakai pemberat 3-4 biji sebab kalau tak pakai pemberat, confirm tak tenggelam! Orang yang kurus pulak ada yang tak perlu pakai pemberat pun sebab badan dieorang kurang lemak jadi tak mudah terapung. Kesimpulannya kalau jatuh dalam air, orang gemuk tak payah risau lemas ok. Kita ada lemak sebagai pelampung semulajadi kihkih...

Tapi yang tak syoknyaaaa... lepas berenang kena salin baju dekat bilik persalinan / bilik air common area (sebab tak boleh masuk kawasan lift dalam keadaan basah). Bab ni aku tak kisah sangat, cuma yang aku geram bila lepas mandi, kita ni dalam keadaan tak menutup aurat keluar dari bilik shower nak pakai baju dekat kawasan kering di luar, tapi ada pulak orang yang takde common sense bawak anak lelaki masuk dalam bilik persalinan perempuan! 

Aku jeling tajam dekat mak budak tu, cepat-cepat dia bawak anak dia keluar berdiri depan pintu masuk bilik persalinan. Walaupun anak dia dalam lingkungan darjah 1-2 dan belum mumaiyiz, tapi takkan dia tak faham bilik persalinan perempuan tak dibenarkan bawak anak lelaki? Please la, have some respect dengan penghuni lain yang tak selesa bila ada budak lelaki dalam bilik air perempuan. Aku yang ada anak perempuan tengah mandi dalam bilik mandi, memang rasa tersinggung betul sebab mak macam ni tak fikir kehormatan anak perempuan orang lain, sesuka hati bawak anak lelaki dia masuk bilik persalinan perempuan! 

Lepas dah salin baju, aku terus report benda tu dekat makcik security supaya dia pantau dan tegur penghuni-penghuni lain supaya jangan sesekali bawak anak lelaki masuk bilik persalinan perempuan. Kalau nak tunggu anak perempuan mandi, anak lelaki ni suruh tunggu di luar. Bukan ada orang nak culik pun. Kalau budak tu baby atau toddler, takpe lagi aku faham la. Ni budak yang dah besar panjang dan ada akal, boleh je tinggalkan kat luar. Haish, geram betul bila terkenang semula kejadian tu. 😤

Read more »
on Tuesday, April 23, 2024 32
Share this!
Tags
Daily Life, Family Activities
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, April 20, 2024

Mencuba Nasi Padang di Restoran Sederhana (SA) Kampung Baru

Ni cerita sebelum bulan puasa tempoh hari, dalam bulan Februari. Kira dah lama jugak la perap dalam galeri foto phone hehe. Kisahnya aku terbaca dekat blog sis Suria Amanda pergi makan nasi padang di Restoran Nasi Padang Kampung Baru. Petang tu, aku tiba-tiba teringin nak makan nasi padang jugak hehe. Kan aku ni sejenis cepat terpengaruh bab-bab makan ni 😜.

Tapi aku tak pergi restoran tempat SA pergi, sebab bila aku google restoran nasi padang, ramai orang review Restoran Sederhana (SA) ni sedap. Especially gulai urat keting dieorang. Oh my. Aku ni pulak sejenis peminat urat keting, jadi let'sss go!

Restoran Sederhana (SA) ni terletak di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru. Betul-betul tepi jalan utama, tapi ada tempat letak kereta dalam pekarangan restoran, cuma limited la. Kiteorang pulak naik motor (berdua je since anak-anak taknak ikut).


masakan padang
Restoran ni tak jauh dari restoran D'lala Seafood which is another tempat favourite kiteorang, seberang jalan je

Since kiteorang sampai petang, lauk pun dah hujung-hujung dekat nak habis. Tapi gulai urat keting masih ada, yeay!


Restoran Sederhana (SA) Kampung Baru
Antara lauk-pauk masakan padang yang ada di sini

Lepas buat pesanan lauk apa yang kiteorang nak, kiteorang pun duduk di meja makan. Dekat sini ada tempat duduk berhawa dingin jugak jadi kiteorang pilih makan dekat dalam bilik berhawa dingin. Tak lama lepas tu, pekerja restoran pun bawak pesanan kiteorang dalam pinggan-pinggan kecik. 


Restoran Sederhana (SA) Kampung Baru
Antara lauk yang kiteorang pilih - terung balado, ayam cili merah, gulai urat keting, rendang daging dan teri tempe kacang balado

Restoran Sederhana (SA) Kampung Baru
Nampak banyak tapi portion 2 orang makan jadi kiteorang boleh je habiskan

Restoran Sederhana (SA) Kampung Baru
Semua lauk kat sini sedap-sedap, tak sia-sia mencuba masakan padang kat sini


Alhamdulillah semua lauk yang kiteorang ambik ni sedap-sedap belaka. Cuma rendang tu rasa macam hangit sikit, agaknya terlebih dipanaskan kot. Semua licin kiteorang makan, kecuali urat keting yang agak liat la. Lain kali boleh repeat makan kat sini lagi.

Kalau nak try boleh datang ke sini:

Restoran Sederhana (SA) Kampung Baru
Alamat: 89, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi - 9 malam (setiap hari)
IG: @restorant_sederhana_kl

Read more »
on Saturday, April 20, 2024 26
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Blog Begins At Forty
    2 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    3 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    3 hours ago
  • KasihkuAmani
    4 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    6 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    7 hours ago
  • SURIA AMANDA
    8 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    9 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    9 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    9 hours ago
  • a m m i
    10 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    10 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    11 hours ago
  • Anies♥You
    12 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    13 hours ago
  • orangbukit
    13 hours ago
  • Travel My Way
    14 hours ago
  • My Small World
    14 hours ago
  • Aku Sis Lin
    15 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    15 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    16 hours ago
  • KakmimDotCom
    16 hours ago
  • Miles of smiles
    17 hours ago
  • Drawing the Words
    23 hours ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • anajingga
    1 day ago
  • Blog Anamizu™
    1 day ago
  • Mreneyoo
    3 days ago
  • Warisan Petani
    3 days ago
  • Krabat Kramat
    4 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    6 days ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 weeks ago
  • Ainihalim
    4 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.