Dari Abu Dhabi, kiteorang sampai ke Istanbul pukul 6.40 pagi. Masa ni rushing cari surau sebab takut tak sempat solat Subuh. Agak jauh jugak kena menapak sebab Istanbul Airport ni memanjang dan banyak pintu perlepasan. Alhamdulillah sempat solat Subuh sebelum habis waktu. Lepas tu barulah kiteorang ke kaunter imigresen untuk cop passport.

Lepas ambik beg, mula-mula kiteorang plan nak naik HAVAIST bas je ke Fatih tapi mengenangkan kena heret beg dan bertukar-tukar stesen dalam keadaan tak cukup tidurnya, Suami Terchenta akhirnya book teksi je lokasi Airbnb kiteorang. Kalau tak silap aku dalam 1400 TL (RM200+) kot dikenakan, tapi puas hati sebab teksi besar.

Itinerari hari pertama

taxi istanbul
Keadaan dalam teksi

Sepanjang perjalanan, kiteorang tidur je la sebab selesa sangat teksinya haha. Mula-mula je tengok pemandangan negara orang di luar tingkap tapi sebab kereta banyak dekat highway, jadi lama-lama bosan dan tidur. Tau-tau dah sampai.


Fatih Istanbul
Kena menapak sikit nak ke Airbnb disebabkan terletak dekat lorong sempit  

Blue Mansion flat Fatih
Bangunan Airbnb "Blue Mansion" dari luar

Ketibaan kiteorang disambut oleh pemilik Airbnb. Aku rasa Airbnb ni rumah tumpangan sebenarnya sebab satu bangunan ni dia punya. Pemiliknya peramah dan baik, siap jamu kiteorang air teh Turki dan teh epal sementara tunggu bilik siap. Sepatutnya check in pukul 2 petang tapi pukul 12 dia dah bagi kiteorang masuk ke apartment sebab kiteorang cakap flight awal pagi dan anak-anak pun letih nak berehat dulu.

Lepas check in apartment Airbnb, kiteorang mandi, berehat dan solat lepas tu keluar cari tempat makan. Pemilik Airbnb tu recommend restoran tak jauh dari tempat penginapan kiteorang - Hira Lokantasi nama restoran ni.

Fatih, Istanbul
Sebenarnya banyak je restoran sekitar Airbnb kiteorang ni tapi harga tourist la.

Fatih, Istanbul
Berdiri depan fountain dekat bulatan sementara tunggu Suami Terchenta & Khadeeja bermain dengan kucing

Fatih, Istanbul
Pemandangan bangunan dan jalan raya di Fatih

Fatih, Istanbul
Teringin nak ambik selfie kat sini tapi segan pulak dengan orang yang tengah duduk tu

Fatih, Istanbul
Bangunan kat sini bercirikan senibina Eropah

Hira Lokantasi
Masing-masing kelaparan lepas tu jumpa pulak restoran yang menepati citarasa memang berselera la!

Selesai isi perut, barulah kiteorang keluar berjalan-jalan di sekitar Fatih ni. Tempat pertama yang nak dituju ialah Mahmutpasha Bazaar sebab nak cari baju dan seluar thermal yang murah untuk anak-anak sebab kawan aku kata kat London sejukkkk... jadi sebelum bertolak ke London baiklah shopping dulu baju winter di Mahmutpasha Bazaar. Dia tak recommend Grand Bazaar sebab kat situ harga tourist. Kiteorang pun ikut je la nasihat dia hehe.


Fatih, Istanbul
Yang best nya duduk dekat area Fatih ni, senang nak berjalan kaki ke mana-mana. Yang penting ada stamina nak menempuh jalan yang curam ni. Semput aku tau. Tapi orang kat sini rilek je potong aku siap pikul barang berat lagi (aku baru tau dieorang ni bekerja sebagai porter dekat bazaar)

cats
Ni la kesukaan anak-anak bila di Istanbul - kejap-kejap berhenti untuk belai kucing
 
Fatih, Istanbul
Atas bukit tu, sampai la ke dataran ni. Jalan ke depan dan jumpa pintu masuk ke Grand Bazaar Istanbul

Jangan hairan bila masuk Grand Bazaar ni, peniaga-peniaga akan tegur kita dalam Bahasa Melayu. "Kakak, kakak... murah-murah..." "Kakak, cari apa?" sampai la ke "Selamat Hari Raya" πŸ˜‚. Dia belasah je la janji dia kenal kita orang Malaysia. Tapi kiteorang tak plan nak shopping kat sini dulu jadi jalan terus je jangan toleh kiri-kanan!


Istanbul, Turkiye
Ambik gambar kejap dalam Grand Bazaar

Istanbul, Turkiye
Cantik sangat dalam Grand Bazaar ni

Istanbul, Turkiye
Ada air paip tapi tak tau la boleh minum terus ke atau tempat ambik wuduk

Keluar dari Grand Bazaar, kiteorang meneruskan perjalanan ke Mahmutpasha Bazaar. Sebenarnya tak jauh pun. Kalau tak silap dalam 10 minit berjalan kaki dah sampai.


Istanbul Turkiye
Dalam perjalanan ke Mahmutpasha Bazaar, tertarik dengan senibina masjid di Turki

Istanbul Turkiye
Sampai di Mahmutpasha Bazaar

Lepas puas merayau-rayau kat sini akhirnya kiteorang pulang dengan tangan kosong sebab tak jumpa pulak kedai yang jual baju thermal untuk kanak-kanak. Banyak kedai jual jaket winter je. Tapi sebelum balik kiteorang singgah beli jus buah delima sebab nampak menarik pulak. Harga dalam 100 TL (RM15+) satu cup. Patut beli satu cup je dulu rasa, sebab rupa-rupanya masam jugak jus delima ni. Huhu.


jus delima
Mula-mula singgah beli jus buah delima dan jus oren (Suami Terchenta tak boleh minum jus buah delima sebab salah satu pantang bila makan ubat cair darah tak boleh ambik buah delima)

Istanbul Turkiye
Tak beli apa-apa, tapi sekurang-kurangnya dapat selfie dekat tangga warna-warni

Istanbul Turkiye
Cantik lorong kat sini, bercirikan senibina Eropah

Istanbul Turkiye
Khayla ambik gambar depan tugu monumen porter (porter ialah salah satu pekerjaan tertua di Istanbul untuk mengangkut kargo dan barang-barang di kawasan bazaar dekat sini)

Istanbul Turkiye
Macam ni la perjalanan kehidupan - ada turun dan naik

Dari Mahmutpasha, kiteorang gerak balik ke Grand Bazaar nak naik tram ke Hodjapasha pulak. Sebelum naik tram, kena beli Istanbulkart dulu (lebih kurang macam kad TnG kita la). Harga kad ni 100 TL, lepas tu boleh la tambah nilai ikut kita suka dekat mesin yang sama. Yang bagusnya satu kad ni boleh pakai untuk 5 orang jadi sebab kiteorang berempat beli sekeping dah cukup.


Fatih, Istanbul
Ni la tram yang kiteorang nak naik ke Hodjapasha

Memandangkan kiteorang sampai awal dan slot yang kiteorang book untuk persembahan Whirling Dervish lama lagi, jadi Suami Terchenta ajak kiteorang lepak di EminΓΆnΓΌ dulu.


Baklava
Ambik gambar baklava kat sini bersusun-susun je dalam talam tu

turkish delight
Kat sini bersepah je kedai jual manisan Turki ni (baklava). Aku ambik gambar je la sebab bukan peminat baklava

Istanbul, Turkiye
Lepak di EminΓΆnΓΌ. Seberang tu Istanbul jugak tapi terletak di benua Asia

Istanbul Turkiye
Ralit je Khadeeja perhati obor-obor dalam air. Nampak cantik biru je kan airnya, tapi awas banyak obor-obor!

Lepas sejam lebih lepak di EminΓΆnΓΌ dalam keadaan sejuk yang teramat, barulah kiteorang gerak balik ke Hodjapasha. For info, tiket persembahan Whirling Dervishes ni aku beli dekat Klook. Harga untuk 4 orang dalam RM500+.


Whirling Dervishes
Nyaris tak jumpa tempat ni mula-mula, sebab terletak dekat dalam lorong

Hodjapasha
Sementara tunggu persembahan bermula, pelawat boleh tengok pameran tentang Whirling Dervishes atau tarian sufi ni. Dekat dalam tempat tarian tu tak dibenarkan ambik gambar / video, jadi aku ambik gambar patung ni je la

Setiap pelawat diberikan nombor tempat duduk. Agaknya aku orang pertama yang beli tiket untuk slot ni jadi kiteorang dapat tempat duduk 1-4 betul-betul depan pentas.


Hodjapasha
Pentas persembahan tarian Whirling Dervishes

Hodjapasha
Ambik gambar dulu sebelum bermula

Best ke persembahan Whirling Dervishes ni. Hmm.. bagi aku menarik la untuk orang yang minat belajar budaya orang lain. Tapi lama-lama bosan jugak sebab dieorang ni menari berpusing-pusing banyak kali depan penonton. Orang yang cepat pening kepala tak digalakkan tengok persembahan ni. 

Lepas habis persembahan, kiteorang dijamu dengan teh epal sebelum keluar dari Hodjapasha. Tengah gigih nak menghabiskan teh, tiba-tiba salah seorang penonton ni kalut-kalut je keluar dari tempat tu dan terus termuntah! Sebab tu la aku cakap tak semua orang boleh pergi tengok persembahan ni.

Dari Hodjapasha nak ke Airbnb kiteorang ambik Uber je sebab tak reti nak naik bas kat sini. Lama kiteorang tunggu bas dekat bus stop tapi bas tak berhenti pun. Huhu.

Selesai cerita hari pertama di Istanbul. Esoknya kiteorang akan ke London pulak. Stay tune!


50 comments:

  1. kacak bangunan sinun ooo... mcm² jak baklava ya... geram jak nangga kacak bersusun tp kmk pun x minat baklava

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tek, kmk pun sik berapa gilak minat baklava jadi ambik gambar jak la.

      Delete
  2. tuuuu diaaaa RM500! sy ingatkan RM50 hahahha...

    masjid tu sy jumpa juga tapi tu laa snap dr jauh je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, RM500+ harga tiket nak tengok dieorang menari berpusing2 tu hehe.

      Delete
  3. haaa baru tau kena penangan kucing istanbul... rasa nak culik je kan hahahha

    laluan turun naik tu.laa ramai yg surrender... tp rugi laa kan dah smpi tapi x jln2 sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan kat area Fatih memang berbukit, semput jugak lagi2 time winter pakai baju tebal2. Tapi cantik jadi gagahkan je la diri berjalan haha

      Delete
  4. sampai ke London rupanya ye Carneyz..bestnya dapat tengok negara orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dah alang2 sampai Europe jadi kiteorang beli tiket bajet airline ke London ziarah kawan kat sana.

      Delete
  5. Waaa sampai Turkiye.... Best nyer.. Tarian Sufi tu nak sgt tengok :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tarian sufi tu tengok 20 minit je menarik lepas tu terus ngantuk haha

      Delete
  6. Alamak tidak jumpa fleece! Hehe ini satu kegigihan untuk jalan sekitar Mahmutpaasha Bazar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la gigih menapak di Mahmutpasha tapi keluar dengan tangan kosong huhu

      Delete
  7. Aduh, sampai termuntah terbelahak tengok tarian pusing² ya. Mesti dia fokus sampai habis. Kalau sy, dah rasa pening terus pejam mata laaa.. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorang tak pening tapi mengantuk sbb dieorang pusing2 tu lama jugak. Dah la tempat tu gelap dan sejuk memang sedap la tido haha!

      Delete
  8. Oh ni mesti tarian lelaki pusing2 tu ya?. Menarik juga area airbnb Carneyz ni. Masa ke Turki sis ikut tour jadi tak boleh la nak jalan2 sendiri. Lagi best jalan2 sendiri dengan family kat Turki ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis, tarian pusing2 tu. Area Airbnb kiteorg pilih tu mmg strategik, harga pun ok dalam RM250+ semalam (sebab pegi musim sejuk jadi kurang sikit pelancong & harga airbnb pun lebih murah).

      Delete
  9. Bila baca catatan perjalanan ini terasa macam Abe Kie dibawa melancong ke tempat2 tu.

    P.S. Tahniah kerana telah berjaya menjadi salah seorang pemenang Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2023. Untuk makluman lanjut dan cara menuntut hadiah sila ke www.zukidin.com. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la Abam Kie buat rujukan kalau ada rezeki ke Istanbul 😊 OK, Insha Allah nanti saya bagi details nya. Terima kasih pilih saya jadi salah seorang penerima gift hehe

      Delete
  10. Replies
    1. Seronok, rasa tak puas pulak berjalan2 kat sana. Benda yang paling menyesal ialah tak beli byk cenderahati dekat Istanbul huhu. Kalau ada rezeki lagi, memang nak pergi lagi sebab Turkiye negara Muslim senang nak cari makanan halal.

      Delete
  11. u buatkan i teringat2kan Istanbul. mmg best kan esp dpt explore sendiri. baklava. sedapnyaaa. jus delima tak blh ambik kalau ambik ubat cair darah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan explore Istanbul. Rasa tak puas berjalan di Istanbul. Ya, jus delima memang tak boleh diambik utk pesakit jantung yg ambik ubat cair darah.

      Delete
  12. Bestnya dapat jalan-jalan keluar negara macam nie. Selamat bercuti Carneyz sekeluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Sue. Ni cerita dah nak basi, baru nak up kat blog hehe.

      Delete
  13. Kucing sana 'meow' dalam bahasa apa?

    Cantiknya arkitektur sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meow ialah bahasa universal kucing-kucing sedunia hehe. Cantik kan bangunan di Istanbul.

      Delete
  14. Cantiknya Instanbul πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

    ReplyDelete
    Replies
    1. Istanbul memang bandaraya yang cantik dengan gabungan moden dan sejarah 🀩 Kalau ada rezeki nak datang sini sebab tak puas jalan2 ke sini.

      Delete
  15. sonoknye istanbul.. gmbr3 pon cantikks πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, lama plan ni Wak baru ada rezeki dapat datang ke sini.

      Delete
  16. Sedapnya dapat menikmati teh epal. Beli juga beberapa pakej teh epal bawa balik, tapi bila buat sendiri taklah sesedap rasa hidangan teh epal di sana.
    Tarian pusing-pusing tu memang boleh buat kepala kita jadi pening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teh epal tu sedap tapi saya rasa teh dekat Turkiye terlalu pekat pulak. Tarian pusing-pusing tu tak sesuai ditonton oleh semua orang πŸ˜…

      Delete
  17. suka tengok baklava yg display dkt kedai...cantik2...tak pi tengok tarian ni walaupun duduk dkt, ada yg muntah, pening tgk pusing2...hihi,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada satu kedai manisan Turki ni kawan rekemen kat kiteorang - Hafiz Mustafa. Tapi kiteorg tak sempat try sebab bila lalu je kedai ni asyik full je hehe.

      Delete
  18. Cantiknya pemandangan,terus teringat cerita Istanbul Aku Datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Istanbul memang cantik, berbaloi datang ke sini πŸ‘πŸ»

      Delete
  19. Yang saya suka tu negara ini bangunan sangat iconik banget ada ciri"khas nya sendiri, apalagi lorong-"nya yang banyak kafe dan tempat belanja?...sudah pasti mata kita akan terpana melihatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunannya banyak mirip bangunan di Eropah, tentunya bagi kita yg datang dari benua Asia yang punya senibina tersendiri jadi punya pengalaman baru melihat senibina negara di sana πŸ‘πŸ»

      Delete
  20. Pergh!! Cantik betul keadaannya.. Memang kena ada stamina baru syok berjalan-jalan.. Menghayati suasana dan binaan yang ada.. Best bila dapat kedai makan yang memenuhi citarasa.. Sha suka baklava tapi jenis yang ada kekacang tulah.. Layan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kalau takde stamina asyik duduk atau cari kafe je la keja nya πŸ˜… tapi dekat Istanbul ni serius jalannya byk berbukit jadi selalu semput je (nampak tak stamina sebenarnya out hihi), lagi2 pakai baju winter yg tebal dan berat.

      Delete
  21. the best part of cuti2 obersi is sbb bangunan cantik2 (europe) dan cuaca sejuk tak panas mcm msia hehhe mesti gmbr u beribu2 keping kannnn waaa u pergi london yer lps pergi istanbul tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, pegi luar negara dapat cuci mata tengok suasana yg berbeza dari negara sendiri. Cuaca sejuk jadi tak cepat penat berjalan walaupun jalan raya kadang2 curam berbukit. Tu la cabarannya nak update blog, sebab kena pilih gambar klu tak panjang berjela2 la satu posting penuh dgn gambar je πŸ˜„

      Delete
  22. Membaca posting dan melihat foto-foto disini serasa saya dibawa jalan-jalan ke Istambul, Mbak
    Disana sedang musim dingin atau memang udaranya dingin Mbak? saya lihat Mbak dan keluarga selalu memakai baju hangat.
    Kucingggg...duh cakep banget itu kucing jalanan.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sana sedang musim dingin jadi harus pakai baju jaket tebal. Suhunya dalam 7 - 16℃. Malam pulak dalam 4-9℃ πŸ˜„

      Delete
  23. Cantik gambar yang di lorong tu. Ha ah ye, macam senibina Eropah. Sana, tak ada banyak kereta ya, Carneyz?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak kereta cuma lorong kecik2 ni mungkin kawasan yang tak boleh dimasuki kereta. Tapi motosikal boleh je lalu situ, jadi kena peka bila berjalan takut ada motor kat belakang.

      Delete
  24. no wonder ramai bekerja sebagai porter di situ...laluan disitu mmg macam tak boleh ada kenderaan masuk untuk unload barang je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada pun motosikal yg ada kereta sorong kat belakang. Tapi ramai porter la yang bawakkan barang. Budak2 pun ada jugak.

      Delete
  25. kalau ketemu penjual yang bisa berbahasa Melayu atau Indonesia asik juga ya, rasanya seperti di negara sendiri
    Apalagi kalau mereka berkata "murah kak murah kak", jadi pengen beli hehehe

    ReplyDelete
  26. Saya auto tertawa pula pas baca ada yg termuntah πŸ˜…. Saya tau tarian sufi ini, tapi belum pernah lihat secara langsung. Jadi tak tahu pula apa bakal bikin mual dan pusing atau tak πŸ˜…πŸ˜„.

    Menariiik kak. Walopun turkibukan negara fav saya, tapi okelaah, saya suka landscapenya, dan keramahan Orang2 turki πŸ˜„πŸ‘.

    Grand bazaar itu memang mahal lah.saya pun malas nak belanja sana. Harga turis sangat

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .