Hari Raya Ke-Empat - Beraya di Mukah

Hari raya keempat, kiteorang bertolak ke Mukah untuk beraya di rumah makcik aku yang kiteorang panggil Ngah Yah. Perjalanan dari Bintulu ke Mukah mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sebenarnya kalau jalan elok tak berombak rindu, aku rasa tak sampai 3 jam pun dah boleh sampai. Tapi kiteorang orang Sarawak dah lali dengan keadaan jalan raya di sini. 


Jambatan Mukah
Bila nampak jambatan kuning ni, maknanya dah sampai Mukah

Bila sampai di rumah Ngah Yah, takde orang pun kat rumah. Rupa-rupanya semua berkumpul di lapangan terbang Mukah menghantar adik sepupu aku pulang ke Kuching. Alhamdulillah, sempat la kiteorang jumpa sekejap dengan anak saudara terbaru ni, Baby A. Geram sungguh dengan kemontelan dan pipinya yang gebu tu. Lain kali jumpa lagi tahun depan la most likely, mesti dah pandai berjalan.


Baby A dengan neneknya, Ngah Yah

Lepas adik sepupu aku dah masuk ke balai pelepasan, barulah semua gerak ke rumah Ngah Yah semula. Di rumah Ngah Yah, bermacam-macam hidangan dah tersedia di atas meja. Alhamdulillah, kenyang kiteorang dijamu oleh makcik aku yang suka memasak.

Agak lama kiteorang lepak di rumah Ngah Yah. Lepas jamak solat Maghrib dan Isyak, barulah kiteorang gerak balik ke Bintulu semula. Tapi sebelum balik, wajib ambik gambar dengan keluarga Ngah Yah dan sepupu aku yang paling rapat, Intan.


Bergambar dengan keluarga di Mukah

Driving waktu malam melalui jalan kampung kena berhati-hati sebab kebanyakan tempat takde tiang lampu di tepi jalan. Sepanjang perjalanan, 2 kali melalui 2 buah kenderaan yang terpaksa menukar tayar di tepi jalan sebab langgar lubang besar di jalan raya yang rosak. Ada sekali ternampak ular besar melingkar di tengah jalan. Untuk keselamatan, kiteorang tak berhenti dan meneruskan perjalanan sebab banyak kes pemandu kena samun oleh perompak yang konon-kononnya kereta rosak di tengah jalan. Alhamdulillah, pukul 10 malam kiteorang selamat sampai ke hotel di Bintulu. Masing-masing keletihan, lepas mandi terus tidur.

The Coffee Code Bintulu Dah Berubah Wajah

Tiap-tiap tahun bila pulang ke Bintulu, kiteorang suka singgah di kafe Coffee Code ni. Raya ke-4 hari tu, selepas bersiar-siar di Pantai Tanjung Batu, kiteorang singgah sarapan pagi di Coffee Code. Terpegun tengok wajah baru kafe kesukaan kiteorang ni, nampak lebih luas dan cantik.


The Coffee Code Bintulu
Coffee Code Bintulu

The Coffee Code Bintulu
Wajah baru Coffee Code


Bukan setakat berwajah baru, malah menu pun makin bertambah. Kalau sebelum ni menunya ke arah yang hidangan ringkas dan ringan, sekarang dah ada hidangan berat.


The Coffee Code Bintulu
Pastri dan kek yang dijual di Coffee Code

Macam biasa, kiteorang pesan hidangan kesukaan masing-masing di Coffee Code.


The Coffee Code Bintulu
Minuman - avocado coklat (aku punya), strawberry yoghurt (Khadeeja), vanilla milkshake (Khayla) dan spice chai latte (Suami Terchenta)

The Coffee Code Bintulu
Cheezy Chicken Roll

The Coffee Code Bintulu
Classic soufflé pancake

The Coffee Code Bintulu
Big Mommy Sourdough (kalau tak silap)

Makanan kat sini semuanya sedap. Harga standard kafe hipster tapi berbaloi dengan kualiti makanan dekat sini.

Sedikit pengenalan tentang The Coffee Code. Diasaskan oleh 2 orang penggemar kopi, jenama yang berasal dari Sarawak ni membuka cawangan pertama di Sibu, Sarawak. Sekarang The Coffee Code dah berkembang dan ada cawangan di Miri, Bintulu, Kuching, Sarikei dan terbaru, di Singapura. Antara hidangan yang digemari ramai ialah waffles (original dan black rice), soufflé pancake dan tentulah specialty coffee dieorang (dah namanya Coffee Code kan).

So kalau korang berkesempatan ke Sarawak / Singapura, boleh singgah di The Coffee Code ni mencuba hidangan dari menu dieorang.


The Coffee Code Bintulu
The Coffee Code terletak di Town Square Bintulu

Louis dan Kotak

Selagi boleh, dia cuba jugak muatkan badan dalam kotak. Macam tu jugak bila nampak beg terbuka, terus dia masuk dan duduk dalam beg!

Peel Louis sejak kiteorang adopt dia ialah dia suka duduk dalam kotak. Tak kira la kotak tu muat ke tak dengan saiz dia yang gebu-gebas tu, dia nakkkkk jugak duduk dalam kotak! Tak dapat kotak, beg pun boleh. Pantang nampak beg atas lantai, terus dia duduk atas atau dalam beg.

Macam-macam ragam anak bulus di rumah ni. Si Kiera pulak suka lepak di dapur. Kalau tolong memasak takpe jugak, ni kita sibuk di dapur, kadang-kadang takut terpijak pulak si Kiera tu.

Takpelah, janji bahagia ye korang...


Kepala Rasa Ting Tong!

Semalam kiteorang buat makan-makan raya di rumah. Buat kecil-kecilan je pun, tapi pagi ni aku dah mula rasa ting-tong. Tak tau la sama ada banyak makan daging ke atau penat, tapi pagi ni aku bangun rasa macam nak tumbang. Aku syak BP aku naik balik ni, jadi lepas Subuh, aku buat semangkuk kecik oat untuk alas perut sebelum ambik ubat darah tinggi. Lepas tu aku baring je supaya BP tak naik lagi sampai ubat tu take effect. Niat nak puasa terpaksa dibatalkan sebab rasa tak sihat.

Apapun, aku bersyukur dan gembira dapat berkumpul dengan kawan-kawan lama dan baru semalam (baru, walaupun dah lama kenal di alam maya hehe). Aku cuma mampu jemput mana yang duduk dekat-dekat je, harap mana yang tak dapat jemputan tu tak berkecil hati la ye. Insha Allah ada rezeki lagi boleh jemput yang lain-lain jugak.

Terima kasih kepada yang sudi datang ke rumah kiteorang yang bersaiz comel tu hihi. Minta maaf kalau ada terkurang dalam layanan dan makanan yang dihidangkan. Aku sebenarnya tak biasa dan tak reti nak masak untuk ramai orang tapi #siscuba. Alhamdulillah semalam laksa Sarawak laku sampai licin satu periuk kuah laksa, sambal pun habis sampai ada yang tak sempat merasa.  Percayalah, tuan rumah pun tak sempat jamah laksa Sarawak sebab nak bagi laluan tetamu menjamu selera 😅. 

P/S: Nanti dah sihat sikit aku update pasal makan-makan raya ni. Nak sambung rehat jap.


Ucapan tulus ikhlas dari aku dan Suami Terchenta 🥰

Istanbul Day 4

Baca entri sebelum:

Untuk entri kali ni aku nak pecahkan kepada 4 bahagian mengikut kawasan yang kiteorang pergi pada hari ke-4 di Istanbul. Lepas sarapan di rumah, kiteorang berjalan kaki dari apartment di Şişli ke stesen subway yang terdekat iaitu Marmaray Sirkeci Istasyonu untuk ke destinasi pertama iaitu Sultanahmet:


Marmaray Sirkeci
Dari Marmaray Sirkeci boleh ambik subway ke Sultanahmet tapi kena tukar tren di stesen Yenikapi

Yenikapi
Stesen Yenikapi

Bergambar depan mozek yang lawa di stesen subway

Lokasi #1: Sultanahmet

Mula-mula sekali singgah di Sultanahmet Park sebab Khadeeja nak makan aiskrim dekat stall depan Hagia Sophia. Musim sejuk ye cari aiskrim 😅. Hari semalamnya staf kat restoran di Karakoy Pier tu gelakkan dia sebab pesan aiskrim tengah musim sejuk sampai dia merajuk dan menangis, lepas tu bersusah-payah la staf tu pergi cari aiskrim di kedai lain sebab dia rasa bersalah buatkan Khadeeja menangis bila tak dapat aiskrim! 😂 Adoi, buat perangai betul anak aku ni.


Gembira sebab dah dapat aiskrim walaupun kena bertarung dengan penjual aiskrim 😆. Gambar atas: suasana di Sultanahmet Park

Lepas tu kiteorang berjalan sekitar kawasan tu tengok monumen dan bangunan-bangunan bersejarah di sekitar Sultanahmet Square:


Obelisk of Theodosius, tugu ni dipindahkan dari Egypt ke Istanbul oleh pemerintah empayar Roman pada abad ke 4. Ancient relic ye tugu ni.

German Fountain dibina sempena memperingati ulangtahun ke 2 lawatan Maharaja Jerman ke Istanbul pada tahun 1898.  

Muzium Hagia Sophia - tak masuk sebab berbayar dan takde dalam plan nak masuk ke sini

Bila masuk waktu Zohor, kiteorang pun singgah ke Blue Mosque untuk solat jamak di situ.


Blue Mosque, Istanbul
Bahagian luar dan dalam Blue Mosque

Blue Mosque, Istanbul
Subhanallah, cantik sangat masjid ni dengan binaan dari batu marmar untuk lantai dan dinding masjid

Destinasi #2: Topkapi Palace

Antara tempat wajib singgah bila ke Istanbul buat pertama kali untuk mengenali lebih dekat sejarah dan kegemilangan kerajaan Uthmaniyah yang pernah memerintah Turki satu masa dulu. Topkapi Palace terletak tak jauh dari Hagia Sophia dan Blue Mosque, jadi jalan kaki je la nak ke sini. Pelawat dikenakan bayaran TRY1500 seorang untuk melawat kawasan istana je. Kalau nak masuk ke Harem section, kena tambah TRY500 lagi seorang. Memandangkan kawasan istana Topkapi ni luas, kiteorang rasa tak larat pulak nak masuk Harem section jadi buat keputusan untuk skip bahagian ni.


Topkapi Palace
Bahagian luar Topkapi Palace termasuk taman dan pintu gerbang masuk ke istana. Sebenarnya banyak sangat gambar tak larat aku nak tepek semua jadi aku pilih je randomly je la hehe

Topkapi Palace
Yang ni pulak bahagian dalam beberapa bangunan dalam kawasan istana. Aku suka tengok hiasan siling dan kubah dalam istana ni, nampak berseni dan mewah menunjukkan betapa kayanya pemerintah kerajaan Uthmaniyah satu masa dulu

Topkapi Palace
Koleksi baju-baju Sultan - baju perang (bahagian bawah) disulam dengan ayat-ayat Quran sebagai pendinding dari serangan musuh

Topkapi Palace
Sebahagian harta milik Sultan-sultan kerajaan Uthmaniyah

Topkapi Palace, Istanbul
My favourite part - Chamber of the Sacred Relics yang mempamerkan peninggalan Rasul-rasul dan sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Bila masuk ke muzium ni, ada bacaan al-Quran oleh qari yang akan duduk membaca al-Quran sepanjang hari di situ

Topkapi Palace
Dari luar Topkapi Palace boleh nampak selat yang memisahkan benua Eropah dengan benua Asia

Pelan Topkapi Palace
Pelan Topkapi Palace

\Salep
Bila penat berjalan, singgah di gerai menjual salep (minuman dibuat dari susu, serbuk salep dan serbuk kayu manis). Sedap tau minum panas-panas waktu musim sejuk

Sebelum keluar meninggalkan Topkapi Palace, kiteorang singgah di Hagia Irene iaitu bangunan gereja yang kemudiannya dijadikan tempat penyimpanan senjata api.

Hagia Irene
Hagia Irene

Destinasi #3: Basilica Cistern

Basilica Cistern ni sebenarnya ialah kawasan takungan air hujan bawah tanah yang dibina semasa zaman pemerintahan empayar Byzantine. Tujuannya untuk membekalkan air kepada Topkapi Palace dan bandar Istanbul pada masa tu.

Bayaran masuk ke sini ialah TRY600 seorang. Bila masuk ke sini, terpegun tengok senibina zaman dulu yang sangat teguh dan berseni menunjukkan kewujudan peradaban yang maju zaman tu.


Basilica Cistern
Tiang-tiang yang menyokong ruang bawah tanah di Basilica Cistern

Basilica Cistern
Anak-anak dan merayau sekeliling, jadi mak bapak je la sibuk posing bersama

Kiteorang masuk ke Basilica Cistern dalam pukul 5 petang tapi pukul 5 dah gelap dan dah masuk waktu Maghrib. Spent time dalam 30 minit je dalam tu sebab kawasan tu tak la besar sangat. Lepas melawat Basilica Cistern, berjalan semula ke Sultanahmet sebab anak-anak nak beli coklat yang berwarna-warni di salah satu kedai kat situ. Selain dari coklat dan gula-gula, ada saffron, teh herba, kekacang, buah-buahan kering dan rempah-ratus. 

Sultanahmet
Coklat dan candies berwarna-warni yang dijual

Destinasi #4: Taksim Square

Dalam kepenatan, kiteorang gagahkan diri ke destinasi terakhir iaitu Taksim yang terkenal sebagai pusat membeli-belah, restoran dan hotel di Istanbul. Plan asalnya nak naik tram yang famous dekat situ, tapi takde rezeki pulak. Jadi kiteorang cuma bergambar dan berjalan-jalan tengok suasana di Taksim Squara pada waktu malam. Kawasan ni mengingatkan aku dengan suasana di Bukit Bintang, padahal tak sama pun. Mungkin vibe kat sini kot yang buatkan aku rasa macam tu.


Taksim tram
Taksim tram (kredit foto: introducingistanbul.com)

Taksim Square
Bergambar di depan Taksim Camii (masjid Taksim) dan Taksim Republic Monument

Taksim Square
Tempat ni penuh dan sesak bukan setakat dengan pelancong asing malah penduduk Istanbul sendiri

Madame Tussauds Istanbul
Dekat sini pun ada Madame Tussauds Museum tapi tak masuk sebab dah penat dan tiket pun mahal

Waktu nak balik tu, Suami Terchenta dah sakit pinggang dan tak larat nak menapak ke stesen subway terdekat. Sudahnya kiteorang panggil Uber untuk balik ke apartment. Penat tapi puas hati dapat cover banyak tempat tarikan pelancong dalam sehari.

Esoknya, kiteorang meneroka kawasan Istanbul di benua Asia pulak iaitu Üsküdar. Nantikan...